CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 11

[Tempatan] Uniform baru anggota Rela dengan syarat ..

[Copy link]
Post time 25-5-2014 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  hari ini berkata beliau akan menaja uniform baru bagi 8,639 anggota Rela yang layak mengundi di Teluk Intan bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihan raya kecil pada 31 Mei ini.        Menteri Dalam Negeri itu menyatakan bukan semua anggota Rela yang hadir di program petang ini di Kampung Selaba, Teluk Intan memakai uniform baru yang berwarna hijau muda.
        "Saya menyedari terdapat perbezaan dalam uniform  – ada yang memakai hijau gelap, yang lain hijau muda – Saya berjanji  kepada pengundi di Teluk Intan, jika Mah menang, saya akan segera membelikan anda uniform  baru " katanya yang mendapat sorakan 4,000 orang yang hadir.

        "Jika dia tidak menang, anda mesti membeli sendiri. Tetapi saya yakin dengan kerjasama kita, kerja keras dan komitmen yang tinggi, kita akan memastikan Mah Siew Keong memenangi kembali kerusi Parlimen Teluk Intan, " kata Zahid.
        Beliau menambah ementara lebih 8,000 anggota Rela di Teluk Intan layak mengundi, beliau memberi amaran kepada mereka bahawa beliau sedar siapa yang tidak mengundi dalam  pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.
        "Pada pilihan raya umum ke-13, seramai 2,019 anggota Rela tidak mengundi. Saya periksa satu demi satu, dan saya tahu siapa yang tidak keluar mengundi.
        "Jangan bimbang, mereka tidak berada di sini pada majlis ini. Tetapi kita mesti memastikan mereka mengundi kali ini," kata Zahid.
        Walaupun identiti pengundi sepatutnya rahsia, Zahid, yang juga naib presiden Umno memberitahu orang ramai beliau mampu memeriksa peti undi untuk melihat siapa yang mengundi.
        Mah, presiden Gerakan, dikalahkan dalam pilihan raya umum 2013 oleh calon DAP Seah Leong Peng dengan margin sebanyak 7,313 undi.
        Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi, termasuk 410 pengundi awal dan pengundi tidak hadir 12.
        Kawasan itu mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 Cina (41.9 %) dan 11,468 India (19%).
        Kali pertama DAP memenangi kerusi persekutuan, kemudian dikenali sebagai Teluk Anson, dalam pilihan raya 1969, apabila Chan Fu King menewaskan calon MCA Dr Ng Kam Poh.
        Bagaimanapun, sejak persempadanan semula pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan pilihan raya itu berubah dari segi komposisi dan watak, yang membolehkan calon Gerakan memenangi kerusi itu dari 1974 sehingga pilihan raya umum 1995 apabila M. Kula Segaran dari DAP memenangi kerusi tersebut. – 24 Mei, 2014.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2014 12:57 AM | Show all posts
RELA la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 01:01 AM | Show all posts
zahid... zahid...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 01:10 AM | Show all posts
So you are telling us that our vote is not a secret. Kalau gitu x payah lah suruh tentera mengundi sah- sah kena bg dekat BN kalu x bagi ugut x naik pangkat. SPR x buat kerja la kalau ada seorang org parti boleh tau undi orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 02:10 AM | Show all posts
Undi bukan lg rahsia...natang beruk sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 02:17 AM | Show all posts
Ini mcm punya kempen pun ada.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2014 02:21 AM | Show all posts
Kenapa perlu tunggu menang baru nak bagi. Bagi terus ajelah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mengunakan pengaruh dan jawatan untuk berkempen...xsihat cara ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2014 02:49 AM | Show all posts
Macam ini punya kempen PRK kepala hotak zahid dah berjambul nak mampos! Ini ugut terang-terangan namanya!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 03:32 AM | Show all posts
rasuah...rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 04:35 AM | Show all posts
Umgok, rasuah - macai, saguhati berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 07:51 AM | Show all posts
baru rakyat tau ..bukang RELA ajo ...lain lain anggota yang berunifom..pong.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.559230 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list