Disebalik cerita ABPBH, ramai yang masih tertumpu pada cerita-cerita selebriti yang hampir kepada penceraian. Paling terbaru adalah Izreen Azminda yang khabarkan diceraikan dihadapan orang ramai di lokasi penggambaran selepas satu pertengkaran besar terjadi antara dirinya dan suami di Pulau Pinang. Namun, ianya dinafikan sendiri oleh suaminya. Peliknya, laporan awal Izreen Azminda ada mengesahkan kejadian tersebut sehingga membuatkan orang ramai tertanya apakah status sebenar beliau. Izreen Azminda sendiri memaklumkan yang beliau tidak mahu memberikan apa-apa komen lanjut tentang isu ini dan meminta semua pihak menunggu keputusan mahkamah berkaitan kes cerai beliau. Jadi, kita tunggulah ye. “Maaf, buat masa sekarang, kami tak mahu komen apa-apa lagi. Bagi saya dan Riza ruang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Proses tersebut sedang berjalan. Saya tak mahu ulas pasal satus, nanti kita tunggu sahaja keputusan mahkamah.
“Saya tidak mahu lagi berbalas-balas kenyataan dengan Riza kerana bila lebih banyak kenyataan dikeluarkan, lebih banyak komen negatif timbul. Jadi biar kita sama-sama tunggu keputusan mahkamah sahaja,” jelas Izreen Azminda. Namun, Izreen Azminda mengakui sudah sebulan tidka tinggal sebumbung dengan suaminya Muhamad Riza Baharuddin dan anak mereka, Adrian Umar tinggal bersama pelakon itu sekarang. Apapun, harap mereka dapat selesaikan dan tidak berakhir dengan penceraian. Selamatkanlah rumahtangga selagi boleh.
Last edited by xpdckelate on 11-6-2014 08:40 AM
|