CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 12

[Tempatan] Proton kini 'lebih baik'

[Copy link]
Post time 24-4-2014 11:03 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING 23 April - Kedudukan Proton Holdings Berhad (Proton) kini dilihat lebih stabil selepas diambil alih oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom), dua tahun lalu.
Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, syarikat pengeluar kereta nasional itu sekarang dilihat kembali mengukuhkan kedudukannya meskipun belum mencapai keuntungan dalam tempoh terdekat kecuali pada masa akan datang.
“Hari ini kita mencapai pelan pengukuhan walaupun tidak mendapat keuntungan melainkan pada masa depan, tetapi hakikatnya Proton kini lebih sihat berbanding dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat jualan, servis, alat ganti dan sistem (4S) Lotus di Golden Port Motor Park di sini hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu diminta mengulas mengenai masa depan dan hala tuju Proton selepas diambil alih oleh DRB-Hicom.
Media asing sebelum ini banyak menyiarkan spekulasi mengenai hala tuju Lotus termasuk membabitkan syarikat gergasi Jerman, Volkswagen AG yang diuar-uarkan bersiap sedia mengemukakan bidaan untuk mengambil alih Lotus daripada Proton.
Dr. Mahathir menambah, Proton tidak akan melepaskan pegangannya dalam Lotus kerana beliau berpendapat syarikat automotif Britain itu mempunyai masa depan cukup baik.
Ditanya mengenai prospek Proton di China, beliau memberitahu, kemungkinan beberapa rakan kongsi perlu dicari bagi menembusi pasaran di republik tersebut.
Sementara itu, pusat 4S Lotus setinggi empat tingkat yang dibina dengan kos kira-kira RM59.5 juta mempunyai keluasan 1,000 meter persegi dan dilengkapi bilik pameran, pejabat pentadbiran, ruang niaga, ruang rehat pelanggan, pusat latihan dan litar pandu uji.
Antara yang hadir pada majlis perasmian tersebut ialah isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lotus, Aslam Farikullah dan Naib Presiden Institut Hal Ehwal Luar Rakyat China, Peng Keyu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 11:10 PM | Show all posts
berniaga kereta dik TUN oi...mcm beniaga pisang goreng la jugak dik TUN oi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:09 AM | Show all posts
madeh lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:37 AM | Show all posts
Sup rimau laku ka??aku lihat proton berjaya dgn saga sj
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:24 AM | Show all posts
heran gak suprima yg high end tu kurang diminati berbanding kereta jenama luar negara yg medium end...memang ambil masa lama kot untuk buang persepsi negatif terhadap proton setelah apa yg berlaku selama ini..masalah power windownya..lagi satu adalah masalah servis centre proton yg guna spare part tidak ikut spesifikasi..depa ingat pengguna takkan tau.....siap ada servis centre keluarkan resit untuk servis yg tidak dilakukan(jual atau bagi free resit)..second last servis saga aku kat pekan kuala selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 01:43 PM | Show all posts
“Hari ini kita mencapai pelan pengukuhan walaupun tidak mendapat keuntungan melainkan pada masa depan, tetapi hakikatnya Proton kini lebih sihat berbanding dahulu," katanya.

Cakap mudahnya, RUGI ke?
mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 09:57 PM | Show all posts
coishhhh!!keta mahai kt rkyt..
kt luaq muqah..podah!!!puihhh setempek..lekat gelema!!
vavi dihutan didodoi ank dibwh kangkang diberak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:04 PM | Show all posts
tripple_M posted on 25-4-2014 09:57 PM
coishhhh!!keta mahai kt rkyt..
kt luaq muqah..podah!!!puihhh setempek..lekat gelema!!
vavi dihutan ...

Itula hakikatnye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Proton my last choice.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:13 AM | Show all posts
ialah ..setiap model baru ...pembeli jadi R&D meke ...lopeh tu model baru keluar...upgrade konon....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:18 AM | Show all posts
Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, syarikat pengeluar kereta nasional itu sekarang dilihat kembali mengukuhkan kedudukannya meskipun belum mencapai keuntungan dalam tempoh terdekat kecuali pada masa akan datang.
Hari ini kita mencapai pelan pengukuhan walaupun tidak mendapat keuntungan melainkan pada masa depan, tetapi hakikatnya Proton kini lebih sihat berbanding dahulu," katanya.

Tigaploh taun lepas, ayat macam tu jugak.
Saploh tahun mendatang, pun buleh guna ayat macam tu jugak. No big deal lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 06:34 AM | Show all posts
marilah kiter membeli proton untuk amal jariah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:25 AM | Show all posts
jual suprima 40k dah ler mesti laku macam tudung paridah... beratur nak beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.102139 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list