CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
Post time 21-4-2014 09:24 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 09:20 PM
rasanya tak kut..sebab rumah sewa Ipo tu taman terendak..dekat ler jugak taming sari tu..hehehe..m ...

Kiranya kat area situ banyak la rumah2 yang angker ye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2014 09:25 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 09:24 PM
Kiranya kat area situ banyak la rumah2 yang angker ye....

mungkin la kut..sebab macam kawsan perumahan lama jek..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:30 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 09:07 PM
Kak liza jenis pendiam, Azman pulak banyak cakap tapi perahsia..xde banyak sangat kisah seram yang d ...

sapa mereka berdua nie? dorang asal dari melaka ker?

Azman mungkin jarang ada kat rumah kot tu sbb iserinya selalu kena ganggu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:33 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 09:25 PM
mungkin la kut..sebab macam kawsan perumahan lama jek..

ye...mmg rumah kawan cik tu perumahan lama...taman pahlawan ke ape tah..yang boleh nampak pembinaan Petronas Melaka tu(sekarang ni) dulu kawasan tu ladang getah. rumah pengasuh anak2 sedara cik pn kat area situ jugak.

Taman Desa Taming Sari tu perumahan baru..rumah kakak cik kt situ, tapi dekat ngn penjara pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:36 PM | Show all posts
eva posted on 21-4-2014 09:30 PM
sapa mereka berdua nie? dorang asal dari melaka ker?

Azman mungkin jarang ada kat rumah kot tu  ...

Diorang tu kawan cik...Diorang asal Negeri Sembilan.
Kak Liza asal Bahau, Azman asal Jelebu kalau tak silap..
pernah pergi rumah mak ayah Kak Liza jek..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:41 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 08:40 PM
mungkin gak la...bekas tapak kan..macam kat asrama sekolah Ipo dulu..bekas tapak tempat askar jepu ...

kat uiam PJ dlu ada pokok yg didiami oleh makhluk nie.
bila pokok kena tebang dan bina asrama diatas tapak pokok tu.. haa dia kacau la student kat asrama tu.

i sempat tau tengok histeria kat kws tu.. waktu tu tgh sibuk nak solat maghrib tiba2 ha jeritan org histeria yg kuat sgt..
boleh nampak from my room yg mengadap hostel tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 09:43 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 09:36 PM
Diorang tu kawan cik...Diorang asal Negeri Sembilan.
Kak Liza asal Bahau, Azman asal Jelebu kalau ...

ic.. paham2 ingat mmg asal kat sana..
sian kan sllnya benda mcm nie ganggu yg ada anak sulung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 09:52 PM | Show all posts
eva posted on 21-4-2014 09:41 PM
kat uiam PJ dlu ada pokok yg didiami oleh makhluk nie.
bila pokok kena tebang dan bina asrama di ...

huhu..mcm kena sampuk tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2014 09:55 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 09:33 PM
ye...mmg rumah kawan cik tu perumahan lama...taman pahlawan ke ape tah..yang boleh nampak pembinaa ...

oh..Ipo tahu tempat tu..masa kat melaka dulu, hubby keja kat penapisan tu ler..selalu gak lalu iktu short cut..ladang getah..seram seriau bila lalu.tu..err..ladang getah tu kan?..nak ke akwasan kilang jugak tu..jalan belakang..sebab jalan kat melaka kan sempit, kalau ada motor lalu tu dan dia orang bawa motor ke tengah jalan sikit, memang sah2 jalan jadi jam!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:04 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 09:55 PM
oh..Ipo tahu tempat tu..masa kat melaka dulu, hubby keja kat penapisan tu ler..selalu gak lalu ikt ...

Xde dh ladang getah tu...dh terang benderang kat situ....
diorang buat projek Petronas kata Atok...dah berpagar zink ijau dh area tu..
bila g umah Atok ngn Opah( pengasuh anak2 buah) mengadap zink tu lah...
Umah atok ngn Opah ni tepi sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:09 PM | Show all posts
eva posted on 21-4-2014 09:43 PM
ic.. paham2 ingat mmg asal kat sana..
sian kan sllnya benda mcm nie ganggu yg ada anak sulung..  ...

Ye..tapi nasib la masa tu xde baby lagi...lagipon diorang ni jenis kuat menahan dugaan...

Cik pernah cakap kat Azman, "Ko sangat2 bertuah sbb punyai isteri yang sangat2 penyabar macam Kak Liza,
kalau orang lain mungkin ko akan ditinggalkan" kata-kata yang ikhlas dari kawan kepada kawan sendiri..hehehe



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:06 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 09:52 PM
huhu..mcm kena sampuk tu..

benda tu dah masuk badan tp hamba Allah tu mengamalkan ayat Al Quran so dia hanya masuk celah tangan je..
tp dia boleh tengok benda tu masuk
sib baik ada ustaz yg tolong dia.. sian dia kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:15 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 10:09 PM
Ye..tapi nasib la masa tu xde baby lagi...lagipon diorang ni jenis kuat menahan dugaan...

Cik p ...

tu la kan. alhamdulilah..



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 12:20 AM | Show all posts

Ipo, tabik spring dgn cter Ipo. Best!

Nak share pasal antu isap pad ni. Bukan aku alami, tapi diceritakan oleh Kak Long aku. Time tu dia stay hostel sekolah menengah. Dorm dia plak betul2 sebelah bilik air. Betulkan aku kalau silap, apa yg aku faham di hostel aspuri ni ada satu tong khas untuk buang pad. Betul ke? Nama tong tu Tong-M. Tak tau la apsal namanya sedemikian rupa. Any idea?

Balik kpd cter. Lepas je light-off, akak aku pun prepare la nak tido. Katil dia plak double-decker, dia kat atas. Kedudukan betul2 tepi tingkap. So kalau ada student lalu-lalang kat koridor nak ke bilik air, akak aku boleh nampak (kalau selak langsir), dan boleh dengar pergerakan orang yg lalu.

Ntah pukul berapa, akak aku tersedar dari tido pasal terdengar bunyi tong sampah diselongkar. Akak aku tak amek port sangat pasal dia ngantok. Dia ckp dlm hati, kucing cari makanan kot... Akak aku ckp, bunyi selongkar tu lama jgk, siap ada bunyi 'cyapp cyapp cyapp'. Tapi kuasa mengantuk mengalahkan curiosity dia time tu. Dia zzz lepas tu.

Esoknya akak aku terbangun dgn suara aspuri bising2 depan dorm dia (lebih tepat lg depan bilik air). Bila dia dan dormmate kuar jenguk, ramai aspuri koridor dorang bising tengok Tong-M terbaring dgn pad-pad bersepah. Akak aku pun paham apa yg dia dengar mlm tu bukan kucing, tapi 'penghisap darah pad'.

Moral: Basuh sebelum buang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 08:53 AM | Show all posts
keseraman posted on 22-4-2014 12:20 AM
Ipo, tabik spring dgn cter Ipo. Best!

Nak share pasal antu isap pad ni. Bukan aku alami, tapi d ...

Hai keseraman, tq jenguk thread kisah cik pon ni..

Seram gak citer keseraman ni tapi rugi la dia tak pergi tengok 'apa' yg menyelongkar tong M tu..hehhe ( agaknya M = merah )..sebab darahkan merah..agak je la..heheh

Memang banyak kali dengar cik pon selongkar tong sampah cari pad ni. Ipo sendiri pun pernah alami. Klau tak silap, pad yg tak dibasuh dan di'cyappp' plak oleh cik pon ni, org yg buang pad tanpa basuh tu akan mudah terkena rasuk..entah ler..

And again, moral of the story, basuh pad bersih2..takkan segan nak basuh darah sendiri kan...

Thanks kongsi citer kat sini


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:08 PM | Show all posts
PATUNG CIK PON JADI HIDUP


Kisah ni masa Ipo pergi melawat muzium. masa tu muzium tengah buat pameran hantu. Uih...jenuh gak la nak beli tiket. Beratur punya la panjang. berjam jugak la baru boleh dapat beli tiket tu. Pastu, beratur lagi masa nak masuk tu. Berjam lagi..bayangkan dari pukul 9, pukul 3 petang baru boleh masuk..huhuhu..

Ok, dah dapat masuk tu..dengan rasa terujanya, Ipo and geng melihat-lihat replika hantu..macam2 ada. Toyol, orang minyak, cik pon, penanggal, hantu berbulu..pendek kata semua cerita hantu yang pernah tengok tu..ada kat pameran tu. Suasana yang direka untuk hantu tu memang superb! Rasa macam real. Kami berasak2 berjalan perlahan..kdg2 tak payah susah melangkah, org belakang yg tolak....terus ke depan dengan sendiri.

Tiba kat scene cik Pon tu..masa tu pameran tu, cik pon tu diletakkkan atas pokok dengan rambut panjang dan baju putih koyak dan ada darah. Kat mulut cik pon tu plak..diletakkan darah..yalah..nak kasi seram kan..

tenagh syok menilik benda tu (cik pon tu), Ipo terkedu. Genyeh mata berkali2. Mata cik Pon tu berkelip2. Ikutkan, memang tak pun sebab dah patung kan..bulat dan besar. Lepas tu plak, mulut dia pun biasa je..cuma ditepek darah je tapi apa yang Ipo nampak...perlahan cik pon patung tu menyeringai..ah, mungkin itu satu tarikan untuk pelawat tengok supaya nampak real..
Ipo buat tak kisah lagi..Ipo jalan lambat2..kawan2 semua dah ke depan, tengok hantu lain. Sekali Ipo nampak..lidah terjelir keluar siap dia menjilat lagi..huhu...

Ipo tanya org sebelah yg turut sama tengok benda tu. Dia berkerut kening..dia tanya, mana ada?? Cik pon tu duk diam jek kat atas pokok tu..
Huhuhu...terus Ipo jalan ke depan..dah tak toleh dah kat cik pon patung tu.
Last edited by Ipo on 22-4-2014 07:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2014 07:23 PM | Show all posts
KELIBAT ORANG TENGAH SOLAT

Kisah ni plak masa Ipo pergi bercuti..tak jauh pun..dekat Bukit Fraser je..

Ipo menginap di resort. nak ke resort tu ada sebuah rumah banglo..juga untuk penginapan. Kisah ni, dari banglo tu. Ipo dengar cerita dari orang yang menginap kat situ. Bilik yang Ipo menginap tu tak ada apa-apa..sib baik...

Member cerita(kebetulan kawan hubby), dia orang menginap satu malam je. Malam berikutnya dia orang pindah. Citernya gini, mereka sampai petang gak la, dalam pukul 6 macam tu. Mereka satu famili. Rumah tu ada empat bilik. Tiga bilik besar dan satu bilik kecil. Ada satu bilik tu berdepan dengan bilik yang besar. Sampai di rumah, macam biasa, mereka mengemas mana yg patut..nak keluar makan, tunggu lepas maghrib. Jadi sejadah dibentang siap-siap ikut arah kiblat.
Org yang menginap di bilik besar tu, ada dua orang. Mereka dah solat. Bilik lain plak, ada seorang dan ada 2 orang. Pintu bilik dibiarkan terbuka sebab senang nak panggil dan berkumpul di ruang tamu, masing2 dah lapar kan..

Mana yg dah solat tu, tunggu kat ruang tamu. Punyalah lama tunggu,org yang menginap di bilik kecil berhdapan dengan bilik besar tu tak keluar2..
Mereka jenguk melalui pintu bilik yg terbuka....nampak org tu masih lagi solat. Mereka berborak lagi sementara tunggu dia habis solat.
Bila dah lama sangat, mereka intai lagi. Kali ni dah tak ada..jadi mereka ingat tentu dah siap solat.

Sekali org yg ditunggu keluar dari bilik air dari ruang dapur. terkejut gak la..terus mereka tanya..
org tu cakap..dia duk dlm bilik air tu dari tadi lagi..sakit perut..
Serentak mereka berapling semula ke arah bilik kecil tadi...nampak org tengah solat tapi kali ni..kiblat dah lain...

Mereka intai pulak bilik besar (juga terbuka pintu)..nampak org yg sama tengah solat..sebijik!
Mereka berpandangan sesama sendiri..merka sempat bilang ahli famili, cukup ke tak....dah cukup kat ruang tamu termasuk yg baru keluar dri bilik air tadi..
Habis yg tengah solat tu siapa???

Mereka semua terus keluar, bila balik semula, semua tidur dlaam satu bilik.. tengah malam, merka dengar suara bersembang di ruang tamu..
Esok pagi terus cabut..



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:34 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-4-2014 07:08 PM
PATUNG CIK PON JADI HIDUP


ouh, kisah patung hidup plak. terbaik la ipo! aku kalau cter antu ni, kureng pengalaman lor. hehe.. sume cter aku sedut dari pengalaman kakak2 aku. ni kisah akak aku yg lain, Kak Su.

dia baru grad dari UM, mcm Ipo. waktu musim tanam anggur, keje dia jaga anak2 buah akak aku lagi sorang, Kak Yang, kalau dia n husben pegi mengajar di skola. petang pas waktu skola, Kak Yang n suami amek la anak dorang bwk balik uma sendiri.

bila mlm tinggal mak, ayah n Kak Su aku je di uma tu. ada satu patung ni, mybe sume pernah nmpk kot patung jenis menari kalau kita tekan. siap ada lagu "I am Barbie girl."

anak2 buah aku ni, wlu pun dua2 nya pompuan, lasak mcm lelaki. dua2 masih kecik. so patung dancing dorang tu dah tak rupa patung comel. rambut jadi botak, mata sebelah dah xleh buka, pastu patung tu dah bogel sebab baju dia ntah hilang ke mana. klu tenung lama2, seram jgk la. oh ya, part ni amat penting. patung tu dah takde BATERI! anak buah aku rosakkan tempat bateri tu.

sekali tu dah tgh mlm, Kak Su aku tak tido lagi pasal layan Running Man kt laptop. dia ke dapur nak buat milo. patung dancing tu plak kat dapur, anak buah aku pas main tinggalkan situ. tengah Kak Su masukkan air panas kat mug, dia terdengar, "I'm a Barbie girl, in the Barbie world. Life in plastic, it's fantastic!" lagu tu berulang berkali2 sampai aku blah dari dapur.

Kak Su tak amek port sgt. pasal dah mmg patung tu direka utk nyanyi lagu tu. bila akak aku masuk bilik semula, dia baru terfikir. mcm mana patung tu boleh nyanyi? baterikan takde?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:49 PM | Show all posts
keseraman posted on 22-4-2014 07:34 PM
ouh, kisah patung hidup plak. terbaik la ipo! aku kalau cter antu ni, kureng pengalaman lor. heh ...

hahaha..adeh...patung barbie plak..memang patung boleh joget ni glamour!

teringat plak citer seram Chucky tu..hehe..patung yg balas dendam...terbaik citer keseraman nih..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 11:17 AM | Show all posts
BETIS MANUSIA BERJALAN SENDIRI


Teringat satu kisah yang terjadi masa kat asrama dulu. Banyak tul kisah kat asrama ni kan..hehehe

Kisah ni berlaku pada malam Jumaat..org kata malam kelewong..
Masa tu Ipo tengah khusyuk studi..studi buku citer....tengok syok baca tu, Ipo dengar satu suara dari tepi tingkap. Kebetulan bilik Ipo tu tepi tingkap dan meja studi pun dekat je  ngan tingkap. Jadi dengan selambanya Ipo jenguk. bilik tu di tingkat dua. jadi tinggi jugak la.. sebelah bilik plak ada hutan kecil sikit.

Bila intai tu, tak ada plak suara tu. Ipo sambung lagi baca, sekali lagi dengar suara..macam suara menyuruh datang ke tempat tu..macam menyeru la gitu. Ipo jenguk lagi..ilek..tak dak pa pa.. Ipo terus cakap. siapa plak nak main2 kat aku malam2 buta ni? masa tu dah pukul 12 malam..ya la mata duk ngadap buku citer kan..cerah je mata. kalau buku sekolah tu..tak sampai lima minit dah nak tutup..

Ipo buat tak tahu lagi..seklai lagi suara tu datang,..kali ni siap cakap..'Marilah sini..marilah main sama-sama..'
Ipo menelan liur.Gulp...siapa plak ajak aku main ni??
Ipo beranikan diri jenguk lagi..gelap je..lampu jalan je yg terang..hanya nampak semak dan poko bunga tepi bangunan asrama. Ipo terus tutup tingkap bilik. sambung baca lagi..kali ni bunyi krik..krikk..
Sebaik Ipo pandang semula ke arah tingkap tu...huhuhu...ada cik Pon tersengih daa...
Ipo tutup muka dengan buku citer tu..tapi dlaam hati nak tengok lagi cik Pon tu..Ipo buka mata balik..dia dah tak der..lega.
Ipo buka pula tingkap..sekali Ipo tengok..betis manusia sedang berjalan berlegar-legar kat semak tu..terlompat2 macam main teng teng..tak ada badan, tak ada kepala...
Apa lagi..Ipo terus bungkus diri bawah selimut. bangun pagi. mula terfikir..agaknya betis tu yang ajak Ipo main..hehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.084856 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list