CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2425|Reply: 4

Pas tetap konsisten isu hudud

[Copy link]
Post time 16-4-2014 12:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU – Pas menyokong usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya sentiasa konsisten dalam isu hudud walaupun ada yang menentang.

“Isu ini wujud sejak awal 90-an, lebih awal dari PR, sebab itu tiada masalah untuk kita kemukakan (hukuman hudud),” kata Adun Rhu Rendang itu ketika ditemui di luar Dewan pada Persidangan Dun ke-13 di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, tidak ada sebarang perjanjian dibuat dalam PR untuk menghalang Pas daripada melaksanakan hukuman hudud dan atas dasar itu  pihaknya tetap menyokong Kelantan.

Katanya, jika ada pihak tidak bersetuju dengan usaha melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan, itu terpulang kepada mereka.

“Kita konsisten dalam isu ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015.

Satu rang undang-undang persendirian juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.

Selain itu, kuasa agensi pelaksana seperti polis dan penjara yang bertanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan juga perlu dipinda.

enteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memaklumkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud sekiranya draf itu dibentang di Dewan Rakyat.

Sementara itu persidangan Dun ke-13 semalam menolak usul Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong berkata, usul tersebut ditolak kerana ia akan dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Parlimen pada sidang akan datang.

Usul itu dikemukakan Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan negeri.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 12:38 PM | Show all posts
tunjukkan kepada negeri lain itu bkn sahaja atas nama HUDUD PAS, tp melaksanakan sebab Hudud dr Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:04 PM | Show all posts
set the trendlah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:25 PM | Show all posts


salam

harap perlaksanaan nya berjaya sekalipaun banyak cabaran terutama dari segi'kebijaksanaan' pemerintah
melaksanakan hukum Allah. Hukum ( undang-undang Allah ) bukan hudud sahaja. Banyak lagi hukum Allah selain dari hudud.


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 01:36 AM | Show all posts
Perkara yg betul & sepatutnya perlu disokong....YB2 islam....tunjukkan komitmen anda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.090512 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list