CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jebat05

Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?

[Copy link]
Post time 5-6-2014 04:55 AM | Show all posts
jebat05 posted on 1-6-2014 12:31 PM
KEAJAIBAN HATI & DUA PINTU HATI

Ketahuilah ! bahwa hati memiliki dua pintu ilmu, satu untuk mimpi ...
KEAJAIBAN HATI & DUA PINTU HATI

Ketahuilah ! bahwa hati memiliki dua pintu ilmu, satu untuk mimpi-mimpi dan lainnya untuk ilmu sadar, yaitu pintu untuk ilmu realita (zahir). Saat manusia tertidur, pintu-pintu indera tertutup, dibukakanlah pintu bathin dan disingkapkan realitas alam ghaib dari alam malakut dan Lauh Mahfudz seperti cahaya yang terang benderang. Untuk menyingkapnya dibutu*kan semacam tafsir mimpi.

Sedang ilmu yang dihasilkan dari realita (zahir) dikira oleh manusia akan memunculkan kesadaran diri, dan bahwa keadaan sadar lebih utama, meskipun sebenarnya ia tidak bisa melihat sesuatupun dari alam ghaib. Bagaimana pun sesuatu yang terlihat antara keadaan sadar dan tidur tetap lebih utama sebagai pengetahuan daripada apa yang terlihat melalui indera.

Dlm hal ni saya difahamkan sebegini..

Kesedaran memerlukan kewarasan
umpama tidur yg perlu dikejutkan
Akal (pemahaman) yg sihat juga perlu hati yg bersih
yg perlu dibuka dan dicuci sblm diisi pegetahuan yg sahih

Antara syarat sah amal itu akil baligh (mukallaf) dan waras (berakal)
dan perbaikan amal itu mematangkan fikiran

Demi malam, demi fajar, demi dhuha...demi asar merugilah ia.

Ru'ya (visi/mimpi) boleh berlaku dlm celik atau tidur
- dimana jiwa/diri (nafs) berjalan/diperjalankan...

Dan dua pintu kesempurnaan dinyatakan dlm Al-Ihsan:

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ
فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
Dengan beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya
Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu
[Hadis Jibril]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2014 10:35 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 5-6-2014 04:55 AM
Dlm hal ni saya difahamkan sebegini..

Kesedaran memerlukan kewarasan

Info dan penerangan yg baik tuan... Moga2 dapat dijadikan panduan oleh semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 10:44 AM | Show all posts
Info berkaitan mimpi. Mimpi berlawan, berkelahi, berperang atau bergaduh.

Mengikut kefahaman saya sekiranya anda ada bermimpi seperti sedemikian menunjukkan bahawa anda sedang di "test" oleh seseorang atau makhluk halus kerana dia merasakan anda seseorang yg berilmu dan mahu menunjuk2 kehebatan anda.

1. Jika anda menang :-
Menunjukkan kegagalan seseorg atau makhluk  itu menghentam anda dan anda berjaya mengatasi "test" tersebut. Istiqomah terhadap amalan anda. Jangan lalai kerana anda pasti akan di"test" lagi.

2. Jika anda kalah :-
Anda telah berjaya diatasi dan anda perlu memperkuatkan "kebatinan" anda dengan amalan yg tertentu.

3. Jika anda hampir2 kalah tetapi diselamatkan oleh seseorg seperti ibu dan ayah:-
Anda telah tewas semasa di "test" tetapi diselamatkan oleh pelindung anda yg mungkin merupakan doa ibu bapa anda atau "penjaga" anda. Juga anda perlu memperkuatkan "kebatinan" anda.

Wallhu'alam.... Hanya pendapat peribadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 10:59 AM | Show all posts
Kejadian ini berlaku selepas sesi perubatan.

Seorg sahabat dtang bersama ibunya dan menyatakan bahawa ibunya telah seminggu sakit, walaupun sudah membuat medical check up dan diberi ubat tertentu, sakitnya masih tidak sembuh.

Saya katakan bahawa sakit ini ada kaitan dengan saka keturunan mereka, walaubagaimanapun saka itu tidak diwarisi kepada ibu sahabat tersebut. saka tersebut hanya "melawat" keturunannya sahaja.

Maka saya sarankan supaya mandi limau. Dan mandi limau itu dibuat selama 3 hari berturut2.

2 hari selepas itu, sahabat menghubungi saya semula dan mengatakan bahawa setelah ibunya selesai mandi limau pada hari pertama, ada 2 biji limau nipis terletak elok di tempat letak sabun. Hari kedua pula 1 biji. Saya katakan mungkin ada limau yg tertinggal kot. Kesemua limau2 itu dibuang oleh ibunya. Sahabat mengatakan semua limau digunakan untuk mandian tiada yg tertinggal. Begitu juga dgn hari ke 2.

Saya katakan lagi, mengapa tidak hubungi saya pada hari pertama lagi. Sepatutnya limau2 itu dibawa terlebih dahulu kepada saya. Mungkin adalah sesuatu perkara yg ingin dinyatakan oleh saka keturunan mereka. Kiranya benar limau itu wujud dengan tiba2.

Sahabat mengatakan x mengapa, tunggu esok pulak, maksudnya hari last mandi, ada lagi nanti limau yg ditinggalkan. saya katakan xder lagi dah limau yg akan ditinggalkan.

Sepeti jangkaan saya, sahabat menghubungi saya pada hari ke 3 mandi limau dan mengatakan, tiada limau yg ditinggalkan.

Apa maksud limau2 itu ditinggalkan... Wallahu'alam..... Last edited by jebat05 on 5-6-2014 11:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 11:25 AM | Show all posts
Kepada sesiapa yg berminat untuk mendpat salinan MENEMBUSI DIMENSI MA'RIFAT KETUHANAN boleh pm saya. Saya akan bagi link utk artikel tersebut atau saya akan copy paste kan keseluruhan artikel tersebut untuk anda. Tiada caj2 tersembunyi. Free of charge sahaja.

Untuk mereka yg benar2 ingin menyelami hakikat diri dan ketuhanan. Nasihat saya setelah membaca artikel tersebut janganlah dikaji, baca sahaja untuk kefahaman yg sepenuhnya dapatkan seseorg yg arif berkenaan hal2 sebegini. Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 07:54 PM | Show all posts
Beberapa jenis barang kepunyaan saya yg mungkin mistik kot...


Mutiara ini di dapati selepas zikir disuatu masa dahulu. Apabila dibawa kepada seseorg yg pandai katanya pemberian dari gunung ledang tanda persahabatan.. Sejauh mana kebenarannya wallahu'alam... Kalau org lain punya boleh saya tilik2, tp kalau diri sendiri punya kenalah cari org lain utk di tilik2... Mana tau saper2 yg pandai scan kat sini boleh check bgtau...

Jika di masukkan ke dalam mulut dan di letakkan dibawah lidah, pasti mulut akan menjadi kebas seperti kena ubat bius sebelum doktor nak cabut gigi. Dah buat dah, 24 jam mulut kebas... huhuhuhu



Teras ini dinamakan Teras Raja Kayu. Asalnya berwarna coklat kemerahan, tetapi apabila bercampur dgn teras kelo bertukar warnanya menjadi hitam kemerahan..

Ada org tua2 ditempat saya, katanya kegunaan teras ini jika dipakai sebgai cincin adalah untuk menjaga diri dr diganggu binatang buas dan bisa ketika berada di dalam hutan.

Ada lg yg mengatakan bahawa jika teras ini direndam didalam air dan di sapukan kemuka org hilang akal/gila InsyaAllah jadi normal kembali. Sejauh mane kebenarannya Wallahu'alam... Belum test lagi daaaa

Nanti2 saya post lagi....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2014 08:46 PM | Show all posts
Menarik... kisah2 yang diceritakan wLapon berkenaan dirk sendiri, penuh dengan nasihat dan pengajaran. Terkma kasih atas perkongsian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 12:10 AM | Show all posts
magpie5672 posted on 5-6-2014 08:46 PM
Menarik... kisah2 yang diceritakan wLapon berkenaan dirk sendiri, penuh dengan nasihat dan pengajara ...

Terima kasih tuan... Hanya sekadar utk renungan bersama atas sedikit pengalaman yg ada tuan... Mudah2an ada manafaatnya pada yg lain... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2014 12:16 AM | Show all posts


Ini pula sanggul bunian emas (katanyelah). Khasiatnya anda boleh check sendiri kat internet. Mcm2 kegunaan apabila dijadikan minyak.



Ini pula, ntahlah ada yg kata buntat lipan ada yg kate buntat ape ntah. Yg pastinya ianya dapat di dalam hutan. Bila digengam terasa seperti ada menjalar di tangan. Muka akan menjadi kebas. Pernah juga di uji. Kebal ni. hehehehehe...   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 12:23 AM | Show all posts


Ini pula mata cincin, batu akik. Huduh ajer rupenyer. Milik asal ayah saya. Apaila diletakkan di tapak tangan terasa batu ini mengigit2. dah lama dah nak dijadikan perhiasan jari tapi ada sahaja halangan.



Ini mata cincin dibuat dari pokok kayu mangga yg di ambil dari kawasan Makam Bukit Jugra. Sendiri bikin, bosan xder ape nak dibuat jadi buat mata cincinlah. Jika diperhatikan betul2, dipermukaan mata cincin ini terbentuk kalimah Allah. Alif Lam Lam Ha... X taulah kalau silap mata memandang...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 12:33 AM | Show all posts



Ini saya ambil dari sahabat saya dari Sabah. Katanya Gusi Petir. Serpihan batang pokok kelapa yg di panah petir. Dulu saya pakai benda ni. Selepas di nasihat oleh seseorg saya x pakai lagi dah... Simpan ajer buat kenangan. Memang apabila memakainya kita akan jadi 'pemanas'. Rasa macam nak bertumbuk ajer dgn org.. Nak cari jer pasal. Barang ini diserahkan oleh sahabat di KLIA. Apabila nak balik, Kereta x boleh start. Senyap terus macam bateri dah kong. Pening2 hari dh nak gelap. Bawak anak lg. Kereta x mau hidup pulak. Check sana check sini. Xder masalah ape pun. Kemudian, duduk semula dalam kereta, baca bismillah.. Ya Allah hiduplah kereta ini. Tau2 hidup ler pulak ingin kereta.



Yg ini sengat kala jengking. Bukan sebarang kala jengking. Bapak Jin merupa kala jengking. Besarnya jgn ceritalah. Dah hampir 3 tahun saya simpan. Sampai sekarang tidak buruk2. Asalnya kala jengking ini dibunuh oleh ibu saya. Dan ayah saya pula memotong sengatnya. Saya balik kampung, saya tengok dan saya ambil dan saya mau simpan dijadikan pusaka. Kalau nak menganiaya orang boleh dah dgn sengat ni. Dalam kantungnya tu tersimpan bisanya yg boleh membunuh. Dan tiada ubat.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 04:06 AM | Show all posts
Bisa kala jenking tu nampak menakotkan. Mesti ia besar. Agak2 besar mana ek.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 04:44 AM | Show all posts
Org kita (org lama) ramai yg mahir/pakar perhutanan
i.e. hutan bakau, hutan jati, hutan rimba, belantara, etc.
sgt byk pengalaman dan teknik tradisional yg kita warisi
memanfaatkan sumber flora dan fauna yg ada

Cuma byknya dh jd misteri lg sakti
xda lg kajian mendalam dan terperinci
kecuali kacip fatimah, tongkat ali, jeli gamat, sarang walid, etc.
- consumables yg menguntungkan adja...

Ilmu memanfaatkan alam
alam tanpa ilmu hanya merosakkan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 11:16 AM | Show all posts
Sesuai dengan tajuk tred ni...Alam mistik...
Kita sedia maklum yang Allah menciptakan alam semesta dan seluruh isi kandungannya dan kemudian bersemayam di atas arasy (ini tercatat dalam Quran)..Untuk lebih spesifik, boleh dikongsikankah asal kejadian bumi ini diikuti penciptaan makhluk2 di bumi sebelum Adam diturunkan...dan kelangsungan kehidupan serta perjalanan alam semesta yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada si pengurusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 02:48 PM | Show all posts
Assalam.  
      Apa perbezaan antara pukau dan mind control through persuasion. Yang akan menyebabkan sesorg mengikut saje apa yang di suruh.

     Tak dinafikan mmg ada jenis pukau yang mngunakan sihir, tapi ada juga yg mengunakan cara minda bawah sedar mcm iklan.

   Contoh mcm iklan kfc kt lrt. Bila tunggu kat sts, nmpk iklan kfc, dah msuk dlm tren duk ngadap iklan ayam kfc lg, masa tu dh leh trbayang2 bau ayam goreng. pas smpi je ke destinasi, naik kete, trus rsa nk bli ayam goreng kfc.  
  
   Ada pandangan?? Pastu apa yg kita boleh buat untuk elak dari di pukau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 03:21 PM | Show all posts
johnlabi posted on 6-6-2014 11:16 AM
Sesuai dengan tajuk tred ni...Alam mistik...
Kita sedia maklum yang Allah menciptakan alam semesta  ...

Untuk perkara yg tuan maksudkan disini saya sediakan link untuk artikel berkaitan persoalan yg tuan utarakan. http://ping.busuk.org/old/113558 ... elum-nabi-adam.html

artikel dan penjelasan yg menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2014 03:36 PM | Show all posts



Ini adalah teras kelo. Yg dikatakan kalau digunakan untuk bergaduh, boleh berbuih mulut. Hehehehe... Belum pernah test lagi...



Ini pula adalah sahabat karib saya. saya gunakan untuk tujuan perubatan. Saya gunakan untuk mengenal pasti kedudukan jin2 yg berumah tangga dalam tubuh badan pesakit.....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 03:48 PM | Show all posts
jebat05 posted on 6-6-2014 03:21 PM
Untuk perkara yg tuan maksudkan disini saya sediakan link untuk artikel berkaitan persoalan yg tua ...

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 03:52 PM | Show all posts
ma_rul posted on 6-6-2014 02:48 PM
Assalam.  
      Apa perbezaan antara pukau dan mind control through persuasion. Yang akan menyebab ...

Menjawab kepada persoalan tuan itu, saya cuba jawab mengikut pemahaman saya sendiri.

Sihir (pukau) atau permainan psikologi (mind control) adalah bermaksud usaha yg digunapakai untuk mengelirukan pemikiran manusia. Dimana otak akan mentafsir sesuatu perkara itu mengikut persangkaannya. Apabila hati tidak dibangkitkan secara total, maka minda/pemikiran (otak) akan mengawal segalanya. Dan otak mudah untuk dimunipulasikan.

Mind Control : menggunakan teknik2 tertentu untuk memperdayakan otak pemikiran manusia

Sihir Pukau : Menggunakan Jin2 kafir atau jin2 jahat atau syaitan dan iblis yg dipuja dengan menggunakan mentera2 tertentu untuk tujuan yg sama memperdaya otak pemikiran manusia

Saya biasanya akan menyarankan untuk mengamalkan ayat ke 9 surah Yassin bagi tujuan perlindungan diri dari perkara2 berkaitan dengki dan khianat manusia termasuklah pukau... Wallahu'alam...

Kalau ada yg lain boleh memberi penerangan yg lebih terperinci silakan... terima kasih.... Ilmu itu utk dikongsi sekiranya mendatangkan manafaat bukan utk disimpan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 10:10 PM | Show all posts


Contoh keris lama yg sudah pernah "makan darah". Sayangnya keris ini tidak dijaga dgn sebaik mungkin sebagai khazanah peninggalan org2 dulu, pusaka org melayu, barang antik. Sebelum dapat ke tangan saya keris ini telah digunakan banyak kali untuk tujuan mendapatkan nombor 4D.... Bagi saya mengetahui adakah barang itu amsih "virgin" atau sudah dinodai dengan 4D, dipegang barang itu, jika sebaik dipegang belum apa2 dah nampak nombor. Sah barang itu pernah digunakan untuk mendapatkan nombor 4D. Wallahu'alam... Pernah berkomunikasi dengan khadam penjaga keris ini. "AKu dah x larat, aku nak rehat"..... katanya...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.132965 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list