CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7482|Reply: 55

Rahsia penjagaan gigi abang nara terbongkar!

 Close [Copy link]
Post time 21-5-2014 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Rahsia Penjagaan Gigi Lisa Surihani Terbongkar


Secara jujur, penjagaan mulut dan gigi adalah bukan satu perkara yang Abang Nara ambil berat. Apa yang Abang Nara lakukan hanyalah menggosok gigi 2 kali sehari iaitu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Kadang-kadang kalau penat sangat, boleh je tidur terus tanpa gosok gigi.  Akibat kemalasan ini, Abang Nara bila bergambar agak malu-malu nak senyum. Takut ternampak gigi yang kurang bersih. Hehehe.

Jadi apabila selebriti feveret Abang Nara iaitu Lisa Surihani terlibat dengan projek #RethinkYourMoutholeh Oral B, Abang Nara terus rasa teruja nak turut sama. Bukan apa, comel sangat video Lisa Surihani menunjukkan kepentingan menjaga mulut dan gigi kita di Facebook Oral B.  Apabila gadis secomel Lisa Surihani buat penerangan, pastinya Abang Nara akan mendengar dengan tekun. Nak juga tahu rahsia kecantikan mulut dan gigi pelakon hebat ini.
Akibat terpengaruh dengan gaya comel Lisa Surihani, keesokan harinya terus Abang Nara pergi ke Guardian The Curve untuk mendapatkan produk penjagaan mulut Oral-B. Kalau Lisa boleh dapat mulut yang sihat sempurna, Abang Nara pun boleh juga. 3 produk Oral-B yang Abang Nara beli ialah berus gigi Oral-B Pro-Flex, kumur mulut Oral-B’s Pro-Health dan juga pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Ketiga-tiga barangan ini tak sampai RM50 pun.


Berdasarkan kajian yang dilakukan, berus gigi Oral-B Pro-Flex membuang sehingga 93% kotoran dalam mulut yang sukar hendak dicapai oleh berus gigi lain. Mula-mula Abang Nara pun sukar nak percaya. Abang Nara ingatkan ini semua gimik “marketing”. Namun selepas seminggu menggunakan berus gigiOral-B ini, memang terasa kelainannya. Kalau sebelum ini susah hendak berus sehingga ke hujung gigi geraham untuk buang nasi yang terlekat, kefleksibelan berus gigi Oral B ini membolehkan ia dilakukan dengan mudah. Paling best gusi Abang Nara tak berdarah walaupun diberus dengan kuat sebab kelembutannya berusnya. Secara jujur, memang keseluruhan gigi terasa lebih bersih, lebih selesa dan lebih mudah untuk diberus dengan Oral-B Pro-Flex ini.

Teruja dengan keberkesanan berus gigi Oral-B Pro-Flex, Abang Nara teruskan usaha untuk mendapatkan mulut yang lebih baik dengan penggunaan kumur mulut Oral-B’s Pro-Health. Apa yang penting sebelum beli Abang Nara dah periksa terlebih dahulu. Memang bebas alcohol. Abang Nara paling suka rasa “mint” yang segar apabila berkumur menggunakan Oral-B Pro-Health nie. Mulut pun terus rasa segar, lebih wangi dan paling penting, wife kata mulut Abang Nara tak berbau. Hehehe. Secara teorinya kalau guna kumur mulut Oral-B Pro Health ini akan dapat menghalang pembentukan plague dan melawan kaviti. Namun 2 perkara tue Abang Nara tak dapatlah nak buktikan secara klinikal. Yang penting mulut Abang Nara memang rasa lebih best berbanding dulu.


Produk terakhir yang Abang Nara guna tak lain tak bukan ialah pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Seumur hidup Abang Nara, inilah pertama kali Abang Nara guna benda pembersih gigi ini. Memang leceh untuk orang yang tak sabar seperti Abang Nara. Namun keberkesanannya memang power!!! Ada sekali tue Abang Nara makan daging dan cebisannya terselit di celah-celah gigi. Kalau dulu memang kena gosok gigi 2,3 kali baru dapat hilangkan, tapi bila guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss, terus bersih sebersih-bersihnya gigi Abang Nara. Kagum sekejap. Sekarang ini seminggu 2 kali memang Abang Nara akan guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss ini.


Sebenarnya target Abang Nara ialah untuk mendapatkan mulut secantik dan sebersih Lisa Surihani. Abang Nara pernah jumpa Lisa depan-depan. Senyumannya memang menawan. Mulut pun wangi. Gigi cantik bersih dan putih. Tersusun rapi je. Masa itu tertanya-tanya juga apa rahsia. Rupa-rupanya Lisa gunakan produk-produk Oral-B ini. Selepas Abang Nara gunakannya sendiri, memang terasa kelainan dan ada harapan untuk dapat mulut secantik Lisa.


Selaku pengguna yang berpuas hati, Abang Nara ingin mengajak korang untuk turut sama ikut serta dalam projek #RethinkYourMouth ini. Percayalah sekali korang cuba, pasti korang akan berpuas hati dan akan terus menggunakan 3 produk yang Abang Nara ceritakan tadi. Mulut sememangnya harus dijaga lebih-lebih lagi dengan makanan Malaysia yang banyak mengalakkan dan mempercepatkan kerosakan gigi. Takkan dah tua nanti kita nak tinggal gigi sebatang dua je kan atau nak pakai gigi palsu? Tak macholah macam itu.

Jom #RethinkYourMouth dengan Oral-B. Banyak lagi info menarik mengenai penjagaan mulut diFacebook Oral-B. Paling best penerangan-penerangan tersebut diberikan oleh Lisa Surihani. Sambil dengar penerangan, sambil leh layan awek cun. Hehehe.



jangan maraa aa abang nara..iols tolong pomot Last edited by maxim on 21-5-2014 12:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 11:06 AM | Show all posts


Kalau pakai oral b boleh dpt gigi bersiong macam nara ker nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:09 AM | Show all posts
Wife nara makin cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:09 AM | Show all posts
berita mcm ni pon ada tuk abg nara ek

sadisnya uolssss
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:14 AM | Show all posts
abg nara pun ada thread khas lg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:15 AM | Show all posts
dh terlambat Bang Nara nk menjaga gigi tu.................sepatutnya dr kecil dh kena rajin......apa pun kita ngk jer hasil nyer dlm 10 thn akan dtg  

adakah akan guna krim pelekat gigi Polident   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 11:16 AM | Show all posts
perlu ke buka benang untuk dia ni?
tajuk benang dan artikel just tukar nm jek
omg bang nara nye senyum buat i
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia penjagaan bulu indung tak ada ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 11:20 AM | Show all posts
Rahsia penjagaan la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:21 AM | Show all posts
adoiiii...dah xdak cite ka...sadissss
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:22 AM | Show all posts
kelakarnye pesen tudung bini die. menggerbang gitu

suami saya sharp shooter
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:25 AM | Show all posts
Tp gigi bini die kuning
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:31 AM | Show all posts
penjagaan - maksudnya dari dulu dah jaga
kalau guna produk baru niii - celah mana dari dulu menjagaaa
bxxxtankapaiiii ni promoiklan kekdahnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:32 AM | Show all posts
retis keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:34 AM | Show all posts
boleh PM @arrowtotheknee  kalau nak dapat nickname narok sharpshooter yang jadi silent reader dalam porem nim
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:34 AM | Show all posts
moral of the story.......??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 11:36 AM | Show all posts
untung la abg nara dah jd stok retis.masuk bos gosip lg.ko ader?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:38 AM | Show all posts
Kasih_Emylia posted on 21-5-2014 11:25 AM
Tp gigi bini die kuning

haha.setuju.tu yg aku mula2 prasan
nak putihkan gigi senang je.pakai whitening strips.ingat gosok gigi je jd ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:44 AM | Show all posts
ni ke nara sharpshooter tu? selebetnya muka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:46 AM | Show all posts
Braces, Nara, that would help better. Gigi LS dh cantek tersusun kottt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.514009 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list