CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12331|Reply: 11

[NHK Asadora] Hanako to Anne 花子とアン (2014)

[Copy link]
Post time 21-4-2014 06:28 PM | Show all posts |Read mode








Title : 花子とアン
Title (romaji) : Hanako to Anne
Format : Renzoku
Genre : Drama
Episodes : 156
Broadcast network : NHK
Broadcast period : 2014-Mar-31 to 2014-Sep-27
Air time : Mon-Sat 8:15
Theme song : Nijiiro by Ayaka



http://www.nhk.or.jp/hanako/



Lagu tema Hanako to Anne '' Hana dan Anne ''  (はなとあん))

Korekara hajimaru anata no monogatari zutto nagaku michi wa tsudzuku yo
Nijiiro no ame furisosogeba sora wa takanaru
Mabushī egao no oku ni kanashī oto ga suru
Yorisotte ima ga atte kon'nani mo itōshī
Te o tsunageba atatakai koto kirai ni nareba hitori ni natte iku koto
Hitotsu hitotsu ga anata ni naru niji wa tsudzuku yo
Kaze ga hakobu kibō no tane hikari ga yume no tsubomi ni naru
Korekara hajimaru anata no monogatari zutto nagaku michi wa tsudzuku yo
Nijiiro no ame furisosogeba sora wa takanaru

Ini permulaan cerita kamu. Jalan yang jauh akan berterusan.
Hujan berwarna pelangi turun dari langit tinggi
Di sebalik sinaran senyum itu ada suara pilu
Berpelukan dalam kasih dan sayang selama ini
hangat tanganku digenggam tapi jika ada benci, kupergi sendiri
satu per satu jadilah terus seperti pelangi
angin yang membawa benih semangat, menjadi pucuk sinar impian
Ini permulaan cerita kamu. Jalan yang jauh akan berterusan.
Hujan berwarna pelangi turun dari langit yang tinggi.






Dorama Jepun dari NHK berformat Asadora pada tahun 2014 bertajuk Hanako to Anne '' Hana dan Anne '' beru mula penayangan dari 31 mac yang lepas.


Drama pagi yang ditayangkan NHK berjudul Hana dan Anne. Drama bersiri ini berkisah tentang cerita hidup seorang wanita Jepun yang bernama Hana. Hana menjadi perterjemah buku sastera dan karya-karyanya dijadikan buku teks sekolah.Hana bersama 4 orang adik beradik datang dari keluarga yang amat miskin. Padi tanaman mereka habis begitu saja untuk menampung bayaran cukai tanah. Keluarga mereka makan nasi campur bijirin. Hana ke sekolah mengendung adiknya sebab setiap ahli keluarga membantu kerja bendang.

Waktu makan, Hana keluar kelas kerana tidak membawa bekal nasi. Minat Hana pada buku berputik setelah dia mencuri masuk perpustakaan di sebuah gereja. Bapa Hana tidak setuju cara guru sekolah mengajar dan bercadang memindahkan Hana ke sekolah perempuan christian. Akhirnya, Hana dimasukkan ke sekolah Inggeris itu.

Setelah dua penggal Hana masih tidak faham b. Inggeris dan harus lulus ujian untuk melanjutkan pelajaran di sekolah itu. Dalam ujian itu, kelas Hana perlu menulis surat kepada guru besar. Waktu membersihkan bilik seorang guru, Hana melihat surat dalam bakul sampah. Terdesak dan takut dibuang sekolah, dengan surat ini, Hana meniru surat Miss Scott (seorang guru) yang ditujukan untuk kekasihnya. Hana mendapat markah paling tinggi.

Walau bagaimanapun salah seorang guru b. Inggeris tidak yakin kebolehan Hana menulis surat sebegitu lancar dalam b. Inggeris. Hana disoal. Hana berkata surat itu ditulisnya sendiri dan tidak mengaku dia meniru surat Miss Scott.Matlamat tidak menghalalkan cara, jadi Hana berasa sangat bersalah setelah mendapat tahu Miss Scott jatuh sakit sebab suratnya ditiru Hana dan diumumkan. Rasa bersalah ini mendesak Hana berdepan Miss Scott and mengaku perbuatannya itu.

Hana ialah cerita benar seorang wanita Jepun yang menjadi penterjemah pertama buku sastera. Bukunya siri " Anne of Green Gables " menjadi buku teks sekolah.


Semenjak mula belajar di sekolah Christian itu, Hana tidak pernah pulang ke kampung. Ini disebabkan dia tiada duit untuk tambang balik. Kawan-kawan lain sibuk bercakap tentang pertunangan dan perkahwinan mereka dengan orang-orang kenamaan tapi Hana tidak endahkan itu semua. Hana kata dia hanya bercinta dengan buku. Buku membuat hatinya berdebar-debar.

Setiap minggu, kelas Hana membantu rumah anak yatim dan di situ Hana berkenalan dengan seorang jejaka tampan. Hari meraikan Krismas, Hana dan jejaka tampan itu mengulang cerita " kami-shibai " untuk seorang anak dalam bahasa Inggeris. Hana terlambat dan pintu pagar tertutup. Kerana ini Hana dihukum. Hana dihukum membersihkan sekolah sebelum cuti hujung tahun. Hana tidak kisah pada cuti sebab dia tidak dapat balik rumah.

Walau bagaimanapun, guru besar dapat tahu Hana terlambat sebab mengulang kami-shibai untuk seorang anak dalam bahasa Inggeris. Guru besar memberi Hana duit tambang dan menyuruh Hana balik rumah merayakan tahun baharu.Ahli keluarga Hana kagum dengan pertukaran rupa dan gaya Hana. Hana bagai seekor kupu-kupu yang baru menetas dari sarung kukun.

Abang Hana tidak setuju Hana meneruskan sekolah sebab katanya perempuan sesudah menjadi isteri, tidak ke mana perginya.
Adik-adik Hana tidak mesra dengan Hana lagi dan Hana merasa dirinya terpencil dan ganjil di kalangan ahli-ahli keluarganya. Hana kesal dengan keputusannya balik ke kampung.


Review dari Blog Pn Leyla Shuri yang kini menetap di Okinawa

http://halela.blogspot.com/

https://www.facebook.com/leyla.shuri.1









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 06:49 PM | Show all posts
dialog cite nasib do re mi

"ada romen2?"
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 11:32 PM | Show all posts
Oh hai Doraemon!!

Hari tu ada baca pasal dorama ni kat forum Yuki Kajiura, aku minat gila dgn Yuki ni, org Jepun gelar dia "Goddess of Japanese Music", katanya dia ada compose music2 dlm dorama ni, gile la, mesti best muzik2 dlm cite ni.. Cuma, aku agak kecewa sbb dia tak buat lagu2 yg ada vokal, kalau tak mesti artis2 bawah naungan dia mcm Wakana /& FictionJunction ke, Kalafina ke nyanyi, rupa2nya tak, theme jah.. TT_TT

Pepun dorama ni mmg nampak sgt best, satu lg dorama masuk dlm list "to watch", yg ntah bila plak aku akan tengok.. Lg satu, aku tengok gambar2 tu, terus dlm hati "eh, Gokusen!!", hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 08:19 PM | Show all posts
yang penat nak tengok Dorama Asadora ini episode dalam 156...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 10:59 PM | Show all posts
1 episod brp minit?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 07:26 PM | Show all posts
cantik nye pompuan tue..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2014 08:33 AM | Show all posts
jln cerita agk meleret leret
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 10:32 AM | Show all posts
AeriSha posted on 9-5-2014 10:59 PM
1 episod brp minit?

dalam 15 minit hingga 18 minit...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2014 10:58 PM | Show all posts
Sekali (sehari) siar 15 minit je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 11:55 AM | Show all posts
baru ingat nak google untuk download, sekali tengok 156epi.
even 15-18mts each, but 156epi sangat panjanggggggg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 08:14 AM | Show all posts
Ini Buku Yang Diterjemah Oleh Hanako Bertajuk Anne of Green Gables






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 11:49 AM | Show all posts
Jumaat hingga Ahad lepas sempat tengok Dorama ini masa astro lancarkan siarkan semua channel..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084974 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list