CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11321|Reply: 77

Terpilih Jadi Duta Kerana Isu Disiplin, Gaduh Dengan Fasha Sandha?

[Copy link]
Post time 2-5-2014 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Kredit foto Suhaizul Izhar.

Baru setahun jagung dalam industri lakonan, namun nama Amyra Rosli boleh dikatakan senang meniti dibibir para peminat tanah air. Begitupun populariti yang dikecapi pelakon 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' ini mula mendadak dek beberapa isu panas yang mengaitkan dirinya. Bermula dengan isu dia didakwa mempunyai masalah disiplin hingga melarat ke isu pertengkarannya dengan dramatis popular Fasha Sandha.

Memandangkan dia kini semakin dikenali ramai peminat, lantaran dua kontroversi tersebut nampaknya 'memberi' rezeki kepada Amyra apabila dia dilantik sebagai duta AuraWhite yang baru.

"Sebenarnya kontroversi yang mengaitkan nama saya sebelum ini tak ada kena mengena dengan pelantikan saya sebagai duta AuraWhite. Bagi saya kontroversi adalah asam garam dalam dunia artis. Apa yang terjadi sebelum ini membuatkan saya lebih matang. Saya sedar, saya orang baru dalam industri dan banyak lagi yang perlu saya belajar dan akan saya harungi.

"Saya memang sudah lama mengamalkan AuraWhite. Saya mulakan dengan makanan tambahan kemudian saya cuba produk kecantikannya pula. Bila ditawarkan jadi duta, saya gembira dan bersyukur. Tak dinafi, ini satu tanggungjawab yang berat apatahlagi saya masih baru dalam industri. Tapi saya tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang AuraWhite beri pada saya",", bidas Amyra apabila ditanya pihak media, sejauh mana kebenaran pelantikannya sebagai duta produk tersebut turut dikaitkan dengan popularitinya akibat kontroversi.

Amyra ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk minuman kolagen dan kecantikan bertempat di sebuah hotel di ibu kota, petang semalam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu pertelingkahannya denggan Fasha Sandha, Amyra berkata kontroversi itu tercetus disebabkan salah faham. Padahal, sebelum itu mereka tidak mempunyai apa-apa masalah. Menyatakan yang isu itu sudah selesai, malah Amyra berkata hubungannya dengan Fasha baik dan dia cukup menghormati aktres itu.

"Sebenarnya antara kami tak ada apa-apa masalah pun. Kontroversi itu timbul hanya disebabkan salah faham. Saya ada menghubungi kak Fasha dan hubungan kami baik.

"Dia seorang kakak yang baik. Saya hormati dia. Sebagai orang lama, saya rasa tak salah kalau dia menegur saya atau sesiapa pun yang menegur kesalahan saya. Pada saya, teguran itu sebagai antara adik dengan kakak. Saya pun tiada masalah kalau nanti ada peluang bekerja denggan dia lagi", ujarnya.

Kahwin Tahun Ini

.

Dalam pada itu ditanya mengenai perancangan perkahwinannya, Amyra memberitahu dia akan berkahwin dengan tunangnya, pelakon Dazrin dalam tahun ...............................................


http://www.malaysiandigest.com/h ... n-fasha-sandha.html





Last edited by adik^manis on 2-5-2014 09:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 11:35 AM | Show all posts
frsyen baju apakah itu  
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh.. dia ni ke...

Ingatkan hanis zalikha yang ganti...

Okla tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelaaaa jwpn standard retis bila jadi duta produk. Dh lama pakai,dh lama guna (:
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:06 PM | Show all posts
Konpius dgn baju die
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:18 PM | Show all posts
siapa dia ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 12:29 PM | Show all posts
musim amyra ek skang,semua cerita pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer ke psl pashah... Seblom gaduh lg aku dh kenal dia.. Sbb drama dia dgn remy tu best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 12:34 PM | Show all posts
kenapa pelik sangat bajunya ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:43 PM | Show all posts
Cantik gak dia ni
Iras raline shah
Tp raline lg chantek
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:43 PM | Show all posts
Bajunya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua org dok komen baju dia yg errrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:03 PM | Show all posts
baju atas macam baju jogging.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:03 PM | Show all posts
teruk gile baju..
baju sponser ke baju sendri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:07 PM | Show all posts
cantik die ni..mcm anak patunggg
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah gak minah ni jd duta aura white sbb x cerah mana pon kang sales turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 01:10 PM | Show all posts
ok la. sopan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:12 PM | Show all posts
baju ni nama dia tuku. tutu + kurung.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:17 PM | Show all posts
ya la suma gaduh dgn fs mesti popular








Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:18 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-5-2014 01:12 PM
baju ni nama dia tuku. tutu + kurung.

hahahahahahahahahahhah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.073773 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list