CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7780|Reply: 67

Rashid Sibir Naik Angin Dituduh Ciplak Karya Iran

[Copy link]
Post time 20-5-2014 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Rashid Sibir Naik Angin Dituduh Ciplak Karya Iran
PETALING JAYA: Pengarah drama Rashid Sibir meluahkan rasa terkilan apabila telefilem Warkah Syurga arahannya, dituduh menciplak sebuah klip filem pendek dari negara Iran.

Rashid sebaliknya berkata, dia hanya mengambil idea daripada klip filem tersebut (tiada judul) yang tidak sampai 10 minit untuk diolah kepada sebuah filem berdurasi 98 minit.

"Perlu difahamkan bahawa menciplak adalah bermaksud meniru sesuatu benda sepenuhnya. Jika benarlah saya menciplak karya Iran yang hanya 10 minit itu, dari mana datangnya jalan cerita 88 minit yang lain?

"Walhal saya cuma mengambil idea filem itu dan mengolah menjadi sebuah telefilem. Itu sahaja.

”Dan rasanya seluruh dunia saling mengambil idea daripada mana-mana karya dan ia diolah kepada sebuah karya baru. Jadi jangan tuduh saya ciplak," katanya yang dihubungimStar Online pada petang Isnin.

Sebuah akhbar pada Ahad lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Rashid dianggap seperti muflis idea apabila telefilem arahannya Warkah Syurga siaran Astro Prima pada 11 Mei lalu (pukul 10 malam) merupakan karya yang diciplak dari sebuah filem pendek Iran.

Pengarahan Rashid turut dipertikaikan apabila babak lakonan Sazzy Falak sebagai menantu yang mendera ibu mertuanya (lakonan Fauziah Nawi) dilihat sebagai sebuah adegan lawak.

Tambah Rashid, dia hanya mengambil idea pada babak seorang anak yang kaya membuang ibunya di perhentian bas dan kemudian ada lelaki lain pula yang mengambil wanita itu untuk dijaga.

Berdasarkan cerita itu, Rashid mengembangkan lagi menjadi sebuah telefilem yang menarik.

Bagaimanapun, Rashid menyifatkan, laporan tersebut lebih dilihat sebagai menghentam dirinya secara peribadi dan bukanlah karya tersebut.

"Apabila dibaca balik, artikel itu ditulis bahawa saya sudah lama tidak berkarya dalam industri seni tempatan dan ia menunjukkan artikel itu lebih mahu bercakap tentang saya bukan karya saya.

"Sedangkan saya bekerja secara senyap. Kalau tidak, mana datangnya siri arahan saya, Tanah Kubur  yang sudah memasuki 12 musim  dan ia masih lagi bersiaran sehingga kini.

"Saya juga tidak faham mengapa penulis itu berkata babak menantu memukul ibu mertuanya tidak sedih langsung sedangkan seluruh Malaysia yang menonton cerita itu memberi respons adegan itu sangat memilukan. Adakah dia (penulis itu) tidak mempunyai perasaan?" soalnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2014 07:04 AM | Show all posts
cam penah tgk video tu kat fb
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 07:18 AM | Show all posts
hmmmmmmm
xpernah tgk cita ni ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 07:31 AM | Show all posts
x penah tengok lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 07:31 AM | Show all posts
cite sendu yg nak dikecoh2kan?? baik cite iran or RS, dua2 aku x tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 07:38 AM | Show all posts
Salah satu cara mempromosikan filem secara percuma, ciplak filem orang kendian buat kenyataan kontoversi "saya tak ciplak"...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2014 07:42 AM | Show all posts
Cita ape tu .. xpnah tgok lagi. Best sgt ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 07:46 AM | Show all posts
cite hari ibu aritu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2014 08:04 AM | Show all posts
kalau dah inspired.. tak ke tiru namanya.. aritu ade gak dia tiru cerita/vc jepun yang boyfriend photographer donate mata kat girlfriend tu kan.. jadi telefilem.. punya laaa boring cerita tu..

tak nak mengaku muflis idea.. banyak je idea kat malaysia ni kalau nak buat drama..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 08:07 AM | Show all posts
tak payah amok sangat la pacit.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 08:15 AM | Show all posts
"Saya juga tidak faham mengapa penulis itu berkata babak menantu memukul ibu mertuanya tidak sedih langsung sedangkan seluruh Malaysia yang menonton cerita itu memberi respons adegan itu sangat memilukan. Adakah dia (penulis itu) tidak mempunyai perasaan?" soalnya.


bukan tak sedih tapi pelakun kayu yg pukul mak mertua tu tak sesuai ngan watak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 08:18 AM | Show all posts
mizzmimi posted on 20-5-2014 08:04 AM
kalau dah inspired.. tak ke tiru namanya.. aritu ade gak dia tiru cerita/vc jepun yang boyfriend pho ...

bkn jepun r... korea klu x silap...

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang posted on 20-5-2014 08:15 AM
"Saya juga tidak faham mengapa penulis itu berkata babak menantu memukul ibu mertuanya tidak sedih l ...

sapa pelakon kayu tu
bkn ke dia sebut sazzy tadi kan
sazzy mana yea? sazzy falak ke sazzy artis baru?

maklumlah dah lama x layan sgt drama melayu kt tv jd idoklah kenal sgt pelakon2 baru masa kini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 09:02 AM | Show all posts
Suchi posted on 20-5-2014 09:00 AM
sapa pelakon kayu tu
bkn ke dia sebut sazzy tadi kan
sazzy mana yea? sazzy falak ke sazzy artis  ...

sazzy falak la noks..cam tahi jah belakon..

sofi jikan jah best blakon  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:06 AM | Show all posts
kucen_miang posted on 20-5-2014 08:15 AM
"Saya juga tidak faham mengapa penulis itu berkata babak menantu memukul ibu mertuanya tidak sedih l ...

sapekah menantu kayu ittew?
maaf la iols xtgk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:07 AM | Show all posts
ok la citer tu iols rasa best jgk..
mungkin sbb dh bnyk sgt drama2 cinta cintun adaptasi..
rasa rindu lak bila tgk drama tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2014 09:08 AM | Show all posts
so boleh la spekulasi Rashid Bibir Shia.... setaraf Faisal Tehrani
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:11 AM | Show all posts
iols tak tau nape crite rashid sibir nie kdg2 mcm tak logik pon iye gak..prasaan iols jer kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:21 AM | Show all posts
sian lak kat pakcik nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:36 AM | Show all posts
Citer rashid sibir semua x best! Sekian..ikhlas dr saya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065947 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list