CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
 Author| Post time 17-4-2014 07:36 PM | Show all posts
Rumah Lawa tapi...

Kali ni, nak citer kisah kes cari rumah sewa plak...habis tahun satu, nak masuk tahun dua, terpaksa cari rumah sewa kat luar. Asrama dah dibook utk student freshies..huhuhu...yang senior ni la kena berpeluh2 cari tempat tinggal kat luar kampus. Penat woi..ke hulu ke hilir..rumah tak dapat jugak. kalau yg nak tinggal sama geng lagi la...tak nak ambik org lain! bengang sekejap!

Dalam sibuk duk cari tu, dapatlah satu rumah ni..tapi Ipo tak berapa berkenan sebabnya betul2 depan bas stop. Tak da privasi. So, cari lagi..pusing2 sekitar taman perumahan tu..(sekitar PJ). Balik kelas, Ipo dan kawan yg lain dengan menaiki motor pusing2 sekitar taman perumahan. Selalunya lepas kelas..petang jugaklah baru kita orang ada masa nak cari rumah sewa ni. Gigih jugaklah...

tengah mencari tu..waktu tu dah agak senja (kul 6 lebih), kami terpandang satu rumah satu tingkat, agak jauh sikit dari rumah lain. Kat pintu pagar tu, ada ditampal iklan untuk disewa. Ada nombor telefon sekali. Kami pun call nombor tu. Hampeh...

'Nombor yang anda dail tak ada dalam perkhidmatan'

kawan Ipo membebel tak ingat. dah la penat pusing-pusing area situ..bila dah jumpa plak...tak boleh pakai plak nombor tu. Masa tu kami berhenti betul-betul depan rumah tu. Rumah tu agak tak terurus walaupun cantik dengan cat kekuningan gitu. depan laman rumah tu..rumput panjang..agak2 ada la paras lutut panjangnya.Mungkin tuan rumah tak dak masa nak potong..hehehe.  Cermina tingkap plak jenis cermin nako tu..Kat dalam tu..macam gelap dan seram jer...

Kami try dail sekali lagi..yalah..sebab nak sangat rumah sewa. Sementara dapat rumah sewa tu, Ipo dn kawan ni tumpang bilik member...berasak2..bygkan satu bilik sederhana ada enam orang, tak ke haru tu?

Ok, back tu citer tadi, masa kita orang perhatikan rumah tu..tengah syok dok perhati sekitar rumah tu...tiba-tiba Ipo ternampak satu kelibat kat tingkap depan ruang tamu rumah tu. Ipo genyeh mata berkali-kali..memang sah! Seorang perempuan berpakaian putih dengan rambut panjang sedang tersengih kat situ! Yang pasti..jelas nampak muka dia yang dah merah2..mata bersinar..

Kawan Ipo dah pelik tengok Ipo terkebil-kebil dengan muka pucat. Dia tanya.
Weh, ko tengok apa? macam dah pucat muka ko?

Ipo sengih. Perlahan ajak dia balik tapi dia nak tunggu juga kat situ. Ipo pun pelik, nak tunggu apa lagi. Call owner rumah pun tak jawab, nombor plak tak der dalam perkhidmatan. Ipo beranikan diri pandang ke arah  tingkap tadi. Pompuan tu masih kat situ..kali ni bukan sengih tapi dah jeling tajam gitu. kalau pakwe jeling oklah jugak kan..

kawan Ipo cuit lengan Ipo, dia tuding ke arah tingkap. Ipo jeling plak kawan Ipo..muka dia dah pucat lesi..

Ipo: Ko nampak apa?

Saja Ipo tanya...mana tahu dia nampak apa yang Ipo nampak kan..
kawan Ipo tuding lagi ke arah tingkap tu..

Ipo dah paham..

Ipo ajak kawan Ipo tu balik cepat. tak nak duk lama2 kat situ. Kami start enjin motor..sekali tak nak hidup plak. Ipo dah gelabah..tengok jam..dah hampir maghrib..time tuh maghrib masuk awal..jadinya suasana situ suram dan hampir gelap. Jiran2 lain..macam tak ambil port je..

Ipo start lagi enjin..hidup plak..tak sempat nak pakai helmet, terus kami pecut motor tu..yang peliknya..kawan Ipo dakap Ipo macam nak lemas time tu..
Ipo laung la..sebab kelajuan dah macam FI kan.. suara dah tenggelam bersama angin kuat tu...

"weh! Ko apa hal peluk aku macam ni?" Ipo gerak2kan badan. Rimas bila org peluk macam tu. Ditariknya windbreaker Ipo. dah nak tercekik ada gak time tuh. Mata masih hala ke depan. tangan dah pulas handle motor semakin kuat.
"Ko tak nampak ke?" kawan Ipo makin kuat peluk.
"Nampak apa?" Ipo dah bengang
Kawan Ipo tuding ke arah kiri...alamak!!!

Motor Ipo hampir terbabas ke bahu jalan...rupanya pompuan tu dah terbang n nak join sekali berlumba FI! Adoih!!

Apa lagi, Ipo terus pecut lagi mengalahkan drebar FI tu..berdesup, entah bila sedar tak sedar, dah sampai depan masjid..lega...
Last edited by Ipo on 17-4-2014 07:56 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 08:51 PM | Show all posts
Ipo posted on 17-4-2014 07:36 PM
Rumah Lawa tapi...

Kali ni, nak citer kisah kes cari rumah sewa plak...habis tahun satu, nak masu ...

len kali cakap
saya x lumba f1
cup prix ok la kak oiii!!!
(sambill full throttle)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 09:24 PM | Show all posts
leenaz posted on 17-4-2014 08:51 PM
len kali cakap
saya x lumba f1
cup prix ok la kak oiii!!!

hahaha...tu la tu! Ingat nak tulis merempit je..buat aksi willy ke hapa ke..haha...dah la time tuh bawa motor kapcai kriss je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
wah terbang kt sebelah plak... hish scary tul...


best citer tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:50 PM | Show all posts
Binatang berbulu hitam lebat


Ni kisah bukan kisah zaman studi tapi kisah baru la jugak. benda ni akan jadi bila setiap kali Ipo balik kampung. Bila dah balik KL semula, selang dua tiga hari lepas tu, benda yg macam tajuk kat atas tu akan datang...
Al kisahnya, bermula dari citer adik Ipo ngan hubby dia yang tidur kat rumah kita orang masa tu sebab Ipo n hubby pi tanah suci. sebulan lebih gak la tinggal rumah, jadi suruh dia orang stay kat situ jap.

Balik dari sana, mereka citer, mereka tidur hnaya beberapa malam je sebab diganggu dengan bunyi alarm kereta yang kuat. Ipo tanya, ada pencuri ke hapa? Mula tu, dia orang tak nak citer, tapi lepas tu, dia orang cakap, lepas alarm kereta bunyi, dia orang nampak ada binatang berbulu hitam bertenggek atas bumbung kereta. Ipo tak ambil port la sebab kami tak pernah mengalaminya.
Tapi benda ni start berlaku dan kami sendiri mengalaminya..bila balik kampung lepas tu....

Cenggini citernya, kat kampung, rumah Ipo ni dekat sawah. Depan rumah plak, ada sebuah rumah papan..(dengar citer tuan rumah ni ada bela hantu raya..entahlah..tu dari sumber yg Ipo tahu la..). Dulu pernah pergi jumpa 'pegawai perubatan tardisional' ni sebab sakit perut/senggugut tak hilang2), kalau jumpa doktor asyik bagi pil ponstant je..pil penahan sakit tuh..huhuhu. Jadi masa pergi tu, nak ambik ubat/urut sebenarnya, tapi benda lain plak Tok Moh tu citer. Dia kata kat rumah kita orng (kat kampung tu), ada jiran bela hantu raya dan jugak binatang berbulu hitam..hantu tu suka bersidai kat tepi pokok pisang. Binatang berbulu tu plak suka bertenggek kat pokok mangga. Tok moh tu cakap, pokok pisang tu kat belakang rumah org tu (rumah papan) dan ada juga sebelah rumah kita orang. Pokok mangga plak ada dalam kawasan rumah kita orang.
Ipo terkejut gak la...sebab apa yg  Tok Moh tu cakap, semuanya benar belaka (kedudukan pokok2 tu)...hehhee..kedudukan pokok2 tu sejibik apa yg Tok Moh tu citer..memang betul semua tu.
Ah, Ipo tak kisah je. Dia orang nak bela hantu ke, beruang ke, itik ke, beruk ke..janji tak kacau kita orang sudah la..jadi Ipo buat tak kisah..

Ok, dah spend seminggu kat kampung, Ipo balik KL. Drive. Dua tiga hari lepas tu, kereta bunyi...alarm kereta bunyi tepat kul 3 pagi. terkejut dengan bunyi alarm kereta tu, ingatkan ada pencuri ke hapa ke..teraba-raba mencari kunci kereta. Ipo and hubby bergegas ke garaj tempat letak kereta tu. Kereta tu dah senyap..intai punya intai..tak ada apa pun. kami pun sambung tidur. Peliknya, selang semalam lepas tu, bunyi balik alarm kereta, tepat kul 3 pagi. Kami cuba buat selamba, seolah tiada apa berlaku.

Benda ni berlaku setiap kali Ipo balik kampung, balik KL semula, akan bunyi alarm kereta tepat kul 3 pagi...bunyi tu plak sekejap je..tak sampai lima minit..tak sempat tekan alarm tu utk off kan...bunyi alarm tu senyap sendiri..pastu dengar duummm!!! macam benda jatuh atas bumbung kereta.

Benda akan terjadi setiap kali lepas balik dari kampung. tepat jam 3 pagi..alarma kereta berbunyi untuk beberapa malam..huhuhu..
Korang rasa tu benda tu ikut ke?






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 07:46 AM | Show all posts
Ipo posted on 18-4-2014 12:50 PM
Binatang berbulu hitam lebat

cer tido dalam keta
tgk apa yg berlaku
kalau bunyi start engin terus balik kg...
suh dia duk kat kg jgn ikut


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 08:31 AM | Show all posts
sila sambung lg kisahnya ye TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 12:22 PM | Show all posts
Best tt, citer tt nikalau wat drama bersiri comey, seram kelakar mesti best .... iol pon ader pengalaman 2-3 kali gak ...debor tu kalau diingat sampai hari ni mmg terrasa2 jer ...

Iol rase uol ni , jenis inesen x bertempat hehehe, pastu ader jenis bermagnet kpd entiti ni... iol raselah

Chalo2, teruskan citer ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 05:49 PM | Show all posts
Cam nak share ckit citer seram kat sini leh? Hehe.. Citer pasal pad2 x basuh ni.. Mmg betul la pesan org tua ni kan.. Ada sebabnya kan..

Kes ni penah berlaku masa saya study dulu kat satu tempat area perak.. Kat mana tu.. Hehehe.. Rahsia je la eh.. Kwsn tu mmg agak ceruk ckit.. Dikelilingi hutan hutan dan banyak ultraman besar2 berhampiran.. Wpun duduk setahun je tapi mcm2 benda yg berlaku dari sehari ke sehari.. Bnykla kejadian2 misteri yg kecik2 berlaku tapi kejadian yg paling besar dan dasyat berlaku di hujung semester lepas kami semua dah habis exam dan menunggu hari utk balik ke rumah masing2..

Asrama kami ni ada 4 blok dan 3 drpnya adalah blok puteri..hanya satu blok je lelaki almaklumlah kuota lelaki sikit masa tu.. Blok 1 & 2 berdepan sesama sendiri dan kedua2 nya adalah blok puteri.. manakala blok 3 & 4 juga berhadapan dan masing2 adalah blok puteri & blok putera tapi dihadang dengan papan zink yg sgt besar so blok putera mmg x dptla nak skodeng apa blok puteri buat. Kejadian tu berlaku kira2 jam 10-11 mlm seingat saya.. Ada seorang penghuni puteri tengah bergayut kat telefon dengan bf dia kat belakang bilik... Bilik dia tingkat bawah sekali so mmg bilik bawah je yg ada pintu depan dan blkg.. Antara blok 2 & 3 ada satu kwsn lapang bertar yg kami selalu guna utk buat solat jemaah dan lain2 aktiviti.. Dan di hujung antara kedua2 blok ini berhadapan kwsn lapang.. Ada tong sampah besar yg besar utk buang sume sampah2 dlm tong kecik bilik masing2...

Alkisahnya.. Tengah cik adik ni bergayut bergayut dgn cinta hatinya yg kebetulan pelajar putera yg duduk kat asrama blok 4 tu... Tiba2 dia menjerit ketakutan sehinggakan kawan2 sebilik dia dan juga bf dia kat dlm telefon tu terkejut.. Masa ditemui oleh kawan2 sebilik.. Dia dh separuh pengsan.. Kwn dia sambung berckp dgn bf dia dlm keadaan panik sbb dorg x tau nak buat apa.. Salah sorg panggil warden.. Kemudian bf dia dgn bbrp pelajar lelaki yg lain dari blok 4 sampai dlm keadaan kelam kabut nk tahu apa yg dh terjadi..puas ikhtiar utk sedarkan dia tapi dia tetap x sedarkan diri.. Hal ni tersebar luas sampai ke bilik2 pelajar puteri yg lain dan sampai ada salah sorg yg terlalu takut histeria hingga semput dan nazak sgt.. Siap buat wasiat suh sampaikan pada mak dia kalau berlaku apa2 pada dia.. Tapi alhamdulillah dia kembali normal lepas dibantu oleh rakan2 lain.. Cumanya hanya blok 1 & 2 je yg x kecoh sbb masa tu x sampai lagi citer tu.. Esoknya baru sume org tahu.. Jadi yg panik skrg hanya blok 3 & 4 je.. Sampailah dorg sume ni terpaksa baca yasin beramai2 mengelilingi puteri yg pengsan tu tadi.. Sbb sampai sejam lebih dia x sedarkan diri.. Dan akhirnya selepas keadaan agak tenang.. Puteri tu tadi dh okay ckit dan dorg sume berehat buat sementara nak tunggu subuh masuk..

Keesokan harinya barulah puteri ni cerita apa yg terjadi.. Pada masa dia tgh bergayut dgn bf dia.. Dia terdengar satu bunyi mcm anjing cari mknn dlm tong sampah.. So dia pun tgkla arah tong sampah sbb curious dgn bunyi tersebut.. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu objek yg menyerupai labah2.. Sedang mencari sesuatu di sebalik sampah sarap yg bertimbun tu.. Sgt besar hitam dan yg paling menggerunkan bila objek tu mcm sedar yg dia sedang diperhatikan oleh si puteri ni tadi.. Makanya mata bertentang mata.. Mukanya sgt buruk dan ada taring tgh menyeringai.. Jadi dia pun menjerit sbb sangat takut dan objek tu tetiber bergerak pusing menuju ke arah dia... Tu yg dia pengsan terus.. Dan dia cerita lagi.. Sbnrnya.. Dia dh sedar bbrp minit lps tu.. Tapi dia terus pejamkan mata sbb dia nampak makhluk tu berada di antara mereka yg ramai2 tu.. Dan juga ketika mereka sume sedang membacakan yasin.. Makhluk tu masih di situ.. Di antara mereka semua..

Lepas je kejadian tu.. Saya pun x pasti apa tindakan lanjut pihak asrama... Mungkin juga mereka ada 'membersihkan' kwsn tu tapi mungkin kami x diberitahu atau dimaklumkan.. Cuma yg pastinya, lepas je dari hal tu.. Warden perempuan kumpulkan kami semua dan nasihatkan kami agar membersihkan darah haid di tuala wanita masing2 sehingga bersih dan jgn buang merata2 dlm keadaan x bersih.. Jadi adakah benar makhluk yg dilihat itu adalah makhluk yg suka cari benda tu?? Wallahualam.. Hanya Allah yg tahu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 08:00 PM | Show all posts
leenaz posted on 19-4-2014 07:46 AM
cer tido dalam keta
tgk apa yg berlaku
kalau bunyi start engin terus balik kg...

Hahaha..adeh...lawak2...tak berani aarr..nak tido dlm keta..hehehe..nampk je Ipo ni selalu jumpa ngan makhluk2 ni tapi hati penakut gak..

Tu la...bulan depan nak balik Kg plak ni..haih...fikir panjang gak la..tak balik karang...org kata tak hingat kg plak kan..
Last edited by Ipo on 19-4-2014 08:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 08:00 PM | Show all posts
medangmru posted on 19-4-2014 08:31 AM
sila sambung lg kisahnya ye TT

insya Allah..kalau dpt dikorek lagi..tengah recall ni..heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 08:02 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 19-4-2014 12:22 PM
Best tt, citer tt nikalau wat drama bersiri comey, seram kelakar mesti best .... iol pon ader pengal ...

tq bunga ros..  (tak der daun keladi..)

Tu la kan..dari kecik lagi Ipo dah nampak benda ni semua..tak tercerita jer kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 08:02 PM | Show all posts
Cindai83 posted on 19-4-2014 05:49 PM
Cam nak share ckit citer seram kat sini leh? Hehe.. Citer pasal pad2 x basuh ni.. Mmg betul la pesan ...

Huhuhu..labah2 la plak...jelmaan tu kut..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 08:34 PM | Show all posts
Ipo posted on 19-4-2014 08:02 PM
Huhuhu..labah2 la plak...jelmaan tu kut..

Mungkinla kot.. Benda ni boleh menyerupai apa saja.. Mungkin masa dia nampak seakan mcm labah2 sebab dia merangkak... Wallahualam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 08:40 PM | Show all posts
Hantu Raya Cari Waris

Ni nak citer zamn kecik2..hingusan lagi ni..(rasanya la..hehehe). Masa tu Ipo baru darjah dua kalau tak silap..ke..darjah satu..mcm tu lah..alah, tak kisahkan kalau darjah berapa pun, korang apa kisah benda tu..kita kisah citer antu je..

Masa Ipo kecik, Mak selalu ajak ( sebenarnya Ipo yg nak ikut...hahaha) temankan dia ke majlis2...macam kenduri kahwin, kesyukuran, tahlil dan juga kematian. Kampung Ipo tu dulu..tak maju macam sekarang..rumah org kampung mostly...rumah papan, kedudukan plak agak jauh antar satu sama lain. Jadi, dulu2 bila nak bertandang rumah org kampung, kena menapak jauh jugak la. kalau malam, pakai lampu suluh sebab tak da lampu jalan. Jalan kecik.

Ok, tak yah citer banyak pasal jalan ni..tak dak kene mengena. So, satu hari tu, ada orang kampung sakit. berminggu dan berbulan dia sakit. entah sakit apa. Rumah dia plak kat hujung kampung, dekat sawah time tu..(La ni dah ada perumahan..cantik dah). Keliling rumah plak, banyak tul pokok besar ni. Mak Ipo ajak pergi ziarah sebab masa tu dia dah nazak. Ipo time tuh kecik lagi..tak tahu nazak tu apa..siap tanya mak..hehehe..mak buat tak tahu je..

Masa naik rumah orang tu, dah ramai sedara yang datang termasuk org kampung sendiri. berkerumun tengok org sakit ni (biarlah ipo namakan dia Mek Bunga) sebab dia memang cantik dari zaman muda sampailah tua...dengar citer mek bunga tu, panggilan yg diberi oleh suaminya, dah sayang kan...dah isteri cantik plak tu..panggil pun sayang, ling, dia plak panggil mek bunga..hehehe).
Ipo pun turut sama bersimpuh sebelah mak (hiks...dara terlebih pingitan time tuh..sopan je duduk..). Mata terkebil2 tengok mek bunga tu terlantar sakit kat situ. nampak suaminya ada di sebelah tengah suap nasi. Ipo berfikir..(kecik2 dah fikir kan..),

"pelik..mata pejam..badan kurus kering..tapi makan macam org pelahap.."

Dari sok sek sok sek orang kampung bercakap tu, Ipo terdengar la..mereka kata mek bunga tu makan nasi dua periuk sehari! Ha...Ipo terbeliak mendengar tu semua. Biar betik!! Salah seorang yg datang ziarah tu, tanya suami mek bunga tu, kenapa mek bunga tu makan banyak sangat, sebab masa kita orang tengah melangut nengok mek bunga tu, laki dia pergi tambah lagi nasi..betul la..Ipo fikir lagi.
Suami dia cakap entah la..hari tu saja dah dua periuk habis.

Tengah dok sembang sambil tengok mek bunga yg tenat tu..(tengok je la yg kami boleh buat..), datang la seorang  ustaz ni. Rupanya dia dipanggil oleh suami mek bunga ni, suh tengok2 kan bini dia yang dah berbulan terlantar sakit tapi tak mati2 jugak( maaf..kasar skit bahasa part ni..itu kata2 suami dia sendiri la..).

Ustaz tu pun tengok lah...belek2..entah apa yg belek..lepas tu ustaz tu mintak air kosong dalam gelas kaca yang tak dak bunga. kiranya gelas tu gelas putih la...gitu..hehehe. lepas tu, ustaz tu baca al fatihah..Ipo dengar jelas time tu. lepas tu baca surah apa entah..hehhee..sebab Ipo kecik lagi kan...tahu surah2 pendek je bila time mengaji tu (selingan skit..)

Pastu, ustaz tu suruh suami mek bunga tu beri pada mek bunga tu minum. Sekali mek bunga tu tepis! Terpelanting gelas tu jatuh! Dia menejrit kuat. Terkezut gak la time tu. Apa taknya..tengah syok semua nengok ustaz tu jampi...tiba-tiba ditepis bak pendekar mustar tu..bukan dengan tangan je..denagn kaki sekali!

Ustaz tu geleng2...dia kemudian berbisik pada suami mek bunga ni. Kami yang tengok ni terpinga-pinga..masing2 dah sok sek sok sek..org kampung kan,..tak sah kalau tak sok sek sok sek..

Lepas tu, ada orang buka bumbung atap zink betul2 di tempat mek bunga tu baring. Haa...kita orang terkezut sekali lagi. Nak buat apa buka atap zink??..dah la nak maghrib dah mas tuh...haru sungguh...

Ustaz tu terus tanya suami mek bunga tu..ada anak tak? Suami mek bunga tu angguk. Dia ada 2 org anak..seorang lelaki dan seorang perempuan. yg perempuan tu dah sampai dari Kuantan. Dia terus tunjuk ke arah anaknya duduk. Kami yg datang ziarah ni serentak berpaling..(hehhe...suka benar nak tahu hal orang ek..hahaha). Anak dia angguk, mengiakan kata ayahnya.

ustaz tu pun tunduk sekejap..baca lagi..entah apa yg dibaca, kemudian dia pun buka mulut..sebenarnya mek bunga tu dah seminggu meninggal!
Adoih..bila ustaz tu sebut macam tu...semua pucat muka. Serentak plak tengok mek bunga yang terlantar sakit tu. Muka suami mek bunga pun dah lain macam. Anak2 dia apa lagi...

Ustaz tu kata bertenang..sekarang ni dia nak lepaskan 'benda'yg menghuni mek bunga tu. Suami dia tanya..apa dia..ustaz tu cakap..Hantu Raya..tapi tak boleh buat macam tu je..hantu tu nak cari waris. kalau dilepaskan macam tu je..hantu tu akan kacau org kampung. Kami semua makin pucat. Berbincang lah plak mereka anak beranak..last sekali, anak perempuan mek bunga tulah yg terpaksa terima.
So, ustaz pun baca lagi...kumat kamit.. dia tengok bumbung tu macam ada asap..lepas tu mek bunga tu meraung2 sakit dan kata panas2..dia kata ada api merebak dalam rumah dia. Kami ni plak boleh plak terpedaya..hahaha..pantas je tengok sekitar rumah dia..tak ada api pun!

Ustaz tu tak hiraukan kata2 mek bunga tu. dia terus baca..lepas tu..kedengaran macam bunyi mendengus...rupanya mek bunga tu dah kaku. Pucat macam mayat.
Ustaz tu cakap..hantu tu dah keluar dari badan mek bunga dan dah hinggap dalam sanggul anak perempuannya..masa tu, memang anak perempuan mek bunga tu bersanggul tinggi. kami ni plak tengok plak ke arah anak perempuan mek bunga...pucat muka dia..kesian gak tapi nak buat macam mana..dah kena ambik belaan mak dia tu..huhuhu..

Anak perempuan dia ada tanya..boleh tak lepaskan benda tu nanti2..ustaz tu cakap..boleh tapi kena ada pengganti..haa...mak ai..agaknya anak2 perempuan tu la jadi mangsa seterusnya..(mungkin nilah dipanggil saka..betul tak?)

mek bunga tu ditutup dengan kain. Bumbung ditutup semula. Malam tu jugak dimandikan dan dikebumikan. Sebelum tu, ustaz dah pesan kat kita orang, balik sebelum masuk waktu maghrib sebab takut benda tu menngacau sebab tuan dia dah nak kebumi. Jadi apa lagi, kami buka langkah laju je balik rumah masing2. Semua tingkap dan pintu ditutup rapat. ustaz tu pesan..jangan ada lubang terdedah..entalah..mak ikut je kata ustaz tu..
Sebelum balik, ustaz tu tanya lagi..arwah tu bela benda tu untuk apa, rupanya suami dia dah tahu lama dah..mek bunga tu bela benda tu utk jaga rumah dan untuk sentiasa cantik. patutlah masa dia mendengus sebelum kaku tu, mukanya berubah berkedut seribu, padahal sebelum tu elok je..tegang macam anak dara walaupun badan kurus kering.

malam tu kejadian tu..sunyi sangat...macam tak ada orang langsung...eiii..seram wei bila ingat balik.

Tu la..orang zaman dulu ni suka bela2 ni. Itu semua kan syirik..haih...
Last edited by Ipo on 19-4-2014 11:32 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
thanx for updates... seram belaka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 01:04 AM | Show all posts
Yes... chalo2.... sambung lg tt..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 07:44 AM | Show all posts
Ipo posted on 19-4-2014 08:00 PM
Hahaha..adeh...lawak2...tak berani aarr..nak tido dlm keta..hehehe..nampk je Ipo ni selalu jumpa n ...

ni petua org dulu2
kalau pergi tmpt2 yg keras
masa nak balik amik duit syiling...ckp...sesapa yg menumpang...sila ikut duit ni..
pastu campak je memana dalam semak
try le

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 07:50 AM | Show all posts
Ipo posted on 19-4-2014 08:40 PM
Hantu Raya Cari Waris

Ni nak citer zamn kecik2..hingusan lagi ni..(rasanya la..hehehe). Masa tu I ...

bole je buang antoo raya ni
kasi rebus je jagung
tanam tgh2 hutan...suh antoo tu tunggu...selagi x berbuah jgn balik

(ni cerita dari bahan bacaan je )

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 07:54 AM | Show all posts
leenaz posted on 20-4-2014 07:44 AM
ni petua org dulu2
kalau pergi tmpt2 yg keras
masa nak balik amik duit syiling...ckp...sesapa yg ...

duit syiling?...hmm..pelik dan kelakar jugak kan...nanti nak cuba..

Ada seorang ni dah beritahu Ipo, baca je bismillah dan alfatihah masa masuk rumah dan keluar rumah dan bagi salam..itupun nak cuba gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.082479 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list