CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19225|Reply: 100

Pengacara terkenal, Taufik Latif meninggal dunia malam tadi

[Copy link]
Post time 18-4-2014 12:23 PM | Show all posts |Read mode
2014/04/18 - 09:47:30 AM

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal era 70-an dan 80-an, Taufik Latif, 69 meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 11.30 malam tadi akibat serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Perkara itu dimaklumkan adiknya, Roziah Latif ketika dihubungi BH Online di sini, sebentar tadi.

Roziah berkata, sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Ahad lalu selepas mengalami serangan jantung di rumah anaknya, Dr Ariff Sukimi Latif di Subang Jaya.
   
"Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikapankan di PPUM sebelum dibawa pulang ke rumah emaknya di Sentul pada jam 10.30 pagi ini.

"Allahyarham akan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda sebelum solat Jumaat," katanya.

Allahyarham Taufik Latif meninggalkan dua anak, Dr Ariff Sukimi dan Anisah.



Credits: bharian.com.my


Al-Fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
X kenal tp al fatihah n takzish
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:31 PM | Show all posts
Innalillah. Salam takziah buat keluarga beliau. Dan Al-fatehah buat allahyarham.

ni pengacara otai yang berwibawa pada pandangan aku. bukan pengacara zaman sekarang yang ramai lebih pada kejar glamour.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:36 PM | Show all posts
takziahh........
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:41 PM | Show all posts
akibat serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.


Combo package

Moga, jasad dan roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 12:42 PM | Show all posts
ooooo...pakcik ni....Al fatihah...
ms aku kecik2 dulu..aku suka pakcik ni mengacara...sore dia mmg unik..takde lagi pengacara yg ade sore mcm dia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:42 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun........die tak merepek bile mengacara
sangat berwibawa dan professional
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 12:44 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Takziah buat keluarga arwah
Slh sorg pengacara otai yg berbakat
Jauh beza dgn pengacara sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:46 PM | Show all posts
Al fatihah
Takziah pada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:46 PM | Show all posts
Al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:47 PM | Show all posts
ARKIB : 14/06/2010

Suara Taufik tiada tandingan

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR
dan ihsan RTM



GAYA Taufik Latiff ketika mengendalikan rancangan Tekaria.

KEPADA sebilangan besar daripada kita, tokoh yang saya temui baru-baru ini, barangkali sudah lama luput dari ingatan.

Semuanya kerana, dia tidak lagi bersama stesen televisyen. Suaranya tidak lagi kedengaran. Wajahnya juga semakin jauh dari pandangan kita.

Namun, dalam sejarah 'kelahiran' ramai bintang tersohor tanah air, peranan yang dimainkan oleh lelaki ini terlalu penting.

Tugasnya yang akan terus dikenang ialah sebagai individu yang pertama mengumumkan nama ramai bintang handalan negara yang bakat mereka 'dilahirkan' menerusi pertandingan nyanyian RTM.

Dia yang saya maksudkan ialah Taufik Latiff. Sudah lama khabar beritanya tidak kedengaran.

Ramai yang meminta saya menjejakinya dan menulis artikel mengenai perkembangan terbaru dirinya untuk dimuatkan dalam halaman Retro.

Dengan hanya satu panggilan telefon, Taufik yang sangat mesra disapa sebagai Abang Taufik tidak menolak pelawaan untuk ditemu bual.

Di sebuah hotel di Ampang, Selangor, kami bertemu selepas hampir dua dekad tidak bersua.

Dan personaliti RTM berusia 65 tahun itu masih tidak berubah. Senyuman manis tidak pernah lekang di bibirnya

Pada pertemuan itu, banyak yang dikongsi oleh Taufik. Kalau sudah namanya orang TV, perbualannya tidak lekang daripada membicarakan mengenai pengalaman 26 tahun di stesen televisyen keramat negara itu.

Taufik membina populariti sekitar tahun 1975 hingga 1986 menerusi pertandingan Bintang RTM yang dikendalikannya.

Pendek kata, ketika era itu, populariti yang dikecapinya saling tidak ubah seperti kedudukan Aznil Nawawi hari ini.

Ketika itu, mendengar suaranya, sudah cukup membuatkan peminat pertandingan itu akan mengadap TV dari awal hingga ke akhir rancangan.

Setiap kali muncul di kaca TV, Taufik tidak akan mengabaikan penampilan. Dia sentiasa dilihat bergaya dengan kot dan bertali leher serta sepatu bertumit (cukup popular di era 1970-an).

Sayang sekali, kewibawaan, karisma dan kehebatan tidak dapat diteruskan oleh mana-mana personaliti khususnya di RTM.

Sebagai orang lama, Taufik ada sebab untuk merasa sedih melihat trend pengacara atau hos TV hari ini yang disifatkannya tidak begitu terurus dari aspek penampilan.

Bukan itu sahaja, bahkan, apa yang mengecewakan beliau ialah bahasa yang digunakan hos-hos TV ada ketika seperti bahasa di kedai kopi.

"Saya tidak kecil hati kalau ada yang berpendapat saya pengacara yang kolot. Bagi saya bahasa Melayu itu indah dan tertib. Mengapa kita mesti gunakan bahasa carca marba?

"Bagi saya sebagai seorang pengacara, sama ada kita perlu menyebut dua patah perkataan atau sebaris ayat, penggunaan bahasa Melayu yang betul, tertib dan sopan amat penting," kata Taufik Latiff mengulas isu pencemaran bahasa di kalangan penggiat televisyen.

Sebagai pengendali program hiburan terbitan stesen kerajaan, Taufik mencatat sejarah sebagai satu-satunya pengacara Bintang RTM yang bahasa Melayunya digemari ramai.

Intonasi, penggunaan tata bahasa dan kelunakan vokalnya menyebabkan dia dihormati.

Pakej yang ada dalam diri Taufik dapat didengari ketika beliau mengumumkan nama-nama seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, M. Rizal, Rosemaria, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Juliza Adlizan dan Noraliza Yusof yang dijulang sebagai juara Bintang RTM.

Selepas Bintang RTM dihentikan, Taufik menggalas tugas sebagai pengacara Bintang HMI (1994) yang menabalkan Nora sebagai juara.

Pada tahun 1982, apabila statusnya masih kekal sebagai pekerja sepenuh masa secara kontrak tanpa pencen, suami kepada Allahyarham Aminah Mat Zain, dan ayah kepada Ariff Sukimin, 38, dan Anisah, 30.

mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya.

"Meskipun setiap hari saya ditugaskan membaca intisari rancangan hanya lima minit sebelum berita, tetapi selalunya sejam sebelum ke udara saya sudah berada di studio.

"Kehadiran saya ke sana bukan setakat tengok skrip intisari, malah saya mesti sedia untuk disolek kerana penampilan itu penting," kata Taufik.

Kerana itu, tidak hairanlah andai beliau menyedari ada uban di kepala, esoknya beliau akan cepat-cepat menghitamkan rambutnya yang putih itu.

"Saya bukan saja-saja mahu mewarnakan rambut tetapi bila uban di kepala kena cahaya lampu ia akan mengganggu siaran di TV, " katanya sambil ketawa.

Menurut Taufik, menjadi pengacara atau juruhebah tidak semudah yang disangka dan bagi memastikan dia dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna banyak yang dipelajari daripada mereka yang senior.

Orang yang banyak mendorong dan membimbing Taufik ialah Allahyarham A. R Kamaluddin yang mengajarnya cara pernafasan dan penyampaian yang betul.

"Bagi memastikan pernafasan saya panjang untuk memastikan penyampaian menarik, saya terjun sungai dan menyelam serta menahan nafas dalam air.

"Ini semua penting kerana ketika itu untuk menjadi pengacara Bintang RTM saya kena menjalani uji bakat dan mereka yang datang bukan calang-calang orang.

"Selain saya, mereka yang datang uji bakat ialah Allahyarham Roslee Jalil, Wahab Harun, Allahyarham Karim Mohamad dan Taufik Haji Ali. Alhamdulillah akhirnya tugas itu diberikan kepada saya," cerita Taufik mengimbau nostalgia lalu.

Mahu jadi adik angkat

Pengaruhnya sebagai pengacara Bintang RTM bukan sahaja membuatkan Taufik popular dan diminati bahkan ramai yang mahu menjadi adik angkatnya.

"Saya sendiri tidak menduga pada usia 40 tahun (ketika mula muncul di kaca TV) rupa-rupanya ada juga peminat.

"Saya sendiri tidak tahu begitu berpengaruh Bintang RTM dalam hidup saya. Bayangkan sudah tua ada anak-anak sekolah mahu menjadi adik angkat saya.

"Menyedari mereka terlalu muda malah ada yang sebaya anak-anak saya, saya sekadar menganggap mereka seperti anak-anak dan yang mana terlalu dewasa saya hanya tersenyum apabila membaca surat mereka," kata Taufik lagi.



Credits: utusan.com.my


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:47 PM | Show all posts
Innalillah...
takziah untuk keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:50 PM | Show all posts
Yup, pengacara yg mmg berkarisma.. Takziah kpd keluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:52 PM | Show all posts
suka dengar suara dia masa dia jd pengacara.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:54 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎
salam takziah..
dlu2 suka dgr sore arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 12:54 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:57 PM | Show all posts
alfatihah untuk arwah
baru je bertemu minggu lepas time dtg anak saudara dia nikah di masjid assyakirin
mmg nampak uzur sgt2.
tak sangka tulah pertemuan pertama n terakhir..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:58 PM | Show all posts
aku ingat dia ni pengacara bintang RTM musim2 ramlah ram
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 01:04 PM | Show all posts
Takziah pada keluarga arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.065473 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list