CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6152|Reply: 28

Nasir Bilal Khan a.k.a Tok Adi Kini Aktif Dengan Parti Politik?

[Copy link]
Post time 27-5-2014 01:58 PM | Show all posts |Read mode



KL, 27 MEI 2014: Rasanya dah lama Murai Batu tak dengar cerita terbaru mengenai pelakon Nasir Bilal Khan. Yelah memang lah di televisyen selalu juga tonton drama lakonannya iaitu Tanah Kubur tapi tak tahu pula mengenai hal peribadinya.

Tapi, baru-baru ini teman Murai Batu ada berkongsi sekeping foto Nasir. Foto itu kelihatan seperti dia sedang aktif berkempen untuk sebuah parti pembangkang.

Dalam foto tersebut dia bersama dua orang wanita yang memegang bendera parti pembangkang iaitu Pas dan Nasir sendiri memakai shawl di leher bercorak parti tersebut.

Amboi nampaknya seorang lagi artis kita yang sudah mula mengikut ejjak langkah artis-artis yang berhijrah dan akhirnya menyertai parti politik.

Nasir pun kini sudah tidak berapa aktif berlakon dan tak silap Murai Batu hanya nampak dia berlakon dalam drama Tanah Kubur sahaja baru-baru ini.

Tak kisah lah parti mana yang dia hendak sertai kerana Murai Batu rasa itu hak masing-masing, asalkan ianya tidak memudaratkan diri.



Murai Batu: Cantik juga Dyana Sofya tu ya.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nii dah lama la dgn pas. Wartawan xde modal len ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:08 PM | Show all posts
tak lama lagi program tanah kubur masuk kubur la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:10 PM | Show all posts
aireen24 posted on 27-5-2014 02:01 PM
Dia nii dah lama la dgn pas. Wartawan xde modal len ke?

kan.. bior la die join PAS pun...cuma jgn syok sendiri mcm abby tu sudah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:11 PM | Show all posts
hekeleh saje nak cr8 isu..kan sejak pru aritu lg die dah join ngan geng pas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 02:14 PM | Show all posts
dino posted on 27-5-2014 02:10 PM
kan.. bior la die join PAS pun...cuma jgn syok sendiri mcm abby tu sudah

abby dino berpisah tiada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 02:16 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-5-2014 02:14 PM
abby dino berpisah tiada...

spt dijangka komen mcm ni
nasir bilal khan tak cari rezeki ngan bg ceramah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:17 PM | Show all posts
alahai wartawan ni..dah lama kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 02:22 PM | Show all posts
wartawan dah xde modal..
korek cerita lama, cedok dr sumber lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 02:24 PM | Show all posts
dino posted on 27-5-2014 02:16 PM
spt dijangka komen mcm ni
nasir bilal khan tak cari rezeki ngan bg ceramah....

cincin tunang mana?...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:25 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-5-2014 02:24 PM
cincin tunang mana?...

next month la
korg dah silap tarikh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:30 PM | Show all posts
nasir bilal khan xde lak kecoh2 pun...reporter jer yg suka mensensasikan berita
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:43 PM | Show all posts
negara berdemokrasi leh pilih mana2 parti yg dia org suka...biarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:21 PM | Show all posts
reporter bangang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:06 PM | Show all posts
suka ati la nk join parti apa, jgn extreme sgt sudah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:27 PM | Show all posts
lantakla.walau apapun..  citer tanah kubur tetap menjadi pojaan hati mak aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 09:32 PM | Show all posts
mohon2 bini ngn anak tiri tok adi pon join same
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 10:41 PM | Show all posts
abih la tok adi kena gam dengan astrok lak nih kang
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hbs la tak bole carik makan pasni... Kebuluran la... Sesungguhnya rezeki ditgn parti memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:39 AM | Show all posts
Nasir Bilal Khan Nafi Sertai Pembangkang
  
Nasir bertegas tidak menyokong mana-mana parti politik negara.


PETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

Nasir, 54,  berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.

"Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.

"Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.

"Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yang dihubungimStar Online pada petang Selasa.

Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS.

Foto Nasir bersama dua peminat wanita yang kononnya sedang berada pada acara kempen parti pembangkan PAS.

  

Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik.

Sementara itu, Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak.

"Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti, takut dituduh 'biars' pula.

"Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yang tidak disenangi.

"Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka, tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yang dibawakan," tegasnya.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.206997 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list