CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 12

[Tempatan] {3} Bintang-bintang darat akan pupus dlm 10 tahun lagi !

[Copy link]
Post time 20-4-2014 07:51 AM | Show all posts |Read mode
20 April 2014

Kuala Lumpur: Kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, dekat sini, yang menjadi antara tarikan pelancongan negara boleh pupus dalam tempoh 10 tahun lagi jika tiada usaha bersepadu dilakukan untuk pemuliharaan serangga unik itu.


Pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Alvin Hee Kah Wei berkata, kemungkinan itu boleh berlaku berikutan kemeriahan kelip-kelip di situ tidak lagi sehebat dulu.

Beliau berkata, berbanding beberapa tahun sebelum ini, keindahan kelip-kelip umpama pesta hinggakan setiap pohon berembang yang menjadi tempat hinggap kelip-kelip pada waktu malam kelihatan seperti pokok Krismas.


“Inilah hakikat yang kita hadapi. Bagaimanapun, saya tidak melihat faktor iklim atau biologi sebagai punca bilangan hidupan eksotik ini semakin menurun, sebaliknya perubahan terbabit disebabkan manusia itu sendiri.

“Sejak lebih 20 tahun lalu, kegiatan pembalakan berjalan lancar demi mengejar pembangunan, namun saya kira kita perlu seimbangkan juga kepentingan untuk ekonomi dan alam sekitar,” katanya.

Mengulas lanjut, Alvin menjelaskan, kitaran hidup kelip-kelip adalah kompleks. Ia bergantung kepada sejenis siput sebagai perumahnya manakala siput itu pula memerlukan perumah lain berupa sejenis tumbuhan untuk hidup.


Dalam hal ini, katanya, semua perumah itu penting serta perlu dipelihara dan dipulihara untuk memastikan kelip-kelip terus menjadi tarikan negara, apatah lagi ia hanya boleh didapati di beberapa lokasi di dunia.

“Wujud pertalian ekologi antara kelip-kelip dan siput, yang mana pada satu peringkat hidupnya, kelip-kelip memerlukan siput sebagai perumah bagi membolehkannya ke peringkat seterusnya dan terus hidup. Tanpa perumah, kitaran hidupnya terbantut dan tidak lengkap. Dalam kata mudah, ia akan mati.



“Justeru, penting untuk kita turut mengambil kira kepentingan menjaga perumah siput terbabit iaitu tumbuhan bagi memastikan ia dapat berperanan buat kelip-kelip.

“Jika nyamuk memerlukan darah manusia untuk bertelur, begitu juga kelip-kelip yang memerlukan siput untuk melengkapkan kitaran hidupnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pembalakan haram dapat dipantau kerana ia bukan saja membantu usaha pemeliharaan kelip-kelip, malah bermanfaat buat negara.

Bagaimanapun, Metro Ahad difahamkan, kawasan dengan radius lima kilometer dari pusat pelancongan terbabit ditetapkan sebagai kawasan tidak dibenarkan mempunyai pembangunan demi menjaga kelestarian hidupan serangga unik kelip-kelip. Dalam radius berkenaan, hanya tanaman sagu dibenarkan yang bersesuaian dengan habitat sejuk untuk kelip-kelip.-myMetro

p/s rantaian hidup bakal terputus...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 08:45 AM | Show all posts
semalam kat rumah aku ada sekor...dok tepi tingkap...
dh lama x ketemu sebelum ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:00 AM | Show all posts
jangan kan kata kelip2.... binatang2 lain pun banyak akan pupus
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
masa aku kecik2, bila balik kampung, byk kelip2 masuk umah. la ni, haram sekor pon aku x jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:09 AM | Show all posts
hmm...aku blom sampai lg tempat kelip-kelip nih...best ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:12 AM | Show all posts
sekali tgk  tajuk ingat binatang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2014 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Siput apa yang dimaksudkan tu? Siput sedut? Siput babi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:31 AM | Show all posts
zaman Khir toyo banyak pokok hutan paya bakau di Kampung Kelip-kelip ditebang

ARKIB : 09/05/2009
Kelip-kelip Kg. Kuantan kian pupus


Siapa bertanggungjawab?... Hutan yang sudah diteroka menyebabkan kehidupan hijau yang menjadi lubuk kelip-kelip musnah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

NAMA Kampung Kuantan cukup terkenal. Kehadiran jutaan kelip-kelip di situ menjadikan nama habitat semulajadi serangga itu meniti di bibir pelancong yang meminati keindahan alam semulajadi.

Terletak di Kuala Selangor, Kampung Kuantan menawarkan pemandangan hutan paya yang kaya dengan pepohon nipah, rumbia, nibung dan berembang.

Namun pembangunan secara berleluasa di kawasan tersebut menimbulkan kebimbangan akan pupusnya aset ekopelancongan yang menjadi kebanggaan negara itu.

Penebangan hutan paya bakau secara semberono jelas memberi kesan kepada kelip-kelip apabila jumlahnya didapati semakin berkurangan dari hari ke hari.

Perkembangan mendukacitakan itu turut menjejaskan pendapatan penduduk di kawasan berhampiran yang menambah rezeki dengan mendayung perahu membawa pelancong menyusuri paya bakau mengintai keindahan kelip-kelip.

Wartawan Utusan Malaysia, WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI dan jurugambar MOHD. SAIFUDIN RASHID meninjau keadaan di Kampung Kuantan dan sejauh mana penerokaan kawasan di situ untuk tujuan pembangunan memberi kesan kepada destinasi pelancongan itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 9.htm#ixzz2zOEdXhOo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumbuhan yg jadi perumah siput tu pulak tumbuhan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:10 AM | Show all posts
Sayang kalau salah satu kawasan tarikan pelancong seperti ini pupus begitu saja satu hari nanti.  Bukan semua tempat ada keistimewaan sepertinya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak terjaga tempat ni... majlis daerah kuala selangor agak pemalas...

Aku g taman alam yg hutan paya bakau tuh pon senduu.. x menarik lansung...taman ikan pon idup segan mati tak mau...arapkan seronok layan monyet kt bukit malawati jee..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Usahkan kelip2...rama2 pun susah jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:58 AM | Show all posts
sepatutnya ular dan lipan yang pupus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.505753 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list