CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 8

Najib Razak pengecut politik.

[Copy link]
Post time 14-4-2014 03:03 PM | Show all posts |Read mode
BEKAS SETIAUSAHA POLITIK ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK, TUDUH NAJIB RAZAK SEBAGAI PENGECUT POLITIK!!!!




Yang bercakap ini bukan sebarang orang .. bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Abdul Razak bapa kepada Najib .. bekas Timbalan Menteri dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time.

Kalau yang bercakap tu blogger taraf macai UMNO sudah pasti tiada nilai berita
... ini orang lama yang dikatakan amat rapat dengan keluarga Najib Razak sejak zaman Allahyarham ayahandanya lagi .. Sudah melihat segala rentak dan naiknya Najib Razak dari tahun 1975 sehingga sekarang.

Lagi macai-macai UMNO nak bermati-matian mempertahankan Najib Razak???


Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang bertubi-tubi, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad seolah-olah ‘menambah garam di luka’ apabila berkata pada era sebelum ini, tiada pengecut politik.

Abdullah dalam tulisannya di Sinar Harian hari ini berkata ramai yang ingin kembali kepada era Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak Hussein iaitu zaman tidak ada pengecut politik, seolah-olah mendakwa Najib sebagai perdana menteri sekarang seorang pengecut politik.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL) pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengikuti ajaran komunis.

Beliau ditahan bersama dua lagi "Abdul" yang kemudiannya disifatkan sebagai "Tiga Abdul" iaitu allahyarham Tan Sri Abdul Samad Ismail dan Abdullah Majid.




Abdullah dibebaskan oleh Dr Mahathir apabila beliau menjadi perdana menteri dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.

Tulisan Abdullah dibuat ketika pelbagai pihak termasuk pelbagai hasil kajian tinjauan pendapat mendapati prestasi Najib jatuh merudum, dan semakin teruk sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang belum ditemui sehingga sekarang.

Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center Disember tahun lalu menunjukkan tahap populariti Najib merudum kepada hanya 52% berbanding 62% yang dicapainya pada Ogos tahun lalu.

Terkini,  lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Abdullah dalam tulisannya di Sinar Harian berkata:"Pengundi nampaknya akan terus meninggalkan parti pemerintah dengan niat tidak akan kembali lagi kepada parti itu."

Malah, katanya, ramai yang tidak puas hati sekarang dan mereka mencari alternatif.

“Rakyat menunggu kedatangan pemimpin yang telus dan tulus untuk memenuhi aspirasi dan ekspektasi rakyat miskin,” katanya.

Last edited by BelovedTaeyeon on 14-4-2014 03:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 03:52 PM | Show all posts
sian abg bijan. hmm my idol.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:53 PM | Show all posts
arena politik samada bakal dijatuhkan atau tersungkur......takdir memang tertulis azali
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:34 PM | Show all posts
abih caro dia dapek kedudukan ...beli undi ...macang mano ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:30 AM | Show all posts
aku setuju

PM ni kata nak buat apa lantaklah janji aku jadi PM

cina nak apa pun kasi

keling berat kat muka dia pun ok je

takde hal janji jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 11:36 AM | Show all posts
Xnafi. Zaman pemerintahan tun M juga yg best.
Sekarang ni nampak rosmah je lebih2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 05:30 PM | Show all posts
tengah_bosan posted on 19-4-2014 11:36 AM
Xnafi. Zaman pemerintahan tun M juga yg best.
Sekarang ni nampak rosmah je lebih2.

apa yg bestnya? umur kau berapa tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:27 PM | Show all posts
tengah_bosan posted on 19-4-2014 11:36 AM
Xnafi. Zaman pemerintahan tun M juga yg best.
Sekarang ni nampak rosmah je lebih2.

zaman bijan la best dik oi!
...kita dpt br1m
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 10:33 AM | Show all posts
hmm... Tun Ma .. Tun Ma, rindu u !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.061039 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list