CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jebat05

Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?

[Copy link]
 Author| Post time 24-6-2014 11:31 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 22-6-2014 04:32 PM
Mak saya pnh mimpi mcm pergi satu tmpt lapang mcm padang kot pastu bertaburan carikan kertas (ala2 c ...

Kita bermimpi... kemudian kita terjaga dari tidur, kemudian perkara yg kita mimpikan itu wujud pula secara nyata seperti yg diceritakan... kadang2 itu hanya permainan iblis dan syaitan yg menambah2 asam garam dalam syak wasangka kita... kadang2 ianya merupakan suatu peringat supaya kita berhati2 dengan sikap dan sifat buruk manusia yg jelas lebih hebat dari iblis dan syaitan... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2014 11:52 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 09:57 PM
bila sebut santau ni..saya pun teringat pada arwah ayah saya...dia juga di santau..al fatihah untu ...

Berkenaan dgn santau... santau merupakan salah satu contoh suatu bentuk khianat manusia terhadapa manusia yg lain... pasti semua tahu apakah itu santau? dan pasti juga ramai yg tahu apakah bahan2 utama utk membuat santau? Serbuk kaca, Rambut, Miang buluh @ rebung, duri2 ulat bulu dan ntah apa lagi yg akan campurkan. Semua bahan2 itu td berbisa dan tidak boleh dihadam oleh perut manusia... Pandai org kita ni... mcm saintis.. tp pandainya tidak bertempat... kemudian santau ini akan dipuja dengan mentera2 tertentu... bahan2 ini akan diresapi oleh jin2 jahat dan kafir, iblis atau syaitan...

ada santau angin... santau ini dikirim melalui angin... sebenarnya bukan melalui angin, melalui jin2, iblis dan syaitan itulah... beterbanganlah serbuk santau itu menuju kerumah org yg dituju... kerana manusia ini menyedut oksigen maka, apabila sampai shj serbuk santau ini maka yg tuju td menyedut sekali oksigen berserta dgn serbuk santau tersebut.... Wallahu'alam...

Santau secara biasa atau normal... kebiasaannya serbuk santau ini di selitkan dicelah2 kuku... x perlu byk sampai sekilo kalau nak menyantau org ni, cukuplah hanya sedikit sahaja... dijentik sahaja kuku yg diselitkan serbuk santau itu, maka jatuhlah serbuk santau itu masuk kedalam air minuman atau makanan kita... Wallahu'alam...

Ada santau segera... bila nak santau baru buat... ada juga santau saka... iaitu serbuk santau yg diperturunkan turun temurun... yg memiliki santau ini amat2lah kasihan sebenarnya... kerana untuk menyelamatkan nyawa dia dan ahli2 keluarga dan keturunannya, pewaris santau ini terpaksa menyantau org lain... kerana kebiasaannya santau saka ini disimpan didalam potongan buluh(ala2 mcm tabung) kandungannya santau didalam potongan buluh itu hanya separuh shj, tetapi apabila bulan mengambang penuh secara automatik potongan buluh tersebut akan penuh, dan sebelum serbuk santau itu melimpah keluar, pewaris atau pemilik santau saka ini perlu tidak boleh tidak perlu menghantar santau tersebut kepada sesiapa sahaja dengan kata lain terpaksa menyantau org lain yg tidak berkenaan... Wallahu'alam... serba sedikit tentang santau... sekiranya ada yg lebih arif berkenaan perihal santau ini, minta diperjelaskan lagi utk pengetahuan semua readers...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 12:11 AM | Show all posts
assalam... lama jgk dh x menaip2 kat sini... mungkin ada yg mengatakan... dh xder idea ler tu... hehehehe... mungkin betul kot... tp yg lebihnya dh semakin bz dgn keje....

ada segolongan manusia suke berdebat... berdebat yg kadang2 xder memberi sebarang manafaat pun... bukan shj pada org lain, manafaat utk diri sendiri pun xder...

golongan ini paling suke berdebat pada suatu perkara yg berkiatan dgn ruh, syurga, neraka, jin, iblis, syaitan dan yg seangkatan dgnnya... kenapa agaknya yer? pada saya ilmu yg berkaitan dgn hal2 yg tersebut hanya sedikit shj diberikan kepada manusia... tetapi masih ada lg manusia yg ingin menunjukkan kepandaian mereka dlm hal2 sebegini...

siap dgn tafsiran tersirat disebalik ayat2 Allah dan juga sabda2 Nabi Muhammad S.A.W... saya berharap sgt jgnlah ada yg bersikap demikian... jika benar sekali pun anda tahu dan ada ilmu seperti begitu, x perlu rasanya diceritakan secara terbuka... kerana ianya akan mengundang kesesatan...

Kisah syeikh siti jenar yg dihukum bunuh oleh wali songo.... apakah yg sebenarnya terjadi... Yg akan saya ceritaka disini merupakan suatu versi yg mungkin berlainan dari versi2 yg pembaca pernah dengar. Versi ini telah diceritakan oleh seseorg yg saya percayai dan hormati.

Syeikh Siti Jenar mengatakan bahawa "Akulah yg Haq" "Aku adalah Allah" "Allah adalah Aku" "Aku dan Allah itu adalah satu" begitulah lebih kurang.. bagi mereka yg tiada ilmu yg berkaitan pastinya akan terus mengatakan.. "ahhh, confirm dah sesat"...

Mengikut versi ini Syeikh Siti Jenar ini tidak salah, dan apa yg dikatakannya adalah benar. Cumanya setelah sunan2 yg lain berbincang, sepakat mengatakan bahawa, Syeikh Siti Jenar perlu dihukum bunuh (pancung), bagi mengelakkan org ramai menjadi sesat dek kerana ketidak fahaman mereka dengan ajaran yg dibawa oleh S.Siti Jenar.

Maka Sunan Giri dilantik untuk menjalankan hukuman bunuh tersebut. Dipendekkan ceritanya... Maka Syeikh Siti Jenar pun dihukum pancung, maka memancutlah darah dari tubuh badan syeikh siti jenar, pancutan darah tersebut sampai ke permukaan tembok... dan dari darah Syeikh Siti Jenar itu terbentuk Kalimah Laillaha Illallah.....

Mengikut versi ini juga, yg dipancung ke syurga kerana ajaran yg dibawa adalah ajaran yg benar... yg memancung juga ke syurga kerana dapat menyelamatkan akidah manusia....

Mengikut versi ini juga... "Org yg belajar fekah tidak mempelajari tasawuf adalah sesat, org yg belajar tasawuf tidak memperlajari fekah adalah sesat sesesatnya"

Wallahu'alam... moga ada sedikit pedoman utk sekalian pembaca...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:42 AM | Show all posts
jebat05 posted on 24-6-2014 11:52 PM
Berkenaan dgn santau... santau merupakan salah satu contoh suatu bentuk khianat manusia terhadapa  ...

santau angin sama tak dengan santau tuju?
apakah tanda2 orang yang kena santau?

kuku jadi hitam, kurus kering, sakit kepala, tak boleh tidur, tak lalu makan, sakit tak bertempat...itulah yg dilalui arwah ayah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:44 AM | Show all posts
jebat05 posted on 27-6-2014 12:11 AM
assalam... lama jgk dh x menaip2 kat sini... mungkin ada yg mengatakan... dh xder idea ler tu... heh ...

Sangat setuju dengan apa yang saudara jebat kata kan. Jangan la kita ni sampai jatuh riak sebab rasa ilmu kita ni tinggi sangat & perlekehkan orang2 lain yg kita rasa jahil. Kalau kita rasa kita banyak ilmu, ada lagi orang yg lebih berilmu dari kita. Saya dah lama ikuti Bod Misteri ni & dah bermacam2 benang yg saya ikuti. Yang berdebat tentang hal sia2 tu pun ada je...kadang2 sampai tak berkesudahan...

Kejadian yg berlaku pada Sheikh Siti Jenar tu ada persamaan dengan Al Hallaj kalau tak silap saya.
Saya suka ikuti benang saudara. Teruskan berkongsi. Kekalkan sifat merendah diri & elak kan perbalahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 04:26 PM | Show all posts
Ipo posted on 27-6-2014 09:42 AM
santau angin sama tak dengan santau tuju?
apakah tanda2 orang yang kena santau?

santau angin = santau tuju ... tanda2 org kena santau. yg saya tau orgnya akan mudah darah, darah yg keluar kadang2 penuh 1 baldi.. lain dr yg itu saya memang x tahu... sbb belum pernah lagi bertemu dgn org yg pernah disantau.... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2014 05:06 PM | Show all posts
starcity posted on 27-6-2014 10:44 AM
Sangat setuju dengan apa yang saudara jebat kata kan. Jangan la kita ni sampai jatuh riak sebab ra ...

riak, ujub, takbur, zalim, khianat, iri hati dan yg seangkatan dgnnya, itu semua sifat2 asal manusia, sifat2 yg perlu dibendung supaya menjadi positif. bukan sifat itu yg menunggang kita, tetapi kita yg menunggang sifat2 itu, dijadikan kenderaan utk kita didunia menuju ke akhirat... wallahu'alam...

nak mengatakan siapa yg benar siapa yg salah siapa yg berilmu siapa yg tidak itu dah menjadi lumrah kita dah... andainya boleh mendtgkan manafaat oklah jugak... ini habuk pun tarak... setakat menang sorok... biarlah apa yg kita lakukan, sebutkan, ceritakan, perbuatkan itu sedikit atau x seberapa sgt tetapi boeh mendtgkan manafaat kepada diri kita, keluarga kita dan seterusnya masyarakat sekeliling itu adalah lebih baik... wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 11:49 PM | Show all posts
As salam Tuan Jebat, saya minta izin emel/pm pada tuan ya. Ada perkara yang saya nak tanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 03:41 PM | Show all posts
pumpkin_penyek posted on 29-6-2014 11:49 PM
As salam Tuan Jebat, saya minta izin emel/pm pada tuan ya. Ada perkara yang saya nak tanya.

Assalam... x perlu minta izin... teruskan shj niat dan hasrat anda.. akan dijawab semampu saya... InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:46 AM | Show all posts
jebat05 posted on 5-6-2014 10:44 AM
Info berkaitan mimpi. Mimpi berlawan, berkelahi, berperang atau bergaduh.

Mengikut kefahaman saya ...

Pada pendapat saya, mimpi adalah kesan daripada getaran jin yang sedang menyerap tenaga kita ketika sedang tidur. Jika kita mimpi bergaduh, atau berperang, maka terdapat jin yang ganas berada di bilik kita. Biasanya selepas bangun tidur kita akan terasa stress akibat getaran tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
misterinya

nape reply @Emoloser  kat thread ni masuk kat notice i
bukan ke awak reply bro jebat punya post

oo baru pasan waktu tak sama..
ada reply yang mendap kah

Last edited by cloudy_83 on 2-7-2014 11:27 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 05:44 PM | Show all posts
dah beberapa hari kita berpuasa terlupa pula saya nak ucapkan...

....SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA READERS YG BERAGAMA ISLAM... MUDAH2AN ANDA SEMUA DIRAHMATI ALLAH.... SEMOGA SEGALA URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 10:58 PM | Show all posts
Ada dikalangan readers yg masih tidak faham berkenaan dgn hukum membaca Al-Quran ketika haid atau nifas. Ramai yg mengatakan haram membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat. Saya minta readers supaya memikirkan apa yg saya perkatakan ini. Ini agak menyimpang dari maksud asal Thread ini, tetapi bg saya ini adalah perkara penting yg wajar saya perjelaskan kerana, ketika perubatan, amalan2 melibatkan ayat2 Al-Quran digunakan.

Bismillahirrahmannirrahim... Ayat ini sebahagian dari Al-Quran bukan? Adakah tiada yg membaca ayat bismillah ini ketika sebelum makan? sebelum melakukan sebarang pekerjaan? sebelum tidur? Ini logiknya bukan berdasarkan dalil dari Al-Quran atau Hadith Nabi . saya memang x pandai nak berdalil-dalil ni sbb bukan taraf ustaz atau tuan guru.

Saya selitkan artikel berkenaan perkara ini. (kredit to https://sites.google.com/site/en ... id-membaca-al-quran)

Mudah2an tiada kekeliruan lagi dalam hal2 sebegini, perkara2 ini terjadi kadang2 adalah hasil dari musuh2 Allah yg mencari kelemahan dalam Islam wpun sebenarnya Islam itu tiada cacat celanya lagi. Wallahu a'lam

Hukum perempuan haid membaca Al Quran

Soalan Pertama : apakah hukum orang yang datang haid dan nifas membaca Al Quran.
Soalan Kedua : Sekiranya perempuan itu tidak menghafal beberapa surah Al Quran, maka adakah boleh perempuan itu memegang Al Quran.
Soalan Ketiga : Adakah boleh perempuan haid dan nifas mendengar bacaan Al Quran.

Jawapan :

Segala puji hanya tertentu bagi Allah dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.


Masalah ini adalah masalah yang berselisih pendapat antara ahli-ahli imu.

Pendapat Pertama : Diharamkan Perempuan Haid Membaca Al Quran

Jumhur ulama berpendapat, haram ke atas orang perempuan yang kedatangan haid membaca Al Quran hinggalah perempuan itu bersuci barulah dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran.
Dalil Ulama Yang Mengharamkan Perempuan Haid Membaca Al Quran

Mereka memasukkan orang haid dan nifas ke dalam golongan orang yang berhadath besar. Iaitu orang haid, berhadas besar dan nifas, semua mereka ini tidak dibenarkan bahkan haram ke atas mereka membaca Al Quran tidak kira sama ada membaca Al Quran daripada hafalan atau membaca Al Quran daripada mushaf.

Mereka berdalilkan dengan hadith nabi :
أْنَّ الْجُنُبَ لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنُ
yang bermaksud : bahawa orang yang berjunub atau berhadas besar tidak boleh membaca Al Quran.

Dan hadith lain :
لاَ تَقْرَأُ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ. (أبو داود، الترمذي).

yang bermaksud : orang haid dan orang nifas tidak boleh membaca Al Quran sedikitpun.

Ini kerana junub adalah hadas besar dan haid juga adalah hadas besar.

Begitu juga dengan orang nifas termasuk dalam larangan membaca Al Quran.

Bagi pendapat mazhab Hanafi, diharamkan bagi perempuan haid membaca Al Quran melainkan jika perempuan itu seorang guru, maka dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran dengan syarat perempuan itu hendaklah mengajarkan anak muridnya satu kalimah-satu kalimah, iaitu dengan memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain dan tidak boleh disambungkan kalimah-kalimah itu, dan tidak boleh perempuan itu membaca ayat, begitu juga dibolehkan perempuan itu membaca ayat Al Quran kerana membuka sesuatu perkara yang dibacakan basmalah (bismillahir rahmanir rahim), dan begitu juga dibolehkan ke atas perempuan itu membaca ayat-ayat pendek dengan niat doa atau puji-puji Allah.

Bagi pendapat mazhab Syafie, diharamkan perempuan haid membaca Al Quran walaupun satu huruf sekalipun, sekiranya perempuan itu berniat membaca Al Quran kerana membaca Al Quran, bukan kerana zikir dan bukan kerana berdoa dengan membaca ayat Al Quran, maka haramlah ke atas perempuan itu, tetapi jika perempuan itu berniat zikir seperti perempuan itu ketika makan dia membaca, bimillahir rahmanir rahim, atau lancar sebutan lidahnya dengan niat zikir dan bukannya niat membaca Al Quran, maka tidaklah diharamkan dia membaca Al Quran itu, iaitu dengan

Ringkasnya, pendapat jumhur ulama mengatakan, apa-apa bacaan Al Quran, tidak dibenarkan sama sekali melainkan jika perempuan itu membaca Al Quran dengan berniat zikir atau membaca Al Quran ketika berdoa, dengan syarat tidak membaca Al Quran dengan niat membaca Al Quran, maka dua cara ini adalah dibolehkan, tetapi selain daripada dua cara ini maka diharamkan perempuan membaca Al Quran.

Pendapat Kedua : Dibolehkan Perempuan Haid Membaca Al Quran

Sebahagian ahli ilmu lain bependapat, diharuskan dan dibolehkan perempuan yang kedatangan haid membaca Al Quran. Pendapat ini adalah pendapat Imam Malik, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Pendapat ini telah dipilih oleh Syeikh Al Islam Ibnu Taymiah dan telah ditarjihkan oleh Imam As Syaukani.

Berkatalah Al Fadhil As Syeikh Ibrahim Jalhum, Syeikh Masjid Az Zainabi di Kaherah, dibolehkan kepada perempuan yang kedatangan haid untuk membaca Al Quran sedangkan darah haid tengah keluar, bagi pendapat ulama-ulama besar dalam mazhab Maliki mengatakan dibolehkan perempuan haid membaca Al Quran sedangkan darah haid tengah keluar. Tetapi apabila darah haid itu sudah berhenti, maka tidak dibenarkan lagi perempuan itu membaca Al Quran sebelum perempuan itu mandi kerana perempuan itu boleh mandi maka tidak dibenarkan perempuan itu membaca Al Quran.

Pendapat ini mengatakan perempuan haid dan nifas boleh membaca Al Quran seperti dia menjadi guru, atau dia belajar Al Quran, atau dia mengajar anak-anak membaca Al Quran.

Dalil Ulama Yang Membenarkan Perempuan Haid Dan Nifas Membaca Al Quran

Ulama yang membenarkan perempuan haid dan nifas membaca Al Quran kerana masa haid dan nifas adalah panjang, maka tidak boleh dimasukkan haid dan nifas ke dalam golongan orang yang berjunud kerana orang yang berjunub masanya adalah pendek. Orang yang berhadas besar boleh mandi selepas dia selesai dengan hajatnya tetapi orang yang haid dan nifas tidak boleh mandi untuk mengangkat hadas besar selama kedatangan haid dan nifasnya itu.

Ulama yang membenarkan orang perempuan membaca Al Quran juga berdalilkan dengan satu hadith yang mana isteri baginda Aisyah kedatangan haid ketika melakukan haji wida'. maka Nabi Muhammad pun bersabda :
اِفْعَلِيْ مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَلاَّ تَطُوْفِيْ بِالْبَيْتِ حَتَى تَطْهُرِيْ
yang bermaksud : buatlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji tetapi jangan kamu tawaf di Kaabah hinggalah kamu bersuci.

Sabdaan Nabi Muhammad : "buatlah apa yang orang yang mengerjakan haji buat" adalah termasuk juga membaca Al Quran. Iaitu orang yang mengerjakan haji banyak melakukan amalan ibadah, termasuk membaca Al Quran. Difahamkan daripadanya bacalah Al Quran sebagaimana orang yang mengerjakan haji membaca Al Quran, melainkan jangan tawaf di Kaabah sahaja.

Tawaf di Kaabah adalah sama martabat dengan solat, maka Nabi tidak membenarkan tawaf kerana orang haid tidak dibenarkan solat. Kalaulah membaca Al Quran itu tidak dibenarkan maka sudah tentu Nabi Muhammad akan melarang Aisyah dan selain Aisyah daripada membaca Al Quran sama ada ketika haji wada' atau bukan haji wada'

Maka Nabi Muhammad membenarkan membaca Al Quran.

Maka tidak betul kalau disamakan orang yang berhadas besar dengan orang yang haid dan nifas.

Ulama ini juga berkata bahawa hadith yang diguna pakai oleh ulama yang mengharamkan orang haid dan nifas membaca Al Quran adalah hadith yang lemah. Ini kerana dalam hadith itu ada seorang perawi yang bernama Ismail Bin 'Iyasy dari Musa Ibnu 'Uqbah dan dari Al Hijaziyyin, maka riwayat Ismail ini daripada Al Hijaziyyin adalah lemah. Inilah pendapat yang betul.

Jika sekolah yang ada peperiksaan atau yang tidak ada peperiksaan maka dibenarkan perempuan haid itu membaca Al Quran daripada hafalannya dan bukannya daripada mushaf.

Maka dibenarkan orang haid dan nifas membaca Al Quran seperti membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, atau membaca Al Quran daripada hafalannya. Boleh membaca Al Quran di mana sahaja dan pada bila-bila masa jua.

Sudah diketahui umum bahawa setiap rumah ada perempuan yang kedatangan haid atau nifas. Jika tidak dibenarkan membaca Al Quran maka sudah tentu Nabi Muhammad akan memberitahunya.

Adapun dalil orang berhadas besar tidak boleh membaca Al Quran kerana Nabi Muhammad sendiri, akan membaca Al Quran pada setiap masa melainkan ketika Nabi Muhammad berhadah besar. Maka Nabi Muhammad tidak akan membaca Al Quran pada masa itu.

Menghalang perempuan haid daripada membaca Al Quran adalah dikira mengurangkan pahala perempuan itu sendiri sedangkan Allah Taala memerintahkan kita membaca Al Quran dan menghafalnya, serta memperbanyakkan pahala dengan memahami ayat-ayat Al Quran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 11:23 PM | Show all posts
jebat05 posted on 2-7-2014 10:58 PM
Ada dikalangan readers yg masih tidak faham berkenaan dgn hukum membaca Al-Quran ketika haid atau ni ...

terima kasih jebat05

informasi yang cukup berguna..terang dan jelas

maknanya jika diniatkan zikir, boleh kita membaca ayat-ayat Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak sy kne santau angin .slalu kt tmpat kerja die sakit kepala.. pastu kalau dekat rumah kepala pening. Nak g kerja x dpt . Nak bgn langsung x dpt kadang2.
Kt opis die , slalu die pasang lah ayat2 ruqyah baru benda tu hilang.tp tu pun sekejap jer.
Pastu balik kg berubat, ustaz ckp ada org yg hantar. Pastu mak suh ustat tu buang lah.kalau hantar balik mcm x elok dendam2.
Sejak Sekarang bulan puasa ni die yg hantar tu pulak kne mcm sebijik kakak kene. X blh bgn
sakit kepala.Allah maha adil. Die buat org,die pulak yg kne. Huhu skrg kakak dah behenti keje. Mak mcm suh sy plak kerja tempat kakak tu.adoyai. hahahhah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 02:56 AM | Show all posts
jebat05 posted on 2-7-2014 10:58 PM
Ada dikalangan readers yg masih tidak faham berkenaan dgn hukum membaca Al-Quran ketika haid atau ni ...
Bismillahirrahmannirrahim... Ayat ini sebahagian dari Al-Quran bukan? Adakah tiada yg membaca ayat bismillah ini ketika sebelum makan? sebelum melakukan sebarang pekerjaan? sebelum tidur? Ini logiknya bukan berdasarkan dalil dari Al-Quran atau Hadith Nabi . saya memang x pandai nak berdalil-dalil ni sbb bukan taraf ustaz atau tuan guru.

Salam TT

Bismillah bkn sbhgn drpd Al-Quran yg diturunkan (diwahyukan)
tp sbg perlaksanaan perintah dlm surah Al-Alaq ayat pertama
Iqra' bismirabbika allazi kholaq
- Baca (sebutlah) nama Rabbmu yg menciptakan

Al-Quran Kalam Allah
Bismillah kalam manusia

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2014 08:04 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 3-7-2014 02:56 AM
Salam TT

Bismillah bkn sbhgn drpd Al-Quran yg diturunkan (diwahyukan)

yg dimaksudkan bismillah sebahgian dari Al-Quran itu adalah yg tertulis/yg tercetak didalam naskah A-l-Quran itu tuan syeikh... tuan syiekh berckp berkenaan dgn wahyu, saya berckp berkenaan apa yg tertulis dlm Al-Quran yg org duk pegang and baca skrg ni. Bismiilah seperti yg tuan syiekh katakan bukan sebahgian dari Al-Quran, secara direct memang xder wahyu2 yg turun dimulakan dengan bacaan bismillahirrahmannirrahim... tetapi seperti yg tuan syeikh sendiri dh terang dan huraikan.. indirectly ia tetap sebahagian dari wahyu dan sebahagian dari Al-Quran.... bacalah dengan tuhanmu..... "Dengan nama Allah.........".... Bukan nak menegakkan benang yg basah... atau nak tunjuk siapa yg lebih berilmu dan jauh sekali nak berdebat... ianya hanya dari pemikiran akal semata2... manusia diberikan akal utk berfikir, maka berfikirlah sewajarnya jgn terlalu rigid, atau hanya berpegang kepada sesuatu yg ada didepan mata sahaja... asalkan pemikiran itu tidak bercanggah dgn hukum dan landasan syarak... Wallahu'alam...

kadang2 dalam memberikan penerangan berkenaan dgn sesuatu perkara zaman skrg ini, penerangan yg diberikan perlulah mudah difahami dan ringkas. jika nak berckp detail dgn term2 yg tepat takut2 nnti org xkan faham. bila x faham org akan bertanya lg. bila x faham akan bertanya lg... dan so on so on... setakat mane ajerlah ilmu kita ini, semua jawapan ada pada kitakah? Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 08:09 AM | Show all posts
kembongpink posted on 3-7-2014 02:27 AM
Kakak sy kne santau angin .slalu kt tmpat kerja die sakit kepala.. pastu kalau dekat rumah kepala pe ...

terbaik.... keje ajerlah.. ambik hati mak... besar manafaatnya tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 08:16 AM | Show all posts
Ipo posted on 2-7-2014 11:23 PM
terima kasih jebat05

informasi yang cukup berguna..terang dan jelas

saya pun ceduk ajer.. nak terangkan secara yg diterangkan dlm artikel tu saya x pandai... moga2 ade memberi manafaat pada yg lain. Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 05:43 PM | Show all posts
salam ramadhan tuan. saya pun nak share cerita gak. tahun lepas saya ada baca pasal perubatan bakar bata oleh sorang forumer di sini. bila saya google berkenaannya, barulah saya tahu berkenaannya.

kisahnya begini. 4 atau 5 thn yg lepas ibu sy pernah mengidap penyakit misteri. pelbagai ubat moden dan tradisional telah di cuba. sampailah satu tahap dia berubat menggunakan kaedah ini. pada masa itu ibu sy datang berubat di rumah saya. dan saya jugalah yg melakukan/menjaga bata ini terus hidup baranya utk beberapa hari. masa tu sy memang x tau menahu pasal kaedah ini.

setelah saya tahu kenapa di lakukan kaedah ini, barulah saya bertanya ibu sy. rupa2nya dia x tau pun kenapa benda ni di lakukan. kalau x silapnya sy benda nih dilakukan blh menyebabkan org yg tujukan sakit pd ibu sy ni kepanasan or x senang hati.. pastu sy ada bertanya ibu, adakah selepas itu sesiapa yg datang berjumpa or minta maaf dgn dia. dia cakap ada,  tp masa tu dia x suspect apa2 pun.

dan masa bertanya pada ibu, orang yg berkenaan sudah pun meninggal dunia. sebenarnya ini berpunca dari salah ibu saya sendiri. sebabkan mulut badan binasa. tp alhamdulillah dgn izin Allah ibu saya sembuh dpd penyakitnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.114149 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list