CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3624|Reply: 63

[Tempatan] FAM: 3 penjuru #46

[Copy link]
Post time 19-4-2014 09:19 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan bakal mendapat presiden baharu kerana difahamkan Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan sempena Kongres FAM yang akan berlangsung bulan depan.
Jika ini berlaku, calon yang akan menggantikan baginda ialah anak­andanya, Tengku Abdullah yang ketika ini merupakan timbalan presiden, walaupun nama-nama calon yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi dalam pemilihan sempena kongres ke-50 itu hanya akan diumumkan hari ini.
Difahamkan sehingga petang semalam, tiada nama lain dicalonkan untuk jawatan itu.
Desas-desus bahawa Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertahankan jawatan presiden untuk 2014-2018 semakin kuat semalam, dan sumber yang rapat dengan FAM memberitahu baginda telah memikirkan semasak-masaknya keputusan itu.
Bagaimanapun, persoalan itu hanya akan disahkan oleh Setia­usaha Agung, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam sidang akhbar selepas mesyuarat eksekutif FAM hari ini yang akan diumumkan oleh.
'Difahamkan Tuanku (Sultan Ahmad Shah) bersedia untuk melepaskan jawatan Presiden FAM dan merasakan inilah detik terbaik untuk baginda melakukannya.
'Tuanku mahu menye­rahkan amanah kepada anakandanya (Tengku Abdullah) bagi meneruskan perjuangan memartabatkan bola sepak negara yang di­tinggalkannya.
'Ramai mempercayai Tengku Abdullah sebagai calon yang tepat bagi meneruskan kesinambungan yang ditinggalkan oleh Tuanku,' kata sumber berkenaan kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Utusan mendedahkan bahawa Persatuan Bola­sepak Negeri Pahang (PBNP) telah membuat keputusan mencalonkan Tengku Abdullah sebagai presiden sekali gus memberi petanda Sultan Ahmad Shah tidak akan bertanding pada kali ini.
Malah, 12 daripada 20 badan gabungan FAM telah mencalonkan Tengku Abdullah sementara hanya lima sahaja kepada Sultan Ahmad Shah.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula mendapat tiga pencalonan dan Tengku Mahkota Johor difahamkan membuat keputusan untuk tidak bertanding kerana mahu memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak di peringkat negeri.
Jika ini berlaku, bermakna mesyuarat eksekutif FAM kali ke-11 hari ini, yang juga kali terakhir untuk penggal 2010-2014, adalah kali terakhir Sultan Ahmad Shah mempengerusikan mesyuarat.
Jika Tengku Abdullah ditabal sebagai Presiden FAM yang baharu, persaingan timbalan presiden di­jangka melibatkan tiga penjuru antara dua naib presiden, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah serta Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.
Bagi jawatan naib pre­siden, beberapa nama se­perti Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan), Datuk Sudarsono Osman (Presiden Per­sa­tuan Bolasepak Sarawak), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bolasepak Perak) adalah antara nama yang akan bertanding.
Nama lain yang dikatakan akan merebut kerusi itu ialah Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bolasepak Perlis), Datuk Astaman Abdul Aziz (Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur) dan Datuk Mohd. Junid Mohd. Noor (Setiausaha Persatuan Bolasepak Pulau Pinang).
                 

Last edited by R2D2 on 19-4-2014 05:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 09:21 AM | Show all posts
Long overdue.....

Tiada sesiapa yang meratap seperti mana  CHE DET buat pengumuman pelepasan jaewatannya sebagai CEO umngok satu tika tak lama dulu?

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:24 AM | Show all posts
seolah2 macam pemilihan parti PKR plak...tak suami..isteri..tak isteri..anak.

bagus sangatlah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:27 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:24 AM
seolah2 macam pemilihan parti PKR plak...tak suami..isteri..tak isteri..anak.

bagus sangatlah tu. ...

Mukriz? KJ amongst others?



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:32 AM | Show all posts
stinger_attack posted on 19-4-2014 09:27 AM
Mukriz? KJ amongst others?

satu perbandingan yg paling hodoh yg saya pernah baca....hahahahahahahaha.

tu tak baca lagi...dynasty Lim...bapak punaisihat...anak, setiausaha agung,,,

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:35 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:32 AM
satu perbandingan yg paling hodoh yg saya pernah baca....hahahahahahahaha.

tu tak baca lagi...d ...

Hence the amongst others phrasal, yang otak jenis sekolah atap macam kau tak dapat digest?

Kau nak aku sambung lagi?





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 09:36 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:32 AM
satu perbandingan yg paling hodoh yg saya pernah baca....hahahahahahahaha.

tu tak baca lagi...d ...

bn lagi le esp umno.....anak beranak semua masuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:38 AM | Show all posts
secretservice posted on 19-4-2014 09:36 AM
bn lagi le esp umno.....anak beranak semua masuk

kehkehkehkehkeh...anak beranak semua masuk...bukan anak beranak jadi presiden, jadi naib presiden..jadi penasihat jadi setiausaha agung.

please grow up boy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 09:38 AM | Show all posts
secretservice posted on 19-4-2014 09:36 AM
bn lagi le esp umno.....anak beranak semua masuk

MUKRIZ, KJ...belum masuk kategori legacy lagi hence tak boleh dibandingkan...

Akal dungu sekolah atap, ANJETSAR....



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:42 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:38 AM
kehkehkehkehkeh...anak beranak semua masuk...bukan anak beranak jadi presiden, jadi naib presiden. ...

kurang2 yang anak beranak masuk atas usaha dan lalu jerih getir tu masih boleh diterima ni masuk pun atas pengaruh bapak tak pun menakan sendiri tu yang orang bising.....lagi2 orang tua tu yang sekarang ni makin merapu saja
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:24 AM
seolah2 macam pemilihan parti PKR plak...tak suami..isteri..tak isteri..anak.

bagus sangatlah tu. ...

Budaya kita tu.. daripada pemerintah hinggalah persatuan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:43 AM | Show all posts
stinger_attack posted on 19-4-2014 09:38 AM
MUKRIZ, KJ...belum masuk kategori legacy lagi hence tak boleh dibandingkan...

Akal dungu sekola ...

dorang masuk sebab pengaruh pak bukan dari jerih getir sendiri macam bekas timbalan pm tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apebende punya fam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:47 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 19-4-2014 09:43 AM
Budaya kita tu.. daripada pemerintah hinggalah persatuan.

Akal setitik,sekolah atap macam ANJETSAR, party bloopers umngok....kaki kantoi...memang buta semulajadi.....

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger_attack posted on 19-4-2014 09:47 AM
Akal setitik,sekolah atap macam ANJETSAR, party bloopers umngok....kaki kantoi...memang buta semul ...

Jika tidak kerana budaya ini.. adakah najib boleh jadik PM?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:54 AM | Show all posts
kroni confirm naik...isu tetap sama jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 09:56 AM | Show all posts
nasib baik annuar musa kena gantung
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:56 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:57 AM | Show all posts
kalau pass ke anak, ada beza ke???

bagi lah ke yang berkaliber sikit...

but what the heck, aku bukan minat pun bolasepak malaya ni...hanya untuk bebudak felda pprt je..

p.s. tahun ni, liga bbva dan liga barclays sungguh menarik...suspense sampai ke hujung...
bundesliga pulak boring...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:22 AM | Show all posts
Apa yang best sangat jawatan ni sampai susah nak kasi pada orang lain? Diaorang dibayar banyak ke?

....sorry, aku tak berapa paham situasi semasa persatuan bolasepak Malaysia... baru keluar dari bawah tempurung  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.187915 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list