CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19514|Reply: 13

Sakit tekak

[Copy link]
Post time 21-5-2014 03:06 PM | Show all posts |Read mode




Assalamualaikum semua!

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Kali ini saya nak berkongsi rawatan sakit tekak akibat kahak dan awal selsema yang mudah dan praktikal. Ada dua teknik.

1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.

2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.

Selamat mencuba wahai para pencinta perubatan Islam...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!/www.rawatanislam2u.com


Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak

Masa kecik2 dulu, kalau sakit tekak selalunya ada petua2yang mak kita selalu amalkan untuk anak2 dia macam  akan buat air asam jawa yang diembun semalaman dan esok nya minum.

Dibawah ini ada Petua lain yang boleh diamalkan bila kena sakit tekak ok...

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong.Cubalah mengikut petua ini:

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
Rebus beberapa biji buah pisang masak.Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.Campurkan dengan gula danembunkan selama satu malam.Minum dua kali seminggu.
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Rawatan Lain

1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat  segi analgesic dan antipyretic.Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s.  

3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Last edited by pestol on 21-5-2014 05:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 04:05 PM | Show all posts

ni cerita sakit tekak ke sakit kencing kotor?

apa kene mengena sakit tekak ngan kencing kencing kotor/uti? setau aku kalau uti tu kencing x lawas kene minum cranberry juice atau ural dan kene gi jumpa doktor untuk ditentukan dosage antibiotik yang diperlukan setelah doktor analyze air kencing kita.... Last edited by ana_w_houb on 21-5-2014 04:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 05:20 PM | Show all posts
ana_w_houb posted on 21-5-2014 04:05 PM
apa kene mengena sakit tekak ngan kencing kencing kotor/uti? setau aku kalau uti tu kencing x lawas  ...

hehehe tersalah tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:29 PM | Show all posts
Good info......
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 10:44 AM | Show all posts
2 minggu lepas kena sakit tekak. punya la susah nak tido malam. dah aku memang bukan jenis bergantung pada ubat. tak suka makan ubat so kemam la byk2 lozenges. alhamdulillah akhirnya sembuh jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 08:10 PM | Show all posts
antara supplement paling berkesan untuk hilangkan sakit tekak (dengan segera) ~ adalah Nutriferon Shaklee.

mmg terbaik. sbb me sendiri pernah kena sakit tekak yg takleh nk telan air liur & telinga rasa sakit sangat2. amek Nutriferon 1 sachet, dalam 5-6 jam, dah kurang & tak sakit lagi.

tapi rege Nutriferon nie pun .... amatlaa mahal. hahahahhaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2014 11:25 PM | Show all posts
madu manuka and lemon help
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:57 AM | Show all posts
minum air suam byk2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 07:21 PM | Show all posts
minum air mineral spritzer byk2 dan mkn lozenge

air asam jawa paling sedap brand jusmaster ada kat 7e

untuk kelegaan awal dan elak jadi lagi parah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:26 AM | Show all posts
trus amek habbatus sauda n mkn. petua paling simple. thanx TT. pnh terbaca gak..habbatus sauda boleh memulihkan ape je penyakit berkaitan paru2
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 01:07 PM | Show all posts
kicap + limau ...rasa pelik tapi mujarab banding ubat2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 12:26 PM | Show all posts
air asam jawa sudaaa... ok juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 06:48 PM | Show all posts
Habbatussauda the best..
Sakit tekak batuk sembelit sakit belakang. Sgt sesuai utk ku ..
Satu lagi cuka kurma..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 04:21 PM | Show all posts
beberapa hari kebelakangan ni tekak mcm berdarah
blh guna jgk ke petua2 ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.226061 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list