CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 7

[Tempatan] (menteri failed) Harga Barang Naik sikit tapi Ada Penurunan

[Copy link]
Post time 24-4-2014 05:38 PM | Show all posts |Read mode


Harga barang: Naik sikit tapi ada penurunan

Tarikh: April 24, 2014

Muhyiddin Yassin

Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata pemeriksaan harga barangan keperluan pengguna di 9,500 premis perniagaan di seluruh negara pada Januari hingga Mac tahun ini mendapati tidak berlaku kenaikan harga yang tinggi malah terdapat juga penurunan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan kutipan harga seperti barangan basah, barang runcit/ kering, barang berbungkus/tin/pek, makanan bayi, rempah ratus dan siap masak bagi memastikan kedudukan sebenar harga barangan  itu.

Kenyataan akhbar berhubung hasil analisis perbandingan harga itu dikeluarkan selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat selama dua jam di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
   
Beliau memberikan contoh tinjauan harga itu seperti telur ayam gred B (10 biji) yang kekal pada harga RM3.70 di Semenanjung, Sabah (RM3.90) dan Labuan (RM4.30) dalam tempoh Jan-Mac manakala harga di Sarawak turun dari RM3.60 (Jan) kepada RM3.30 (Mac).
   
Harga ayam bersih standard di Semenanjung naik 10 sen daripada RM7.60 bagi sekilogram (Jan) kepada RM7.70 (Mac) manakala harga yang mengalami penurunan ialah di Sarawak dari RM9.10 (Jan) kepada RM8.70 (Mac), Sabah dari RM10.70 (Jan) kepada RM9.80 (Mac) dan Labuan dari RM10.60 (Jan) kepada RM10.52 (Mac), katanya.
   
Harga ikan kembung hitam turun di Semenanjung, Sarawak dan Labuan manakala berlaku kenaikan kecil di Sabah.
   
Di Semenanjung harga ikan itu turun kepada RM8.60 sekilogram (Jan) kepada RM8.10 (Mac), Sarawak turun daripada RM8.00 (Jan) kepada RM7.50 (Mac), Labuan RM12.00 (Jan) kepada RM10.00 (Mac) manakala di Sabah dari RM6.70 (Jan) kepada RM7.40 (Mac).
   
Muhyiddin berkata, kerajaan melalui KPDNKK menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan dalam Ops Harga 2014 bagi menangani pihak-pihak yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.
   
"Sehingga 20 April tahun ini, sebanyak 437,992 pemeriksaan premis telah dilakukan dan 2,925 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga dan melibatkan rampasan bernilai RM521,453.87 dan kompaun sebanyak RM147,550," katanya.
   
Bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga yang berpunca daripada faktor pengeluaran dan bekalan, Muhyiddin berkata peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan diperkasa dalam meningkatkan bekalan dan mengukuhkan edaran komoditi agromakanan.
   
Muhyiddin berkata, kerajaan melalui Fama dan Nekmat telah membelanjakan RM14.2 juta untuk menyediakan stok simpanan barangan komoditi bagi memastikan bekalan produk agromakanan berterusan dan dijual dengan harga berpatutan.
   
Sehingga 15 April, Fama dan Nekmat telah menyediakan stok simpanan bagi komoditi tomato, kubis bulat, kelapa, kentang, bawang besar, bawang merah, bawang merah kecil, lobak merah, ikan dan ayam bagi memastikan produk agromakanan segar dan berkualiti, katanya.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta untuk Fama dan Nekmat melaksanakan stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan menstabilkan harga barang.
   
Muhyiddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) melalui Fama sedang menambah bilangan pasar tani borong dan pasar tani kekal di seluruh negara sebagai ruang pasaran tambahan bagi produk agromakanan pada harga yang lebih rendah.
   
Beliau juga berkata Program Jimat Belanja Dapur di pasar tani turut menyediakan dan menawarkan 32 jenis komoditi barangan terpilih pada harga lebih rendah.
   
"MoA sedang menambah beberapa Pusat Pengumpulan Peladang bagi memastikan hasil-hasil pertanian dari ladang terus dibawa ke pusat pengumpulan dengan perkhidmatan pengangkutan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Ini dapat mengurangkan penglibatan orang tengah," katanya.
   
Muhyiddin berkata kerajaan juga memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup pengguna kepada amalan berbelanja secara bijak.
   
Dalam hal ini, beliau berkata kempen melibatkan 20 badan bukan kerajaan (NGO) pengguna yang terdiri daripada badan bebas dan berkecuali akan menjalankan program di peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.
   
"Penyaluran maklumat telah dilaksanakan melalui program ceramah, street team, media cetak mahupun media elektronik yang mensasarkan kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah," katanya.
   
Turut hadir dalam mesyuarat itu termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, beberapa menteri kabinet seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 06:27 PM | Show all posts
wak yidin return!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Telo wak din la...

Sorang kangkong
Sorang telo

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengong punya wak pisang salai
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Lurah Wak Din.. Tempe King kembali lg.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 08:45 AM | Show all posts
cakap berbelit kasi konpius rakyat...macai pun pening pala nak jawab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 08:48 AM | Show all posts
edisi panas line : barang ada naik rega

edisi amik hati : ada barang turun rega

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 08:54 AM | Show all posts
disarankan pak menteri sendiri pegi pasar beli barang dapur hari2. jgn harapkan maid semata2 jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069680 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list