CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13193|Reply: 105

[Tempatan] {1} Tepek dara palsu buat tipu lelaki ! pic

[Copy link]
Post time 13-4-2014 09:06 AM | Show all posts |Read mode
13 April 2014

Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.


Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.


Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.-mymetro

p/s wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 09:06 AM | Show all posts

klinik tepek dara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 09:07 AM | Show all posts

vaginoplasty - contoh dara palsu


Deleted...
Last edited by tongkatwaran75 on 13-4-2014 09:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:08 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 13-4-2014 09:07 AM

apa kena mengena gambaq kaki perempuan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:13 AM | Show all posts
Berterus terang lebih baik daripada buat macam ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:16 AM | Show all posts
pernah dgr pasal dara palsu nie tp tak tau plak mmg btol2 ada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2014 09:18 AM | Show all posts
mohon ustaz @axl_bach komen nota abang tong tuh, perempuan baik untuk lelaki baik
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hohoh..camni pun ada. Fahaman sesetgh org psal ni sungguh cetek..byk lagi faktor lain kena amik kira. So sad. :Q
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 09:26 AM | Show all posts
لْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:27 AM | Show all posts
hidup penuh ngan kepalsuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 09:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26

Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.

Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayangi Aisyah.

Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.

Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.

Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.

Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!

Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.

Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.

Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

credit to: http://www.nizarazu.com/wanita-d ... narnya-untuk-siapa/
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:34 AM | Show all posts
Tapi tak ori kot...... apa beza dara ori dengan yang palsu? ada pakej darah sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:41 AM | Show all posts
Hymenoplasty ni mmg ada, tapi dr sumber mana yg metro ni kata makin ramai perempuan malaysia buat?

takkan takda any statistics atau data utk mengesahkan kenyataan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:42 AM | Show all posts
apa la ada pada dara..yg penting maruah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:47 AM | Show all posts
pakat2 kne tipu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:51 AM | Show all posts
zain bagus..tak kisah pun bab2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 10:13 AM | Show all posts
Saya nak cari klinik yang dapat kembalikan teruna saya supaya bakal isteri saya tak syaki saya pada malam pertama kami nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 10:14 AM | Show all posts
Saya sampai ke hari ini tak akan memaafkan awek-awek yang meragut teruna saya dulu. Dah sedap dorang meratah tubuh saya, dorang tinggalkan saya begitu saja tanpa sebarang tanggungjawab!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak dara ke nak teman sehidup semati ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 10:33 AM | Show all posts
pelik bukan? perempuan nak yang hensem, ada rupa, tasty,  kaya, ada rumah banglo, kereta ferrari

tapi lelaki apa dapat? tetek palsu, dara palsu, bulu mata palsu, mekap palsu tak ada pun yang ori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.080752 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list