CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10852|Reply: 3

Kenapa Bahaya Sukan Waktu Malam

[Copy link]
Post time 15-4-2014 04:45 PM | Show all posts |Read mode


Kenapa Bahaya Sukan Waktu Malam?

KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2014 01:00 PM | Show all posts
Hmm, totally agree with this. We should'nt exercise right after working.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 05:06 PM | Show all posts
tentulah bahaye.......kerane tak dapat nampak keadaan jalen,senang jatuh loh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:23 PM | Show all posts
Betul.....mmg x elok bersukan waktu malam....pagi paling elok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.399929 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list