CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RatuDunia94

APA MASALAH PEKIN & UQASHA NI UOLS???

[Copy link]
Post time 29-5-2014 09:24 AM | Show all posts
pekin da tua pun mcm bdk2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 09:48 AM | Show all posts
pekin ni nmpk cm kuat jeles ye jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua susah nak let go..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Uqasha yg mental nih. Dia nak bebas lagi berkawan sama jantan lain. Yg pekin nak serius ngan dia taknak lepaskan dia sbb .......is barang baik... is barang baik........
So walaupun pekin tahu uqasha menjalang dgn jantan lain, dia nak jugak setia menanti si uqasha nih. Mentanglah cantik, bukan main lagi uqasha buat statement rimas bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:32 AM | Show all posts
giler publisiti
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:49 AM | Show all posts
lumie posted on 29-5-2014 02:53 AM
nuex ke uols?

kenal ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2014 12:06 AM | Show all posts
myralupilato posted on 29-5-2014 10:49 AM
kenal ke?

haha.. 1 batch
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
hasniey posted on 29-5-2014 12:32 AM
syafik ni sape pulak?
lg lah xkenal
knl si uqasha pon sbb kisah cinta ngn pekin, tp haram xpernah  ...

syafik kyle ank tok adi tanah kubur...
mesti kenal kan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2014 05:21 PM | Show all posts
Udah wartawan pun sewel duk melayan...dh kena sgt la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Publisiti citer baru la kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 11:53 PM | Show all posts
lumie posted on 31-5-2014 12:06 AM
haha.. 1 batch

i junior beliau. tp satu kolej. hihih
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 28-5-2014 11:07 AM
bercinta saing-saing nelly+qi..

tapi dorang lagi matang menguruskan hubungan compare dengan dua o ...

Ha ah betol. Pandai lagi adiknya si nelly jaga hubungan. Nmpk pon lebih sopan dan hormat pada qi. Mgkn sbb peribadi qi yg skrg lebih matang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:16 PM | Show all posts
masuk kutip tacang je boleh x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 08:16 AM | Show all posts
masuk melodi ke hlive iols tak hengat...uqasha kata dah 5-6 bulan tak jumpa tak bercakap dengan pekin...pekin pun diam macam tu..so apa kes berkomen2 di insta??


btw,...uqasha cantik masa kena interview tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 gedik!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:20 AM | Show all posts
Nekad berpisah 0  0 Google +0  0  0[size=0.8em]Cetak


[size=0.9em]Oleh Rudy Imran Shamsudin
[size=0.9em]Dulu, apabila ditanya status pertunangan yang diikat sembilan bulan lalu, Pekin Ibrahim dan Uqa-sha Senrose ibarat main tarik tali. Hari ini putus, minggu hadapan ‘kembali bertaut’.
[size=0.9em]Bermula dengan isu pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa orang ketiga dalam hubungan mereka, terbaru timbul rasa tidak puas hati antara satu sama lain membabitkan kenyataan diberikan menerusi media sebelum ini dikatakan menjadi punca.
[size=0.9em]Mengejut-kan baru-baru ini, isu putus tunang dibangkitkan lagi apabila kedua-duanya memberi kenyataan tetapi ramai yang tidak mahu mempercayainya kerana menganggap ia perkara biasa berlaku antara mereka.

Kata peminat, kalau kedua-dua pelakon ini, percayalah beberapa bulan lagi mereka pasti tampil mengakui masih lagi bersama dan menanti tarikh pernikahan dilangsungkan.
[size=0.9em]
Pasangan ini bertunang 6 Julai tahun lalu dan bercadang melangsungkan perkahwinan Oktober ini bersamaan ulang tahun kelahiran Pekin. Begitupun, Uqasha dan Pekin memberi ke-nyataan mereka benar-benar memutuskan hubu-ngan sedia ada.


[size=0.9em]
Bagi mendapat-kan pengesahan ‘nyata’ membabitkan keputusan putus tunang kali ini, Pekin atau nama sebenar-nya, Mohd Iznan Ibrahim, menge-sahkan kenyataan dibuat Uqasha.

Tambah pula sebelum itu, Uqa-sha menegaskan dia dan Pekin tidak pernah bertunang sebalik-nya apa yang berlaku, keluarga Pekin hanya menghantar rombongan merisik.

Kata Pekin, kali ini memang mereka benar-benar memutuskan hubungan dan pertunangan. Sejak timbul beberapa isu membabitkan pertunangan, menyebabkan dia membuat keputusan memutuskan hubungan mereka.

“Daripada tergantung dan tiada ketentuan, lebih baik saya me-ngambil keputusan ini. Rasa-nya inilah keputusan terbaik.

“Saya lebih senang menganggap dia sebagai kawan buat masa sekarang kerana itu lebih baik dan tiada langsung masalah timbul apabila kami berada dalam situasi itu (berkawan).

“Begitulah yang saya rasa sekarang. Kami lebih bahagia apabila berkawan berbanding menjadi kekasih atau tunang. Tambah pula saya lebih kenal siapa Uqasha selepas dua tahun mengenali hati budinya. Rasanya saya lebih selesa dengan situasi sekarang,” katanya ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH2013), ming-gu lalu.

Bagaimanapun, Pekin enggan me-ngulas lanjut me-ngenai punca sebenar hingga dia mengambil keputusan nekad itu. Katanya, lebih baik perkara itu ‘disimpan’ agar ia tidak mem-burukkan mana-mana pihak.

“Saya mahu meneruskan kehidupan tanpa memikirkan masalah yang timbul. Saya juga tidak kecewa apabila membuat keputusan ini kerana saya percaya inilah jalan terbaik buat kami berdua.

“Bagi saya, lebih baik saya tidak tahu apa yang berlaku (membabit-kan isu timbul dalam hubungan sebelum ini). Apabila berkawan saya tidak perlu ambil tahu langsung mengenai diri Uqasha,” katanya.

Pekin yang turut dicalonkan untuk Pelakon Filem Lelaki Popular, kini sibuk menjalani peng-gambaran filem Juvana 2. Tegasnya, keputusan ini juga dibuat bukan kerana dia sudah bertemu peng-ganti Uqasha. Malah tidak terfikir langsung mencari peng-ganti dalam waktu terdekat.

“Hendak diikut-kan memang saya mahu berkahwin dalam waktu terdekat kerana usia pun sudah 33. Bagaimanapun sudah ditakdirkan tiada jodoh antara kami. Mujur sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem Juvana.

“Selesai Juvana, saya juga terbabit dengan filem Ophelia arahan Raja Mukhriz dan diganding-kan dengan Que Haidar. Kesibukan sekarang sedikit seba-nyak membantu saya melalui situasi sukar ini. Ia juga membuat-kan saya tidak langsung memikirkan soal mahu mencari pengganti,” katanya.

Uqasha pula sewaktu ditemui enggan memberi komen lanjut dengan menegaskan di antara dia dan Pekin memang sudah tiada apa-apa lagi hubungan.

“Kami sudah putus dan rasa-nya tiada apa lagi yang perlu saya perkatakan. Mengenai kemungkinan hubungan kami pulih seperti dulu, rasanya ia tidak akan berlaku.

“Sudah banyak ke-nyataan diberi sebelum ini sungguh mengaibkan, apatah lagi apabila ia turut mengaitkan nama orang lain seperti Sharnaaz.

“Saya tidak mahu perkara sebegitu berulang, apatah lagi mahu memburukkan lagi keadaan. Jadi jalan terbaik, kami memutuskan hubungan sedia ada. Saya juga tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Pekin,” -katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 01:54 AM | Show all posts
Seriously uqasha nie baru 22??ingat dah 30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068057 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list