CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10095|Reply: 259

[Tempatan] Zul Noordin: Allah matikan penentang hudud

[Copy link]
Post time 17-4-2014 04:31 PM | Show all posts |Read mode


Bekas Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin memberi reaksi yang seolah-olah lega dengan pemergian pemimpin DAP Karpal Singh.

Peguam tersebut juga percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal, yang diketahui umum menentang keras pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!,” tulisnya di Twitter.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.

"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”

Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat.

“Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!” tulisnya lagi.

Reaksi beliau itu muncul tidak lama selepas berita mengenai nahas yang mengakibatkan kematian Karpal mula menjadi tumpuan pagi ini.

Kenyataan beliau itu turut menimbulkan cemuhan pelbagai pihak di media sosial, antaranya ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri tersebut berkata, Zulkifli sebaiknya menutup mulut dan tidak berkata apa-apa.

"Tutup mulut. Sungguh saya kata, tutup mulut," katanya dalam bahasa Inggeris di Twitter.

Menjawab seorang lagi pengguna Twitter, Khairy berkata beliau juga menyatakan bantahan keras ketika Zulkifli dinamakan sebagai calon BN untuk kawasan parlimen Shah Alam ketika pilihan raya Mei 2013.

"Kita tidak perlukan orang sepertinya," kata Khairy.

Sementara itu, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengambil peluang ketika merakam ucapan takziah dengan membangkitkan semula kenyataan Karpal yang menyebabkan beliau “hilang rasa hormat” ke atas tokoh DAP tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, walaupun mendiang dikatakan pejuang keadilan, Karpal sebaliknya didakwa tidak menghormati keadilan dalam Islam.

“Satu perkara yang buat saya hilang hormat pada Karpal ialah bila mendiang tidak menghormati agama Islam dengan mengatakan 'langkah mayat dia dulu' sebelum Malaysia jadi negara Islam/atau laksana hukum hudud'.

“Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam,” kata presiden NGO itu Datuk Ibrahim Ali.

“Mendiang juga double standard. Ini menyebabkan saya hilang hormat padanya. Takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

Ibrahim bagaimanapun mengakui Karpal memberikan sumbangan besar mewarnai politik Malaysia dan beliau turut merasakan kehilangannya.

“Akhlaknya lebih mulia daripada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” tambahnya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 04:34 PM | Show all posts
seriously, lepas dia 'joinT' Umno statement dia semua mcm org x brp siuman jer...dah hilang kata2 berhemah sbg seorang peguam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:35 PM | Show all posts
Mati itu pasti....xperlu pertikai pun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:37 PM | Show all posts
Disgusting sangat komen dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:38 PM | Show all posts
kalau tak menentang hudud, mungkin karpal tak mati lam eksiden tu, terselamat seperti superman dan idup 100 tahun lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:38 PM | Show all posts
Amboi indahnya isle yg ko tunjukkan zul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 04:38 PM | Show all posts
melia_star posted on 17-4-2014 04:34 PM
seriously, lepas dia 'joinT' Umno statement dia semua mcm org x brp siuman jer...dah hilang kata2 be ...

mcm akal mat rempit kluar statement....


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:39 PM | Show all posts
Why not????? kate FREEDOM OF SPEECH

Kneape nak salahkan Zul Nordin???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 04:40 PM | Show all posts
nanti bila dia ni kojol...
boleh la kita semua kata allah matikan penyokong hudud?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:42 PM | Show all posts
dino posted on 17-4-2014 04:38 PM
mcm akal mat rempit kluar statement....

Abe Khairy itam manis pun malu dgn pembodek tegar Umno ni...peguam tp keluar dr mulut semua cam sampah je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:42 PM | Show all posts
Ini semua salah ANWAR... you know.. ANWAR!!!!..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:42 PM | Show all posts
Karpal banyak menyumbang kepada negara - Tun Dr Mahathir

Bernama| Kemas kini: April 17, 2014




KUALA LUMPUR: Walaupun berpegang pada ideologi politik yang berbeza, bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukut Gelugor Karpal Singh, yang maut dalam kemalangan, telah banyak menyumbang kepada negara,
kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad.

Beliau berkata Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.

"Sebahagian daripada kritikannya mungkin tidak betul tetapi ada juga yang mempunyai asas. Kita memerlukan pembangkang yang bercakap munasabah," katanya ketika mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang peguam tersebut.


Tun M ni lg teruk kena dgn karpal dulu...rilek jer ucap takziah..yg zul ni menggelupo pekeheyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:44 PM | Show all posts
melia_star posted on 17-4-2014 04:42 PM
Abe Khairy itam manis pun malu dgn pembodek tegar Umno ni...peguam tp keluar dr mulut semua cam sa ...

kaki kipas kuat..... mujur kalah pru lepas.... ni je kualiti yg ade....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:44 PM | Show all posts

Ini Adalah Fitnah Ke Atas Allah

Nauzubillahi minzalik..

Mana ko tau Allah cabut nyawa dia pasai hudud?  Hang ni nabi ka?  Nabi pon blom tentu Allah kasi tau sebab-musabab Allah cabut nyawa mana-mana hambaNya.

> Sudah la Joiy, pi la sembah kaki Bijan lagi baik.. Last edited by tumpanglalu74 on 17-4-2014 04:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:45 PM | Show all posts
kecimpret posted on 17-4-2014 04:42 PM
Tun M ni lg teruk kena dgn karpal dulu...rilek jer ucap takziah..yg zul ni menggelupo pekeheyyyy ...

itu akai die nak mengampu kot.... che det pun reti nak hormat family karpal ni...
again hormat org mati..... bkn stuju ngan karpal pun..... ni tempek gambo mayat tersebar merata2...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:47 PM | Show all posts
atira posted on 17-4-2014 04:40 PM
nanti bila dia ni kojol...
boleh la kita semua kata allah matikan penyokong hudud?

tak bole.. time tu kite cakap Allah lebih sayangkan dia..

double standard at the best.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 04:51 PM | Show all posts
melia_star posted on 17-4-2014 04:42 PM
Abe Khairy itam manis pun malu dgn pembodek tegar Umno ni...peguam tp keluar dr mulut semua cam sa ...

agaknya Ahmad Maslan masud dia ni kot ....

Tweet Ahmad Maslan Yang Tidak Perlukan blogger-blogger umNO bertaraf SAMPAH.
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=798156
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:52 PM | Show all posts
kecimpret posted on 17-4-2014 04:42 PM
Tun M ni lg teruk kena dgn karpal dulu...rilek jer ucap takziah..yg zul ni menggelupo pekeheyyyy ...

Zul ni baru nak naik stage mengampu, Tun M dah season
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:52 PM | Show all posts
kenyataan memang pedih..

apa yang nyata memang sangat pedih

kalo dok dalam donia khayalan memang sonok..terbuai2 rasa macam takmo kuo dari dunia tuh

zul kolom cakap yang nyata, dia bukan reka cite or cipta cerita..dia dok cakap yang nyata

mungkin timing tu tak kene..too early to say such things, tapi mende dia cakap tu btul

maybe keghairahan dia nak hudud wujud tu membuak2 langsung dia lupa ada keluarga sedang ratapi kematian ahli depa..

itu aje isu nya..memang molek kalo dia apology for the UNTIMELY comment, bukan irrelevant comment

yang heran nya dulu masa che det dalam majlis tertutup dok kuo statement kata zaman nabi mana de piso gillet, kendian dok warning pasal kelantan nak buat hudud..kalo sapa nak rasa sup tangan mai la kelantan

berbakul2 gak dia kene maki hamun carut dek so called pejuang islam macam hangpa sini, sampai laa ni che det dah tadak kuasa dok dah tua pun masih di caci di carut dek hangpa

tapi sapa bela dia? ada sapa? ada tokoh agama macam tok maza bela?

bila kapiaq mati yang hidup nya dok menentang di laksana hukum hudud sampai sanggup mati nak pertahan tadak hudud di mesia dan kekal perlembagaan yang ada..ramai teriak sedih nangis dan ratapi kematian dia..malah kata rest in peace... oang kapiaq mati rest in peace kah? sapa dok ajo lagu tuh

hanya nak amik hati depa? dok belakangkan tuhan dan rasul dan kitabNYA dan sunnah nya, semata2 nak jaga hati oang kapiaq?

isu nya mudah aje kalo kita hidup suka caci oang, agak2 oang caci kita balik dak? kalo kita hidup suka berbohong kat oang, satu masa nanti kita di bohongi dak? kalo kita hidup suka fitnah oang, satu masa nanti kene fitnah dak?  what goes around come around, so kenapa nak pelik dan sentap mendiang kene caci? masa hidup dia penah caci agama islam, orang islam, sultan2 islam..napaa pelik?

masa dia hidup propesor2 agama takmo plak pi tegur dan nasihat karpal bila dia salah,. pasai pa? takut kaaaa? maklom laaa a tigerrrrrrr..

bila dah mati pandai plak ajar oang camna nak ber ETIKA.. abah ko laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik. Allah tak matikan pemimpin Yahudi...

Hmmmmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.019076 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list