CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1235|Reply: 4

[Tempatan] Pemandu bas ekspres wajib ujian air kencing setiap hari

[Copy link]
Post time 23-4-2014 10:38 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 22 April - Semua pemandu bas ekspres wajib menjalani ujian air kencing yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) setiap hari di terminal-terminal bas di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, ujian tersebut bertujuan memastikan para pemandu bas berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada dadah sebelum membawa penumpang.
Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, lesen pemandu akan ditahan serta-merta jika ujian air kencing didapati positif.
Langkah drastik itu merupakan antara bebe­rapa tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengelakkan kemalangan melibatkan bas ekspres dan persiaran berulang.
Menurut Abdul Aziz, langkah lain yang dilakukan ialah anggota JPJ akan menyamar sebagai penumpang bas dan merekodkan kesalahan pemandu dan mengeluarkan surat saman serta-merta apabila sampai ke destinasi.
Dalam usaha memastikan bas ekpsres dan persiaran yang menempuh perjalanan melebihi 300 kilometer mempunyai dua pemandu, beliau berkata, pemeriksaan mengejut akan dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di seluruh negara.
Beliau turut mengumumkan perkhidmatan bas dua tingkat akan dihentikan buat sementara waktu di enam laluan tinggi dan berbahaya bermula bulan depan.
"Laluan berkenaan adalah Bukit Fraser, Gunung Jerai, Bukit Tinggi, Cameron Highlands, Genting Highlands, dan Bukit Larut. Notis akan diberi dalam masa dua minggu bagi membolehkan kementerian dan agensi berkaitan untuk membuat siasatan serta penelitian," katanya.
Menurut Abdul Aziz, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima cadangan panel penasihat kemalangan bas di Genting Highlands yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye.
Abdul Aziz menambah, sistem penarafan bintang akan dikeluarkan untuk diletakkan di dalam bas dan kaunter masing-masing bagi membolehkan penumpang membuat pilihan bermula 1 Julai depan.
"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut diarah meletakkan nombor aduan dan nombor kenderaan di setiap tempat duduk bas bagi membolehkan setiap penumpang membuat aduan," katanya.
Pada masa sama beliau berkata, semua bas ekspres dan persiaran diwajibkan menggunakan sistem pengesan global (GPS) berkuat kuasa dalam tempoh dua bulan dari sekarang untuk memantau pergerakan bas.
Mengulas lanjut katanya, kementerian juga bersetuju untuk menggunakan peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan pembinaan badan-badan bas iaitu R36, R16, R32, R66, R80 dan R107.
Menurutnya, pembinaan badan-badan bas itu mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan termasuk penggunaan tali pinggang di setiap tempat duduk berkuat kuasa 1 Januari 2015.
"Kita juga akan menggunakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 oleh Kementerian Sumber Manusia. SPAD telah bersetuju supaya pematuhan OSHA 1994 dan Kod Pelaksanaan Perindustrian untuk semua pengusaha bas," katanya.
Kata Abdul Aziz, kerajaan melalui kerjasama Miros dan institut memandu akan menggunakan kokurikulum pendidikan pemandu baharu bagi meningkatkan kemahiran, pemanduan berhemah dan budaya utamakan keselamatan seperti diamalkan di Australia, Jepun, United Kingdom dan Singapura mulai 1 Jun depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 12:18 AM | Show all posts
kembung2 la perut abang2 driver bas..minum air banyak..nk kasi kencing...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:31 AM | Show all posts
kat bolehland ni..buat le mcm2 undang..x jalan pon...x heran bagi driver tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan double standard. Suruh lembaga pengarah dan top management buat ujian air kencing sekali. Jgn lupa ujian kroni sekali. Byk sgt kroni yg jaga diorang ni. Buat ape pon masih kekal beroperasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 03:20 AM | Show all posts
PUTRAJAYA 22 April - Semua pemandu bas ekspres wajib menjalani ujian air kencing yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) setiap hari di terminal-terminal bas di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, ujian tersebut bertujuan memastikan para pemandu bas berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada dadah sebelum membawa penumpang.

pemandu bas ajoh ...pemandu lori ..????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.169659 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list