Uqasha : Kami tidak pernah bertunang!
Kuala Lumpur: “Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Kata putus dah dibuat pun,” kata pelakon Uqasha Senrose menamatkan spekulasi mengenai status sebenar hubungannya dengan pelakon Pekin Ibrahim yang berantakan sejak beberapa bulan lalu. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata, dia rimas dan bosan dengan sikap Pekin yang terus menjaja kisah mereka di media sedangkan hubungan itu sudah lama berakhir. Sudah lima bulan mereka sudah tidak berkomunikasi langsung.
Katanya, dia akhirnya tampil membuka mulut bagi meleraikan kekeliruan yang timbul mengenai hubungan itu agar tidak lagi dikaitkan dengan aktor berusia 33 tahun itu.
“Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media? Sebenarnya kami memang dah tak ada apa-apa.
“Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taktunangpun_/Article/index_html
c Pekin plak bg statement masih bertunang!
Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian.
Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini. Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/05/26/pekin-ibrahim-uqasha-senrose/
kata dh 5 bulan x contact tp beberapa minggu lepas ada je bersayang2 kat instagram!
p/s: ape masalah dorang? main2 kan wartawan?
ke saje create story biar nama sentiasa ada dlm surat kabar?
kalau setakat masuk industri utk create cite2 sampah mcm ni baik g jual nasi lemak tepi jalan..
|