CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 61498|Reply: 37

Kelebihan Nissan Almera Yang Perlu Anda Tahu

[Copy link]
Post time 10-5-2014 07:20 PM | Show all posts |Read mode


SAYA  pernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat  automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada  syarikatnya.
Jawapannya  di luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea Selatan  seperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan  alasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang murah.
Benar  katanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan Almera pada  harga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.
Serta-merta  Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15,000 unit  dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012.  Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalam  senarai automotif Google untuk tahun 2012.
Selepas  enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji Nissan  Almera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan Almera dari  luar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktor  jualan utama model tersebut.
Nampaknya  pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul  memandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografi  pembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu,  Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain  seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran  akhir produk.
Nissan  dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkan  kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissan  dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada pada  pesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena dengan selera  pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan sedan global  terlaris Nissan.
Saiz  dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Ini  berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki  penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.
Dua  ciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekali  di negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauh  seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang juga  selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan.
Penjimatan kos
Daripada  tempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke bawah.  Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak ketara.  Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan poin bonus  untuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah.
Almera  Grade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Maka  peralatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciri  penjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasan  plastik juga nampak kasar permukaannya.
Paparan  grafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak biasa-biasa  sahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg udara di  sebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA dan ABS  dikekalkan.
Dari  segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan  keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan  dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa  stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri  tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.


Suasana  di dalam kabin juga agak senyap. Namun Almera tidak boleh lari daripada  sifat kereta sedan biasa. Olengannya sederhana sewaktu mengambil  selekoh, manakala stereng tidaklah ‘setajam’ mana.

Untuk  kuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yang  dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa linear  dan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkin  dipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.
Sewaktu  memandu dalam keadaan normal, enjin Almera sememangnya senyap dan  lancar. Namun karakternya berubah menjadi lebih ‘garau’ apabila gear  dianjak daripada seleksi D ke gear 2 semasa mendaki bukit atau memotong  kenderaan.
Harus  diakui Nissan memang pandai memasarkan kereta mereka bagi memenuhi  pelbagai kehendak pasaran. Ini boleh dilihat melalui aksesori rasmi  dengan jaminan kilang seperti Nismo, Autech dan paling popular ialah  Impul.
Bagi  mereka yang mahukan penampilan dan karakter sporty, Nissan ada  menyediakan pakej Impul. Pakej itu terdiri daripada kit badan, sistem  suspensi dan ekzos dengan tambahan RM10,000 untuk pakej penuh.
Pembeli  juga boleh menaik taraf aksesori standard seperti pemain cakera padat  kepada DVD dan sistem navigasi, kerusi kulit dan roda aluminium. Jika  terasa banyak sangat yang hendak ditambah, beli sahaja model spesifikasi  penuh iaitu Grade VL yang pastinya lebih menarik dan mewah.
Setakat  ini saya sudah memandu uji tiga buah model Nissan. Harus diakui bahawa  produknya mempunyai ciri tersendiri seperti pemanduan selesa dan  semestinya penggunaan minyak yang ekonomikal.
Berdasarkan  pengalaman pandu uji, saya dapat rasakan Almera dibina dan dibangunkan  oleh pasukan jurutera dan pereka berpengalaman. Mereka berjaya  memberikan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran.
Almera  juga dilihat popular kerana ia menawarkan alternatif sesuai untuk  mereka yang baru berkeluarga dan pilihan yang segar untuk menaik taraf  daripada kereta bandar. Nissan memasarkan Almera pada masa yang sangat  sesuai, ketika pengeluar lain sedang menyiapkan model masing-masing. Maklumat terkini dan lebih menarik tentang Nissan Almera Disini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2014 08:51 PM | Show all posts
kalau tak kisah pasal power, handling, gadget & safety boleh la amik almera ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:36 PM | Show all posts
lain org lain seleranya, klu aku pilihan yg aku utamakan
1.reka bentuk
2.keselamatan
3.harga yg berpatutaan dengan apa yg ditawarkan.
4. kuasa injin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 10:56 PM | Show all posts
Yang pasti kepuasan itu ada dengan setiap keluaran kereta, ada lebih n kurangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 07:20 AM | Show all posts
Kalau Almera ada VSA, VSA yang ada stability assist dengan more safety feature mmg lama dah amik kereta ni..
Walaupun rupa dia kurang sikit dari mata aku compare Vios & city.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 08:11 AM | Show all posts
fzbikers posted on 11-5-2014 07:20 AM
Kalau Almera ada VSA, VSA yang ada stability assist dengan more safety feature mmg lama dah amik ker ...

Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2014 08:23 AM | Show all posts
pfiza posted on 11-5-2014 08:11 AM
Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..

tak penah dibuat tambah sendiri VSA..haha
bukan mcm tukar sport rim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 08:26 AM | Show all posts
mofisa posted on 11-5-2014 08:23 AM
tak penah dibuat tambah sendiri VSA..haha
bukan mcm tukar sport rim.

Yang x pernah tu patut dicuba buat ya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2014 10:07 AM | Show all posts
pfiza posted on 11-5-2014 08:11 AM
Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..

VSA tu vehicle stability assist, bahasa Melayu bantuan penstabilan kenderaan dengan bantuan komputer/elektronik. Mengesan dan tolong kurangkan pengurangan cengkaman tayar a.k.a skidding. Toyota  panggil VSC, vehicle stability control dan lain2..sama ja kalau ada stability tu. konsep dia
macam kat bawah ni..
Tak boleh di tambah sendiri sebab ada banyak lagi bahagian macam sensor, control unit, hydraulic modulator dan lain2.Kena di pasang di kilang dan kenderaan tu mesti direka untuk ada VSA tu..

      

Contoh VSA pada civic FB..kredit isaactan.net










Last edited by fzbikers on 11-5-2014 10:09 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 11:12 AM | Show all posts
fzbikers posted on 11-5-2014 10:07 AM
VSA tu vehicle stability assist, bahasa Melayu bantuan penstabilan kenderaan dengan bantuan komput ...

tq tentang VSA tu..x reti sgt bab2 canggih2 nie he2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 11:41 AM | Show all posts
pfiza posted on 11-5-2014 11:12 AM
tq tentang VSA tu..x reti sgt bab2 canggih2 nie he2

Senang ja, VSA tu kalau keta nak terbabas, brek dengan control stereng ja ke arah yang betul.
Kurang risiko nak terbabas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 01:35 PM | Show all posts
fzbikers posted on 11-5-2014 11:41 AM
Senang ja, VSA tu kalau keta nak terbabas, brek dengan control stereng ja ke arah yang betul.
Ku ...

cm tu ke... hebat sungguh VSA tu kan..

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 02:34 PM | Show all posts
pfiza posted on 11-5-2014 01:35 PM
cm tu ke... hebat sungguh VSA tu kan..

X hebat, cuma kena ada kesedaran org Malaysia penting ada VSA/VSC ni.Kalau semua pengguna nak pengeluar kena sertakan sekali.Macam kat negara
luar.Banyak negara yang dah wajibkan ada VSA/VSC selain airbag etc untuk jual kat negara diaorang.
Sikap pemandu pn kena defensive driving/berhati2 di jalan raya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 08:27 PM | Show all posts
fzbikers posted on 11-5-2014 02:34 PM
X hebat, cuma kena ada kesedaran org Malaysia penting ada VSA/VSC ni.Kalau semua pengguna nak peng ...

Hamboi ayat bersemangat sungguh ya... bagus2

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:53 AM | Show all posts
even proton pon dah ada teknologi VSA ni kat Preve & Suprima S.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 12:33 PM | Show all posts
tumpang tanya....kalau ABS tu , experienced driver boleh lakukan ABS manually...kalau VSA ni boleh control manually tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 04:59 PM | Show all posts
66k 1 airbeg?? basic spec saja? tambah lagi  5k dapat suprima.. macam2 ada.. even basic spec
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 05:16 PM | Show all posts
asermullen posted on 12-5-2014 04:59 PM
66k 1 airbeg?? basic spec saja? tambah lagi  5k dapat suprima.. macam2 ada.. even basic spec

http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Suprima/Model%20Overview%20Page.aspx

Tambah 5 ribu rasanya penutup rim jenis tepek kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 05:42 PM | Show all posts
dualchicks posted on 12-5-2014 05:16 PM
http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Suprima/Model%20Overview%20Page.aspx

Tambah 5 ribu rasa ...

takpa yg penting 6 airbeg huhuhuh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 08:18 PM | Show all posts
mofisa posted on 12-5-2014 08:53 AM
even proton pon dah ada teknologi VSA ni kat Preve & Suprima S.

Kita patut bangga dengan produk keluaran Malaysia..kalau kita x support sape lagi..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072595 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list