CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8468|Reply: 82

[Tempatan] {4} ` Harumanis aku hilang ! '

[Copy link]
Post time 21-4-2014 06:33 AM | Show all posts |Read mode
21 April 2014

Kegembiraan seorang pengusaha ladang dengan kehadiran musim harumanis bertukar kesedihan apabila kira-kira 200 kilogram buah mempelam dianggarkan bernilai RM3,000 dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, kelmarin.


Kejadian hanya disedari jam 9 pagi ketika mangsa Ismail Kamis, 57, tiba di ladangnya di Kampung Baru Panggas, Chuping, di sini, untuk memetik mempelam Perlis Sunshine bagi dijadikan cenderahati sebuah program yang berlangsung.


Ismail berkata, dia pergi ke ladang berkenaan untuk memetik buah mempelam Perlis Sunshine sebelum melihat bungkusan kertas yang membalut buah harumanis berselerakan di bawah hampir setiap pokok berkenaan.


“Saya kemudian memeriksa setiap pokok mempelam Perlis Sunshine dan mendapati terdapat kesan buah dipetik.



Apabila meneruskan pemeriksaan, saya terkejut apabila melihat tiada langsung bungkusan kertas pada sembilan pokok harumanis di hujung kawasan ladang.


“Berikutan itu, saya tidak mampu berkata apa-apa kerana mengalami kerugian, sedangkan baru datang melihat dan mendapati semalam (kelmarin) adalah waktu sesuai untuk memetik buah terutama mempelam harumanis,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu berlaku kali pertama kepadanya sejak mengusahakan ladang terbabit secara sewaan lebih tujuh tahun lalu dan percaya buah mempelam harumanis berkenaan dicuri pada malam sebelumnya.


Katanya, dia menganggarkan tidak kurang 200 kilogram buah mempelam harumanis bernilai lebih RM3,000 dilarikan pihak tidak bertanggungjawab berdasarkan harga jualan ladang antara RM15 hingga RM20 sekilogram.


“Walaupun masih mempunyai 80 pokok mempelam Perlis Shushine yang mampu mengutip hasil antara lapan hingga sembilan tan, namun saya terkilan kerana ada pihak cuba mengaut keuntungan kerana harga jualan harumanis ketika ini mencecah RM25 sekilogram.


“Saya juga percaya mereka juga berhasrat memetik sebanyak mungkin buah mempelam Perlis Sunshine berdasarkan longgokan pembungkus kertas yang berselerakan di bawah setiap pokok tetapi mungkin tidak mempunyai masa mencukupi,” katanya.


Menurutnya, dia percaya pencuri buah itu masuk ke ladangnya dengan memotong kawat berduri di bahagian penjuru hadapan pagar ladangnya berdasarkan kesan yang diperolehi.


“Mungkin bukan rezeki tahun ini, tetapi saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak kerana tidak mempunyai bukti.

Saya menerima perkara ini sebagai takdir dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan.

daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.-myMetro


p/s pencuri tau nilai mempelam lps baca harga mempelam jepun di CI...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpa lah Pakcik..kira sedekah lar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:20 AM | Show all posts
oooooo..perlis sunshine!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:23 AM | Show all posts
ingat kan tadi manggis hilang....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko jer yg xtau nilai mempelam...org2 kat sini sumer tau jenis harumanis mahal
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:54 AM | Show all posts
musim harum manis sekarang ni ye, yummy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 07:55 AM | Show all posts
sorrilaaa pakcik diatas kehilangan 200kg mempelam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:04 AM | Show all posts
cube check dlm kapal tebang, kot2 ada dlm kargo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 08:20 AM | Show all posts
pencarian mempelam pokcik berakhir di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:23 AM | Show all posts
msti nijar yg curik neh.. nak wat mkn dgn pulut katanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal gila harumanis tahun ni, & smua kebun takdak stok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:08 AM | Show all posts
kira kalo di tanam sendiri mempelam harumanis...

kalo dicurik dari org..jd mempelam haramhamis....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:13 AM | Show all posts
cuba tanya Pakcik tu kalau dihukum potong tangan ke atas pencuri2 tu ok tak?  

UMNO dia bukan tanya Pakcik tu, tapi mereka gi tanya pencuri.  Tentu aje pencuri tak akan setuju dgn potong tangan. Kalau jel 4-5 tahun tak apa..tak ada gerun langsung.

Ada juga hamba Allah dlm UMNO suruh bagi kerja kat pencuri2 tu.. lagi bagus bagi kerja jadi jaga kebun mempelam
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:17 AM | Show all posts
oh lalala sedapnya..jom balik kampong..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:33 AM | Show all posts
masyuk la pencuri tu, ala kongsi2 la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:11 AM | Show all posts
skrang mmg musim pelam harum manis...
tp pencuri ni bukannya kira harum manis @ tidak...
semua mempelam di bantai nya...rezeki tergolek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 10:28 AM | Show all posts


ni makan ngan pulut dan santan...aduyaiii




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Sabar p cik... Ada hikmah tu......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:15 AM | Show all posts
sedapnyaaa harumanisssss
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:23 AM | Show all posts
oooooooooooooo................mahalyer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.135564 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list