CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

Wak Doyok Tak Kisah Diri Jadi Bahan Gelak

[Copy link]
Post time 15-5-2014 02:29 PM | Show all posts
babyorange posted on 15-5-2014 02:22 PM
tu la yg jd bile org yg kurang iq berkata2. die lom kne kot ngn wartawan yg tny soklan lazer kt di ...

nampak gaya cam kena spedo jahh - hari hari menebeng muka sana sini dalam ig
i speku - fairuz ramlan tu spedo dia (designer n owner) garment movement tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
encikWawad posted on 15-5-2014 02:29 PM
nampak gaya cam kena spedo jahh - hari hari menebeng muka sana sini dalam ig
i speku - fairuz ram ...

kaaannnn.....sesuatu sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 02:44 PM | Show all posts
doyok doyok...biorlah dia pns sensorang jgn kita semua ikut panas mcm dia jugak....x sesuwaiiiiiii la doyok oiii nk pakai bj english style....cuaca mesia nih dh le pns sepanjang tahun....ko dh gila ke ape doyokkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 02:49 PM | Show all posts
babyorange posted on 15-5-2014 02:38 PM
kaaannnn.....sesuatu sgt!

biau ler asal dia bahagia - tpi hari tu g klcc ada gak nampak a few ummah
meleis bergaya ala doyok - ada beza gak kalau berketul2 dan kurus kering ngn kaki ala ladies cam wak tu
bergaya ala inggeris
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bergaya pon tgk iklim bleh tak? Ibarat mat saleh saja nak bergaya pakai selua pendek dan singlet di musim salji la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 03:10 PM | Show all posts
Go go wak doyok ! Jadi pelawak sesuwai sgt  wak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk wak doyok dalam ke korea ke kita.menarik jugak.kelakar wak doyok ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 03:55 PM | Show all posts
STYLE! PRESTIGE!
wak doyok wak doyok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 04:07 PM | Show all posts

nampak dia kat one utama hari wesak ....
tgh shoot program game.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:26 PM | Show all posts
kembar wak doyok ada kat tempat aku wei...

ms temankan member p kedai jahit kat bandar...masuk kedai tu teros terkesima melihat ala2 wak doyok dok potong kain nk wat baju melayu...ya la raya nak dekat.....nak amik gambo tp segan doww !!

seriusss....x tipu....muka sepesen juga....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:54 PM | Show all posts
aku minat gak tgk wak doyok..stylo gak lo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 05:01 PM | Show all posts
yeke tak kisah?

abis tu sape yg sblm nie sentap tue ye?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 05:14 PM | Show all posts
Rap
Moda: Sentuhan Wak Doyok

Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.


Wak Doyok, bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an

Kurang lebih satu jam menemubualnya, saya sifatkan pemuda ini seorang yang berfalsafah apabila bercakap mengenai fesyen yang digayakannya. Fesyen Mods bagi Wak Doyok tidak dilihat sebagai helaian fabrik atau rekaan semata-mata, sebaliknya dia memahami falsafah Mods secara menyeluruh, iaitu kaitan Mods dengan Vespa dan Lambretta termasuk kecenderungan muzik yang berasal dari era 60an seperti ska, soul dan motown, yang menjadi pilihan pengamal Mods.

Antaranya kumpulan yang berkait rapat dengan Mods ini  antaranya The Who, OCS, The Ronnettes dan The Supremes


REKAAN Wak Doyok menampilkan fesyen dan falsafah Mods.


MODA (M): Penampilan anda cukup luar biasa, namun adakah pemakaian sut untuk di waktu santai bersesuaian cuaca negara ini?

Wak Doyok (WD):
Saya sering diajukan soalan ini. Bagi saya senang saja, semuanya terletak pada ‘mind set’. Jika di dalam bilik berhawa dingin serendah 16 darjah selsius sekalipun kita letakkan minda kita panas, tetap akan rasa panas. Saya tidak pernah rasa satu masalah memakai pakaian tiga lapis kerana saya percaya ia terletak pada corak pemikiran kita.

Sebenarnya pemakaian sut bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Jika ikutkan dari zaman penjajahan British lagi kita sudah diajar cara pemakaian kemas sebegini.

Jika sistem jalan raya kita boleh mengikut cara Britain, kenapa tidak boleh pakaian? Bagi saya kalau pakai kemeja-T pun jika kita letakkan pemikiran kita panas, ia akan terasa panas. Jadi semuanya terletak bagaimana kita set pemikiran kita.


M: Anda seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman, mengapa anda memilih bidang fesyen sebagai kerjaya?

WD:
Saya terbabit dalam bidang ini sejak 1996 lagi walau bagaimanapun saya bergerak secara ‘underground’. Saya mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu saya meminati fesyen Skinhead.

Kecenderungan saya itu menyebabkan seorang rakan saya yang baru pulang daripada Britain memberikan saya Mods Bible yang menceritakan mengenai fesyen yang lebih hebat daripada Skinhead.

Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkan saya terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’  memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikut saya.

The Garment sebelum dikenali di Malaysia, pengamal fesyen Mods di Britain, Jepun, Singapura dan pelbagai negara lagi sudah lama memakainya. Cuma baru sekarang mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.

“Strategi pemasaran saya dengan mengeluarkan kemeja-T terlebih dulu dan selepas ini saya mempunyai perancangan lebih besar untuk mengeluarkan pakaian untuk lelaki pula.

Selain itu, saya menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan saya ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Saya suka melihat orang bergaya dan ingin membantu orang di luar sana yang ingin berfesyen. Saya melihat kerjaya ini sebagai satu bidang yang boleh membantu saya memberi sumbangan kepada komuniti khususnya mereka yang menghargai dan mengikuti perkembangan saya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Moda_SentuhanWakDoyok/Article/

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka wak doyok. Enough said hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 07:38 PM | Show all posts
Kalau pi function yg ada aircond bole lah, otherwise cuaca Malaysia macam ni, panas boleh cair la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kenalkan pesyen english tapi speaking kelaut.. camne la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 08:09 PM | Show all posts
Dont like him
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 08:11 PM | Show all posts
Jom gelakkn English dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Doyok secara peribadi memang seorang yang lawak.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 08:37 PM | Show all posts
cuaca sebegini dinegaraku

kalau boleh nak pakai singlet 24 jam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065126 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list