|
Adam Ahmad, Penyanyi lagu Kau Pergi Jua meninggal dunia!
[Copy link]
|
|
al fatihah...
'kau pergi jua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi Era 80-an Adam Ahmad Meninggal Dunia
Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 7:30 AM
Mohd Al Qayum Azizi
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi Khamis.
AMPANG: Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan lagu Kau Pergi Jua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai Ampang di sini sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru kira-kira pukul 12.15 malam Khamis.
Gambar Adam Ahmad bersama isterinya Norliza.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak mencipta lagu-lagu hit seperti Di Hari Persandingan Mu dan Di Pantai Cinta Berahi nyanyian Yunizar Hosein.
Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).
Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 19 Disember 2010 ketika berusia 46 tahun dengan seorang janda beranak dua iaitu Norliza Ayat, 46.
Jenazah sebelum itu dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai di sini.
Credits: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
subee posted on 15-5-2014 11:51 AM
Tak dak ka gambaq arwah yang latest sebelom meninggal?
yg ni je ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah, suka dgn suara arwah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. takziah. tahun lepas ada undang beliau kat Kilauan Emas kan? masa tu mak iol cakap dia dah nampak uzur sgt.. Al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wainna illahi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..
dari allah ia dtg, kpd allah jua lah ia kembali..
al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
lagu kau pergi jua membawa aku ke final pertandingan karoke'
alfatihah buat allahyarham adam ahmad
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah.....semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman.... |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat keluarga arwah
al fatihah.
ini antara lagu yang aku gemari "kau pergi jua"
Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...
|
|
|
|
|
|
|
|
al-fatihah
lagu feveret ni.... both version dia n dayang |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. Al fatihah untuk arwah. semoga di tempat org beriman. amin |
|
|
|
|
|
|
|
antara lagu yang popular "Bersamamu"
Apa dia penanda kasih
Di antara kedua insan
Pastikanlah oh duhai sayang
Pastikan padaku
Bersamamu
Dengan penuh erti
Sepasang merpati
Sepakat sejoli
Berduaan
hasratku tercapai
perdampingan kini
sungguh indah permai
bersamamu..bersamamu
erti cinta..erti cinta
memang memungkinkan
penjalinan..penjalinan
kemesraan..kemesraan
sejiwa sehati
oh bersamamu
ibaratnya emas dan pemata
dijari manismu
itulah tandanya
erti kasih-erti memberi kesayangan bagiku
erti sayang-oh ertinya bermanja-manja denganmu
erti manja-itulah ertinya bercinta nan suci
erti cinta-engkaukan bersamaku
semoga kekal abadi
bersamu..bersamamu
erti cinta..erti cinta
memang memungkinkan
penjalinan..penjalinan
kemesraan..kemesraan
sejiwa sehati
oh bersamamu
ibaratnya emas dan permata
dijari manismu
itulah tandanya
erti kasih..erti memberi kesayangan bagiku
erti sayang..oh ertinya bermanja-manja denganmu
erti manja..itulah ertinya bercinta nan suci
erti cinta-engkau kan bersamaku
semoga kekal abadi
jika itu penanda kasih
kaulah kesayangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Alfatiha..
antara penyanyi yg akak minat waktu zaman2 sekolah dulu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|