CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boyagombak

[Tempatan] Pengurus JDT2 Tumbuk Refree Di Larkin

[Copy link]
Post time 21-4-2014 12:32 PM | Show all posts
mmg manjang gaduh je dorg an, mencapap ke apa?
klntn pon dh kurang xmcm dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 01:50 PM | Show all posts
bukan pengadil nie yang bikin 'panas' masa mengadil kat sarawak dulu ker??

yang dia kata 'lu lanciao la...'

tapi last2 dia kata ' lu kaciao (kacau) la'
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:29 PM | Show all posts
samseng jawa x reti nk berkawan dgn rakyat malaysia yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:40 PM | Show all posts
mixed posted on 20-4-2014 05:15 PM
Sakainya jdt tim

mereka mempunyai DNA lanun.tiada apa yg nak dihairankan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 04:34 PM | Show all posts
leylapple posted on 21-4-2014 01:50 PM
bukan pengadil nie yang bikin 'panas' masa mengadil kat sarawak dulu ker??

yang dia kata 'lu lanc ...

Betul tue... Fans Sarawak memang berbulu dgn reff nie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 05:25 PM | Show all posts
bicaraj posted on 20-4-2014 02:25 PM
dengan perak ada masalah,
dengan terengganu ada masalah,
dengan kelantan ada masalah,

Itula bro..aku hari 2 cakap mcm 2, last2 org tu ckp aku dok dlm gua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
stillen posted on 21-4-2014 05:25 PM
Itula bro..aku hari 2 cakap mcm 2, last2 org tu ckp aku dok dlm gua

Orang tu peminat keganasan macam geng2 orang utan jdt dan jdt2 ni.

Fam sila jgn kasik muka. Singkirkan mereka dari liga2 malaysia. Kalau diorg nak bersukan, buatkan gelanggang sumo dan kandang rimau
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 06:57 PM | Show all posts
this is Ipoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 07:26 PM | Show all posts
Dari johor darul terowong skang jadi johor darul tumbuk....
Whats next
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:29 PM | Show all posts
tumbuk curi..tumbok la depan2..sakai sungguh la palui !!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:53 AM | Show all posts
Penumbuk 2 ada YDP PBT kat Johor..malu betul kalau aku kerja bawah organisasi yg ketua mcm 2..
Kena denda RM25k ja..tp still Exco mcmana 2
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 09:04 AM | Show all posts
peyno mana peyno........lama x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 10:08 AM | Show all posts
dah kena pecat dah...nati minggu dpn ada la lagi citer set2 jawa jdt nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 12:00 PM | Show all posts

                        Belasah pengadil, pengurus JDT2 dipecat serta merta                         Posted on 22/04/2014                                        Leave a comment                                                               
                       

Pengurus JDT2, On Jabar dipecat daripada jawatannya berkuatkuasa serta-merta hari ini berikutan insiden memukul pengadil di Stadium MPPG Sabtu lalu.
Ia dimaklumkan menerusi sepucuk surat oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang ditandatangani SU kehormatnya Mohd Fahmy Yahya.
“Menjunjung titah Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ, dukacita dimaklumkan bahawa Tuan telah dilucutkan daripada memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan JDT 2 berkuatkuasa serta merta daripada tarikh surat ini,” menurut surat itu dipetik Malaysia Gazette.
On juga didenda RM25,000 oleh PBNJ, tetapi akan terus kekal menjawat jawatan sebagai Naib Presiden persatuan.
Onn didakwa memukul pengadil Sukri Abdul Rahman sejurus selepas perlawanan antara JDT 2 dengan UITM FC. Dia dikatakan tidak berpuashati dengan mutu pengadilan Sukri dengan perlawanan yang berakhir seri 2-2.
Sementara itu awal hari ini, On yang juga Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk memberi keterangan berhubung insiden tersebut.
                                       
                               
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:05 PM | Show all posts
mesti perasan kebal kan?
yelah ketua atas sana main terowong pun lepas kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 12:10 PM | Show all posts
Gambar Insiden Perlawanan




                          Insiden pukul pengadil burukkan lagi imej bolasepak Johor                                               Share This

Tags

                          
Insiden pengurus JDT 2, Onn Jabar memukul pengadil sejurus selepas perlawanan Liga Perdana dengan UITM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) semalam merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah bolasepak negara.
Pengurus JDT 2 itu dikatakan tidak berpuashati dengan mutu pengadilan pengadil Sukri Abdul Rahman di dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu.
Insiden pergaduhan itu turut menimbulkan kekecohan dalam kalangan penonton perlawanan itu.
Malah ia dijangka memburukkan lagi imej Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), apatah lagi selepas insiden memalukan di terowong pemain pada perlawanan JDT menentang T-Team tidak lama dahulu.
Untuk pengetahuan, pengurus JDT 2 itu juga merupakan Naib Presiden PBNJ dan pegawai kanan kerajaan negeri Johor.
Onn Jabar yang sebelum ini dikenali sebagai seorang peramah dan mudah mesra dalam kalangan pengamal media di Johor Bahru, juga merupakan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebuah kawasan perindustrian berat berhampiran Johor Bahru.
Beliau juga pernah bertugas sebagai setiausaha Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Pengarah Pejabat Taman Negara Johor.
Usaha media untuk mendapatkan reaksinya berhubungan kejadian semalam gagal kerana beliau enggan menjawab panggilan kepada telefon bimbitnya.
- MALAYSIAGAZETTE
                       
       


Last edited by boyagombak on 23-4-2014 12:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2014 12:28 PM | Show all posts

                      Published On: Wed, Apr 23rd, 2014
Sukan | By Siti Norain Usop   

                                          PBNJ lucut jawatan On serta-merta                                               Share This

Tags

                          
TIGA hari selepas insiden di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil tindakan drastik apabila melucutkan jawatan On Jabbar sebagai pengurus Johor Darul Takzim II (Johor DT II).
Hukuman yang dibuat PBNJ itu dipercayai ekoran tindakan On yang didakwa menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman ketika aksi Liga Premier antara Johor DT II dan UiTM FC di Pasir Gudang, Sabtu lalu yang berkesudahan seri 2-2.
PBNJ menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam memaklumkan bahawa On telah dilucutkan daripada jawatan tersebut kerana berkelakuan kurang sopan pada perlawanan tersebut.
“Dukacitanya dimaklumkan Tuan (On) telah dilucutkan daripada memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Johor DT II berkuat kuasa serta-merta daripada tarikh surat ini (22 April 2014).
“Tuan juga dikenakan denda sebanyak RM25,000 berikutan insiden yang berlaku ketika perlawanan menentang UiTM dalam saingan liga di Stadium MPPG, 19 April (Sabtu) lalu.
“Bagaimanapun, Tuan masih lagi kekal sebagai ahli Exco PBNJ. Sehubungan itu, pihak PBNJ mengucapkan terima kasih atas kerjasama, sokongan dan komitmen diberikan kepada pasukan Johor DT II selama ini,” kata PBNJ menerusi kenyataan semalam.
Terdahulu, On tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Pasir Gudang, Johor kira-kira pukul 10 pagi semalam selepas dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.
Kosmo! semalam melaporkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat komisioner perlawanan serta pegawai penilai dan mendapati ia konsisten dengan laporan dibuat Sukri.
Justeru itu, On kini disiasat mengikut Perkara 2.4 Kod Tatatertib Liga Malaysia kerana didakwa menyerang dan memukul mana-mana pemain atau pegawai tanpa mendatangkan kecederaan dan boleh dikenakan hukuman penggantungan enam perlawanan jika sabit kesalahan.
On turut disiasat mengikut Perkara 2.5 kod yang sama dan boleh dihukum maksimum penggantungan seumur hidup jika sabit kesalahan.
Pada aksi Sabtu lalu, On didakwa telah menumbuk muka Sukri selepas berang dengan beberapa keputusan yang disifatkan berat sebelah oleh pengadil terbabit selain menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong Johor DT II.
Difahamkan, Sukri telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu pada hari kejadian.
-Kosmo
                       
       

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengadil nih org ganu ke? report polis jauh na
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la budaya kaum yg baru nak berjinak dgn bola since 2013.... over
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 04:02 PM | Show all posts
peYno is back
Harus geng jdt tgh keresahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.187889 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list