CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1658|Reply: 6

Penyokong PR diLanda Sindrom Penafian

[Copy link]
Post time 23-4-2014 08:13 AM | Show all posts |Read mode






Malaysia bakal menghadapi masalah kronik sekiranya rakyat terus memilih untuk mengambil sikap setia buta tuli, fanatik atau taksub keterlaluan dalam berpolitik. Penulis menyedari perkara ini apabila melihat bagaimana rakyat Selangor menghadapi krisis air yang jelas berpunca dari kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri.

Seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan yang bijak dan cekap seharusnya mampu mencongak akan sebarang pertambahan atau perubahan yang mungkin berlaku dalam negerinya beberapa tahun yang akan datang. Dalam kes negeri Selangor, iaitu negeri yang paling pesat membangun di Malaysia, kerajaan negeri seharusnya telah bersedia untuk menghadapi pertambahan penduduk, lama sebelum ia berlaku.

‘Persediaan’ yang dimaksudkan termasuklah dari segi memastikan bekalan air yang mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk serta aktiviti perindustrian.

Ternyata, kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah Selangor sebelum ini, telah mengenalpasti masalah bekalan air yang bakal dihadapi serta mengambil langkah awal untuk menanganinya. Kajian serta perancangan rapi dilakukan antara kerajaan negeri dengan syarikat bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor tidak perlu menghadapi kekurangan bekalan. Maka, Loji Langat 2 pun dicadangkan bagi menyalurkan air dari negeri Pahang.

Bagaimanapun, malang bagi rakyat Selangor kerana telah memilih kerajaan yang salah dalam Pilihanraya Umum 2008 dan seterusnya 2013. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah membakulsampahkan segala kajian pakar dan usaha kerajaan BN untuk memastikan masalah bekalan air di Selangor tidak berlaku.

Sebaliknya, kerajaan PR terus mengulang-ulang tuduhan bahawa masalah bekalan air hanyalah momokan BN untuk mengkayakan kroni kontraktor binaan loji. Kerajaan PR juga menuduh syarikat bekalan air Selangor dengan berbagai tuduhan yang tidak kurang ‘hebatnya’. Setiap kali kerajaan BN atau syarikat bekalan air mengingatkan mereka tentang krisis yang bakal dan pasti berlaku, mereka membalas dengan tempelakan sambil disahut oleh penyokong-penyokong taksub mereka.

Kerajaan PR Selangor telah berhujah bahawa loji rawatan air di negeri mampu mengeluarkan 4,809 juta liter air terawat sehari dan cukup sehingga 2019. Kata kerajaan PR Selangor juga, mereka tidak perlukan penyelesaian dari hasil kajian pakar dan perancangan BN tetapi mampu membawa teknologi baru, iaitu kaedah membran bagi merawat air dari bawah tanah atau lombong.

Namun, segala teknologi atau kaedah yang dirancang ternyata hanyalah cakap-cakap kosong, sama seperti manifesto mereka juga. Akibatnya, hari ini, Selangor terpaksa mencatu air dari 4,900 juta liter sehari dikurangkan kepada hanya 4,367 juta liter sehari iaitu sebanyak 533 juta liter sehari.

Hakikatnya, catuan ini tidak perlu sama sekali jika kajian pakar serta penyelesaian yang dicadangkan BN melalui Langat 2 digunapakai sejak dari mula. Projek Langat 2 yang mengambil masa 39 bulan dari tahun 2010, tentunya telah pun siap pada hari ini dan rakyat Selangor tidak perlu langsung menghadapi masalah air yang kronik.

Apa yang menarik di sini ialah sikap penyokong Pakatan Rakyat yang enggan mengakui hakikat kelemahan pentadbiran parti itu. Di laman-laman sosial, mereka cuba sedaya upaya menafikan bahawa kesusahan yang mereka lalui hari ini akibat ketiadaan air adalah berpunca dari kebodohan parti dan pemimpin pujaan mereka.

Penyokong PR benar-benar takut sekiranya mereka mengakui hakikat tersebut, maka ia turut bermakna yang mereka sebenarnya mengakui kesilapan dan kebodohan sendiri.

Nampaknya, ego penyokong Pakatan Rakyat mengatasi keperluan kepada keselesaan hidup. Mereka sanggup berpura-pura tidak sedar mana yang benar dan mana yang salah. Malah, ramai di antara mereka terus berusaha menyalahkan kerajaan BN atas krisis air yang melanda.

Jelas, penyokong PR telah benar-benar ‘menyerap’ sikap dan cara pemikiran pemimpin mereka yang meletakkan permusuhan dengan kerajaan sebagai matlamat hidup di dunia. Slogan ‘lawan tetap lawan’ telah benar-benar menguasai minda dan jiwa mereka. Mereka taksub dan fanatik terhadap parti sehingga pemimpin sehingga tidak lagi mampu berfikir secara rasional.

Ketaksuban penyokong PR meletakkan negara dalam bahaya di mana mereka berkemungkinan besar akan membuat pilihan atau tindakan yang salah dalam menentukan hala tuju negara. Jika hari ini mereka sanggup memilih boneka sebagai ADUN, maka tidak hairanlah jika mereka sanggup memilih peliwat, pengkhianat mahupun si terencat sekali pun, sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak takut kepada kehancuran negara tetapi lebih takut sekiranya terjatuh air muka.

Biar tergadai segala-galanya, asalkan bukan UMNO dan bukan BN, katanya.

Apa lagi yang dapat dikata, selain berdoa agar Allah SWT menyelamatkan kita dari ketaksuban mereka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 09:20 AM | Show all posts
hahahahaha... kalu dah jadi menteri mmg otak terencat aku rasa..
kalu takde air, tadah air hujan..
kalu sayur mahal, tanam sayur sendiri..
kalu myk mahal, kongsi kereta share beli myk dgn rakan..

sekarang kerajaan tak menyelesaikan masalah rakyat, rakyat yg kena selesaikan masalah kerajaan..
ada faham???

kalu takde air tu, pandai2 la tadah air ujan.. xkan kerajaan nak tlg tadah kat rmh anda..
kalu tak mampu beli sayur, pandai2 la bercucuk tanam kat rmh sendiri.. xkan kerajaan nak tolong tanam sayur kat anda..
adoiiiii........ bijak tol menteri2 sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 09:36 AM | Show all posts
Itulah masalahnya!!
Bagi aku mana2 parti pun sama sahaja. Tapi aku sedihlah dgn keadaan sekarang. Masalah kat KL/Selangor adalah AIR. Mengapalah ke dua-dua pihak tak boleh bekerjasama. Tak salah since 2008 kerajaan Pusat dah bagi warning mengenai masalah air ni. Tapi kerajaan Selangor angkuh dgn pendirian sendiri, hasilnya rakyat yang sengsara.
Majoriti offismate foreigner. Diorg pelik dlm keadaan x der air boleh plak banjir kat KL ni . Mcm2 kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 09:43 AM | Show all posts
kiutkiut posted on 23-4-2014 09:20 AM
hahahahaha... kalu dah jadi menteri mmg otak terencat aku rasa..
kalu takde air, tadah air hujan..
...







MASALAH 1









MASALAH 3



MASALAH 4



Last edited by crossfire on 23-4-2014 09:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:51 AM | Show all posts
Tolonglah selesaikan masalani wahai MB dan konco2nya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:13 PM | Show all posts
mertzxx posted on 23-4-2014 09:36 AM
Itulah masalahnya!!
Bagi aku mana2 parti pun sama sahaja. Tapi aku sedihlah dgn keadaan sekarang. M ...

tuhan nak tunjuk kekuasaanNYA.

PM dulu sibuk nak 'swasta'kan tanggungjawab kerajaan pada syarikat2 air.
hari ni ditunjukkan 'masalah yg timbul' setelah tanggungjawab diswastakan jadi perniagaan.

masih nak menafikan kesilapan diri, puak2 penentang hukum tuhan pon bagi alasan
"tadahan tak mencukupi, kita kene buat terowong"

sedang diorang mendesak2 buat terowong air, musim banjir pon tiba.
alasan pon ditukar
"bukan air mentah, tapi air terawat yg kurang"

desak punya desak, kemudian datang balik musim kemarau.
penentang tuhan tersenyum lebar,
ramalan selangor kontang 2014 jd kenyataan katanya.
pada hal yg sebenar, syarikat lembik gagal proses air ikut keperluan.
(sistem tak disenggara sbb sibuk kaut keuntungan)

"tadahan tak mencukupi" diulang sbg alasan.

datang plak musim hujan
media diguna utk tarik kepercayaan
"walau hujan, tadahan masih tak mencukupi"

musim banjir bakal menjelang
kita tunggu alasan apa plak nak dimainkan.

... ... ...
sebenarnya, penyelesaiannya mudah
Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali,
menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah
dan tidak sepatutnya diniagakan.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 01:55 PM | Show all posts
mertzxx posted on 23-4-2014 09:36 AM
Itulah masalahnya!!
Bagi aku mana2 parti pun sama sahaja. Tapi aku sedihlah dgn keadaan sekarang. M ...

ooo ader ujan ko pelik la plak yek air takde? tp kalu dulu madang jek pam rosak,, damn penuh, hujan plak sentiase,, tp asyk dok tade air? ape citaaaa?!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.346893 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list