CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11742|Reply: 50

"Tutup aib orang, ALLAH tutup aib kita" - Yatt Hamzah...take note k

[Copy link]
Post time 2-5-2014 09:51 AM | Show all posts |Read mode


LUMRAH kehidupan selebriti, kebanyakan daripada mereka tidak pernah terlepas daripada kontroversi dan masalah peribadi.

Bukan sahaja kontroversi yang boleh menjejaskan nama, malah ada dalam kalangan mereka tanpa segan silu mempamerkan perangai 'sebenar'.

Bukan sahaja soal pemakaian, malah ada juga segelintir daripada mereka turut terlibat dalam gejala buruk termasuk gemar berpesta, terlibat dengan pengambilan dadah dan alkohol.

Walaupun dunianya satu ketika dahulu 'hitam' dan didampingi rakan-rakan artis yang sedemikian, namun istiqamah selebriti ini wajar diberi pujian.

Hampir dua tahun berhijrah, pelakon dan pengacara ini bagaimanapun masih menjadi pemerhati industri dan rakan-rakan artisnya yang masih berada dalam kepompong yang sama.

Akui Yatt, 34, kadang kala, dia sendiri merasa sedih apabila berita-berita mengenai selebriti Melayu Islam terpampang di dada akhbar mengenai perkara-perkara yang mengaibkan.

"Walaupun saya tidak seteruk itu di satu masa dahulu, namun saya pernah jahil dan jahat. Saya pernah mendedahkan aurat saya untuk tatapan orang lain.

"Namun, kalau kita tutup aib orang, ALLAH SWT akan tutup aib kita. Namun, ramai dalam kalangan kita sedia mendedahkan aib sendiri. Saya sendiri tidak tahu untuk melabelkannya.

"Pun begitu, sebagai manusia, kita bukanlah penghukum dan penilai. Doakan sahaja mereka berubah dan sedar," katanya lagi.

Tambah Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah ini, perkara yang turut meruntun hatinya juga adalah laman sosial.

"Saya sedih melihat peminat dan pengikut laman sosial bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan. Ada yang menyebelahi dan ada yang membangkang tindakan selebriti.

"Saya sendiri tak tahu adakah selebriti itu sendiri membaca komen-komen dan pergaduhan peminat mereka. Namun, bagi saya, adalah tidak elok jika kita bersubahat dan menyokong perkara yang tidak baik.

"Ada baiknya jika kita berdoa agar mereka berubah dan jika mahu menegur, gunalah platform yang tidak mengaibkan seseorang contohnya, secara personal di 'inbox'," saran Yatt.


Tolak tawaran lakonan?

Bertanya mengenai perkembangan kerjayanya pula, Yatt mengakui jadualnya amat padat dengan beberapa aktiviti.

Menurut Yatt, hampir setiap hari, dia akan terlibat dalam program motivasi dan dakwah di beberapa lokasi termasuk institut pengajian tinggi (IPT), kementerian dan masjid.

"Alhamdulillah, hari-hari yang saya lalui berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan hari-hari terisi dengan pelbagai aktiviti.

"Selain program motivasi dan dakwah, saya juga turut mengusahakan butik pakaian Muslimah, Suci By Yatt Hamzah. Malah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Selain itu, saya juga terlibat dengan beberapa NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan program, Amal Palestin, kutipan dana untuk Rohingya dan Mesir," katanya.

Walaupun sibuk dengan aktiviti dakwahnya, namun Yatt masih menerima tawaran dalam bidang lakonan.

Jelas Yatt yang juga pengacara untuk program, Al-Hidayah, di saluran TV3, dia kini perlu lebih selektif dalam pemilihan naskhah dan watak.

"Alhamdulillah, walaupun saya sudah berhijrah, namun rezeki dalam lakonan masih ada. Namun, saya berhadapan dengan kekangan masa.

"Setiap tawaran yang diterima, saya kena rujuk pada jadual saya terlebih dahulu dan sebelum ini beberapa tawaran terpaksa ditolak kerana jadual yang padat.

"Kalau dulu, saya meletakkan lakonan sebagai pekerjaan utama, kini aktiviti dakwah dan kebajikan lebih menjadi keutamaan," katanya lagi.


Bantu selebriti berhijrah

Walaupun penghijrahan itu membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih baik, namun akui Yatt, ada dalam kalangan selebriti turut berdepan dengan masalah dalam industri.

Menurut Yatt, tidak kurang juga pihak yang tidak bertanggungjawab turut melabelkan artis yang berhijrah terlibat dalam parti pembangkang.

Malah, peluang untuk artis bertudung beraksi dilayar juga semakin tipis apabila produksi kurang memberi ruang kepada golongan ini.

"Saya bersyukur kerana peluang saya dalam industri masih ada. Namun, saya menerima banyak keluhan daripada artis yang berhijrah mengenai peluang mereka untuk bekerja.

"Malah, ada yang beranggapan, artis bertudung labuh ini lebih memihak kepada pembangkang walaupun kami tidak pernah mencampuri urusan parti. Saya juga turut menerima tuduhan atas perkara yang sama.

"Selain itu, sekiranya kami terlibat dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang, ada yang terus menuduh kami terlibat dalam agenda politik," katanya yang terus mengambil langkah berdiam diri dari melayan tuduhan yang dilemparkan sejak dahulu lagi.

Atas dasar prihatin terhadap golongan selebriti berhijrah yang terpinggir, Yatt yang juga ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), merancang untuk membantu rakan-rakannya.

Jelas ibu kepada Suci Hanania, 4, ini, dia bakal bekerjasama dengan Yadim untuk menubuhkan NGO untuk memberi ruang kerja untuk rakan selebriti.

"Perkara ini masih dalam perancangan dan Insya-ALLAH, jika tiada tiada halangan, ianya bakal dimulakan pada sambutan Bulan Dakwah Negara, pada Mei ini.

"Dalam program ini, kita akan bekerjasama dalam menerbitkan beberapa projek termasuk teater dan projek yang berlandaskan Islamik.

"Saya sangat-sangat berharap agar program ini dapat dilaksanakan kerana saya perlu berbuat sesuatu untuk membantu dan menjaga kebajikan artis-artis yang berhijrah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jdi penceramah motivasi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:06 AM | Show all posts
yang penting sekali tutup aib diri sendiri
kalau artis2 sendiri tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib
takde sapa nak kesahkan perihal hidupnya
tapi kalau tindak tanduk yang boleh membikinkan orang ramai berkata pasal diri dia
ko hengat budak2 cari.com ni tengok saja???
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:35 AM | Show all posts
Pendapat yang bernas.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang cantik semestinya baik hati..yang huduh jah perangai jahat
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 11:20 AM | Show all posts
setuju sgt2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:21 AM | Show all posts
semoga istiqamah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 11:26 AM | Show all posts
wahai perangdina...contohilah Yatt ni...dah berhijrah rilekk je takde kecoh2 gaduh sana sini pfffftt
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:00 PM | Show all posts
Kadang retis sendiri yg bukak aib sendiri
Contoh plg mudah, hanez suraya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:19 PM | Show all posts
WARdina.. hahaha... nasib baik Dina takda in english.. huhu





Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:25 PM | Show all posts
buka aib orang tu pitenah nama dia,dosa pitenah ni paham2 la...jadi,jauhilah pitenah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah aku baca ayat tu... Salah satu ayat yg paling disalahgunakn...

dh besar pjg tau buruk baik sesuatu perkara apsal nk buat jugak... Pastu bende tu dtg menghantui dan2 kuar ayat2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:06 PM | Show all posts
setuju dengan dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:08 PM | Show all posts
baeklah yatt..

tapi nak habaq kt hang jugak..

klo meniaga amik riba' bnyk sgt pun tak bagus tau..
hahahhahaahaa.. so cube2 kurangkan skt harga bju2, tudung2 kt butik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 02:07 PM | Show all posts
jrg dgr cite psl yat nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 02:10 PM | Show all posts
miawpink posted on 2-5-2014 01:06 PM
setuju dengan dia.....

lama x nmpk miawpink
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kukulangau posted on 2-5-2014 10:06 AM
yang penting sekali tutup aib diri sendiri
kalau artis2 sendiri tidak melakukan perkara yang boleh  ...

Hihihihihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan pun kena amek note gak.

Takde ke Wartawan yang betul2 hijrah??
Maybe Wartawan faham apa yang artis berhijrah rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:29 PM | Show all posts
SETUJU DENGAN STEKEN DIA NIH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.131325 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list