CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4770|Reply: 78

[Tempatan] Anwar : Najib berjaya paksa Obama tak jumpa dia (obama tunduk pada Najib)

[Copy link]
Post time 24-4-2014 12:42 PM | Show all posts |Read mode


http://www.malaysiakini.com/news/260892

Anwar: Obama hadapi tekanan jangan temuinya



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.

Katanya, beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya tidak menemuinya apabila presiden Amerika itu melawat Malaysia minggu depan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPPA ).

"Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA ," kata

Beberapa negara termasuk Iran, Iraq dan Afghanistan telah menandatangani TPPA , katanya.

TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand , Peru, Singapura dan Vietnam.

Sambil menegaskan sokongan Pakatan Rakyat terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika, Anwar berkata: "Kami menyokong perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tetapi kami tidak bersetuju dan tidak menyokong TPPA." .

"Walaupun perjanjian perdagangan bebas adalah penting kerana ia menghapuskan tarif , kuota import dan keutamaan, tetapi terdapat peruntukan tertentu yang bercanggah dengan keperluan dan kepentingan industri tempatan dan masyarakat perniagaan kita .

"Kita mesti melindungi kepentingan ahli-ahli perniagaan tempatan," kata Anwar, sambil mendakwa bahawa Najib telah bersetuju dengan semua peruntukan di bawah TPPA.

Mengenai lawatan Obama ke Malaysia, Anwar berkata: "Kedutaan AS di Kuala Lumpur menjelaskan kepada saya bahawa Obama tidak akan bertemu dengan pemimpin pembangkang apabila beliau turut melawat Filipina , Korea dan Jepun.

"Tetapi kedutaan mencadangkan saya bertemu Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Susan Rice, yang akan mengiringi presiden dalam lawatan ke Malaysia," kata Anwar dalam sidang media petang semalam.

Katanya, beliau akan mengesahkan dengan Kedutaan Amerika
kemudian dan akan mencadangkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) dan beberapa pemimpin PAS juga dijemput untuk bertemu dengannya.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin dunia telah menyatakan minat untuk bertemu dengan beliau, berkaitan pemahaman mereka bahawa beliau akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

"Mereka telah menyatakan kebimbangan tentang saya akan dipenjarakan, dan apabila saya berada di London baru-baru ini, dalam satu majlis makan malam dengan bekas Naib Presiden AS Al Gore dan pemimpin dunia yang lain, mereka juga mencadangkan agar saya menetap di London dan tidak kembali ke Malaysia kerana saya boleh dipenjaraksn.

"Mereka tahu bahawa Najib akan menggunakan mahkamah untuk memanjarakan saya. Malah beliau telah mengarahkan Peguam Negara untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi menambah hukuman lima tahun penjara ke atas saya.

"Malah seorang menteri kabinet British, yang bersarapan dengan saya pagi Rabu lalu, memujuk saya supaya menetap di London.

"Saya memberitahunya bahawa saya tidak akan lari kerana saya percaya Tuhan akan memberi keadilan kepada saya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 12:44 PM | Show all posts
Mat juebow bodoh macam lembu. Dia ingat orang pun bodoh macam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tergelak kecik membaca petikan yg obama takutkan najib. Rakyat malaysia sndiri pun x takut najib, apa la plak president us takut kt najib.yg pasti,presiden tkut bini sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:47 PM | Show all posts
Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.
....perghhh hebatttt....takut obama dgn najib.....nuwar....nuwar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:47 PM | Show all posts
wah hebatnya najib... wa kagum
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:48 PM | Show all posts
berita dr msiakini... hrp2 ayat2 diguna ni tepat..... klau otosan maybe reka2 cite kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2014 12:49 PM | Show all posts
creep_bite posted on 24-4-2014 12:47 PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya ti ...

Mat juebow cuba mengencing rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:51 PM | Show all posts
anwar kena bertobat.....seperti ungkapan mendiang KS......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 12:53 PM | Show all posts
creep_bite posted on 24-4-2014 12:51 PM
anwar kena bertobat.....seperti ungkapan mendiang KS......

Kenapa ye ks soh dia bertobat?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:55 PM | Show all posts
creep_bite posted on 24-4-2014 12:47 PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya ti ...

muhahaha
kira rosmah lagi terrer..kalau obama takutkan najib..tapi najib takutkan rosma..
see..sapa lagi hebat??
adoi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 12:56 PM | Show all posts
Babai posted on 24-4-2014 12:53 PM
Kenapa ye ks soh dia bertobat?

anwar ibrahim has created enough trouble for the country


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:01 PM | Show all posts
TPPA tu apa eh

yg ubat ubat nak jual mahal kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:04 PM | Show all posts
bang nuar betul ke si sukma tu suka makan kerabu? betul ke abg nuar kalau pegi Hilton menyamar sb nk gi jumpa Shxxxxxxr?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:04 PM | Show all posts
anwar bodoh ya amat...org cam gini nak letak jadi PM????
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:16 PM | Show all posts
1 saat je aku baca artikel tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:25 PM | Show all posts
Mereng dah Nuart nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 01:31 PM | Show all posts
aku lagi pucaya obama takot dekat kak mah dari takot dekat najib...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:33 PM | Show all posts
weiii kesian la obama! mesti tertekan gilos tak dapat jumpa bang  nuar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:33 PM | Show all posts
Anwar cakap sinis pun macai umno dah panas punggung, belum ckp direct lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh expect dah nuart akan kencing mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.732020 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list