CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41426|Reply: 188

[Tempatan] Joyah Vegas lakar nama di Las Vegas

[Copy link]
Post time 22-4-2014 07:06 PM | Show all posts |Read mode
2014/04/22 - 20:14:44 PM Manja Ismail (Berita Harian)

Nama sebenarnya ialah Pon Jumat tetapi tidak ramai mengetahuinya kecuali keluarga dan rakan di kampung asalnya di Pagoh, Johor.

Bagi masyarakat Malaysia di California dan Nevada, Amerika Syarikat (AS) beliau lebih dikenali sebagai Joyah Vegas. Malah beliau membahasakan dirinya JV (singkatan Joyah Vegas). Sesetengah rakyat Malaysia yang melancong ke AS dengan bajet terhad mungkin pernah mendengar nama Joyah atau menginap di rumah penginapannya. Joyah mempunyai 10 rumah penginapan di sekitar Las Vegas untuk disewa kepada pelancong yang tidak mampu atau tidak suka menginap di hotel

Tiga hari dalam seminggu, Joyah jugak menganjurkan kelas masakan makanan Malaysia/Asia dan membuka kedai dalam talian. Beliau turut menyediakan perkhidmatan sajian makanan Malaysia/Asia.



Tiada kelulusan tinggi

Menariknya mengenai wanita berusia 48 tahun ini ialah beliau tidak mempunyai kelulusan tinggi, apalagi menjejakkan kaki ke universiti. Anak kelima daripada 12 beradik kepada keluarga penoreh getah di Pagoh ini hanya berbekalkan pengalaman keperitan hidup dan kebimbangan ditimpa kesusahan, untuk mencapai kejayaannya sekarang.

Saya diperkenalkan dengan Joyah ketika di Las Vegas minggu lalu untuk menghadiri seminar dan pameran penyiaran tahunan anjuran National Association of Broadcasting (NAB).
“Kalau ada masalah di Vegas seperti nak makan nasi Melayu atau mencari tempat menginap, kau telefon Joyah. Beliau pasti cari kau,” kata teman di Malaysia yang menghubungi Joyah memintanya mencari kami di Vegas.

Memang layak namanya Joyah. Sepanjang sejam bertemu dengannya di lobi hotel, beliau bukan saja tak berhenti bercakap serta bertanya, tetapi sering berjenaka seolah-olah rakan lama.

“Aku ini orang susah. Lepas SPM, datang KL buat bermacam kerja. Aku pernah makan biskut dengan air kosong dan berjalan kaki dari rumah sewa di Keramat ke tempat kerja di Jalan Silang selama seminggu kerana mahu jimat. Aku tidak mahu kesukaran seperti itu dihadapi dua anak kami dan tidak mahu melihat orang lain ditimpa kesusahan. Jika ada rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di sini, aku bantu setakat terdaya,” katanya.

Joyah berhijrah ke AS pada 1988 mengikut suaminya, rakyat negara itu yang terpaksa pulang selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengurus besar sebuah kilang kimia di Klang ekoran kemelesetan ekonomi.

Sebelum menikahi suaminya, John (nama Islam, Yahya), Joyah menjadi pembantu remisier di sebuah syarikat broker saham. Ketika bekerja di situ, Joyah belajar selok-belok pelaburan saham dan turut membeli/menjual saham sehingga mampu membeli sebuah pangsapuri di Bukit Tunku.

Ketika tinggal di pangsapuri itulah beliau menemui John yang akhirnya memeluk Islam untuk berkahwin dengannya. Tidak sampai setahun berkahwin Joyah terpaksa berhijrah ke AS selepas John mendapat tawaran bekerja di Delaware.

Kerana tidak tahu duduk diam, minggu kedua di Delaware ketika suaminya keluar kerja, Joyah memasak dan menghantar kepada jirannya sebagai salam perkenalan. Daripada jirannya, beliau mendapat tahu di mana untuk mendapatkan bekalan bahan dapur pada harga murah.

Selepas dua tahun dan melahirkan anak kedua, Joyah diperkenalkan dengan bekas adik ipar John yang bekerja dengan syarikat pengedar kad telefon. Penggunaan kad telefon ketika itu amat popular terutama dalam kalangan rakyat asing kerana cajnya hanya 12 sen seminit berbanding 45 sen jika membuat panggilan biasa.

“Syarikat itu memberi komisen 25 peratus. Dalam tempoh empat bulan, saya menghubungi semua agensi Malaysia di Washington, New York, Chicago dan Los Angeles, mempromosi produk ini. Akhirnya, saya dapat mendaftar 2,000 rakyat Malaysia di seluruh Amerika sebagai pelanggan. Ia kejayaan pertama saya,” katanya.

Berjinak bidang hartanah

Joyah dan keluarga tinggal enam tahun di Delaware sebelum berpindah ke Las Vegas apabila John mendapat pekerjaan baharu. Di situlah, Joyah mula berjinak dengan bidang hartanah, mengambil kesempatan daripada krisis sub prime yang melanda AS ketika itu.

“Setiap hari harga rumah jatuh. Berbekalkan simpanan daripada jualan rumah kami di Delaware dan keuntungan perniagaan kad telefon, saya meninjau rumah yang saban hari dilelong. Kebetulan, setiap hari Feds (Rizab Persekutuan AS) turunkan kadar faedah untuk menggalak orang ramai membeli rumah, tetapi kerana banyak kilang tutup dan rakyat Amerika hilang kerja, mereka terpaksa menyerahkan rumah kepada bank.

“Sementara orang Amerika meninggalkan rumah mereka, saya membeli yang mana murah dan termampu. Rumah yang saya beli pada harga AS$51,000 ketika itu, meningkat kepada AS$399,000 dua tahun lalu,” katanya. Joyah sempat membeli 10 rumah di sekitar Las Vegas yang kini dijadikan rumah penginapan.

Berbeza dengan orang lain yang mungkin suka berbelanja, Joyah tetap berjimat walaupun sudah berduit.

“Selama enam tahun di Delaware, saya tak pernah membeli-belah kecuali keperluan dapur dan baju anak.

“Sampai hari ni saya masih pakai pakaian yang saya bawa dari Malaysia, dibeli pada tahun 1993. Setiap sen hasil berniaga saya simpan. Dengan duit itulah, saya ambil risiko berniaga walaupun dua kali kena tipu,” katanya.

Selama beberapa bulan pada tahun 2012, Joyah mempunyai blognya ‘From Estate to United States’ menceritakan kehidupan suka dukanya ketika di tanah air dan rantau orang tetapi memaksanya berhenti menjadi blogger.

p/s tabek spring kat Joyah Vegas...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2014 07:08 PM | Show all posts
betul ker citer ni ... iols search kat internet blog from estate to united states tak dok pungg.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:09 PM | Show all posts
heheh..dah jumpa .. ayo..paling last posting thn 2012
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa paras joyah vegas pls..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:14 PM | Show all posts
dimana ada kemahuan disitu ada keambilan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:15 PM | Show all posts
ok apa nama joyah

di las vegas joy ahhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2014 07:19 PM | Show all posts
batman_2007 posted on 22-4-2014 07:12 PM
Rupa paras joyah vegas pls..

gegeh iols tanya ankle guggle... macam2 kuar citer pasai joyah vegas ni.. kesemua artikel bertulis tanpa memaparkan gambar kak joyah nie ... iols speku, kak joyah ni jenis pemalu kowt... tak mo wajah sheols tersebar di alam maya ...

sat...nak tanya angle guggle image search lak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga posted on 22-4-2014 07:19 PM
gegeh iols tanya ankle guggle... macam2 kuar citer pasai joyah vegas ni.. kesemua artikel bertulis ...

Itu leww.
Iols pun gugel.

Hampa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjaya kew?

https://m.airbnb.com/users/8442561

4 jah pun review.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:21 PM | Show all posts
Dua dari kiri..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:24 PM | Show all posts
.. gegeh iols search taw .. jumpa jugekkk nyahhhhhh.....eeeiii..happynyaaa...


sure anak sheols khenz... shantek ya amat...cross breed mly n kokesen


Joyah Vegas (second from left) with participants of her cooking class.


tah .. sapa KA Junos dan Marina tu ...tadaaaa...kak joyah in baju kurung





Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ha akak tu.



Ni gambar dengan anak dia kot.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:24 PM | Show all posts
hamboi uols.... lajus uols dari iols erk....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:26 PM | Show all posts
Muka anak dia macam Pinoy dah. Lawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:27 PM | Show all posts
highcastle posted on 22-4-2014 07:21 PM
Dua dari kiri..

curlusttttt kak joyah...spiking power youuuuu... jelesnya iols
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:28 PM | Show all posts
Lepas ni mesti ada pulak Bidin Los Angeles, Bedah California..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2014 07:30 PM | Show all posts
chazey posted on 22-4-2014 07:26 PM
Muka anak dia macam Pinoy dah. Lawa.

khenzz...anak sheols lawa giler...
muka kak joyah ni really muka kampung... nama pun very kampungan .. tapi ada kak joyah kesah ...

tapi kalo dah berkawin ngan mat salleh ... cross breed ... sure output tip top khenzzz kaka chazey


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:30 PM | Show all posts
ni video joyah tgh masak


Last edited by akira_nagasaki on 22-4-2014 07:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:30 PM | Show all posts
MissNigga posted on 22-4-2014 07:27 PM
curlusttttt kak joyah...spiking power youuuuu... jelesnya iols

Duduk kat sana mmg lah, kau campak sapa2 pun dalam masa setahun dua mesti pandai "skiping" punyer......... Tapi aku suka sebab dia tak malu guna nama kampung, "JOYAH"................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 07:34 PM | Show all posts
highcastle posted on 22-4-2014 07:28 PM
Lepas ni mesti ada pulak Bidin Los Angeles, Bedah California..........

@peYno vegas

hambek ko abe peyno ... ngutuk org johor pprt sesangat . Sekali terjumpa, haaaaaa.... dok oberc hokey ... kalo ikut, nama pon jumat ni very the jawa ... tapi dok vegas hokey  

tetibe teringat thread pasai retis nama Qiss... nama asal very the kampungan .. sekali jadi retis, teruih tukar nama jadi Qiss...

akak Pon ... tukar nama pun, bunyik nama glamour tetap berunsurkan kemelayuan...Joyah koooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074716 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list