CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: maxim

Wings dan isu cetak rompak, KRU nafi ada masalah dgn Wings #pg3

[Copy link]
Post time 22-5-2014 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
KRU dan cetak rompak berpisah tiada... Dorg rasa kebal sbb very d kamceng with gomen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 05:17 AM | Show all posts
awie ni 90's dulu....dialah artis paling kaya & pernah digelar jutawan, setakat beli harley 2-3 bijik tu dh mcm beli ikan kat pasar jer
kalaulah time 'masyuk' tu dia beringat...mesti skrg dia dah senang goyang kaki jer kutip hasil...takdelah nak maratip kulu kilir menagih simpati kekonon harap duit royalti utk kelangsungan hidup  

errr awie, rasanya zmn 'sharing is caring' ni, istilah royalti, cetak rompak, itunes, physical album...semua tu dah tak relevan lagi ye dlm industri hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 07:13 AM | Show all posts
dani-rox posted on 22-5-2014 12:06 AM
mcm dlm gua gelap nya  nama KRU besar gedabak jah... PC derang nih memang sedeeyyy.
bertab ...

sebesar-besar alam semesta logo KRU, ni press konferens KRU ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 08:07 AM | Show all posts
KRU ni klu x mendatangkan untung..mmg x buat..kata nak tolong org melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 08:16 AM | Show all posts
SyaAnis posted on 21-5-2014 02:27 PM
owh, itunes game je yang free ye??

kalau lagu2 dah masuk itunes untuk pre-release & orang ade b ...

Rasanya kalau iTunes lagu2 die berbayar. Tak boleh transfer kot sebab die ada digital copyrights rasanya. Trasa macam pernah nk transfer dulu tapi x boleh.

Lagi pn dah zaman cetak rotak. Download tu pkara biasa je..Wings ni tkejut kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 09:24 AM | Show all posts
Awie ni kaya raya takde maknanya hadap duit royalti, banyak lagi sumber income dia terutama kelab malam dia kt ipoh tu. Dengar cite dah nak buka cawangan kt kl pulak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2014 09:24 AM | Show all posts
sian kan .. xde nasib agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 09:41 AM | Show all posts
Donlod pastu dngar...
Kalau best bleh layan...
Kalau xbest bleh deleted...
Hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 04:35 PM | Show all posts
takpe brother wings. wa tetap sokong lu orang..

rock sampai tua..
yeyearghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:27 AM | Show all posts
org dlm la tu... camna bleh leak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 09:28 AM | Show all posts
bukan apple bayar ke royalti pada lagu yg diorang sebarkan??
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 11:01 AM | Show all posts
dani-rox posted on 22-5-2014 12:06 AM
mcm dlm gua gelap nya  nama KRU besar gedabak jah... PC derang nih memang sedeeyyy.
bertab ...

serious nampak cikai sgt PC nih... kesian Wings, tatau lak diorg under KRU mgmt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 11:41 AM | Show all posts
KRU Nafi Punyai Masalah Dengan Wings
Wings pada pelancaran album mereka di Hard Rock Cafe pada Isnin lalu.


PETALING JAYA: Syarikat rakaman KRU Music menepis khabar angin pihaknya mempunyai masalah dengan legenda rock negara iaitu Wings gara-gara empat lagu kumpulan tersebut telah dicetak rompak secara digital sebelum album mereka, Menakluk Kosmos dilancarkan.
Naib Presidennya, Jaja Nadzir berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku memandangkan syarikat tersebut turut menjadi mangsa keadaan cetak rompak selepas menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk projek album tersebut.
"Sejujurnya KRU Music tidak mempunyai masalah dalaman dengan Wings kerana mereka adalah artis kami dan juga rakan kongsi perniagaan KRU.
"Kami telah berusaha untuk menyekat penyebaran lagu tersebut di ruang digital tetapi malangnya ia telah dimuat turun dan telah dicetak rompak

"Lagipun inilah kali pertama album fizikal keluaran KRU dicetak rompak sebelum berada di pasaran. Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu ini dan pihak KRU akan membuat laporan polis dan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan isu ini," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Pada Selasa lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu  dalam album terbaru mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini yang baru dipasarkan pada Khamis  telah dicetak rompak.

Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.
Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.
Dalam pada itu vokalisnya, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak KRU apabila pelancaran album mereka pada Isnin lalu dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga' dan tidak bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Jaja berkata, pihaknya juga sudah berhubung dengan anggota Wings untuk menjernihkan keadaan dan perjumpaan antara kedua-dua pihak akan diadakan tidak lama lagi  bagi menyelesaikan isu tersebut selain membincangkan langkah seterusnya bagi mempromosikan album Menakluk Kosmos.

"Pihak kami akan berjumpa dengan Wings bagi menjernihkan keadaan. Mengenai isu pelancaran album Menakluk Kosmos yang gagal mendapat sambutan pihak media, saya mewakili KRU Music ingin memohon maaf kepada semua pihak termasuklah Wings  kerana sebarang kekurangan yang berlaku adalah diluar jangkaan kami," ujarnya.

Last edited by maxim on 23-5-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 11:41 AM | Show all posts
awie bukan ke ade pub di ipoh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 06:27 PM | Show all posts
sakan sinarfm dok promote album wings seharian arini..ntah brapa la KRU bayar..sampai bleh tukar jadik WingsFM
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 07:01 PM | Show all posts
Spotify memang free untuk dengar, bukan boleh download pun, itu pun nak marah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064171 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list