CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12385|Reply: 50

Testimoni ubat kurus, Siti Nurhaliza bagi tempoh 30 hari

[Copy link]
Post time 26-5-2014 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Isu Iklan Ubat Kurus: Siti Nurhaliza Bagi Tempoh 30 Hari






.Selepas pelakon Rozita Che Wan, Datuk Siti Nurhaliza pula menjadi mangsa. Menerusi akaun Instagramnya, penyanyi nombor satu negara itu telah memuat naik sebuah iklan ubat kurus yang menggunakan dua gambarnya sebagai testimoni.
Menerusi gambar yang dimuat naik, Siti menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan pihak pengiklan tersebut memanipulasikan gambar-gambarnya semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Lebih memburukkan keadaan, gambar tersebut digunakan tanpa kebenaran selain telah disunting untuk menonjolkan keberkesanan produk tersebut. Selain itu, terdapat testimoni palsu yang ditulis bukan berdasarkan pengalaman Siti menggunakan produk tersebut.
“Saya sedar tentang kewujudan testimoni palsu pil kurus itu menerusi akaun Facebook saya. Waktu itu, saya agak terkejut kerana saya tidak pernah mengambil produk atau suplemen untuk menurunkan berat bandan.
“Tambahan pula, gambar yang diguna oleh pengiklan itu telah disunting bagi menampakkan tubuh saya supaya kelihatan sedikit berisi. Sekali pandang, kita dapat meneka bahawa gambar tersebut telah disunting,” jelasnya seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo! hari ini.
Inilah iklan testimoni yang tersebar di Instagram menyaksikan 'transformasi' berat badan Siti.
Menurut Siti, beliau enggan memanjangkan perkara berkenaan. Namun jika pengiklan itu enggan mengeluarkan gambarnya daripada laman sosial, tindakan undang-undang bakal diambil.
“Setelah menyedari testimoni palsu itu, saya telah memberi peringatan kepada pengiklan tersebut menerusi akaun Instagram saya.
“Jika ia tidak diturunkan dalam masa sebulan, saya akan merujuk kepada pihak berkuasa bagi menghentikan pengiklan itu daripada terus menggunakan gambar saya tanpa kebenaran,” kata Siti sambil memberitahu, dia lebih gemar melakukan senaman secara kerap berbanding mengambil ubat kurus untuk menurunkan berat badan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 09:30 AM | Show all posts
saman jek...
nak meniaga smpai sggup mnipu.
penat je tokti gi lari2 atas treadmill demi tok k..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 09:32 AM | Show all posts
Elok saman je. dorang ni sesuka ati amik gambar artis utk lakukan produk. buatnya produk tu merbahaya mcm mana? peminat plak main beli je bila tgk artis pun amik produk tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 09:34 AM | Show all posts

Raspberry ketone ni scam slimming pills, sama macam scam acai berry. Famous kat u.s tu haa.. Tak tahu pula dah masuk market msia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:34 AM | Show all posts
starcity posted on 26-5-2014 09:32 AM
Elok saman je. dorang ni sesuka ati amik gambar artis utk lakukan produk. buatnya produk tu merbahay ...

teringt plak kes serina

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=691906

tp bukan pakai gambar die..pakai gambar org len yg x amek produk tu..nak pakai gambar snirik still bambam lagik  
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 09:37 AM | Show all posts
mcam2 cara org nk promote ...
tp ..
nk kurus x perlunya ambil segala produk tu..
pe lg yg guna artis  sbg tarikan...
kalau betul mujarab da lama syanie, adibah noor tu kurus..
mesti dia org pun teringin nk kurus..comei..
yg penting dr awal jaga pemakanan, rajin bersenam..
InsyaAllah kurus la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2014 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dorng ni pun agak2 la klu nk lariskan produk.. dh la menipu keji sungguh!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:06 AM | Show all posts
maxim posted on 26-5-2014 09:34 AM
teringt plak kes serina

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=691906
tp bukan pakai gambar die..pakai gambar org len yg x amek produk tu..nak pakai gambar snirik still bambam lagik  


Aiyo...dia tak pernah dengar pasal photoshop ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 10:21 AM | Show all posts
xde kije nak menipu.. saman je Tok Ti..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:24 AM | Show all posts
keji amat
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:29 AM | Show all posts
kasihan siti

anda ingat siti itu siapa

sila saman siapa yg berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:48 AM | Show all posts
aku rs bukan siti jer kene mcm ni..yg bukan retis pun berlambak kene..mmg kuam hajo jenis meniaga guna gambo org lain then buat testimoni palsu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:50 AM | Show all posts
lengan siti dalam gambar baju merah tu dah macam body builder
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:51 AM | Show all posts
tak boleh blah siap buat testimoni. -________-
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:39 AM | Show all posts



yg 65kg tu gambar betul, yang 52kg tu superimpose
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:41 AM | Show all posts
lawak plak i rasa pic testimoni tu
sentap mek sitiselfie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ct masa gemok bkn ke 58kg je?
sbb tahun lepas kot masa dia nk wat konsert apa tah dia gigih duk eksesais n ckp nk turunkan dlm 3 kg lg dr 58kg katanya.
dulu2 masa dia sekeping zaman bujang pun dah 50kg.
sbb ct tu tinggi juga bkn bawah 160 punya org.

kt ig pun dia siap tulis caption saya tak kurus lah, merujuk kpd gambo testimoni itu..

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 12:01 PM | Show all posts
pandainya pengiklan tu siap teka berat ct 65 dgn 52 ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
xyh tguu
.trus je smnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie posted on 26-5-2014 09:37 AM
mcam2 cara org nk promote ...
tp ..
nk kurus x perlunya ambil segala produk tu..

syanie abis puluh ribu wat gastro bypass pun x kurus kering... huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.334065 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list