CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

Wak Doyok Wear Inglish But No Speak Inglish?

[Copy link]
Post time 7-5-2014 02:00 PM | Show all posts
Horrornya english mamat neh. Takpe laa. Prolly kerja dia tak perlukan dia berspeaking london.

Kat msia ni kalau cita2 takat nak keje kerajaan, keje comp2 local, ok laa kalau tak reti english sgt. But kalo ko bercite-cite nak join major GLCs and private company, sgt penting la english tu deknon. Tak perlu la gempak bagai berslang sokmo, asalkan betul dan boleh difahami sudah.

Kawan iols business manager a big FnB company kate time interview malays slalu lose out pasal english basic pun hancuss.

In my ex comp pun sama, international publishing company. Kalau english ko ke laut, nak dpt promotion tu sgt laa lambat. Prolly takde chance.

So tgk situation laa kita nak keje apa n kat mana. Boleh je berjaya klu tak reti english kalau kena tempatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 02:22 PM | Show all posts
baru tahu wak doyok hari ini.....ok laa tu  ..atleast.he is known even he is not perfect...(harap betul English akak ini...he he )
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 02:22 PM | Show all posts
ainie_1008 posted on 6-5-2014 02:30 PM
cuba tgk negara korea, jepun. perancis n etc. rkyat dorg tak berapa pandai pon cakap English, tp bol ...

Kat jepun tu xrete english leh kerja kaunter information utk tourist tu yek..kat sini haram nak dpt kalau xrete english..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 02:34 PM | Show all posts
Oleh HAFIZ AHMAD


PENAMPILAN jejaka ini sedikit berbeza dengan kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an jelas sebati dalam persalinannya. Tidak setakat itu, dia turut melengkapkan pesona diri dengan gaya janggut yang dilihat eksentrik pada pandangan mata orang Malaysia.

“Ramai mula mengenali saya melalui jambang dan kumis unik ini,” ujar Muhammad. Azwan Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok.

Nama gelaran anak kelahiran Klang, Selangor itu mengimbas kembali watak komedi negara seberang iaitu Wak Doyok dan rakan duonya, Kadir, yang mencuit hati negara di nusantara sekitar tahun 1980-an.

“Gelaran itu saya dapat apabila rakan-rakan melihat persamaan dari segi personaliti yang suka membuat lawak ketika bersama mereka.

“Kebetulan saya sendiri berketurunan Jawa, jadi ia tidak mendatangkan masalah sewaktu diberi gelaran itu,” jelas Wak Doyok ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Bercerita mengenai jambang dan kumis eksentriknya itu, jejaka berusia 33 tahun tersebut memberitahu dia mula menyimpannya sejak tahun lepas iaitu ketika bekerja secara sambilan di sebuah butik dari Britain iaitu Ben Sherman.

“Apabila mendapat tahu Ben Sherman bakal memasuki pasaran Malaysia tahun lepas, lantas saya membuat permohonan untuk bekerja di butik itu bagi mendapat pengalaman dalam dunia fesyen,” katanya.

Butik yang beroperasi sejak tahun 1963 itu mengambil beberapa inspirasi fesyen seperti gaya vintaj Mod. Stail itu menjadi ikutan anak muda sekitar tahun 50-an hingga 60-an. Jenama itu mengeluarkan koleksi merangkumi baju, kasut, sut dan beberapa aksesori khas untuk kaum Adam.

Beberapa item terbaharu menyerap pengaruh Carnaby yang banyak menggunakan rekaan langsing dan mengikut bentuk badan.


LEBIH dikenali sebagai Wak Doyok, minat Muhammad Azwan menyimpan jambang bermula sejak setahun lalu sewaktu bekerja di Butik Ben Sherman.

Model lelaki berjambang

“Permohonan kali pertama saya tidak diterima, mungkin disebabkan imej yang dibawa ketika itu tidak menepati gaya jenama tersebut. Kemudian saya membuat beberapa rujukan dengan melihat kempen-kempen fesyen Ben Sherman yang banyak menggunakan model lelaki berjambang,” ujarnya.

Dia memberanikan diri untuk menyimpan jambang dengan mengikut penampilan ikon fesyen lelaki, David Beckham yang pernah muncul dengan gaya serupa beberapa tahun lepas.

Pada awalnya, Wak Doyok berasa ragu-ragu dan takut jika tidak kena dengan bentuk wajah dan penampilannya. Selama beberapa bulan, bulu-bulu halus mula kelihatan pada wajahnya dan dia mula merapikan jambang supaya kemas dan teratur.

“Saya diterima bekerja di butik itu untuk permohonan kali kedua. Malah, ramai memuji dengan penampilan terbaharu ini,” ujarnya yang mengambil masa selama tiga bulan untuk mendapatkan gaya Howie.

Jelas Wak Doyok, dia akan merapi jambang dan misainya dua hari sekali supaya ia tumbuh rapat dan lebat mengikut struktur wajah.

“Selain itu, saya ada juga mengikut petua orang tua iaitu dengan mengelap jambang menggunakan tangan kanan yang dibasuh selepas makan. Walaupun tidak tahu kesahihannya, jambang saya tumbuh lebat sehingga sekarang,” seloroh Wak Doyok.

Penjagaan perlu teliti

Bagi memastikan jambang sentiasa kelihatan kemas, dia akan melakukan perapian selang dua hari dengan mencukur bulu pada bahagian bawah dagu. Selain itu, kumisnya yang melentik akan digunting supaya tidak terlalu panjang dan nampak menarik.

“Proses penjagaan perlu teliti dan dibuat dengan cermat. Saya lebih suka melakukannya sendiri di rumah berbanding pergi ke salun,” jelasnya yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia fesyen kasual jalanan.

Pembersihan dan penjagaan perlu dilakukan kerana jika dibiarkan, ia akan nampak kotor dan tidak terurus. Wak Doyok berkata, kekotoran akan jelas kelihatan selepas makan kerana sisa-sisa makanan terlekat pada jambang terutamanya sekitar mulut.


PRODUK wax yang di beli Muhammad Azwan dari Singapura bagi melentikkan kumis.

“Saya sendiri menghadapi kesukaran ketika peringkat awal menyimpan jambang hingga terpaksa menggunakan sudu dan garfu untuk mengelakkan sisa makanan daripada melekat pada misai,” luahnya.

Seperti rambut dan wajah yang mempunyai produk penjagaan tersendiri, jambang dan kumis juga mempunyai item pembersih dan gel perapi khusus untuk dandanan.

“Beberapa produk saya beli daripada seorang teman di Singapura. Salah satunya ialah wax khas untuk melentikkan kumis. Selain itu, bagi melebatkan jambang, saya gunakan produk yang dibeli di kedai gunting rambut milik penyanyi Joe Flizzow, Joe's Barbershop,” kongsinya lagi.

Menurut pemilik jenama The Garment itu lagi, produk penjagaan untuk jambang dan kumis sukar didapati di dalam negara berbanding di Eropah. Ujarnya, jika di England, terdapat persatuan yang diwujudkan untuk mengumpul komuniti-komuniti berjambang pelik tersebut.

“Di Malaysia, gaya ini masih baharu, tetapi mula mendapat perhatian anak-anak muda kerana berjambang atau berkumis kemas dapat menonjolkan sisi maskulin dan lelaki sejati,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz310gTzJDN
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 02:45 PM | Show all posts
1.wak doyok punye gf macam eurasian jer, tahap tahap model, gua tgk dalam ig beliau

2.Lagi satu dia kan grad kat Germany in engineering, takkan camtu English dia

3. Aku ok je kalau english dia ke laut asalkan otak tak pprt
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 03:18 PM | Show all posts
pendek kemetotpun boleh jadi model ke??????? model org kerdil kut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2014 03:19 PM | Show all posts
aireen24 posted on 7-5-2014 12:48 PM
salah tu..kalau nk kata smfaisal bengap salah sebab mamat tuh start dr bawah.
bukan smfaisal..dep ...

my friend keje naza...she told me everything...
diana maybe...faisal, definately no!!

infact nasa lagi okay dr faisal...at least la nasa jaga juga kebajikan staff dia..
faisal mmg jgn harap lah..dia mmg tak reti lansung nak kembangkan family business..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 04:15 PM | Show all posts
ooh video ni astro gempak yang upload ye. kiranya diorg mempermainkan english wak doyok la ni. hahaha sian wak prestige
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 04:37 PM | Show all posts
ainie_1008 posted on 6-5-2014 02:30 PM
cuba tgk negara korea, jepun. perancis n etc. rkyat dorg tak berapa pandai pon cakap English, tp bol ...

saya setuju.... yang penting mentality and attitude rakyat tu sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 05:16 PM | Show all posts
Sejongos-jongos, selombak-lombok Jejai....speaking berasap!! Walaupun hanya berselipar biru ke sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 05:39 PM | Show all posts
stania83 posted on 7-5-2014 02:45 PM
1.wak doyok punye gf macam eurasian jer, tahap tahap model, gua tgk dalam ig beliau

2.Lagi satu d ...

haah khenn... awek pon xnk kalah... kokosen yuu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
yo wis wak doyok, ngomong apa cih!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 7-5-2014 05:16 PM
Sejongos-jongos, selombak-lombok Jejai....speaking berasap!! Walaupun hanya berselipar biru ke sana  ...

jejai berselipar biru yg tak pernah free hair...cover sajok
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 05:56 PM | Show all posts
kalau tak faham ckp ajer sy tak faham & mintak ajerlah reporter tu translate ke dlm bahasa .. atau kalau wak doyok kurang jelas dgn soalan mintak ajer diulang semula agar lebih jelas ... kenapa gigih jg nak menjawab walupun dia sendiri tak faham soalan yg ditanya yg akhirnya memalukan diri dia sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:17 PM | Show all posts
ElmoRed posted on 7-5-2014 05:49 PM
jejai berselipar biru yg tak pernah free hair...cover sajok

pala dia ada parut katanya, maklumlah kaki racing
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
haaa...ade jgk org bkk topik psl wak doyok & bhs engrish nye. sadis tol aku dgr. memula dlu mcm x caye jgk bile tgk kt kekoreakekita, nmpk iq wak cm rendah je bile dibanding ngn myo yg fasih je ckp english ngn foreigners. tp wak, yg hado sgt.memalukan tol la wak ni.

da bpe kali nmpk die diinterview, toksah ckp english la, intvw dlm melayu pon....tah ape2 je die kelentong. aritu msk wanita hari ini, die pny ckp tu cam xde point yg berisi.

sesungguhnye wak cume menang gaya & berIQ setaraf bobo saje.

tp ape pon aku trhibur jgk la ngn gelagat bodoh die tu dlm kekoreakekita & dlm bintang mncari bintang baru ni....huhuhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
azie.dz posted on 6-5-2014 01:37 PM
wak doyok ni asal nya twitpemes jugak kan??

oo die ni asal dr twitter ke sbnrnye? ingtkn dr fesyen die kt ig tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g posted on 6-5-2014 02:15 PM
wak doyok ni bagus apa...

watper nak terer ckp english bkn leh keje kat hollywood pun.

tak perlu terror, cakap cam air....tp at least jgn la bodoh sangat cm wak ni.

tp aku pelik la. dlm ig die slalu je post gambar ngn kwn2 matsaleh die. cmne ka die communicate, merapu je la agaknye. so ternyata la skrg, caption english dlm ig die tu org lain yg tlg bubuh. huhuhu....sedih tol
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
gerryD posted on 6-5-2014 02:45 PM
boleh tak ai nak speku...

bila org yg interview tu tanya 'what are yr thoughts on climate change  ...

ye aku pon rase cmtu. so yg sbnrnye org dlm industri da ramai prasan akan kelemahan english wak ni. so ni mmg sengaja nk dedahkn la sbnrnye ni....terutama pd fanatik wak. aduhai sabo je la...

aku x kesah wak ni lawak jgk, tp aku kesah bab die bodoh tp lagak cam hebat. haihh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ posted on 6-5-2014 02:47 PM
tengok cerita yang ke korea tu pun wak ni cakap english tah apa2.
macam mana biodata dia kata dia p ...

aku rase btol la kata myo, wak ni kuat menipu. mebu mse ckp cm tu myo just joke je, tp hakikatnye die n krew je la yg tau sbb dkt sebulan dok skali sure segala true kaler da kuar. so drg lynkn je la wak membohong bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072045 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list