CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 0

Bang Min lagi...Sukar untuk tewaskan Azmin

[Copy link]
Post time 15-4-2014 08:58 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM- Biarpun menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, namun penyandangnya Azmin Ali masih sukar untuk dikalahkan.

Penganalisis politik, Prof Madya Azizuddin Mohd Sani berkata, ini kerana pengaruh Azmin selain kemampuan beliau menggalas jawatan itu sejak 2010.

“Sebenarnya apabila berlaku banyak penjuru, penyandang akan mempunyai lebih peluang untuk mengekalkan jawatannya.

“Mungkin yang berminat untuk bertanding mempunyai pengikutnya tersendiri tapi bukan senang untuk tewaskan penyandang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali bakal dicabar  Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Cabang Batang Kali, K Ramachandran.

Mengulas lanjut katanya, Azmin yang bakal bertembung dengan calon yang bukan calang-calang itu pasti akan menjejaskan jumlah undinya, tetapi jika berlaku pertandingan satu lawan satu akan lebih menarik.

“Kita harapkan ada lagi calon yang tarik diri, sekiranya berlaku pertembungan antara Saifuddin dan Azmin pastinya memberikan saingan sengit.

“Walaupun Khalid (Khalid Ibrahim) ada pengaruh dan pengikut, namun ia lebih kepada Selangor sahaja. Tapi Azmin dan Saifuddin lebih dikenali dan ada pengikut yang ramai,” katanya.






notakakikukujari: Azmin boleh tahan kacak dari dulu lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049932 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list