“Saya nak minta maaf”
M Nasir (kiri) dan Nash menyampaikan sumbangan kewangan YA1M kepada pelakon veteran, Sidek Husin
“Jika ajal sudah ditakdirkan, kesempatan ini saya ambil untuk memohon maaf kepada semua sahabat dan teman dalam industri hiburan termasuk produser, pengarah dan peminat yang mengenali. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan mereka,” sebak luahan pelakon veteran, Sidek Hussin, 63, ketika ditemui di Wad 21, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Khamis lalu.
Ketika ini, Sidek yang mengalami masalah ketumbuhan di pipi kanan sejak mula dikesan pada akhir 1970-an, sedang menunggu keputusan sama ada beliau dibenarkan menjalani pembedahan membuang bahagian itu yang disahkan doktor sebagai kanser.
Air mata pelakon filem Paku Pontianak itu tidak mampu disekat untuk terus mengalir di pipi apabila diberitahu pembedahan terbabit berdepan risiko besar hingga boleh membawa maut. Bagaimanapun, Sidek perlu mendapat pengesahan doktor yang meneliti pelbagai aspek termasuk hasil ujian darah bagi menentukan tahap kanser dihidapinya sejak enam bulan lalu.
sian kan tp aku ada bc dl dlm paper kalo tak silap lama dah..doc mmg dr awal suruh dia buang ketumbuhan tu...tp dia tak nak...ms tu kecik lagi ketumbuhan tu..coz doc mmg ada kata benda tu boleh mengakibatkan barah...nak buat mcm mn kan..kita berdoa la yg terbaik tuk beliau...