CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
Post time 21-4-2014 08:34 AM | Show all posts
saya ank branak setaun adalah dlm 3-4 kali g PD...kekadang tdo kat tiara, kekdg tdo kat ILP FAMA..kekadang tdo kat PD....bila balik memang suka lalu belakang...sbb kekadang trus ke muar, kekadang lau balik awal g cari coconut shake...lau dah petang, mula2 keta mmg banyak, lama makin kurang
kitorang ni dah banyak kali lalu situ...tapi still ikut GPS gak...
ada skali tu taun lepas...lalu celah2 kampung, yg jalan dia bengkang bengkok...nak cari hiway la tu...kekadang lalu hiway pds linggi...kekadang smpai ke ayer keroh
fuh memang mencabar gile...time plak maghrib...siaran radio kat ctu pon lari2...ada pokok besar2 banyak
nak benti cari surau sebenanya...hehe...tapi nak benti kat surau2 tepi jln tu cam scary jek...sbb dah la jln kampung, mcm xde space aje nak benti kat tepi jalan tu....alhamdulillah...las2 kul 7.50, dapat lah jumpa jalan yang banyak kenderaan...ada 1 surau ke msjid ek belah kiri...seblom jambatan simpang 4...spanjang perjalanan tu ada lah jgk jumpa keta tapi gaknya diorg org citu...berdesup2 je ilang...ank3 dalam keta senyap je takut gaknya masing3
saya plak...memang mulut xhenti2 baca zikir...nak tgk kiri kanan pon agak seram gak...iyelah kan...dah gelap, kang xpasal2 nampak pape plak kat luar tu...
Last edited by yayangmama on 21-4-2014 08:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 11:43 AM | Show all posts
Ipo posted on 14-4-2014 09:56 AM
@fifie_olin

Ipo x perasan masa tu, hubby dan jiran sebelah yg nampak..rupanya dia orang cakap c ...

kalau Nampak HARUS ler Ipo tanya kat Cik Pon ' nape lh tumpang sampai umah or ko dh malas nk terbang ke ?'
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:55 AM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 07:33 AM
betul tu...sekitar situ, kalau dari jalan tu memang nampak jelas rumah tu..sekarang ni byk rumah k ...

ic.. kalau dekat ngan bus stop lagi la dekat dgn sekolah tu kan

nie la kan tuan2 rumah tu.. tahu rumah engkar kenapa dorang tak bersihkan awal2..

kan syg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 12:58 PM | Show all posts
sekel posted on 21-4-2014 11:43 AM
kalau Nampak HARUS ler Ipo tanya kat Cik Pon ' nape lh tumpang sampai umah or ko dh malas nk terba ...

Hahahah...adeh...rasa nak jugak bersembang ngan cik pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:01 PM | Show all posts
eva posted on 21-4-2014 11:55 AM
ic.. kalau dekat ngan bus stop lagi la dekat dgn sekolah tu kan

nie la kan tuan2 rumah tu..  ...

ya tul tu....banyak rumah terbiar..seram
Baik robohkan jer...kalau rumah terbiar ni jadi sarang deme2 ni la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:02 PM | Show all posts
yayangmama posted on 21-4-2014 08:34 AM
saya ank branak setaun adalah dlm 3-4 kali g PD...kekadang tdo kat tiara, kekdg tdo kat ILP FAMA..ke ...

memang jalan tu sunyi..tambah lagi lepas maghrib..pernah ke PD dulu..ikut lukut dan highwah sunyi tu..tol mahal skit..bygkan ada 2 3 keta jer lalau kalau dah malam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2014 01:26 PM | Show all posts
Misteri telur busuk dan tahi

Ni nak citer pasal misteri plak..nak kata citer antooo..tak rasanya tapi nak kongsi sikit..sampai la ni tak dak jawapan.

Kisahnya masih berkisar zaman student..ni kat rumah sewa gak..banglo dua tingkat ada enam bilik..penghuninya..30 org! Tak tak macam sardin la..sebab bilik luas gila! Ruang tamu plak..boleh main futsal..ruang makan, tuan rumah siap  bagi meja makan 12 kerusi tuh! besar..

Ok, dah tinggal kat situ..selama setahun  tak dak apa yg berlaku. masuk tahun ke dua tu..baru ada benda pelik2 nih. Kat belakang rumah dekat daput tu ada pokok mangga. Lebat buahnya. Pokoknya sama tinggi ngan bumbung rumah. Dahan berjuntai dekat tingkap. Ipolah yg jadi mangsa tukang panjat pokok sebabb dia orang semua tak pandai panjat memanjat ni. Satu hari, Ipo kena panjat lagi pokok mangga ni..siap bertenggek atas pokok tu sambil petik buah mangga dan lempar ke bawah. member dah tunggu kat bawah..kutip.

Tengah syok petik dan lempar tu..Ipo terhidu bau busuk..masa tu dah hampir maghrib gak la.. Ingatkan bau jamban dari bilik yang terbuka luas tuh..hehhe..nampak bilik dengan jelas kalau dari atas pokok ni. Puas Ipo hidu..mana datangnya bau busuk tu. Otak dah fikir..kalau dah time senja mcm ni..selalunya bau busuk tu ada benda lain kan..perlahan Ipo turun dari pokok tu..  Sampai bawah pokok tu, member Ipo yg tolong kutip buah tu dah tak ada..Ipo geram gak la..tinggal sorang2 macam tu. Banyak juga buah yg belum dikutip. Ipo masukkan dalam baldi kecil. Sambil membebel, Ipo masuk ke ruang dapur. Hempas baldi.

Ada dua org member kat dapur tu, pelik tgk sikap Ipo time tuh. Dia roang tanya..'Ko kenapa ni? Nak marah sapa?'

"Koranglah! Nape tinggal aku sorang2 tadi? Kutip sekerat jalan! Aku dah la panjat pokok tu."

Dia orang terbeliak..' eh, bila masa kita orang kutip buah tu?"
Ipo plak yg terbeliak. Biar betul minah2 ni semua. "Ko cakap baik skit..aku yg lempar buah tu, korang yg kutip!'
memang Ipo pasti dan yakin..muktamad yang dia orang tu kutip buah tu..

Mereka 2 org tu saling berpandangan..buah mangga dalam baldi tu masih banyak..
Ipo ajak dia orang keluar rumah semula..tengok apa sebenarnya berlaku sebab Ipo ada beritahu, ada bau busuk!

Kami bertiga terjengket2 menapak perlahan...pegang antara satu sama lain..takut gak kan..

memang bau busuk tu ada lagi..kami cari serata tempat kat laman belakang tu. Kat situ..ada pokok pain yang tinggi dan di bawah tu ada pokok bunga kecik2 warna purple..tepi pagar palk..ada pokok bunga kaler kuning..entah apa namanya..tapi daun je..tak dak bunga. Cari punya cari..kami terjumpa telur terselit kat pokok warna purple tu..rupanya bau tu dari situ. Ipo heran gak la sebab bau busuk sampai atas pokok nun!
tak berani kami nak sentuh telur tu. kami biar je kat situ.
Pastu..kami masuk semula ke dalam rumah melalui pintu dapur tadi..nampak plak tahi manusia bertompok2 kat lantai simen menghala ke pintu dapur. tadi tak ada apa2 kat situ. bersih je...hmmm..

"Ko berak eh?" Member Ipo buat lawak.
"Ish! Tak kuasa nak berak kat situ! tayang free je nanti bunt@** aku kat jiran sebelah tu!' member sorang lagi jawab. kebetulan jiran kita orang tu lelaki bujang..

Kami tak jadi masuk ikut situ. kami semua masuk ikut pintu depan.

Esok pagi, kami beritahu ustaz..(pensyarah). Dia datang..telur tu masih kat situ dan tahi tu gak masih ada kat situ.

ustaz tu baca sesuatu dan hembus ke telur tadi. Dia minta pinggan kosong. Telur tadi dipecahkan dalam pinggan tu. Terkejut kami lepas habis pecah telur tu. Ada jarum, benang hitam dan batu kecil dlaam tu. urut dada kejap.
ustaz tu pesan...janagn sentuh..mungkin ada orang hantar dan saja nak test ilmu..pucat muka kita orang.
Kita orang tanya plak pasal tahi tu..ustaz tu kata itu syarat org tu kena berak kat rumah kita orang.  yg masih menjadi tandatanya..siapa yg buat benda tu semua? untuk apa? kenapa? Ha..kau..banyak soalan tak terjawab..



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 05:08 PM | Show all posts
Seram bila baca cerita TT nih…
Bila baca part yang kat Sungai Udang tu, Cik teringat pulak kt kawan Cik yang menyewa kat area tu, tak silap Taman Desa Taming Sari sekitar tahun 2006, umah yang di sewa tu pulak cuma ada 2 bilik…sampai tahun brp x igt lah sbb sekarang dia dah berpindah ke Seremban. Suami dia askar tapi dia pulak surirumah sepenuh masa…
Macam-macam cerita jugak yang diceritakan pasal rumah tu kat Cik…. Cerita dari suami dia dan cerita dari dia jugak…

Blh ke kalau cik share kat sini???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 05:11 PM | Show all posts
Cik pun selalu ikut jalan lama dari Terendak ke Seremban...tapi selalunya lepas hantar kakak ke tempat keje dalam pukul 6.30 pagi, cik terus ke Seremban..Alhamdulillah xde apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan(sebab cik sorang2).

Balik pulak dari Seremban sekitar pukul 5 petang...langit masih cerah terang benderang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 06:04 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 05:08 PM
Seram bila baca cerita TT nih…
Bila baca part yang kat Sungai Udang tu, Cik teringat pulak kt kawa ...

boleh jer...no harm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 06:05 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 05:11 PM
Cik pun selalu ikut jalan lama dari Terendak ke Seremban...tapi selalunya lepas hantar kakak ke temp ...

elok ler jalan siang2..jgn sampai malam..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:56 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 01:01 PM
ya tul tu....banyak rumah terbiar..seram
Baik robohkan jer...kalau rumah terbiar ni jadi sarang  ...

kalau roboh dan dibuat bangunan.. nnt dia akan kacau the whole building
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 08:40 PM | Show all posts
eva posted on 21-4-2014 07:56 PM
kalau roboh dan dibuat bangunan.. nnt dia akan kacau the whole building

mungkin gak la...bekas tapak kan..macam kat asrama sekolah Ipo dulu..bekas tapak tempat askar jepun pancung kepala org! Tiap2 malam..lepas 12 malam je..bunyi derapan tapak kaki berkawad..dan lepas tu..bunyi..kepala kena pancung!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:46 PM | Show all posts
Cik ni tak berapa pandai bercerita dan menyusun ayat.. kalau tak paham tu buat2 paham je la yek...

Kisah kawan Cik.kisah daripada si isteri..

Kawan cik ni namanya Kak Liza(bkn nama sebenar) dan suaminya kawan cik jugak namanya Azman(pn bkn nama sebenar).

Lepas mereka berkahwin pada tahun 2005 azman kena posting kat kem garrison terendak. Manakala kak liza masih lagi belajar di kolej kat seremban. Bila dh habis study awal 2006, azman dapat menyewa rumah di sungai udang. Duduk la mereka kat umah tu. Biasalah baru2 kawen, tak banyak sangat perabot kat umah diorang tu. Cik pernah pergi umah diorang masa diorang mula2 pindah.

Masa mula2 masuk rumah tu suasana seram aje…rumah tu ada 2 bilik..1 bilik di jadikan bilik tidur dan satu bilik lagi dijadikan bilik stor. Dalam bilik stor tu terdapat satu tali tergantung macam tali buaian pn ade mcm tali gantung penjara pun ye jugak.

Askar selalunya kena operasi, Masa si Azman pergi operasi, Kak Liza tinggal sorang2 kt umah tu..tengah2 hari Kak Liza boleh dengar suami dia panggil nama dia dari dalam rumah..dalam hati dia sape la yang panggil..sedangkan suami dia g operasi…tak buang masa dia terus bungkus baju balik umah mak dia kat Bahau.

Bila dah habis operasi, jiran diorang bagitaw sepanjang diorang takde kat umah tu tiap2 malam dengar orang memanggil nama “Azman,Liza…Azman, Liza”..Lampu pulak menyala je..macam rumah tu berpenghuni, padahal kak Liza balik kampung, si Azman g operasi. Azman ngn Kak Liza sengih je la kat jiran diorang tu.

Tapi diorang ni berhati kental dan iman diorang kuat. hari2 tak tinggal bacaan Yaasin kat umah tu…
Lepas solat mesti baca Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:51 PM | Show all posts
Kisah Kawan Cik. Kisah Daripada Suami pulak.

“Abang, moto tu bawalah masuk…nanti hilang pulak, Dah nak magrib ni” kata Kak Liza pada Azman.
Azman yang sedang berehat kat ruang tamu bingkas bangun untuk menolak motosikal mereka ke dalam rumah. Memang sejak dua menjak ni ada aje motor hilang kat area perumahan mereka. Kalau dibiarkan kat luar rumah walaupun berkunci, esoknya selamat dilarikan pencuri.

Semasa Azman hendak menolak motosikal ke dalam rumah, tiba-tiba dia terasa angina melepasi dirinya terus ke dalam rumah..”Aik, aku belum masuk,ko dah masuk dulu”kata Azman berseloroh. Dari hujung mata Azman dia nampak “sesuatu” menyorok balik langsir, siap main cak-cak lagi. Man sambung lagi “Ni rumah aku, aku tak undang ko, aku tak kacau ko, jadi jangan kacau aku..Keluar!!!”
Suppp….angin pun berlalu keluar dari rumah tu…

Pada Satu malam, sedang azman lena tidur,dia terganggu dengan kejutan dari Kak Liza…”Abang, tengok tu” tunjuk Kak Liza pada satu arah. Azman pn memandang ke arah yang di tunjukkan oleh kak Liza.
Di lihatnya satu susuk kaki berbulu yang tak nampak mana badan dia(Hantu galah mungkin).
Lalu di toleh ke tempat lain, sekali datang sesusuk tubuh perempuan berbaju putih lusuh..dengan rambut panjang mengurai (lebih kurang macam hantu kak limah katanya) Azman cuba untuk melihat wajah perempuan tu..tapi dia tak dapat menggambarkan macam mana hodohnya perempuan tu…

Tanpa lengah lagi, Azman melaungkan azan dalam rumah tu…..Alhamdulillah, tiada apa-apa yang terjadi pada mereka.

Gangguan tetap ada, tapi mereka jadi lali dengan gangguan tu…lagipun diorang ni berhati kental…
Sehinggalah Azman dapat posting ke Seremban, mereka ingatkan gangguan akan berhenti, tapi sangkaan mereka meleset……

Ada kisah lain pulak disebalik gangguan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 08:52 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 08:46 PM
Cik ni tak berapa pandai bercerita dan menyusun ayat.. kalau tak paham tu buat2 paham je la yek... ...

ada penghuni lain kut rumah tu..

sama kes ngan Ipo masa kat Sg. Udang tu..dah belakang rumah tu kubur cina ni. Memang area situ kawasan askar..kem terendak. Masa Ipo ngan hubby balik kg, ada la 4 hari gak. Bila balik semula ke Sg. udang tu, jiran tanya,  balik bila? Ipo cakap la..baru je sampai. dia tercengang sebab dia dengar tiap2 malam macam ada orang bercakap rumah kita org sewa tu..
lepas tu dia cakap lagi, malam tadi ada bunyi org bergaduh , siap baling barang lagi. kami pun cepat2 masuk rumah..nak tengok apa yg dah jadi..mana tahu 'perang malam tadi' tu boleh buat rumah macam tongkang pecah kan.. tapi  tak ada apa yg bersepah..
Alhamdulillah..Ipo n hubby selalu gak baca quran lepas maghrib..dan sebelum tidur...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2014 08:55 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 08:51 PM
Kisah Kawan Cik. Kisah Daripada Suami pulak.

“Abang, moto tu bawalah masuk…nanti hilang pulak,  ...

huhuhu..seram tuuuu......kiranya boleh tahan gak la mereka ni ek?..hehehe..cakap org je lebih...Ipo sendiri pun tak sedar bila bertembung ngan benda 2 ni terutama minah cik Pon tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:59 PM | Show all posts
Ipo posted on 21-4-2014 08:52 PM
ada penghuni lain kut rumah tu..

sama kes ngan Ipo masa kat Sg. Udang tu..dah belakang rumah  ...

Entah2 rumah yang sama tak??

Kawan cik tu pindah dalam tahun 2007/2008 kot. Sebab masa tahun 2008 diorang dah duduk menyewa kat ampangan, seremban.
lupa pulak taman ape kat ampangan tu. Selalu jugak datang umah diorang kat ampangan ni.Bila keluar dari rumah kat melaka tu baru la Kak Liza mengandung anak sulung.


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:07 PM | Show all posts
Kak liza jenis pendiam, Azman pulak banyak cakap tapi perahsia..xde banyak sangat kisah seram yang diorang cerita kat Cik.

Sebab diorang ni jenis perahsia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 09:20 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-4-2014 08:59 PM
Entah2 rumah yang sama tak??

Kawan cik tu pindah dalam tahun 2007/2008 kot. Sebab masa tahun 20 ...

rasanya tak kut..sebab rumah sewa Ipo tu taman terendak..dekat ler jugak taming sari tu..hehehe..masa tu 2005..
pernah laki jiran sebelah tu cakap masa kami mula2 pindah dulu..kalau tak usik apa2..duduk je diam2 kat situ..benda tu tak akan kacau..IPo ni dah blur2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.255234 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list