CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
Post time 23-4-2014 03:17 PM | Show all posts
eva posted on 15-4-2014 12:32 AM
ada.. kwn i sendiri kena..

uiam gombak baru buka, so my friends antara batch awal2 dok kat sana ...

Wah! cite psl hantu2 kat U nie,aku tringt ms aku blajar kat U dulu.Ms tu sem 3. Aku gok kat tingkat 5.Bangunan asrama kami ni ada wing A dan wing B. Berbentuk ala2 huruf L gitu. kat hujung wing B tingkat bawah tu rumah warden.Ok,ms tu dh tgh mlm.Aku ngn 2 lg roomate tu nk ke bilik air la.Nk membuang,cuci muka & gosok gigi.Dlam perjalanan ke bilik air tu,kami akn lalu kawasan berpagar.So akan nmpak la,kawan padang kat dpn tu.Padang tu,bleh la buat main bola tmpar or untuk beriadah la.

Jd,sempat la pulak kami menapak kejap kat pagar tu,borak ngn classmata yg tgh dok lepak kat padang tu,mengadap kat umah warden. So korang bayangkan la,camner kitorang borak.Kami kat tingkt 5,dorang kat bawah tu..hahaha.. So dh sudah tu,kami pun pegi la bilik air...BUat apa yg patut..x lama punDalam 15 minit/ kurang. KAmi pun balek bilik.Ms lalu kat kawasan pagar td,kami dh x nmpak classmate yg dok lepak td.Ingatkan dorang nk tdo.Xkisah pun.Esok pg,kat kelas,kitorng tnya la,apasal kejap sgat lepak mlm td? Tau dorg cakap apa? X lama lepas kami gerak pegi bilk air,salah salah sorang dpd dorng nmpak 'poc' kat atas rumah warden.Mau x cukup tanah dorang lari mlm tu..hahha.. Tp serius cakap.Mlm berikut nya,mmg sunyi gila kat bawah tu,Tp x lama pun,1/2 mggu je.Pas tu,cam tu lepak lg smpai awal pagi.borak apa pun aku x tahu,sampai  reti nk ngantok..hahhaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2014 04:12 PM | Show all posts
AshSiddiqa posted on 23-4-2014 03:17 PM
Wah! cite psl hantu2 kat U nie,aku tringt ms aku blajar kat U dulu.Ms tu sem 3. Aku gok kat tingka ...

kiranya cik Pon ni pun suka masuk U tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 06:27 PM | Show all posts
AshSiddiqa posted on 23-4-2014 03:17 PM
Wah! cite psl hantu2 kat U nie,aku tringt ms aku blajar kat U dulu.Ms tu sem 3. Aku gok kat tingka ...

siannya..

ni u mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:29 PM | Show all posts
ipoooooo...budak 3rd ker???uhukkkkk...same kolej...kurshiah...kurshiah...kurshiahan....heheheh...alhamdulilah...dok UM tenun xpenah jmpe sebarang makhluk halus nie...makhluk bbulu badan beso idung belang byk...hahahahhah

sempat ker mkn kt sahur??sory..off topic..eksited jmp kwn kolej..heheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:29 PM | Show all posts
tenunsongket posted on 23-4-2014 07:29 PM
ipoooooo...budak 3rd ker???uhukkkkk...same kolej...kurshiah...kurshiah...kurshiahan....heheheh...alh ...

Kolej janda jugak ke???..selamat bereunion!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 09:44 PM | Show all posts
Hi....cerita kat Universiti ni cik teringat cerita ex-opismate cik..nama dia Kak Siti..

Cerita dia camni....

Time tu studyweek,Kak Siti tinggal kat hostel kat tingkat 3, Hari tu hari minggu,Roommate dia balik kampung.. Tinggal la dia sorang-sorang dalam bilik, Tetiba malam tu tah mcm mana dia xleh tido...
Alang-alang xleh tido, so dia pn merajinkan diri mentelaah lah...
tiba pulak malam tu panas..Dia pun bukak la tingkap bilik dia.. tingkap jenis kuak keluar.

Bagi angin masuk baru la best nak baca buku..
Tiba-tiba bunyi motor pak guard...Kak siti jenguk ke luar..
dalam hati dia lega sebab ade pak guard lalu, xde la dia sunyi..xdela takut..

30 minit lepas tu bunyi lagi motor pak guard, Kak Siti meneruskan lagi study dia sambil dengar walkman.
lepas 3 kali pak guard meronda, kali ni bunyi motor pak guard macam kuat..macam dekat dengan tingkat bilik Hostel Kak Siti...

Kak Siti mendongak pandang ke luar, ada pak guard sambil naik motor kat luar tingkap, betul-betul menghadap kak Siti ...
"tengah study ke?"soal pak guard tu.. "aah" jawab Kak Siti ringkas..
lalu pak guard pn berlalu pergi....

Lepas je pak guard tu pergi, tiba-tiba Kak Siti teringat sesuatu...
"Eh, aku ni duk tingkat 3, cammana pak guard tu blh ade luar tingkap tadi...dia ade ilmu terbang ke??" gumam Kak Siti sendirian..

Terus Kak Siti tutup buku,tutup tingkap, tutup langsir, melompat atas katil sambil berselubung..
Seminggu jugak la dia demam penangan pak guard misteri tu..

Tu la 1st time Kak Siti terserempak ngn hantu real kata kak Siti......


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 10:19 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 23-4-2014 09:44 PM
Hi....cerita kat Universiti ni cik teringat cerita ex-opismate cik..nama dia Kak Siti..

Cerita di ...


huhu,, creepy nya stori andak ni. tetiba lak aku takut dgn avatar aku sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 10:55 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 23-4-2014 09:44 PM
Hi....cerita kat Universiti ni cik teringat cerita ex-opismate cik..nama dia Kak Siti..

Cerita di ...

huhu...antu tu terawang2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2014 10:55 PM | Show all posts
keseraman posted on 23-4-2014 10:19 PM
huhu,, creepy nya stori andak ni. tetiba lak aku takut dgn avatar aku sendiri.

avatar ko ni..badut la..nak seram  hapanyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 09:39 AM | Show all posts
NAMPAK IMEJ SENDIRI!

Apa korang rasa bila nampak diri sendiri kat luar?? (bukan dalam cermin ye...)


Pengalaman kali ni, berlaku kat sebuah sungai (takyah citer ler kat sungai mana kan..). msa tu masih sekolah. Cikgu buat camping dan berkelah sekali. jadi kita ornag pasang khemah dan buat unggun api. Sungai tu memang cantik. Ada batu besar2, air laju mengalir dan ada gak air terjun. Time ni jadi pengakap sekolah, so, nak tunjuk terer ler memasing..pasang khemah, buat tempat utuk bakar ikan, buat bubu dan pisau dari batang buluh, kononya untuk tangkap ikan dan buat jugak tombak..ye lah..dak nama pun budak kan....tpi ok gak la sebab rupanya cikgu kita org perhati semua tu..sebelum bertolak, cikgu cakap, akan beri hadiah..hadiah utk apa tak tahu la..

Ok, back tu tajuk kat atas tu, kami murid2 ni mula berehat dlam khemah. Ada lima khemah..satu khemah 2 org. Kheamah Ipo plak dekat ngan tebing sungai sebab sampai kat sungai tu last sekali. tempat strategik lain, dah kena serbu..

Nak tak nak, terpaksa la, pasang khemah tepi tebing tu..kalau tergelincir, memang sah2 masuk sungai terus

Kita org semua  mula masak..asap berkepul masa nak bakar tu..(Ikan bawa dri rumah..heheh), tak kuasa nak tangkap kat sungai tuh..entah ada entah tak. Waktu dah dekat tengahri..ok, dah siap makan, mandi, buat aktiviti sendiri..malam baru ada acara menyanyi dan bercerita

Lepas solat isyak, kami semua mula berkumpul mengelilingi unggun api..mula2 tu menyanyi lepas tu sesi bercerita. Start ngan citer biasa2..kat sekolah..lama2 masuk citer hantu plak..time nih..mata asyik melilau je pandang sekeliling..gelap. Ya la..kat sungai dan ada hutan plak kan..
Ada sorang ni, dia citer yang dia pernah nampak mata saja, tak ada badan, tak ada apa..mata tu bergerak2..melayang2..besar.
Ipo ni plak sambil menopang dagu, terlopong dengar dia cerita..tengah syok dengar tu..Ipo nampak imej Ipo sendiri kat sebelah budak tu..juga buat aksi yang sama..terlopong dan menopang dagu..Ipo genyeh mata berkali2..

'Aik! takkan aku duk sebelah budak tu?" ipo tegakkan badan. dah tak menopang dagu lagi dah.

Imej tu sama..aksi yang sama dia tiru..haish...

Ipo sengaja buat aksi lain plak...main2 kan tangan lagak nak tumbuk benda..imej tu pun sama..adoih...
tengah syok budak tu bercerita..

"Stop!' ipo suruh berhenti. tangan Ipo buat isyarat stop.
Semua pandang ke arah Ipo..

"kenapa?' Cikgu plak tanya.
ipo masih pandang imej Ipo sebelah budak tu..tersengih plak dia..

Lalu Ipo bangun dan duduk sebelah budak tu..imej tu duduk sebelah kiri dan Ipo duduk sebelah kanan..Ipo mencelah anatara budak tu dan sorang lagi.

"ok, sambung balik." Ipo sengih..

Budak tu dah terpinga-pinga..dia sambung semula citer tadi..masa tu Ipo toleh ke arah dia la kiranya. sebab dia kan di sebelah Ipo je la ni..

Sekali Ipo nampak imej Ipo kat depan plak..melopong mendengar budak tu cerita. ipo jenguk sebelah kiri budak tu..imej tadi dah tak ada kt situ.

Huhuhu...pastu Ipo buat dek jer la..biar ler 'dia' tu kat situ..sambil dengar citer sambil tu jeling 'dia'tu...huhuhu
Last edited by Ipo on 24-4-2014 11:14 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:52 AM | Show all posts
Ipo posted on 24-4-2014 09:39 AM
NAMPAK IMEJ SENDIRI!

Apa korang rasa bila nampak diri sendiri kat luar?? (bukan dalam cermin ye.. ...

kalau keledek kene cam tu confirm dah keras tak bergerak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 11:16 AM | Show all posts
keledekbakar posted on 24-4-2014 10:52 AM
kalau keledek kene cam tu confirm dah keras tak bergerak..

sib baik rupa 'dia' tu sejibik...kalau dibuatnya ada darah dan huduh cam cik pon berdarah mulut tu...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:44 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-4-2014 11:16 AM
sib baik rupa 'dia' tu sejibik...kalau dibuatnya ada darah dan huduh cam cik pon berdarah mulut tu ...

jgn kata keras mau terus pengsan kalau cam cik pon.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 03:05 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-4-2014 09:39 AM
NAMPAK IMEJ SENDIRI!

Apa korang rasa bila nampak diri sendiri kat luar?? (bukan dalam cermin ye.. ...



tabahnya Ipo....bagus jugak tak tunjuk kat yg lain pasal another 'ipo' tu sebab;

1.nanti tak dpt dengar cite hantu
2.nanti pening diorang nak tentukan mana satu Ipo sbenar hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 03:13 PM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 24-4-2014 03:05 PM
tabahnya Ipo....bagus jugak tak tunjuk kat yg lain pasal another 'ipo' tu sebab;

1.nanti ta ...

hahha....copycat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:33 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-4-2014 09:39 AM
NAMPAK IMEJ SENDIRI!

Apa korang rasa bila nampak diri sendiri kat luar?? (bukan dalam cermin ye.. ...

best la kisah2 ipo ni. hantu kembar ni (atau copycat menurut ipo) byk kali berlaku di asrama skola sy. bukan tuan badan yg nmpk, tp orang lain. contoh A nampak B kat ampaian, pastu A masuk dorm, B tgh borak dgn dormmate yg lain. bila A tanya B, B nafikan yg dia ada kat ampaian sblm tu. kisah hntu kmbar ni ada sy catat dlm ni: Hantu Kembar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2014 08:30 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 24-4-2014 07:33 PM
best la kisah2 ipo ni. hantu kembar ni (atau copycat menurut ipo) byk kali berlaku di asrama skola ...

yg tu ada gak alami..nampak kawan kat tempat lain, pastu bila tanya kawan tu ckp dia tak pergi pun kat situ..
garu2 kepala..jdi konpius jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 09:37 AM | Show all posts
HANTU GALAH TERKANGKANG!


Ni Ipo dah recall satu lagi citer..time ni masa kecik lagi..darjah tiga kalau tak silap. berlaku kat kampung, dekat ngan alur (agak besar juga). masa tu, Ipo baru balik dari sawah (sawah ni plak belakang alur tu), tolong ayah (arwah) ambil kerbau (ada 2 ekor)..kerbau ni garang gila..pernah kena kejar sebab pakai baju merah..macam red bull plak kerbau ni..hehhehe

Tengah tarik tali hidung kerbau tu, Ipo lalu ikut alur tu..tak dlam sangat. takat lutut je airnya..so, harung ler bersama 'mamat hitam kelabu' tu. masa tu, sudah hampir maghrib gak la..senja gitu..ya la..kerbau ke, kambing ke, ayam itik ke,..kenalah masuk kandang kan bila dah senja2 ni..mcm kita la gak..balik rumah.

Syok Ipo mengharung alur tu..langkah ipo terhenti. kerbau tu macam tak nak berganjak. jenuh ditarik tali hidung tu..masih diam membatu kat situ. udah ler badan 'mamat' tu besar gedabak! memang tak larat nak tarik oleh Ipo yg kecik molek ni..

tarik punya tarik..kerbau tu masih tak nak jalan..haih..apa hal la plak mamat hitam kelabu aku ni...seklai dengar bunyi mendengus kuat..Ipo ingatkan bunyi kerbau..tapi bunyi tu datang dari atas. Ipo mendongak. Sekali..ambik kau! Kaki berbulu besar sedang terkangkang kat dpan Ipo! Tak dak badan dan kepala..ada kaki je!

Apa lagi..terus Ipo tarik kerbau tu..macam ada kuasa kuda mcm The Flash tu..laju je Ipo n mamat kelabu hitam tu lari..kerbau tu pun macam tahu je Ipo nak lari..hahaha...

Citer kat mak..mak ayah..ayah cakap mungkin hantu galah..
lepas tu...tak berani dah lalu waktu senja tu..ambiik kerbau tu..pukul lima dah panggil mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:04 PM | Show all posts
keseraman posted on 23-4-2014 10:19 PM
huhu,, creepy nya stori andak ni. tetiba lak aku takut dgn avatar aku sendiri.

Watak penny wise ni mmg scary sampai harini .... aku kengkadang tgk cd nyer ... mmg setaraf sundal bolong , @Ipo  pernah tgk citer ni x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 11:23 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 25-4-2014 12:04 PM
Watak penny wise ni mmg scary sampai harini .... aku kengkadang tgk cd nyer ... mmg setaraf sundal ...

tak pernah..best tak? nak car kat mana citer ni?..dah teruja plak nih!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.139842 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list