CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jebat05

Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?

[Copy link]
Post time 4-7-2014 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jebat05 posted on 3-7-2014 08:09 AM
terbaik.... keje ajerlah.. ambik hati mak... besar manafaatnya tu..

Tt kite bkn x nk tp mane tau org tu santau kita pulak. Huhu baik lah elak awal2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 10:46 AM | Show all posts
banyak info yang menarik....baru perasan thread ini
tt teruskan cerita2 yang menarik ea..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:11 AM | Show all posts
jebat05 posted on 2-7-2014 10:58 PM
Ada dikalangan readers yg masih tidak faham berkenaan dgn hukum membaca Al-Quran ketika haid atau ni ...

kalu mazhab shia plak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 02:18 PM | Show all posts
masbull posted on 3-7-2014 05:43 PM
salam ramadhan tuan. saya pun nak share cerita gak. tahun lepas saya ada baca pasal perubatan bakar  ...

saaya pun baru dgr perubatan cara begini. ada jugak ekk? huhuhuhu... mcm2 cara nak mengubati sesuatu penyakit ini asalkan tidak bercanggah dgn hukum Allah... Biasanya penyakit atau sakit yg dtgnye berpunca dari mulut atau perbuatan sendiri agak sukar utk diubati kerana bukan sekadar sakit atau penyakit itu hasil dr perbuatan org tetapi bila dilihat dr suatu sudut yg berlainan ianya merupakan suatu bentuk hukuman dari Allah supaya kita tersedar akan perbuatan dan kesilapan kita. Barang diingat setiap suatu penyakit dan kesakitan itu dtgnya dr Allah jua, Allah jua yg mengizinkan sesuatu perbuatan sihir itu menjadi. Sebagai asbab semata2... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 02:27 PM | Show all posts
kembongpink posted on 4-7-2014 05:40 AM
Tt kite bkn x nk tp mane tau org tu santau kita pulak. Huhu baik lah elak awal2

kita bandingkan dgn kemalangan dijalan raya... setiap hari ada ajer xcdnt diseluruh dunia. ada yg x cedera, cedera ringan, parah dan ada juga yg maut. tetapi adakah itu menyebabkan kita utk tidak memandu kenderaan dijalan raya? atau menaiki bas atau teksi? tetapi ialah.. selagi boleh kita elak, kita elaklah... kalau dah ketentuannya x mampu jua kita mengelaknya... yg penting kita yakin bahawa Allah itu sentiasa ada melindungi kita 24/7...

kita berpegang pada suatu perkara.. Ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan semua ditangan Allah. Allah yg tentukan.. berpegang pada ini InsyaAllah kemana juga kita pergi, kemana juga kita berada, InsyaAllah selamat... wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 02:33 PM | Show all posts
zaiha posted on 4-7-2014 10:46 AM
banyak info yang menarik....baru perasan thread ini
tt teruskan cerita2 yang menarik ea..

tq terima kasih.. apa yg dipaparkan disini hanyalah sekadar peringatan dan panduan kiranya ada mendtgkan manafaat kpd yg lain. apa yg tertulis disini lebihnya kepada diri saya sendiri, sbb mudah terlupa dan lalai... setakat ilmu yg terhad dan terbatas dan juga berdasar pengalaman yg x seberapa... Wallahu'alam...

bukn mudah utk saya memulakan thread ini awalnya kerana saya sedar dimana kedudukan saya... tetapi terpanggil juga utk memulakan thread ini moga2 kita semua tidak mudah tertipu dgn permainan jin(jahat dan kafir), syaitan dan iblis dan yg terutamanya permainan manusia itu sendiri.... wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2014 02:35 PM | Show all posts
razhar posted on 4-7-2014 11:11 AM
kalu mazhab shia plak?

mazhab syiah, belum saya faham lagi secara keseluruhannya.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 02:42 PM | Show all posts
ada masanya manusia ini akan lebih hebat kedudukannya dari malaikat apabila beramal ibadat, tetapi ada masanya juga manusia ini akan lebih dasyat dari Iblis apabila hati dan jiwa diselimuti oleh sifat dengki khianat iri hati dan yg seumpamanya... wallahu'alam...

pernah kah ada readers yg terdengar atau tahu akan seseorg yg boleh mengubati suatu penyakit walhal dia tidak pernah belajar dgn mana2 org? kalau ada minta dikongsikan bersama disini. saya ingin mengenali mereka2 ini...

skrg ini saya sdg mengkaji kepada hal sebegini boleh terjadi. Adakah disebabkan saka keturunan(itulah yg sering kali diperkatakan org) atau sememangnya anugerah dari Allah semata2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2014 03:04 PM | Show all posts
Saya update blog saya berkenaan amalan zikir 44 hari. Kenapa perlu 44 hari? ada antara readers yg sudah saya berikan panduan dan saranan utk melakukan amalan zikir selama 44 hari. tetapi tiada seorg pun yg bertanya knp perlunya 44 hari... jawapannya ada di blog saya...

saja jer saya pecah2kan penulisan saya antara di thread  ini dan blog... Mana tahu suatu hari nanti thread saya ini di road block, jadi blog saya jadi backup ler kan... huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 04:53 PM | Show all posts
jebat05 posted on 4-7-2014 03:04 PM
Saya update blog saya berkenaan amalan zikir 44 hari. Kenapa perlu 44 hari? ada antara readers yg su ...

kalu terlebey tak pe kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jebat05 posted on 4-7-2014 02:27 PM
kita bandingkan dgn kemalangan dijalan raya... setiap hari ada ajer xcdnt diseluruh dunia. ada yg  ...

Wahh tq tt. Nasihat bernas.. sy akn pikirkn balik.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 08:28 AM | Show all posts
jebat05 posted on 4-7-2014 02:42 PM
ada masanya manusia ini akan lebih hebat kedudukannya dari malaikat apabila beramal ibadat, tetapi a ...

saya pernah berubat dengan seorang makcik ni..sepupu saya yang beritahu tentang makcik ni

menurut sepupu saya..makcik ni boleh berubat orang selepas dia mengalami mimpi

masa tu, suami makcik tu sakit tenat..jenuh berubat, satu hari makcik tu bermimpi dan dia cuba amalkan apa yang dimimpikan  itu untuk mengubati suaminya sendiri. Alhamdulillah..suaminya sembuh..

Lepas tu..terus tersebar makcik tu pandai mengubat orang sakit termasuk yang lumpuh..sekarang ini makcik tu buka tempat merawat..

asingkan lelaki dan perempuan dan sebahagian dari wang pemberian ikhlas dari orang yang datang berubat itu disedekahkan ke rumah anak yatim dan madrasah. Separuh lagi , makcik tu kembangkan pusat rawatan tu...

sehelai sejadah diselimutkan pada pesakit yang dibaringkan atas katil.. dan makcik tu hanya baca ayat tertentu, tidak sentuh pesakit..

Adakah itu ada kaitan dengan bantauan saka? atau jin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 09:31 AM | Show all posts
razhar posted on 4-7-2014 04:53 PM
kalu terlebey tak pe kan?

terlebeh2 tu ler yg bagus... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 09:54 AM | Show all posts
Ipo posted on 5-7-2014 08:28 AM
saya pernah berubat dengan seorang makcik ni..sepupu saya yang beritahu tentang makcik ni

menur ...

Anugerah atau kelebihan seperti ini biasa begitulah... sebelum boleh mengubati org lain, ujian pertama yg perlu dilepasi mengubati sakit sendiri atau kaum keluarga sendiri...

Berkenaan dgn persoalan adakah itu saka atau bantuan jin? kena perhatikan dahulu cara dia merawat pesakit. Bacaan2 yg digunakan ketika merawat pesakit.. Jika ianya tidak bercanggah dgn hukum syarak... tiada masalah disitu... ianya anugerah dari Allah, wpun begitu perlu ada pembimbing atau penunjuk ajar supaya rawatan yg diberikan itu tidak menyimpang... dan kebiasaannya pembimbing atau juru pandu ini datangnya dr golongan jin. Wallahu'alam.. Kepada perawat yg sebegini, mereka perlulah ada pegangan tertentu supaya tidak hanyut dek keasyikkan dunia (wang ringgit).

saya tidaklah sampai membuka pusat rawatan kerana saya tahu standard saya dimana... tetapi yg paling saya takut adalah fitnah.. Fitnah manusia. Mulut manusia ini terlalu berbisa. Boleh meracun hati dan pemikiran.. Saya juga takut dgn keseronokan wang ringgit. Betul saya tidak pernah meminta sebarang bentuk imbuhan selepas mengubati seseorg. Tetapi 99.9% yg dtg medapatkan rawatan akan menghulurkan sejumlah wang ringgit paling sedikit rm20, paling banyak rm200. Itu saya tak minta, kalau saya minta atau tetapkan bayaran utk jenis2 rawatan, lebih lagi.

Saya berbuat kira2, seorg rm20, 10 org X Rm20 = rm200, 100 org = rm2000. Itu baru rm20. kalau rm50? rm100? Ini jugalah yg saya takutkan, takut saya gelap mata dgn wang ringgit. pernah saya mengubati selama 3 hari berturut2. utk 3 hari tersebut saya mendapat rm400. Saya pernah terfikir utk menjadi perawat sepenuh masa ketika saya sudah hampir putus asa mencari pekerjaan yg sesuai.. Bersabar, tekad, usaha, tawakal, redha akhir dapat jugalah saya pekerjaan yg sesuai wpun gajinya x seberapa. Syukurlah... Duit akan membawa kita ke syurga ataupun ke neraka. Bergantung kepada bagaimana kita memperlakukan duit tersebut. Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 10:17 PM | Show all posts
Assalam.. setelah berehat beberapa hr dari meng up date thread ini, hari ni ada sedikit kelapangan utk meneruskan agenda asal thread ini...

Iqra'... Bacalah... Tetapi Nabi Muhammad itu buta huruf dan tidak tahu membaca.. Knp Iqra'? Asasnya ia berkaitan dgn ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan juga akan menjadi sesuatu yg ghaib, mistik dan misteri sekiranya kita tiada mengetahui walaupun sedikit berkenaan dgn satu2 ilmu itu. Bacalah dgn nama Tuhanmu. Knp perlu membaca dgn nama Allah? Kerana pada saya ianya perlu dilakukan supaya kita ini sentiasa dibimbing oleh Allah Ta'ala. Supaya kita tidak hanyut dan sesat.

Pada perkiraan kita, ilmu itu mudahnya didapati melalui buku2, kitab2 atau penulisan2, tidak kiralah apapun jua ilmu tersebut. Tetapi pernahkah antara kita terfikir bahawa buku2 atau kitab2 yg terbesar terbentang luas dihadapan kita selama ini dan ada barang kemungkinan antara kita ini tidak perasan langsung akan kitab ini. Termasuklah diri saya sendiri.

Pada pendapat dan perkiraan saya, alam inilah kitab yg terbesar dan terutama yg perlu kita amati dan pelajari, dan dari situlah akan bermula kita mendapat ilmu2 yg tiada tertulis didalam mana2 buku atau kitab2 dalam dunia ini. Ini anugerah Allah kepada kita. Cuma kita yg tidak perasan.

Alam ini pula termasuklah diri kita sendiri. Melihat diri kita sendiri sahaja sudah terlalu banyak ilmu pengetahuan akan kita dapati. Tetapi barang harus diingat, utk betul2 mendapatkan suatu ilmu yg boleh mendtgkan manafaat kepada diri kita sendiri sekurang2nya, perlu kita mempunyai guru. Guru yg membimbing, bukan guru yg mengajar. Kerana tahap pemahaman kita terhadap sesuatu perkara itu adalah berbeza2 mengikut tingkat seseorg.

Mudah2an ada manafaat utk sekalian readers.... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:24 PM | Show all posts
jebat05 posted on 10-7-2014 10:17 PM
Assalam.. setelah berehat beberapa hr dari meng up date thread ini, hari ni ada sedikit kelapangan u ...

alamat blog?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2014 12:19 AM | Show all posts
razhar posted on 10-7-2014 11:24 PM
alamat blog?

dah jugak tau alamat blog saya.... huhuhuhu ke salah tanye ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:35 AM | Show all posts
jebat05 posted on 11-7-2014 12:19 AM
dah jugak tau alamat blog saya.... huhuhuhu ke salah tanye ni?

lupa kat mana..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu mimpi berada kat area belakang sekolah. dekat dengan toilet bangunan belakang sekolah dulu. dah la tempat tu creepy. peliknya kalo ikutkan patut aku mimpi ada kat bangunan sekolah lagi satu sebab sekolah tu bukan sekolah yg byk org islam. tp yg aku mimpi ni sekolah yg byk org islam lak. maybe kebetulan je kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 05:20 PM | Show all posts
PongKang posted on 11-7-2014 04:37 AM
selalu mimpi berada kat area belakang sekolah. dekat dengan toilet bangunan belakang sekolah dulu. d ...

mugkin ada impian semasa di alam persekolahan belum tertunai atau tercapai kot.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.114614 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list