CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13575|Reply: 84

Pengarah Awak Nak Kahwin Dengan Saya? harap adegan peluk tak jadi isu!

[Copy link]
Post time 21-5-2014 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Adegan Peluk Dalam Filem Terbaharu MIG Diharap Tidak Menjadi Isu - Pengarah
Salah satu babak membabitkan lakonan Fezrul dan Erin dalam filem 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya?'


PETALING JAYA: Pengarah filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? iaitu Eyra Rahman yakin adegan peluk dan dukung yang dilakonkan oleh Fezrul Khan dan Erin Malek sebagai pasangan kekasih dalam karyanya itu tidak akan mengundang sensiviti penonton.

Eyra berkata, adegan sebegitu mempunyai alasan yang tersendiri yang mana ia menyokong jalan cerita filem tersebut.

"Babak itu sebenarnya untuk memberi fahaman bahawa watak Andika (Fezrul) yang mempunyai masalah terlalu pembersih iaitu Obsessive–compulsive disorder (OCD) sehingga tidak suka menyentuh orang sudah berubah apabila dia boleh memegang Putri (Erin) kerana cintanya kepada wanita itu.

"Saya tak rasa adegan pasangan yang bercinta berpeluk dan didukung akan menjadi sensitif kepada penonton kerana ada sebab mengapa babak itu diadakan.

"Lagipun pemikiran penonton sekarang ini lebih matang dan mereka boleh berfikir secara logik setiap kali menonton mana-mana filem. Dan saya harap, adegan kecil itu tidak menjadi isu pula," katanya kepada mStar Online.

Eyra ditemui pada majlis pratonton filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?, terbitan Metrowealth International Group (MIG) di TGV Sunway Piramid di sini pada Selasa.

[size=0.75em]Eyra Rahman. Foto SAMUEL ONG


Pengarah itu diminta mengulas mengenai babak akhir Awak Nak Kahwin Dengan Saya? di mana Andika dan Putri sebagai pasangan kekasih yang dilihat keterlaluan apabila Andika memeluk dan mendukung Putri selepas berasa yakin mahu memperisterikan wanita berkenaan.

Tambah pengarah itu, Awak Nak Kahwin Dengan Saya? merupakan sebuah karya komedi yang santai tetapi ia menekankan elemen latar belakang berwarna warni selain skrip yang kuat.

Malah Eyra berhabis masa memberi fokus pada skrip supaya setiap lawak yang dihasilkan dapat diterima penonton.

"Saya seorang pengarah yang selalu menghasilkan filem-filem berat. Apabila mengarahkan filem komedi, ia satu cabaran besar buat saya.

"Paling risau jika lawak yang dibuat dianggap lawak bodoh dan langsung tidak menggeletek hati penonton. Jadi saya meminta bantuan ramai pihak termasuklah barisan pelakon mengenai idea lawak yang disampaikan," ujarnya.

Awak Nak Kahwin Dengan Saya? mengisahkan Andika yang merupakan ketua editor di sebuah syarikat penerbitan majalah dicabar bekas kekasihnya, Sara (lakonan Shima Anuar) untuk membuktikan bahawa dia sudah pun memiliki pasangan baru.

Andika meminta bantuan pembantu peribadinya, Putri untuk berlakon sebagai kekasihnya selama seminggu. Bagaimanapun, bibit-bibit cinta mula terjalin selepas menyedari kedua-dua mereka mempunyai keserasian dan memahami antara satu sama lain.

Filem itu akan ditayangkan bermula 22 Mei ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 03:17 PM | Show all posts
pengarah berhijab mcm mana pun..tetap juga nak selit adegan peluk2 gini..

menjiwai watak la sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:17 PM | Show all posts
Alahai tajuk filemnya....terus mak teh turn off nak tengok

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:18 PM | Show all posts
MIG pelem most of them totally sucks..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:19 PM | Show all posts
"Saya seorang pengarah yang selalu menghasilkan filem-filem berat. Apabila mengarahkan filem komedi, ia satu cabaran besar buat saya.


die ni ke yg pengarah cita aku terima nikahnya tu? yang ND dgn Ady Putra tu.. nak tanye lah.. cerita aku terima nikahnya tu bukan cerita berat pun..cerita kelakar lg ade..ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:19 PM | Show all posts
hurm..

rasenya kalau tak bagi statement, lagi orang tak caci maki kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 03:20 PM | Show all posts
putehkundor posted on 21-5-2014 03:17 PM
Alahai tajuk filemnya....terus mak teh turn off nak tengok

tau tak apa
tajuk spastik sangat2..... muntah hijau baca tajuk macam ni
tu blom lagi tengok pilem tu - mau pitam 7hari 7malam...

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:27 PM | Show all posts
penonton suruh berpikiran matang, kenapa dia sendiri berpikiran kureng mateng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 03:29 PM | Show all posts
erk, cerita macam ni lagi. ketandusan idea kah untuk buat filem yg sealiran je dengan drama2 adaptasi novel ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:29 PM | Show all posts
SyaAnis posted on 21-5-2014 03:19 PM
hurm..

rasenya kalau tak bagi statement, lagi orang tak caci maki kot..

ni sje bg suh org maki kan sb statement ntah ape2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:29 PM | Show all posts
aku tgk trailer ada bobo


BOBO!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 03:31 PM | Show all posts
wookiehoney posted on 21-5-2014 03:29 PM
aku tgk trailer ada bobo

tgk trailer pn dah bleh pitam  


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:34 PM | Show all posts
syaitan akhir zaman tak takut pengarah filem bertudung.

harap bomoh buaya

boleh pagar pengarah filem ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:35 PM | Show all posts
"Saya tak rasa adegan pasangan yang bercinta berpeluk dan didukung akan menjadi sensitif kepada penonton kerana ada sebab mengapa babak itu diadakan.



alang2 berpeluk berdukung baik kau buat adegan berhenjut bersenggama terus. another sampah sarap dr the so called pengarah melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:36 PM | Show all posts
pitammmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:45 PM | Show all posts
benda dh jadi kan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 03:49 PM | Show all posts
eleh.. ckp jela ko saje nk buat promo.
nk suruh org dtg panggung tgk citer ko sbb adegan peluk2. ceh!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:50 PM | Show all posts
why bother...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
br thu OCD boleh drawat dgn peluk bukn muhrim
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:56 PM | Show all posts
mcm taraf drama jer...sampai nak berpanggung bagai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.271586 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list