CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jebat05

Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2014 11:56 PM | Show all posts
setankober posted on 29-5-2014 09:13 PM
secara jujurnya .... saya sekadar bertanya ... bukanlah mau berdebat pn....tp xmaulah jugak jadi t ...

Berita diterima dan faham tuan, betul sekali kata2 tuan tu.

terima kasih..

berkenaan dgn perkara2 yg tuan utarakan saya akan cuba jawab mengikut kefahaman saya:

pertama sekali, alam ghaib/perkara ghaib adalah sesuatu kita tidak boleh nampak, jadi bukanlah setakat alam jin semata baru dikatakan alam ghaib.. semua yg kita tidak nampak dan ketahui dinama alam ghaib/perkara ghaib termasuklah syurga dan neraka. Jawapan yg diberikan saya fokuskan kepada alam jin.

1. melihat alam ghaib
- melihat itu ada 2 mcm, 1.. melihat dgn mata hati atau mata batin 2.. melihat secara terang dan nyata iaitu dgn mata kasar
- melihat dgn mata hati adalah seperti kita membayangkan sesuatu yg tiada hadapan kita
- melihat dgn mata kasar ialah meihat dgn melihat yg sebenarnya. kita betul2 nampak makhluk2 jin ini. rupa bentuknya, perlakuannya, dan sebagainya layaknya seperti kita melihat kehidupan manusia.

2. mimpikan alam ghaib
- bermimpi juga ada bermcm jenis mimpi jika dikaitkan alam ghaib ini. 1.. mimpi dari Allah 2.. mimpi dari syaitan dan iblis
-mimpi dr Allah itu bermaksud apa-apa yg nampak, yg dirasai, yg dilalui adalah merupakan amaran kepada kita supaya berhati2, mungkin Allah ingin memerperlihatkan anda akan kekuasaannya, mungkin ada org nak menganiya kita, mungkin ada saka keturunan sedang mencari waris dan ingin mengangkat kita menjadi waris, mungkin sedang diuji kerana anda sedang mengamal suatu amalan yg berkaitan
- mimpi dari iblis dan syaitan ini bermaksud untuk menyesatkan dgn menghidangkan mimpi yg mempesonakan, didatangkan kononnya puteri bunian nak mengambil kita menjadi suami/isterinya, datangnya seorg tua bertungkat berjubah berjanggut panjang mengaku dia Wali dan mahu kita mengamalkan ayat2 tertentu dan tanpa usul periksa lagi terus kita amalkan

3. masuk ke alam ghaib
- masuk ke alam ghaib juga 2 mcm. 1.. secara batin 2.. secara fizikal
-secara batinnya, anda merasakan dibawa berjalan masuk ke alam bunian, masuk ke istana bunian dan seterusnya dapat berinteraksi dgn Raja Bunian, berinteraksi dgn mana2 jin secara batin
- secara fizikalnya anda dgn tubuh badan sekali dibawa masuk kedunia jin/bunian. Anda dpt berinteraksi secara nyata dgn golongan ini seperti mana kita berinteraksi sesama manusia.

Itlah serba sedikit penerangan dari saya menurut pemahaman saya. Jika ada pembaca disini merasakan apa yg disampaikan disini tidak betul atau kurang tepat, harap berilah teguran. Wallahu'alam...


Last edited by jebat05 on 29-5-2014 11:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 12:46 AM | Show all posts
salam dan selamat pagi TT.

sy selalu kena tindih..sgt kerap.
mimpi2 yg menakutkan ..
br2 ni 3hr berturut2 sy didatangi oleh mimpi yg sgt menakutkan sy.

mlm pertama..sy bermimpi seolah di kejar oleh sesuatu..sy cari tmpt persembunyian tiba2 sy tgk ramai 'orang' berpakaian putih mcm jubah dan ada 2 bdk kecik berjubah jg ttp seakan2 pocong.sy berjln lg dan nmpk bnyk keranda dan org2 yg mati di dlmnya.

mlm kedua..sy di tindih lg. tetapi tdk bermimpi.dlm keadaan separuh sedar sy dengar ada org berdehem dan slps itu suara perempuan menyanyi lagu hujan panas .. benda 2 berulang2. dlm kes ni sy pnh jgk kena tindih dan dlm keadaan separuh sedar jg sy terdengar ada org mandi di bilik air .. dgn jelas..siap bnyi gelang loceng lg.

mlm ketiga..sy bermimpi memangku bayi.selepas itu sy melihat ada seorang lelaki gemuk bertelanjang bulat menari2 di dpn sy.dia membawa sy ke 2 buah kubur anaknya. org pegi kubur berdoa tp dia melakukan perbuatan melancap di setiap kubur anak2 dia.jijik sgt sy tgk. jijik dan takut.

sy dh x tahan lg menanggung mimpi2 yg menakutkn ni. sy x taw nk bercerita dgn sesiapa.lgpn sy takut klu org ckp sy hnya mereka2 cerita shj.

sy mmg selalu kerap bermimpi bayi...siap pangku dan cium lg. rasa mcm syg sgt.
mimpi kubur .. org2 mati dgn keranda.

tanda salib.menara loceng.najis.dan mimpi seolah2 di kejar sesuatu.

sampaikan sy jd trauma utk tido.tiap2 kali tido msti akan kena tindih.

harap tt dpt membantu dan beri penjelasan yg sewajarnya.tq. Last edited by azraa on 30-5-2014 03:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 01:15 AM | Show all posts
setankober posted on 29-5-2014 10:19 AM
nah...posting sebegini kan lebih wajar....paling tidak masih lagi stick dgn tajuk thread ni...

...
bukan niat nak PA TT,tp kan lebeh baik TT ubah tajuk ni jadi pengalaman TT di dalam perawatan ...
tp lebih baik jujur dgn diri sendiri dan org lain...

slalu aku dengar alam ghaib ni berbeza dgn alam nyata ni...apa ciri2 yang membezakan alam ghaib ni dgn alam nyata ni...mohon pada forumer memberi sedeket pencerahanlah....

mesti ada beza melihat alam ghaib,scan alam ghaib,mimpi alam ghaib,masuk alam ghaib (baik tubuh nyata dan tubuh halus).pendapat akulah semua ni mesti ada bezanya

Allah Al-Alim, Al-Hakim, Al-Haq, Rabb Al-Alamin...

Boleh je kot topic gni, spy mudah dan jelas.

Nk faham topic pn kna faham setiap kunci perkataannya
- apa itu 'alam'?
- apa itu 'dunia' dan bezanya dgn kata 'bumi'?
- apa itu mistik?
- mana satu dikelaskan sbg misteri, mana yg paranormal, mana yg sakti?
- yg plg penting tu, apa yg dikatakan sbg 'ghaib'?

Jika semua forumer 'yakin' Quran dan sunnah sbg kebenaran yg 'nyata'
maka, tiada masalah kiranya ia dijadikan rujukan utama...
(click 'kata'² hyperlink utk ayat² yg berkenaan - Quran.com)
- Bab ni hanya merangkumi keyakinan berdasarkan apa yg kita 'tahu'/ilmu

Keduanya, bagaimana dgn keyakinan dgn penglihatannya?
- saksi
- gambaran/nampak/ilham
- visi/mimpi

dan ketiganya bagaimana dgn keyakinan dgn se'benar'²nya?
- pengalaman
- pengamalan
- perjalanan
- perasaan
- tindak-tanduk dan kesannya
(yg terakhir ni hikmah/pengajarannya)



Perkara yg kita tdk tahu x semestinya perkara ghaib
krn terlalu byk perkara yg kita belum/tdk akan dipertemukan
dan byk juga perkara yg nyata dipertemukan tp dighaibkan dek tangan² ghaib
- ada beza kn?

Cth plg ketara bila penyakit yg misteri sblm dipertemukan ubatnya dinamakan hantu raya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 01:17 AM | Show all posts
azraa posted on 30-5-2014 12:46 AM
salam dan selamat pagi TT.

sy selalu kena tindih..sgt kerap.

wslm...

oleh kerana anda tidak membalas pm saya.. saya tetap akan menjawab juga permasalahan anda.

Apa yg boleh sayakan disini berdasarkan apa yg anda ceritakan:

1. saya berpendapat bahawa anda ini mengalami gangguan saka yg teramat jahat.. saka ini mahukan anda mengambil dan menjaganya seperti dia dijaga oleh org2 yg terdahulu..
2. saya juga berpendapat bahawa anda juga telah terkena perbuatan seseorg yg menyimpan dendam  terhadap anda

Saya akan PM anda untuk panduan menghalang dari di ganggu...

Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 01:42 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 30-5-2014 01:15 AM
Allah Al-Alim, Al-Hakim, Al-Haq, Rabb Al-Alamin...

Boleh je kot topic gni, spy mudah dan jela ...

Terbaik... Apa saya terangkan disini hanyalah pendapat peribadi berdasar kefahaman yg cetek dan daif... jawapan yg serba kekurangan kerana sudah menjadi sifat manusia serba kekurangan... Jadi kita ini memerlukan sesama kita untuk menampal ruangan yg kebocoran dengan izin Allah jua...

Wallahu'alam...


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 02:22 AM | Show all posts
jebat05 posted on 29-5-2014 12:33 PM
wslm tuan... saya amat berseuju dgn tuan,

itulah yg say cuba sampaikan disini.. jgn terlalu mud ...
itulah yg say cuba sampaikan disini.. jgn terlalu mudah kite percayakan sesuatu yg tidak nyata... takut2 ianya hanya permainan Iblis... Setiap persoalan yg misteri dan mistik dgn jawapan yg misteri dan mistik juga pastinya akan mengundang permasalah.. InsyaAllah saya akan cuba menjawab persoalan yg diutarakn dgn lebih agar mudah difahami.. Wallahu'alam...

Yg saya faham lg...

Perkara yg org beriman percaya spt yg dinyatakan dlm rukun keimanan
dan kesemuanya terdiri drpd perkara² ghaib yg Allah dan rasulNya s.a.w. ajarkan
i.e. Allah, malaikat, kitab, rasul, kiamat, qada' & qadar
iaitu apa yg ditangan kita membenarkannya (quran dan sunnah)

Selain itu, bg org yg x percaya beriman kpd taghut.
- ni yg susah sket...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2014 12:26 AM | Show all posts
Assalam....

Dari pagi sampai ke mlm badan x berapa nak sihat... Demam selsema... Jadi nak update kt sini pun susah sikit... Ni dah ada berkurang sikit, jd terasa gatal jari nak menaip semula...

Penyakit itu dtgnya dr Allah... Yg menyembuhkannya pun Allah jua...

Ada suatu penyakit yg saya sendiri tiada ikhtiar utk mengubatinya, saya pernah mengubati 2 pesakit yg mengalami penyakit ini.. Asas penyakit ini adalah hasil dr kerja sihir seseorg yg berdendam dgn pesakit. Tetapi ada lg yg lebih dalam drpd sihir itu.

Setelah di amati dalam2, dgn penuh keyakinan saya katakan. 'Penyakit/Sakit dari sihir seseorg ini adalah puncanya dari diri sendiri'

Knp saya katakan berpunca dari diri sendiri? Ini adalah kerana pesakit telah terlebih dahulu menyakit hati dan perasaan si pembuat sihir. Kekecewaan yg di alami di tambah lg dgn amarah dan hasutan syaitan, maka dia mencari tukang sihir utk menyihir mereka berdua ini. Kejadian ini berlakunya 3 bulan lepas, didtangi oleh 1 org isteri org dan seorg lagi anak dara...

Perlakuan yg mereka lakukan memanglah bakal menyakiti mana2 pun lelaki.

Apa dapat saya lakukan adalah, yg isteri org itu dari mula hingga akhir tidak mahu bersikap jujur dgn saya, cakap pun belit2, ampun maaf tidak dapat saya ikhtiarkan.

Si anak dara, mula2 berkeras tidak mahu mengaku, akhirnya mengaku juga... dgn izin Allah, maka saya cuba ubatkan sakit yg di alaminya.. Batuk yg tiada henti sehingga 2 minggu, dah mcm TB ler pulak, gi klinik doktor kata batuk2 biasa....

Utk renungan dan panduan kita bersama. Jgnlah kita mencari pasal dgn org x tentu pasal, nanti2 menyesal dan bersikap jujurlah, mengakulah kesalahan yg telah kita lakukan, jgn belit2 nanti2 terbelit... Wallahu'alam... Last edited by jebat05 on 31-5-2014 12:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 12:36 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 30-5-2014 01:15 AM
Allah Al-Alim, Al-Hakim, Al-Haq, Rabb Al-Alamin...

Boleh je kot topic gni, spy mudah dan jela ...

time kasih ... mohon dilanjuti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2014 12:44 AM | Show all posts
Yakin itu ada 3 mcm :

Yakin Dengar

Yakin Lihat

Yakin Rasa

Kalau di umpamakan sesuatu yg kita yakin itu seperti sepinggan nasik, di ibaratkan kita ini tidak pernah mendgr, melihat apatah lagi merasa nasik. Datang seorg bercerita kepada anda akan sedapnya nasik itu, memberitahu anda bentuknya nasik itu

1. Kita dengar nasik itu bentuknya begitu, rasanya begini, warna begitu, saiznya begini. Yakin kita kerana cerita tentang nasik itu dtgnya dr seorg sahabat yg sgt dipercayai

2. Kemudian, kita ditunjukkan kepada sepinggan nasik, barulah kita lihat bentuk sebenarnya nasik, warnanya nasik itu, saiznya tetapi belum lagi kita rasa. Bertambah yakin kita kerana telah melihat sendiri sepinggan nasik itu.

3. Akhirnya, kita jamah nasik itu, dan barulah kita akan katakan... Betullah apa yg sahabat aku td katakan.. Memang sedap nasik ini.... Maka kita pun bergeraklah bertemu dgn rakan2 yg lain yg belum pernah merasai nasik... So on and so on and so on....

Wallahu'alam.... Mudah2an ada manafaatnya utk semua....

*** Nasik yg awalnya sesuatu yg ghaib, asing dan tidak pernah kita ketahui akhirnya tidak lagi setelah kita merasai dan menikmatinya.... Last edited by jebat05 on 31-5-2014 12:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 12:45 AM | Show all posts
jebat05 posted on 31-5-2014 12:26 AM
Assalam....

Dari pagi sampai ke mlm badan x berapa nak sihat... Demam selsema... Jadi nak update  ...

satu renungan yang baik dr TT...

sekadar tambahan ..slalu kte menyalahkan jin dan seangkatannya (mana tau sakit ati dieorg asik2 diframe jadi punca2 ) atas musibah yang terjadi atas diri sendiri....berlapang dadalah dan renunglah mungkin salah dan musibah tu terhasil dari diri sendiri....kasihanilah diri sendiri sebelum kite mengasihani org lain...

kotor air di hulu...kotorlah air dimuara





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 12:53 AM | Show all posts
setankober posted on 31-5-2014 12:45 AM
satu renungan yang baik dr TT...

sekadar tambahan ..slalu kte menyalahkan jin dan seangkatannya ...

Terbaik.... Untuk renungan bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:36 AM | Show all posts
jebat05 posted on 30-5-2014 01:42 AM
Terbaik... Apa saya terangkan disini hanyalah pendapat peribadi berdasar kefahaman yg cetek dan da ...
Terbaik... Apa saya terangkan disini hanyalah pendapat peribadi berdasar kefahaman yg cetek dan daif... jawapan yg serba kekurangan kerana sudah menjadi sifat manusia serba kekurangan... Jadi kita ini memerlukan sesama kita untuk menampal ruangan yg kebocoran dengan izin Allah jua...

Xda masalah di situ...

Pokok pangkalnya diri kita sendiri
mustahil setiap insan tdk pernah melakukan kesilapan
Maha Pemurahnya Allah Maha Pengampun segala dosa
- kecuali menyekutukan Dia Yg Esa

Kesyirikan yg kita x sedar boleh memakan diri kita sendiri...

Jika nk kenal kekurangan pd diri anak² Adam
lbh elok kita kenal dulu yg awal dicipta, bapa kita Adam a.s.




Penciptaan Adam adalah ujian bg Iblis
dan Iblis gagal laksana perintah sujud kpd (kemuliaan) Adam a.s. - kufur/ingkar, dilaknat!
atas sebab kejadian manusia drpd tanah, walhal dianya drpd api
di mana sebelum ditiupkan roh Allah kpd jasad Adam a.s.
Iblis dh belek² jasadnya yg kosong...kosong...kosong...
- Ego/nafsu ditundukkan dgn kesabaran, keredhaan dan ilmu spy tdk memberontak
i.e. riak/ujub/takbur/sombong merupakan sifat yg dikeji punca kpd pelbagai kemungkaran

Selepas disempurnakan kejadian maka, terciptalah Adam (manusia pertama) a.s.
yg menjadi tumpuan semua makhluk atas keunikannya (tunggal)
maka, Allah ciptakan pasangannya, Hawa atas keinginan dirinya
dan berdampinglah Hawa dgn Adam memecahkan kesunyiannya
- keinginan/hawa dibatasi/hadkan bg mengelakkan diri drpd melampauinya
i.e. tamak, haloba, boros, bazir, etc. juga sifat yg dikeji punca kpd pelbagai kerosakan




Spt mana Adam a.s. diajarkan dgn nama²
maka, pengetahuan/ilmu yg plg awal tu adalah dgn menjelaskan
asal-usul segala nama/gelar/kata yg asing bg umum
spy dpt menyatukan kata/bahasa secara sekata
berdasarkan takrif/definisi yg ada kpd makna-makni yg sebenar²nya
- ni pn lg susah kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 11:15 AM | Show all posts
suatu ketika dahulu ketika sedang aktif beramal... selesai solat isyak selepas tgh mlm... diteruskn dgn amalan zikir...  diketika itu ujian yg mendtg semakin hari semakin berat, bukanlh ujian yg berbentuk gangguan jin, iblis atau syaitan tetpi lebih kpd ujian kehidupan semasa...

Ketika sedang asyik berzikir dgn tiba2 kedengaran satu suara berbisik, dari mata terpejam, mata dibuka utk kepastian, zikir terganggu dek kerana suara tersebut.

Nah... sekujur tubuh kecil, kurus, kepala botak dan berwarna kuning menempel di tepi dinding...

Katanya: "untuk apa ko berzikir"

Jawabku: "ini dah menjadi amalanku"

Katanya lagi: "apa yg ko dapat dari berzikir? tetap ko dilanda masalah juga. tetap tiada masalah ko dapat diselesaikan juga"

Balasku: " jadi apa masalahnya dgn ko? Ko ni saper? apahal ko datang?"

Katanya dgn tersengih2: "Aku ini Iblis. aku datang untuk membantu ko menyelesaikan masalah ko"

Terkedu aku seketika apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai Iblis Laknaktullah. (Untuk pengetahuan semua Iblis ini bukanlah ada 1 ajer.. ramai anak2, cucu2, cicit2, cuet2nye dari keturunan Azazil)

Akhirnya aku berkata: "Berambuslah ko Iblis, aku tiada urusan dgn ko. Ujian yg aku dapat, masalah yg sedang aku hadapi ini adalah akibat dari perbuatan ku sendiri"

Tambah Iblis itu lagi: "jgn begitu, aku dtg atas sebab kasihan melihat keadaan ko, aku bantu, aku tolong ko tp dgn syarat ko mesti mengakui bahawa aku ini Tuan mu"

"Berambus... Aku xder masa nak layan ko Iblis" Kataku lagi dan aku teruskan lg dgn zikir ku... Tetapi tidak lg fokus kerana gangguan Iblis td... Wallahu'alam... Terpulang kpd sesiapa utk memepercayai cerita ini atau tidak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 12:07 AM | Show all posts

MENEMBUS DIMENSI MA’RIFAT KETUHANAN
JUDUL ASLI:KIMIAU ASSA'ADAH
PENGARANG: IMAM ALGHAZALI

Buku/kitab karangan Imam Al Ghazali ini mengandungi ilmu berkaitan perkara2 ghaib, Ketuhanan, Mengenal diri dll yg sgt2 bermanafaat.... (pada sayalah tidak taulah pada org lain) Wallahu'alam....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 12:36 AM | Show all posts
Setelah bertahun2 ibu saya berubat disana-sini, duit byk sudah yg habis.. bermcm2 jenis perawat/bomoh/pawang telah ditemui.. Dan kebanyakkannya hanya mempergunakan ayat2 Allah utk kepentingan diri sendiri....

Suatu ketika. semasa saya menghantar ibu saya untuk berubat di suatu tempt yg dikatakan bahawa perwatnya cukup handal, sudah ramai yg sembuh, dan pesakit2 datangnya dari segenap pelusuk Malaysia ini.

Kaedah rawatan yg digunakan adalah dgn permulaan zikir beramai2... Kemudian berdoa meminta Allah menghntrkan bantuan untuk mengubati segala penyakit yg sedang dihadapi, 99% berkaitan dgn permasalah makhluk ghaib dan misteri yg doktor moden tiada jawapannya...

Ketika mula utk berzikir, saya pun gatal kaki utk turut serta, biasanya saya tidak turut serta.. di pertengahan kami semua berzikir, dgn tiba2 terasa tubuh menjadi amat ringan, fikiran seperti melayang2, tubuh terasa tidak lg menjejak ke lantai...

Tanpa disangka., suara saya mulai berubah... menjadi serak2, kemudian garau, kuat, halus dan berbagai2... sehinggalah selesai berzikir, terasa tubuh teramat lemah seolah telah berlari berbatu2... Peluh mencurah2...

Dan ditanyakan kepada perawat, knp saya begitu jdnya sebentar td?

' ada sahabat dari golongan makhluk halus dan roh para2 wali hendak berdamping dgn kamu, katanya.

tambahnya lagi, kalau kamu mahukan mereka, bawakan nanti 7 jenis bunga berwarna putih sebanyak 7 kuntum setiap satunya. Kalau kamu x mahu, x payahlah..

Saya cuba mengangguk shj. Masih kepenatan dan masih binggung.

Selesai shj ibu saya berubat, saya keluar terlebih dahulu utk mengambil kereta, jd x perlu ibu saya berjalan jauh. sebaik shj mebuka pintu kereta, tiba2 seperti ada suara berkata, x perlulah mandi2 bunga, kami akan tetap bersama kamu...

Dan itulah permulaan saya menjalani hidup menyelungsuri alam ghaib, mistik dan penuh misteri...

---------------------------------------------------

Setelah beberapa ketika, ibu tetap juga tidak sembuh.. sakanya masih juga berada bersama ibu, tidak mahu jgk dia pergi wpun kata perawat sblm ini, saka ibu telah pun angkat kaki...

Jadi saya menjadi amat marah dgn perawat tersebut.. kata dah xder sakanya.. dah pun dihanyutkan ke sungai.... Ni mak tetap mcm gitu jgk..

Saya katakan kepada ibu saya: Mcm ginilah mak, duit dh byk abis, org pun dh jumpa mcm2 jenis org dh, apa kata biar aku ajer yg cuba buang saka Mak tu. manalah tahu Allah nak darah daging Mak sendiri yg membuangnya.

Ibu saya berkata: Ikutlah, cubalah.. mak pun dh x tahan dh hidup mcm gini. Huru hara dibuatnya.

Saya sebenarnya tidak tahu apa yg perlu diperbuat utk membuang saka itu, di ilhamkan saya utk mendptkan 17 bijik limau nipis utk dijadikan mandian dgn bacaan beberapa ayat AlQuran...

Malam itu sya lakukan mandi limau utk membuang saka ibu saya...

Saya sendiri yg memandikan ibu saya ketika itu, dgn membuka pintu dapur, kaki ibu dihulurkan keluar rumah. Ibu duduk di tgh2 pintu. Saya mulakan dgn gayung yg pertama dgn bacaan2 yg telah diilhamkan.... hinggalah gayung yg terakhir, saya jeruskan air hingga kehujung jari kaki ibu saya dan dgn tiba2, kilat memancar dan 'pop' meletup dihadapan saya dan ibu saya. Sepertinya saya terlihat 1 lembaga hitam berkecai dipanah kilat. dan 1 lembaga putih berdiri lebih kurang 5 meter dr kami....

Walaupun tidak brp faham apa yg berlaku, alhamdulillah Ibu saya sembuh sesembuhnya keesokkan harinya....

Tetapi sihat ibu hanya bertahan 1 minggu shj..... knp dan mengapa nanti2 saya sambung lg...

Banyak pengajaran dr kisah yg saya ceritakan di atas bg yg mahu memahaminya... moga2 boleh dijadikan panduan hidup... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 12:31 PM | Show all posts
KEAJAIBAN HATI & DUA PINTU HATI

Ketahuilah ! bahwa hati memiliki dua pintu ilmu, satu untuk mimpi-mimpi dan lainnya untuk ilmu sadar, yaitu pintu untuk ilmu realita (zahir). Saat manusia tertidur, pintu-pintu indera tertutup, dibukakanlah pintu bathin dan disingkapkan realitas alam ghaib dari alam malakut dan Lauh Mahfudz seperti cahaya yang terang benderang. Untuk menyingkapnya dibutu*kan semacam tafsir mimpi.

Sedang ilmu yang dihasilkan dari realita (zahir) dikira oleh manusia akan memunculkan kesadaran diri, dan bahwa keadaan sadar lebih utama, meskipun sebenarnya ia tidak bisa melihat sesuatupun dari alam ghaib. Bagaimana pun sesuatu yang terlihat antara keadaan sadar dan tidur tetap lebih utama sebagai pengetahuan daripada apa yang terlihat melalui indera.

** Sebahagian dari MENEMBUS DIMENSI MA’RIFAT KETUHANAN Karangan Imam Al-Ghazali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2014 02:23 PM | Show all posts
Sambungan... Knp dan mengapa ibu sakit sakit semula...

Dek kerana ada yg merasakan ilmunya melebihi dari yang lain... Sememang sudah menajdi ketentuan Allah untuk ibu saya merasa sehat utk seketika shj... walaupun begitu setiap sesuatu kejadian atau peristiwa itu mesti ada sebabnya.

Suatu hari, nenek saya meminta ayah dan ibu saya unuk menghantar dia berubat di suatu tempat. Maka pergilah mereka bertiga.

Sesampai disana, perawat itu merawatlah nenek saya. Selepas merawat nenek saya, perawat itu memandang ibu saya dan berkata, "kamu ni baru lepas buang saka ni, tapi x sempurna buangnya, perlu dimandi bunga untuk menyempurnakannya".. Ibu pun berkata,"anak saya membuang saka saya ini tok"

"ohh, x berapa betul buangnya, nak kena mandi bunga jugak ni barulah sempurna" katanya lagi.

Tanpa berfikir lebih pjg ibu pun menurut shj kata2 perawat itu. Dipendekkan cerita mandilah ibu...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebeberpa ketika, saya yg berada di negeri lain ketika itu terasa amat gusar dan x tentu arah.. seolah2 ada yg x kena. Tp x tau apa bendanya yg digusarkan. Terdetik dihati saya. Mak, sakit balik ke? saya menelifon ibu saya. Bertanyakan perihal kesihatannya. Pada mulanya.. ibu mengatakan dah sehat. tetapi setelah saya mendesak akhirnya ibu mengaku bahawa dia kembali tidak sehat malahan makin teruk sekarang ni.

sehingga skrg penyakit ibu semakin teruk, say cuba juga mengubati tetapi tiada keizinan dr Allah utk ibu sembuh....

Wallahu'alam... moga2 ada sedikit pedoman dan panduan penceritaan saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2014 01:03 AM | Show all posts
Pada suatu malam, seperti malam2 sebelumnya, bersama beberapa org rakan melepak, kedai kopi... berbual2 bercerita2....

seorg sahabat berkata: "bang, ade seseorg nak berjumpe dgn abg ni, katanye ada perkara dia nak tanye abg"

"nak tanye apa2 knp x gi kaunter pertanyaan ajer" kata ku sambil ketawa...

"mane orgnye?" tanyaku pula.

Kemudian sahabat memanggil org yg hendak berjumpa dgn saya itu, kebetulan ada dimeja sebelah rupenya.

dipendekkan cerita. rupa2nya yg hendak ditanya adalah berkaitan dgn cincin yg dipakainya. katanya cincin itu sdh bertukar sebyk 3 kali dan tiada yg melekat, kesemua mereka memulangkan semula cincin itu kpd tuan asal(datuk kpd pemilik cincin yg skrg)

Lalu ditanyakan " abg tgk cincin ni ape kelebihannya? knp xder yg mampu memakai cincin ini utk tempoh yg lama? knp saya boleh pakai sampai skrg xder masalah pun?
"

saya membelek2 cincin tersebut, lalu berkata" cincin ni sesuailah ni dgn ko, asalnye dr gunung jerai, untuk bg org mudah senang dgn kit khasiat cincin ni, tp jgn ko percaye sgt ckp2 aku ni.... dgr boleh percya jgn selagi x nmpk bukti yg nyata"

berceritalah lg dia tentang kehebatan cincin yg dipakainya hinggakan saya dan sahabat2 yg lain naik bosan dan muak mendgrnya... tp layan jugaklah, nanti saya basuh merajuk ler pulak...

Akhirnya utk mnutup mulutnya dr terus bercerita perihal cincinnye itu saya berkata"
jangan terlalu taksub sgt dgn sesuatu benda yg tidak pasti sejauh mana kesahihannye, takut2 nanti kita lari dr akidah, dh rase sesuai dgn ko, pakailah, jagalah bagus2"

Dengan senyum kelat, dia hanye mengangguk kepala....

3,4 hr kemudian bertemu lg dgn org itu dan masih lg bercerite tentang dia dan cincinnye.

Dalam hati berkata" aduhai ade jgk manusia jenis mcm gini yg taksub dan reti2 org duk perli, bangga sgtlah dgn diri sendiri dan hebat sgtlah rase dirinye bile memakai cincin tu... huuuuuuu"

Mudah2an boleh dijadikan sedikit pengajaran disini ... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2014 12:09 PM | Show all posts
suatu hari seorg sahabat datang minta mengurut bahunya yg sentiasa terasa sengal dan berat. dia mengatakan bahawa dah banyak kali dh pergi berurut tapi selang seminggu sakit semula. saya katakan kepada dia, ohhh tu mungkin pasal ko keje berat lagipun mungkin juga kurang bersenam.

Sahabat tetap juga meminta saya untuk mengurut bahunya. Katanya manalah tahu dengan saya serasi dan hilang terus sakit bahunya tu. saya pun mengurutlah bahu sahabat itu td. tidak disangka2 dengan tiba2 meremang bula roma, terasa badan kembang semacam.

lalu saya katakan kepada sahabat, selama ini tiada yg memberitahu ke kepada dia yg dia ini didampingi oleh makhluk halus (puteri bunian). Sahabat mengelengkan kepala.

Pada pandangan saya, sahabat ini telah mengamalkan suatu amalan berbentuk mentera bagi menaikkan seri wajah. dan yg amalan ini adalah khusus untuk wanita bukan utk lelaki. Pada mulanya sahabat tidak mengakuinya. Saya katakan kepada sahabat, cuba diingat betul2, kalau dia x amal pun mesti pernah di ambil mentera ini dari seseorg dan seseorg itu adalah nenek dia sendiri.

Akhirnya setelah difikir2, diingat2 sahabat mengatakan, dulu masa zaman budak2 belasan tahun adalah mengambil mentera naik seri wajah ni, tp xder diamal pun. sayakan kepada sahabat, amal atau tidak ianya apabila sudah diturunkn akan terus meresap kedalam jiwa.

Sahabat berasa tidak tentu arah kerana selama ini tiada pernah ada sesiapa memberitahu hal sebegini kpdnya. Sayakan kepada sahabat, saya akan cuba membuat makhluk halus ini pergi tetapi dgn syarat ko mesti mandi limau dan juga niatkan di dalam hati yg dia sudah tidak mahu lagi puteri bunian tersebut.

Sahabat mengangguk tanda setuju. Maka dicarikan limau nipis untuk mandian. Kalau sahabat kurang percaya dgn apa yg saya sampaikan nanti sahabat akan ketahui sendiri sejauh mana kebenarannya.

Keesokkan harinya sahabat datang lg, dan mengatakan bahawa malam smlm dia bermimpi, seorg puteri yg amat cantik datang kepadanya dan berkata " sampai hati nak buang saya"...

Dan sahabat mengatakan dia begitu sedih dan hampir mengalirkan air mata. saya katakan kepada dia sebagai peringatan. " Ko ni betul ke x nak atau nak lagi dgn puteri tu?" sahabat sepertinye tersedar dari lamunan. Betul dia sudah tidak mahu lagi...

jadi saya berbuatlah apa yg patut dan sejak itu tiada lagi dia mengalami sengal2 bahu seperti sebelum ini dan juga tiada lagi dia bermimipikan puteri bunian tersebut.. Wallahu'alam.... Selangkah Ke Alam Mistik...

Kadang2 ada juga saya main2kan sahabat ini, "pehhhh bukan senang oooo puteri bunian nak berdamping dgn saper2 kite manusia biasa ni, huhuhuhu rugi2" hehehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2014 01:58 PM | Show all posts
Masihkah sesiapa masih ingat lagi peristiwa seorang remaja lelaki yang dikatakan hilang di villa nabila, johor baharu, johor?. Masih ingatkah semua bagaimana kecohnya keadaan disana kerana tempat berkenaan dikatakan berhantu, berpuaka atau keras?

Sememangnya mana2 tempat pun kalau sudah lama ditinggalkan sudah tentu akan dihuni oleh makhluk lain selain dari serangga, binatang dan tumbuh2an, makhluk yg ghaib juga pasti akan menghuninya, usahkan begitu, rumah kite sendiri pun apabila kita keluar sahaja dari rumah adalah makhluk2 halus ini akan memasuki rumah kita, sebab itu disarankan supaya kita memberi salam sebelum memasuki rumahyg tidak berpenghuni. Dalam erti kata lainnya adalah untuk memberitahu pada makhluk2 halus yg x berkenaan supaya angkat kaki, tuan rumah dah balik.

Dan kita juga sepatutnya tidak terus duduk dikerusi/sofa atau baring di katil atau dimana shj, haruslah disapu2 terlebih dahulu kerana dikhuatiri ada najis makhluk halus di situ. Sbb itulah ada kalanya badan tetibe rase gatal2 yg x tau punca, selain daripada gatal disebabkan kuman atau hama.

Berbalik kepada kisah remaja hilang td, bagaimana beberapa org tokoh perubatan alternatif, tok2 bomoh, tok2 pawang, ustaz2, pak sheikh- pak sheikh, pak kiyai2 memalukan diri sendiri dgn mengatakan remaja berkenaan disorokkan oleh makhluk halus. Mana nak letak muka, malu... salah scan daaaaa...

disalahkan terus makhluk2 halus yg tidak berdosa itu. ada juga beberapa sahabat bertanya kpd saya, bagaimana dgn budak tu, betul ke ke sorok dgn makhluk halus, saya katakan entah x taulah, x pandai aku nak scan2 ni, tapi rase2nya budak tu bukan ada kat vila nabila tu, kat mane x taulah.... huuuuuuu

Nasib aku tak hentam ckp yg budak tu hilang kena sorok dek hantu kopek... huhuhuhu

tau2nye budak tu melepak kat rumah kawannya, rasenye kawan perempuan... hehehehe... budak tu yg jadi hantu rupenye... sendiri sorok diri sendiri... hahahahaha....

sama2lah kita mendapat iktibar dari kisah ini.... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.137601 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list