CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7592|Reply: 26

RTM pun ada Malaysian Top Host/On Air gitu..rebrand as Ikon Siarawan!

[Copy link]
Post time 4-5-2014 04:14 AM | Show all posts |Read mode
            12 Peserta Mula Bersaing Dalam 'Ikon Siarawan'       

Barisan 12 peserta yang bersain dalam 'Ikon Siarawan'.
   
                                                         
    PETALING JAYA: Seramai 12 peserta program realiti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ikon Siarawan memulakan misi dan cabaran dalam memilih siapakah yang layak bergelar ikon kewartawanan bermula 3 Mei 2014.

Peserta-peserta tersebut adalah Mohd Ismail Adnan, 24, Nurul Nurdalilah Abdul Kadir, 28, Raydwin Robin, 24, Nurul Hidayah Md Nawai, 26, Zaira Sri Zakaria, 27, Mohd Faris Izzat Shaharudin, 24, Khaviarsan A/L Muniandy, 24, Puteri Nur Alia Mohd Jasmin, 26, Mohd Zalfie Abd Jawad, 25, Sim Sui Yee, 25, Mohd Shahreyzam Awang, 26 dan peserta termuda Nurul Syuhaida Ariffin, 21.

Sepanjang tempoh latihan profesional selama tiga bulan di bawah tenaga pengajar undangan khas, peserta akan mempelajari etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita, pengacaraan serta latihan dalam melaporkan berita dari lokasi secara langsung.

"Finalis akan mempelajari cara penggunaan peralatan penerbitan di samping menjalani latihan vokal, pembacaan skrip serta penghayatan dan pemahaman, sebelum didedahkan dengan dunia glamor.

"Sepanjang sesi latihan, peserta turut berpeluang menemui tokoh terkemuka negara, selain ditugaskan bersama enam agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," kata RTM menerusi kenyataan kepada mStar Online.

Dalam pada itu, finalis perlu membuat laporan sebenar daripada acara yang berlangsung seperti perlumbaan udara ekstrim di Putrajaya, di samping tugasan tidak dirancang dengan kerjasama bilik berita TV.

Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan awal.

Menariknya program ini tidak akan menggunakan medium undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya peserta dinilai berdasarkan penjurian profesional.

Setiap minggu mereka akan berhadapan dengan juri dan seorang peserta akan  disingkirkan setiap minggu.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM205,000 termasuk sebuah kereta.

Program tersebut disiarkan pada setiap Sabtu bermula 3 Mei 2014 pada pukul 9 malam di TV2.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dah ada dulu pon.Batch dulu ada yg dah jd pembaca berita.hazel apa ntah dgn lelaki x igt nama.RTM punya lg berbakat dr  yg TV3 walaupun program sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting peserta bertudung perlu diselit sorang dua bagi mengelak kaum suchi murka....yang pasti mureka xkan sampai top 5.cuma sekadar penolak bala jah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
wallflower posted on 4-5-2014 08:44 AM
Mmg dah ada dulu pon.Batch dulu ada yg dah jd pembaca berita.hazel apa ntah dgn lelaki x igt nama.RT ...

Dulu pengacara ikon kan..setuju bab bakat tu walau mereka tk popular mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:37 AM | Show all posts
yang india itu saya tertengok semalam. sudah semacam melayu lagak gayanya.
fasih sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:49 AM | Show all posts
ismail adnan tu kawan iols

patutla dok update status fb pasal ikon siarawan ni..ingatkan heshe jd host rupanya contestant..

sebab heshe pon ada hosting kt tv2..rancangan kanak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2014 09:59 AM | Show all posts
ikon siarawan..nama program tetap nak menten tarap rtm..haih
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:29 AM | Show all posts
walaupun nampak pprt..tp kebanyakan pengacara tv RTM lagi talented dan berbakat, serta tidak dahagakan glemer seperti pengacara TV swasta lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 10:32 AM | Show all posts
mana siarawanita ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:37 AM | Show all posts
Oklah...teruskan usaha anda
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:57 AM | Show all posts
bak kata member gua,nak kerja RTM kena ada kabel,nak kerja TB3 kena ada rupa,nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 4-5-2014 09:59 AM
ikon siarawan..nama program tetap nak menten tarap rtm..haih


khen..Tv Gomen nie.. sekali pandang cam Ikon SeriauWan je gamaknye
p/s.. koser nk nonton tv rtm Uols!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 11:46 AM | Show all posts
not bad jugak rancangan ni. ramai yang berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 4-5-2014 09:59 AM
ikon siarawan..nama program tetap nak menten tarap rtm..haih

Gomen maaaa.. kalo yg elektronik tu 'e' sana 'e' sini.. tak kretip langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 12:19 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 4-5-2014 10:57 AM
bak kata member gua,nak kerja RTM kena ada kabel,nak kerja TB3 kena ada rupa,nan hado

kalo nak keje astrok kena ada apa pulak?...kena jadi mcm Paknil ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 12:21 PM | Show all posts
achik2009 posted on 4-5-2014 12:19 PM
kalo nak keje astrok kena ada apa pulak?...kena jadi mcm Paknil ke?...

itu dulu punya cerita..kerja astro kena ada nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 06:28 PM | Show all posts
eh mereka mereka yang kerja astro sebelum tu memang xda nama ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:03 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 4-5-2014 10:57 AM
bak kata member gua,nak kerja RTM kena ada kabel,nak kerja TB3 kena ada rupa,nan hado

Nak kerja RTM kena ada kabel ke?
Kan RTM tu gomen. So kalau nak kerja dgn gomen, kena lah melalui SPA, kena melalui interview dan ujian. Kalau nak jadi artis berjadual ie yang dibayar mengikut kerja pun kena melalui interview.
Produk ikon dulu mcm Shahril (Lupa?) yang dr KB. Rasanya dia juara. Pastu Hazel and ada sorang lagi yang dah gi stesen swasta.

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:34 PM | Show all posts
siarawan?
skema nya nama program
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:46 PM | Show all posts
uda posted on 4-5-2014 07:03 PM
Nak kerja RTM kena ada kabel ke?
Kan RTM tu gomen. So kalau nak kerja dgn gomen, kena lah melalu ...

itu kata member kawe,betul ke tidak kawe tak tahu...btw dia produk mass comm tu pengalaman dia kot nak cari rezeki

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.547572 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list