CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3436|Reply: 17

[Dunia] {8} Niat mulia bantu MH370 tapi cara salah langsung kena pecat !

[Copy link]
Post time 21-4-2014 07:28 AM | Show all posts |Read mode
21 April 2014

New York: Seorang eksekutif kanan syarikat penyiaran Amerika dibuang kerja kerana menggunakan akaun e-mel syarikatnya bagi menyalurkan bantuan kepada ahli keluarga penumpang penerbangan MH370.


Naib Presiden Amalan dan Piawaian Fox Cable Networks Group, Darlene Tipton dilaporkan ingin mengaturkan bantuan kewangan kepada ahli keluarga penumpang untuk proses mahkamah yang dijangka memakan masa yang lama.


Dia memulakan proses itu dengan mengirim e-mel kepada Sarah Bajc, teman wanita seorang warga Amerika, Philip Wood yang juga seorang daripada 239 penumpang MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.


Jurucakap Fox, Scott Grogin berkata, tindakan dibuat Tipton itu didapati melanggar polisi syarikat.


Dengan alasan dasar privasi, beliau enggan menerangkan lebih lanjut, namun mengesahkan Tipton yang bersama Fox sejak 25 tahun lalu sudah meninggalkan syarikat itu pada 9 April lalu.


Bagaimanapun, Tipton dilaporkan akan meneruskan inisiatifnya dengan menyelaraskan bantuan melalui website GoFundMe.



“Kami ingin mengumpul dana untuk ahli keluarga bagi memberi mereka bantuan segera,” kata Tipton dalam wawancara melalui telefon dari Los Angeles.


“Jika tidak, mereka akan berada di mahkamah (untuk urusan kes) untuk bertahun lamanya,” katanya.


Syarat utama bagi ahli keluarga menerima wang bantuan itu adalah penerima mesti mengetepikan hak untuk mendapatkan bantuan undang-undang.
“Jika mereka sudah mendapat wang bantuan, jadi tidak wajar bagi mereka menerima wang melalui tindakan undang-undang pula,” katanya.-myMetro


p/s strict giler syarikat nih...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 07:40 AM | Show all posts
biasa le....salah guna harta syarikat....mana2 pun saya percaya akan buat benda yang sama tak pun bagi warning
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:59 AM | Show all posts
secretservice posted on 21-4-2014 07:40 AM
biasa le....salah guna harta syarikat....mana2 pun saya percaya akan buat benda yang sama tak pun ba ...

tak lah...saya tak buat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:02 AM | Show all posts
bagus apa,
kalu dia keje kt malaysia , layan porno pkai email gov, tkkn ada pape tindakan..
hackers lulsec kantulkn pn gov diam aja..

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:05 AM | Show all posts
kenapa dia terlebih pulak pasal MH370? abnyak airlines ngan plane terhempas emmbabitkan rakyat Amerika xde lak derang sebok part ni.. cuma bila tang Malaysia lak yg terober
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:06 AM | Show all posts
batmana posted on 21-4-2014 08:02 AM
bagus apa,
kalu dia keje kt malaysia , layan porno pkai email gov, tkkn ada pape tindakan..
hacker ...



dasyatnya, kalo kompeni swasta baru nak taip je abis semua kene block cam nak surf cane nk buat bom je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Ummah Malaysia pula tak segan silu hantar email minta derma dan sebar berita ummah-yahudi-cemburu-dengan-islam pakai email syarikat. Sungguh tak beretika. Saya pakai email syarikat utk urusan kerja sahaja. Kalau benda personal hantar pakai whatsapp aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
yipun_78 posted on 21-4-2014 08:06 AM
dasyatnya, kalo kompeni swasta baru nak taip je abis semua kene block cam nak surf cane nk bua ...

Masa saya mula-mula masuk kerja dulu pun ada terima email gambar porno dari makcik-makcik opismate. Tapi yg kelakarnya isi email tersebut ada bunyi islamik, cuma attachmentnya yg nsfw

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 08:42 AM | Show all posts
batmana posted on 21-4-2014 08:02 AM
bagus apa,
kalu dia keje kt malaysia , layan porno pkai email gov, tkkn ada pape tindakan..
hacker ...

what an embarrassment
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:48 AM | Show all posts
mmg patutpun ....
kalo nak buat kije on personal capasity, pakai ler email peribadi...
kalo pakai email kompeni, anything yang illegal walaupun dijalankan atas personal purposes, kang CEO... president syarikat sekali akan kena heret masuk court... yang paling teruk sekali, server syarikat pun hapis kena geladah... habis ler company punya p&c thingy revealed...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:54 AM | Show all posts
nk wat cmne. redha jela
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:00 AM | Show all posts
amenda ni..hakak tk faham..bimbo kejap
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:12 AM | Show all posts
Simunggu posted on 21-4-2014 07:59 AM
tak lah...saya tak buat....

maksud saya orang yang keje kat fox ni la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:14 AM | Show all posts
secretservice posted on 21-4-2014 09:12 AM
maksud saya orang yang keje kat fox ni la

hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:14 AM | Show all posts
sepatutnyelah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:56 AM | Show all posts
wat pe guna email sarikat...hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 06:31 AM | Show all posts
ultra78 posted on 21-4-2014 08:33 AM
Masa saya mula-mula masuk kerja dulu pun ada terima email gambar porno dari makcik-makcik opismate ...



la ni website gomen kene block
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 06:35 AM | Show all posts
ultra78 posted on 21-4-2014 08:13 AM
Bagus. Ummah Malaysia pula tak segan silu hantar email minta derma dan sebar berita ummah-yahudi-cem ...



kan? kdg2 tgk emel penuh chain emel cam x tatut pon guna utk sebarkan ntah pape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087928 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list