CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1057|Reply: 24

[Tempatan] DAP, PKR tiada hak menghalang kata PAS.

[Copy link]
Post time 24-4-2014 06:03 PM | Show all posts |Read mode
DAP, PKR tiada hak menghalang

KOTA BHARU 23 April - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada hak menentang atau menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia kerana dalam perjanjian Majlis Pimpinan Pembangkang yang di­meterai pada 28 September 2011 itu tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Tegas Mohd. Amar, perjanjian dan pemuafakatan dalam pakatan pembangkang yang antara lain untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

“Dalam perjanjian tersebut (Maj­lis Pimpinan  Pembangkang), kita (Pas) berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak menyebut soal negara Islam atau hudud di peringkat negara.

“Perjanjian tersebut hanya untuk negara dan dalam konteks Kelantan, ia berlainan kerana hukum hudud sudah diluluskan sejak tahun 1993, sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

“Saya juga tidak faham me­ngapa mereka (DAP dan PKR) mempertikaikan usaha kita sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas me­nyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini hari ini.

Mohd. Amar mengulas kenya­taan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan bahawa isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya.

Tambah Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, pelaksanaan hukum hudud di negeri ini bukan bermaksud Pas tidak menghormati perjanjian pakatan pembangkang sebaliknya ia akan dibuat di negeri ini sahaja.

“Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini sudah diluluskan sejak 21 tahun lalu dan ia langsung tidak bertembung dengan perjanjian pakatan pembangkang serta tidak bercanggah dengan kandungan buku jingga," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai saranan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Nga Kor Ming supaya Pas kembali memberi fokus kepada konsep negara berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama PKR dan DAP sebelum ini, Mohd. Amar berkata, Pas tidak pernah membuang konsep berkenaan daripada agenda parti tersebut.

“Konsep negara berkebajikan sememangnya menjadi agenda kita dan hukum hudud ini dilihat mampu mengukuhkan lagi konsep tersebut (negara berkebajikan).

“Malah, hukum hudud mampu membantu daripada aspek keselamatan dalam negara. Hari ini kita lihat jenayah terlalu tinggi dan sudah tiba masanya undang-undang Islam ini dilaksanakan.

“DAP harus beri peluang kepada kita melaksanakan hukum hudud ini dan sekiranya kita gagal, barulah mereka ada sebab untuk menolak," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140424/po_01/DAP-PKR-tiada-hak-menghalang#ixzz2znSD7Kh4
©  Utusan Melayu (M) Bhd

P/s:- DAP dah PKR kata ada perjanjiian bersama...PAS plak kata tak ada..so...sebenarnya siapa yg tipu sebenarnya?.


Last edited by Anak_Nogori on 24-4-2014 06:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar je la pakatan, abis cerita, terhegeh2 dengan dinasti nuar dengan lim lagi apsal?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 06:10 PM | Show all posts
then get  your  gang out of that pakatan laa...apa susah

apakah ....ada string attach ke sebelum ni

buatlah pilihan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 06:11 PM | Show all posts
Tegas Mohd. Amar, perjanjian dan pemuafakatan dalam pakatan pembangkang yang antara lain untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

“Dalam perjanjian tersebut (Maj­lis Pimpinan  Pembangkang), kita (Pas) berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak menyebut soal negara Islam atau hudud di peringkat negara.

“Perjanjian tersebut hanya untuk negara dan dalam konteks Kelantan, ia berlainan kerana hukum hudud sudah diluluskan sejak tahun 1993, sebelum wujudnya pakatan pembangkang.


P/s:- Satelah anda semua membaca statement dari tim MB Kelantan tu...apa yg anda mula2 fikirkan?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:14 PM | Show all posts
pok cik pok cik(geleng2 kepala).......kenapo la utusan jugak jadi pilihan pok cik......adoi laa buek malu orang nogori jo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 08:23 PM | Show all posts
DAP mahu Pas rujuk semula Buku Jingga
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
23 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services8

    Nga Kor Ming        Nga Kor Ming

< 1 / 1 >

IPOH - Pas disaran kembali memberi fokus penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti komponen PR sebelum ini.

Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Nga Kor Ming berkata, penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, pada 1998 Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam, tetapi negara sekular yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan. Malaysia juga adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan,” katanya pada sidang media, semalam.

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, parti itu tetap menghormati pendirian Pas khususnya dalam memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

Namun katanya, Pas perlu memberi fokus kepada penubuhan Negara Berkebajikan seperti yang telah dipersetujui bersama sebelum ini.

“Pas perlu kembali kepada konsep penubuhan Negara Berkebajikan ini kerana secara tidak langsung ianya akan menambah sokongan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini selaras dengan slogan ‘Pas Untuk Semua.’

“Lagipun, ianya selaras dengan Islam itu yang jelas sebagai agama yang adil dan mementingkan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Ahli Parlimen Taiping itu juga bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

Katanya, pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan memerlukan suara majoriti di Parlimen untuk pelaksanaannya.

“Apa pun, kita akan tetap teruskan kerjasama kita dengan Pas dan PKR atas platform PR, dan kita harap Pas tidak akan terpengaruh dengan perangkap Umno yang sengaja menimbulkan isu hukum hudud ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2014 08:26 PM | Show all posts
RAJA tipu
RAJA kencing
RAJA sesat
RAJA pusing
RAJA spin
RAJA apa saja
RAJA LUBANG

semuanya ada dlm PKR,DAP dan PAS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 08:26 PM | Show all posts
secretservice posted on 24-4-2014 08:14 PM pok cik pok cik(geleng2 kepala).......kenapo la utusan jugak jadi pilihan pok cik......adoi laa buek ...

itu je ke yg mampu ko cakap?..aku rasa lagi malu jadi ahli PR.

nah...berita dari Sinar harian plak.


Hudud tak bercanggah Buku Jingga
                                                Wartawan Sinar Harian
                                                                                24 April 2014               
            
                                                                                                                            Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1
               

                     
                                                                                                                         
  •                                                                                                                                                         Datuk Mohd Amar Abdullah
                                                                [url=]<[/url] 1 / 1                                     [url=]>[/url]
                        
                                                                                                        KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menjelaskan perjanjian bersama Majlis Pimpinan Pembangkang pada 28 September 2011 tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
       
        Menurutnya, perjanjian yang dibuat ketika itu hanyalah melibatkan permuafakatan dalam pembangkang dan antara parti komponen PR yang antaranya adalah persefahaman untuk tidak melaksanakan hukum hudud bagi peringkat negara.
       
        “Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sudah diluluskan sejak 21 tahun lalu di negeri ini dan ia langsung tidak bertembung dengan perjanjian pakatan pembangkang serta tidak bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.
       
        “Dalam perjanjian tersebut (Majlis Pimpinan Pembangkang), kita (Pas) berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak menyebut soal negara Islam atau hudud di peringkat negara, perjanjian tersebut hanya untuk negara dan dalam konteks Kelantan ia berlainan kerana hukum hudud sudah diluluskan sejak tahun 1993.
       
        “Saya juga tidak faham mengapa mereka (DAP dan PKR) mempertikaikan usaha kita sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya, semalam.
       
        Mohd Amar diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak wujud.
       
        Beliau berkata, saranan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming supaya Pas fokus pada konsep negara berkebajikan juga tidak pernah diabaikan.
       
        Katanya, Pas tidak pernah mengetepikan agenda tersebut sebagaimana dipersetujui selama ini.
       
        “Konsep negara berkebajikan sememangnya menjadi agenda kita, hukum hudud ini dilihat mampu mengukuhkan lagi konsep tersebut selain dapat membantu aspek keselamatan dalam negara, jenayah terlalu tinggi, sudah tiba masanya undang-undang Islam ini dilaksanakan, mereka (DAP) harus beri peluang kepada kita melaksanakan hukum ini dan sekiranya kita gagal, barulah mereka ada sebab untuk menolak,” katanya.
       
        Jika Enakmen Kanun  Jenayah Syariah (2) 1993 dilaksanakan di Kelantan, kerajaan Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mendapatkan pakar bedah bagi menjalankan salah satu hukuman dalam undang-undang Islam itu.
       
        Mohd Amar berkata, dalam masa sama, pesalah dibenarkan pulang ke rumah selepas hukuman seperti memotong tangan dijalankan tanpa perlu menjalani hukuman lain seperti penjara atau sebagainya.
       
        Menurutnya, undang-undang Islam lebih berperikemanusiaan kerana mengikut pertimbangan atas tindakan yang dilakukan sebelum dijatuhi hukuman.
       
        Katanya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang  kerana ia hanya melibatkan orang Islam tetapi  membantu membanteras jenayah untuk semua masyarakat.
                                                                                                                                                                      


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 08:34 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-4-2014 08:26 PM
itu je ke yg mampu ko cakap?..aku rasa lagi malu jadi ahli PR.

nah...berita dari Sinar harian p ...

ahaks...pok cik ni ahli pr ko??....adoilaa sinar harian orang suko baco sobab dia tak bias dalam banyak isu.....pasal hudud ni dalam pr walaupun ado la beberapa orang sajo yang cakap macam tu tapi masih boleh dibawak berbincang.....dap yang tolak pun masih boleh berbincang bila djemput.....ekau ado kaji tak perlembagaan malaysia ni pakai konsep sapo dan sapo yang tulih


boleh jangan malukan generasi baru anak nogori tak??kang tak pasal seluruh anak nogori yang kono tempias dek peel sorang dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:35 PM | Show all posts
biosfree posted on 24-4-2014 08:26 PM
RAJA tipu
RAJA kencing
RAJA sesat

tak ada kena mengena
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:36 PM | Show all posts
Tak sabaq&#178; nak potong tangan orang kaedahnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 08:40 PM | Show all posts
secretservice posted on 24-4-2014 08:34 PM ahaks...pok cik ni ahli pr ko??....adoilaa sinar harian orang suko baco sobab dia tak bias dalam b ...

dah bagi dari berita sinar harian...ko meroyan jugak...tanya sikit kat ko...ada mana2 skew yg longgar ke?...ke berapa banyak gelen todi ko dah minum malam ni?..

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi maknanye PR just x setuju wat hudud peringkat negara, tapi peringkat negeri boleh, in this case nk wat kat kelantan

So selama ni mmg Pas ley wat hudud kat kelantan la kan, atau kerajaan pusat x bagi tapi kalau PR jadi kerajaan pusat, diorang akan bagi PAs wat hudud kat kelantan

Cmtu ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 01:22 AM | Show all posts
JalakLenteng posted on 24-4-2014 08:36 PM
Tak sabaq2 nak potong tangan orang kaedahnya...

Boleh masuk syurga wohhh.........
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 01:24 AM | Show all posts
Tompang tanya sket AN...... Hudud PAS versi Federal kalu,  pakar bedah jugak ka yang jadi tukang potong tangan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:24 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-4-2014 08:40 PM
dah bagi dari berita sinar harian...ko meroyan jugak...tanya sikit kat ko...ada mana2 skew yg long ...

so bagi sajolah pak cik.....tak ada masalah pun sobab sinar harian tak bias mana2 pihak pun.....soalan tu yang pak cik kek sesama bangsa dan agama???eiii..cuba la tanya soalan yang produktif sikit.....pak cik dapat dah jawapan soalan saya tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 02:53 AM | Show all posts
Kita harap DAP dan PKR percaya lah cakap lobai ini dan menyokong hudud ala PAS dilaksanakan di Kelantan.....

Sudah sampai masanya Mursyidul Am PKR saudara R. Sivarasa dan Mursyidul Am DAP Nga Kor Meng mentarbiyah ahli parti masing masing bahawa hudud ala PAS adalah baik untuk kita....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:14 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Macai tgh mengadu domba...nk ngorat pis la tu....kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:41 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 25-4-2014 03:19 AM
Macai tgh mengadu domba...nk ngorat pis la tu....kah kah kah

Teringat pulak Latheefah Khoya masa dia jadi Ketua Belia Parti Keadilaan dulu yang meminta pimpinan Keadilan mengkaji semula hubungan Keadilan dengan PAS kerana imej burok PAS...........

Tapi kalau PAS ingat ada orang nak mengorat dia tak apa lah.....Bak kata Karen carpenter " I can dream can't I?".......

Wallahualam.

Last edited by Maideen. on 25-4-2014 03:46 AM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.081492 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list