CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6800|Reply: 108

[Tempatan] Kontrak pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik tak diperbaharui

[Copy link]
Post time 26-5-2014 10:48 AM | Show all posts |Read mode


Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".

Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.
Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.
"Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.

Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.

The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.

Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.

Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.

"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.

Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.

Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 26 Mei, 2014.

http://www.themalaysianinsider.c ... i-bank-rakyat-tidak Last edited by DTECCONAN on 26-5-2014 10:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2014 10:51 AM | Show all posts
mcm mana Hasan Malek tu boleh jadi menteri?

tak faham, dr dulu lagi ada jer masalah dia ni

antara menteri tak cerdik langsung
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:53 AM | Show all posts
Maner kimak haram jadah yang suka2 paksa lulus tu? Muka dah la macam celaka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:56 AM | Show all posts
UMNGOK..mmg CELAKA..layak sungguh di maki hari tu oleh hindu DAP tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sabarudin bole dedahkan butiran hasan? dia tau x BAFIA tu apa?
xsangka sabarudin jd pengerusi bank. sejak arwah dato k meninggal, aku rs bank rakyat ni tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Umngok.... Umngok... Umngok....

Selama2 nya bongok....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2014 11:00 AM | Show all posts
Czaziq posted on 26-5-2014 10:57 AM
sabarudin bole dedahkan butiran hasan? dia tau x BAFIA tu apa?  
xsangka sabarudin jd pengerusi b ...

bank rakyat makin maju ler sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 11:02 AM | Show all posts
ramai lagi dalam UMNO boleh jadi Menteri

tolonglah buang menteri mcm ni

ni semua sebab nak bg cukupkan kouta negeri.... Last edited by DTECCONAN on 26-5-2014 11:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 11:02 AM | Show all posts
Alaa... di kasi ajer laa kawan tu.
Riba-free. Ada masalah kaa...?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah lama bukan ... sabarudin meroyan khidmat tak disambung ... Lalu bukak la lobang pasal Carpet Raya SB.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank rakyat ni aku tau pun sebab leh simpan emas atau buat ar rahnu... Masuk barang kemas mcm ala2 pajak ke dpt duit beli yg baru atau simpan kat asb byr la bulab2... Kalo x mmg x tau langsung kewujudan bank rakyat ni... Saya mesti pilih
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:05 AM | Show all posts
ni satu tuduhan Hasan Malek campur tangan..sama2 kita tengok..apa kesudahannya.

apa pun..saya org Kuala Pilah...Hasan Malek MP Pilah...saya sendiri pun tak pekenan dgn beliau..kalau betul..beliau harus bertanggungjawap..atau dipencenkan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kan kat memana bank pun kalo ada corporate loan mesti ada sepesen kompeni nak jugak selitkan sign dr org2 besar or vip walhal depa kene aware yg segala kelulusan ada bergantunng pd viability of the project and credit worthiness. kalo ikutkan byk lagi kes x masuk akal yg mintak jumlah so and so waiver. tp what to say bafia seumur hidup katanyer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:10 AM | Show all posts
kalau ikutkan artikel ni, loan tanpa interest 40 juta utk settle loan 32 juta, yg 6 juta tu apa, bkn profit ke,

pembetulan, 8 juta.
Last edited by badaksumbu on 26-5-2014 11:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:15 AM | Show all posts
ayoyo..gopal sama rajoo suda gadoh ka..??
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:16 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 26-5-2014 11:02 AM
Alaa... di kasi ajer laa kawan tu.
Riba-free. Ada masalah kaa...?

bukankah haram makan riba? hapalah sabarudin tukang kasut nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 11:18 AM | Show all posts
hasan malek org nogori
rosmah org nogori
deepak kawan rosmah

duk gi mari gi mari gitu jelah set2 nih

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:21 AM | Show all posts
company mana individu tu? banyak besar dia punya kapla.. rakyat marhain pun mampu bayar interest tau.. bodo piang
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:28 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 26-5-2014 11:02 AM
Alaa... di kasi ajer laa kawan tu.
Riba-free. Ada masalah kaa...?

nie baru loan islamic
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 11:32 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 26-5-2014 11:05 AM
ni satu tuduhan Hasan Malek campur tangan..sama2 kita tengok..apa kesudahannya.

apa pun..saya org ...

Dipencenkan aje? Hang ni tak habis2 lagi dengan tradisi bee end. Paling2 bersalah pun, hanya hukum pencen saje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.220752 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list