CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jebat05

Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?

[Copy link]
 Author| Post time 6-6-2014 10:10 PM | Show all posts


Contoh keris lama yg sudah pernah "makan darah". Sayangnya keris ini tidak dijaga dgn sebaik mungkin sebagai khazanah peninggalan org2 dulu, pusaka org melayu, barang antik. Sebelum dapat ke tangan saya keris ini telah digunakan banyak kali untuk tujuan mendapatkan nombor 4D.... Bagi saya mengetahui adakah barang itu amsih "virgin" atau sudah dinodai dengan 4D, dipegang barang itu, jika sebaik dipegang belum apa2 dah nampak nombor. Sah barang itu pernah digunakan untuk mendapatkan nombor 4D. Wallahu'alam... Pernah berkomunikasi dengan khadam penjaga keris ini. "AKu dah x larat, aku nak rehat"..... katanya...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2014 10:37 PM | Show all posts
Sebelum ini saya main tampal2 gambar barang2 yg boleh dikatakan boleh dikaitkan dengan alam mistik/ghaib.. Kali ini saya akan bagi contoh2 mentera2 yg pernah saya dapat... Saya belajar hanya untuk tahu sahaja bukan untuk di amalkan... Tapi saya akan postkan sebahagian sahaja dari mentera itu. Takut2 nanti kalau saya post keseluruhan mentera itu, di khuatiri ada yg nak mencuba2... Jangan ooo kalau x tahu akibat disebalik mengamalkan mentera2 seperti ini. Mentera2 ini berkaitrapat dengan makhluk2 halus....

1. MEMUJA KEMENYAN

Bismillah.. Hee Kemenyan Ku Semambu Sakti... Asapmu Berbunga2 Menungkat Langit... Rindu Rindangkan Hatinya Si (nama org yg hendak dipuja).. Supaya Tunduk Kepada Ku... Bla bla bla bla bla bla bla (skip beberapa rangkap mentera)

Sedangkan Harimau Beranak Tiga Berkaki Satu Tunduk Kepada Aku... Bla bla bla bla n bla lagi.....

Mesti datang Menyembah  Aku....

Penerangan: Sebaiknya jika anda ada gambarnya. Di asapkan gambarnya itu pada malam jumaat baiknya selepas 12 malam.. Agak2 si dia sudah tidur, balik2kan gambarnya itu. Sebut namanya.. Si dia pasti menyembah diri anda...

Pehhhh ini mentera bagi org jadi gila anggau.... Bahaya kaedah begini tuan2 dan puan2 sekelian...

jangan apabila cinta kita ditolak kita mengamal mentera2 seperti ini atau pergi berjumpa dgn bomoh2 yg tidak tentu hala untuk menyihir org yg menolak cinta anda... Wallahu'alam...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 10:48 PM | Show all posts
MENGUNCI NAFSU BERAHI PASANGAN

Bismillah..
Allah menutupkan hatimu
Muhammad menguncikan hawa nafsumu

Bla bla bla bla bla and bla bla bla lagi...

Allah Humma Sali Allah Saidina Muhammad...

Mentera ini bertujuan untuk mengunci nafsu si isteri awalnya tetapi boleh juga digunkan untuk mengunci nafsu si suami. Supaya si isteri tidak mencari lelaki lain sewaktu ketiadaan suami berkerja di suatu tempat yg jauh...

Nah... Bunyinya mcm baguskan, baikkan... hakikatnya sebaliknya... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 10:57 PM | Show all posts
MENTERA PENUNDUK

Bismillah....

Allah A**** Atas Muhammad T***
Kulu Nian P***** E****
Si (nama org yg ingin ditundukkan)
Tunduk Kepadaku
Laillah Haillah
Muhammad Rasullulah...

Cara guna dibaca kemudian di tiup ke ubun2 org tersebut atau ke makanan dan minumannya berkali2...

Apa macam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 11:42 AM | Show all posts
Saya sambung lagi contoh mentera yg saya ketahui

BANGKIT RASA DALAM PERSETUBUHAN

Kun Setitik Wadu Wadi
Mani Manikam
Tertikam Pintu Nikmat
******* ***** Rasa
Tujuh N**** E***** R***
Tujuh R*** E***** N******
M******* Sepanggang T***** ***
Berkat Doa Siti Fatimah
Laillah Haillallah
Muhammad Rasullullah

Cara menggunakan, jika  anda mahu melakukan persetubuhan, ambil air liur dr hujung lidah anda, kemudian calitkan 1 pusingan  ke tekak, baca selawat dalam hati dan terus mulakan....

Itulah sebahagian contoh2 mentera yg di amalkan sebilangan dari masyarakat kita khususnya orang Melayu... Wallahu'alam.. Last edited by jebat05 on 7-6-2014 11:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 01:11 PM | Show all posts
Pada suatu ketika, datang seorang sahabat dibawa bersamanya sebiji batu delima (pancar delima). Selama ini yg saya ketahui dia tidak pernah berminat dengan benda2 seperti ini.

Dikata delima tersebut diperolehi dari pemberian seseorg dan dimaharkan dengan RM33. Saya melihat2 delima berkenaan. Kemudian saya katakan kepada sahabat, betul ke dia mahu berkecimpung dalam hal2 mistik dan ghaib ini. Dia hanya mengangguk.

Sayakan lagi, jika betul dia mahu mengenali alam miktik dan ghaib ini bersiap sedialah untuk diuji. Sahabat menyanggupinya. Saya katakan lagi kepada dia. Dalam tempoh seminggu dua ini, dia akan mendapat perkhabaran yg tidak bagus dan bersabarlah ketika menerima ujian.

Dipendekkan cerita, 2 minggu selepas kali terakhir kami berjumpa, sahabat datang lagi berjumpa saya dan mengatakan bahawa dia telah dibuang kerja, Saya katakan kepada dia, "welcome to the club bro", bersabarlah. Allah itu sedang menguji. Bersangka baiklah dengan Allah. Manalah tahu Allah itu akan memberikan sesuatu yg lebih baik daripada sebelumnya.

Dengan muka yg sedih dia mengiyakan sahaja kata2 saya.

Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat berita bahawa sahabat telah mendapat pekerjaan tetap dan mendapat gaji yg jauh lebih dari pekerjaan sebelum ini. Dan syarikat itu pula merupakan salah satu syarikat terbesar di Malaysia, dan setiap hujung tahun syarikat memberikan bonus tahunan sebanyak 5 bulan dan ke atas. Syukurlahkan...

Begitulh keadaannya yg akan terjadi apabila kita mulai cuba mengenali Rahsia Allah ini. Bermula sebagai asbab dari sebiji batu delima. Kita Sentiasa akan diuji. Ujiannya pula berperingkat2 mengikut tahap seseorg itu. Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2014 01:53 PM | Show all posts
jebat05 posted on 7-6-2014 11:42 AM
Saya sambung lagi contoh mentera yg saya ketahui

BANGKIT RASA DALAM PERSETUBUHAN

awat ada ni - T***** ***
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 01:54 PM | Show all posts
jebat05 posted on 6-6-2014 10:57 PM
MENTERA PENUNDUK

Bismillah....

saya berminat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 01:55 PM | Show all posts
jebat05 posted on 6-6-2014 10:48 PM
MENGUNCI NAFSU BERAHI PASANGAN

Bismillah..

yang ni pon saya berminat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 02:13 PM | Show all posts
razhar posted on 7-6-2014 01:53 PM
awat ada ni - T***** ***

Hahahaha... Mane boleh kasi yg complete bro... Bahaya.. nanti ada yg gatal2 nak cuba2... tanpa panduan yg betul nanti makan diri sendiri... Ni hanya sekadar renungan bersama ajer. Jangan kita x tahu... Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 02:24 PM | Show all posts
Ini adalah saranan saya bagi tujuan perubatan segera. Seperti contoh anda bersama2 rakan anda tiba2 rakan anda kerasukan. Yg pandai2 xder jadi anda boleh jadi "Tok Moh Segera"

Kerasukan

Bacakan sebelas (11) Kali Ayatul Qursi Didalam Mangkuk Putih(sekiranya ada) dan sapukan air bacaan tersebut pada muka yg kerasukan. InsyaAllah pulih dia kerasukan.

Ini pula adalah untuk penjaga diri. Dibacakan sebelum melangkah keluar dari rumah.

Assalamualaikum

Ya Jibrail
Ya Mikail
Ya Izrail
Ya Israfil

InsyaAllah ada khasiatnya. Tetapi harus diingat yg diIktiqat didalam hati adalah Allah itulah yang melindungi. Wallahu'alam...

Kata orang2 tua sebagai pedoman sahaja, bukan perlu dipercayai... Sekiranya kita ingin keluar ke mana2 untuk melakukan satu2 perkara atau pekerjaan, perhatikan dahulu nafas kita. Iaitu dengan merasa dgn belakang tangan kita, hembusan nafas sebelah lubang hidung mana yg kuat, kanan atau kiri. Jika kanan insyaAllah pekerjaan anda sukses dgn izin Allah jua. Sekiranya sebelah kiri, berhati2lah takut2 ada rintangann dalam pekerjaan yg akan anda lakukan... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 05:16 PM | Show all posts
2 tahun lepas... saya menguruskan suatu urusan melibatkan sebilah pedang samurai. Yg kononya pedang samurai ini sedang dicari oleh kerajaan negara Jepun. Pedang ini di perbuat dari Tatinium. Boleh memotong besi. Kalau setakat diletakkan sahaja pada sebatang jarum, jarum itu akan menjadi kemerahan seperti dibakar dan akan terputus.

Berurusanlah kami disuatu tempat. Ramai juga pada ketika itu yg ikut berurusan.. Nilainya bukan sedikit melibatkan jutaan ringgit.



Bermacam syaratlah diletakkan oleh pemilik dan pembeli. begitu begini begitu begini. Ada dikalangan rombongan kami itu seorg yg agak berumur. Melihatlah dia akan pedang itu, berkumat kamitlah mulut membaca sesuatu, memberilah juga salam kepada pedang itu. Assalamualaikum ya Rijalul Ghiob... Saya rasa nak tergelak pun ada. Apa hal yg serabut sgt ni. Pedang itu bukan ada khadam pun... yg duk bagi salam x tentu pasal apahal...

Pemilik mahu pihak pembeli meletakkan wang tanda jadi sebanyak RM10,000. Katanya dah ramai yg datang tengok tp x pernah menjadi pun urusan.
Saya pada ketika itu bukan ler pandai mane pun, ikut ajerlah mendengar, manelah tau rezeki. Dapat ler sikit2..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ada beberapa orang sahabat dari Indonesia, maka diceritakanlah serba sedikit perihal pedang samurai ini. Rupe2nya ini semua permainan semata2, mendapat duit dengan cara mengelentong orang berkenaan dengan pedang itu. Sahaba dari Indon sana mengatakan bahawa"Tuan tahukah di Indonesia sana ada kilang yg membuat benda2 sebegini, tuan nak apa pun ada. Buntat besi, delima merah, rantai babi apa sahaja semua boleh buat"

Bukan tiada baran2 yg asli, tetapi zaman skrg berlambak barang2 palsu dan org yg terlalu taksub dan percaya akan berjaya diperbodohkan. Duit pun lesap.

Nanti saya akan ceritakan pula perihal kain cindai... Ni pun lawak juga ni... Saya sememangnya terlibat secara terus dengan perkara2 mistik dan dunia ghaib ini. Tetapi bukanlah semudah itu saya mempercayai sesuatu tanpa saya siasat terlebih dahulu...  Wallahu'alam...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 01:07 AM | Show all posts
Ber kenaan dengan kain cindai yg dikatakan jika dipakai boleh menjadikan si pemakai di pandang tinggi oleh orang2 disekelilingnya. Apabila si pemakaii berkata2 semua orang akan menumpukan perhatian. Cara menguji keaslian kain ini adalah dengan membakarnya. Kain ini tidak akan terbakar.



Inilah yg dinamakan kain cindai yg banyak dipasaran sekarang. Benarkah ini yg dinamakan kain cindai atau sebaliknya? Saya pernah ditunjukkan oleh seseorang akan kain cindai ini. Sebesar 2 jari ajer. Apabila diteliti saya seperti kurang yakin yg itu adalah kain cindai. Kenapa? Sebab rupa bentuk dan material kain itu seperti "Fire Blanket". Fire Blanket ini memang tidak akan terbakar dengan mudah sebab ianya adalah kain tahan api. Saya biasa sgt melihat Fire Blanket ini, betul saling tak tumpah seperti kain cindai yg ditunjukkan kepada saya.

Jangan terlalu mudah untuk kita mempercayai sesuatu itu tanpa usul periksa. Senang jer orang nak buat duit. Terlalu mudah kita ini diperdaya disebabkan oleh ketaksuban kita terhadap benda2 mistik ini. Boleh confirmkan dengan pihak bomba jika kurang yakin dengan apa yg saya perkatakan.... Wallahu'alam....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 01:27 AM | Show all posts
Saya kurang pasti adakah lagi yg berminat mengikut Thread saya ini. Kerana begitu kurang respons dari Readers. Tapi tidak mengapa, saya tidak kisah sgt sbb tujuan saya lebih kepada memberi kesedaran kepada sesiapa jua yg berminat dengan perkara2 gahib dan mistik ini.

Mungkin ada yg mengatakan.. Oooo begitu ke? X tahu aku selama ni.. Atau.. apa daaa dia merepek ni... X kisahlah asalkan niat dan hasrat saya tercapai.

Mungkin membosankan mungkin jua tidak menyeronokkan untuk dibaca. Atau mungkin juga sedang double check dengan setiap apa yg saya perkatakan disini. Apabila melihat kepada jumlah reader yg meng klik thread ini jumlahnya sudah melebihi 2000 kali. Wallahu'alam

Sejak saya membuka Thread dan Blog saya, banyak sudah kejadian diluar pemikiran saya terjadi. Perkara2 yg tidak terduga terjadi. Sekian lama saya mencari pekerjaan akhirnya setelah saya membuka Thread dan blog, saya mendapat pekerjaan. Sahabat2 yg saya sangkakan rapat dengan saya mula menjauhkan diri. Terasa keadaan dirumah lebih tenang.

Tetapi ada juga 2, 3 malam saya terlihat kelibat2 makhluk halus di dalam rumah, dan ada juga sepertinya Scan saya... Mungkin cuba melihat2 saya dari jauh, hebat sgtkah dia ini sampai boleh menulis mcm2 dalam Thread dan blog dia, siap nak offer lagi pada sesiapa yg ada masalah berkaitan. Wallahu'alam. Jika benar ada yg nak Scan2 saya, hentikanlah, tiada faedahnya. Saya bukan saper2 pun. Bukan handal, bukan hebat pun.

Jika ada penulisan saya ini yg menguris hati dan perasaan sesiapa saya minta maaf banyak2. Mungkin yg diceritakan keadaannya lebih kurang sama. Apa yg dipaparkan disini adalah semata2 berdasarkan pemikiran logik akal saya dan pengalaman saya sendiri.... Wallahu'alam....

Last edited by jebat05 on 8-6-2014 01:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 09:21 AM | Show all posts
@jebat05 kisah yang dikongsikan sangat2 menarik untuk renungan bersama. Pendedahan sebegini amatlah baik bagi kami golongan biasa yang tak pernah deal dengan alam mistik. Sekurang kurangnya menjadi panduan buat semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 01:25 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 8-6-2014 09:21 AM
@jebat05 kisah yang dikongsikan sangat2 menarik untuk renungan bersama. Pendedahan sebegini amatlah  ...

Terima kasih atas komen tuan.. Moga2 adalah serba sedikit pengetahuan buat semua dan adalah juga memberikan manafaat.... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 02:02 PM | Show all posts
memang jelas sekali gambar tu rupa kain fire blanket.
jadi rupa sebenar kain cindai macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 02:35 PM | Show all posts
kisah-kisah di sini sangat menarik dan banyak ilmu yang boleh dikutip (tidak termasuk mentera tu ye)

saya juga sering kali bermimpi berada di tempat yang sama..macam selalu berjalan2 di kawasan yang penuh dengan gerai makanan..mcm pasar malam tu

pastu mimpi juga ke tempat yang sama..naik tangga dan menuju ke tempat yang sama..

baru-baru ni mimpi air dan ada ikan besar berenang2 di dalamnya...air tu jernih..

ada maksud apa2 ke?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 02:42 PM | Show all posts
mrs_smith posted on 8-6-2014 02:02 PM
memang jelas sekali gambar tu rupa kain fire blanket.
jadi rupa sebenar kain cindai macamana?

kain cindai yg ori belum pernah saya lihat... kalau ada pun sekadar di internet shj... Bercorak2, berwarna merah, itu hasil buatan tangan manusia. Kain cindai yg dimaksudkan adalah kain cindai milik puteri bunian... Sejauh mana kebenarannya Wallahu'alam...

Contoh Kain Cindai yg ada dipasaran..(hasil buatan tangan manusia)

Kalau ada antara Readers yg mengetahui lebih lagi berkenaan Kain Cindai ini boleh share.. Tq



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 02:53 PM | Show all posts
Ipo posted on 8-6-2014 02:35 PM
kisah-kisah di sini sangat menarik dan banyak ilmu yang boleh dikutip (tidak termasuk mentera tu ye; ...

Pada pengamatan saya dari apa yg diceritakan, mimpi berkenaan seprtinya mencerminkan diri sendiri yg sentiasa bersabar dan menjaga perhubungan silaturahim dan InsyaAllah akan dikurniakan ganjaran yg oleh Allah, rezeki puan juga selama ini boleh saya katakan tidak pernah putus.... Sejauh mana kebenaranya Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.516231 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list