CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10598|Reply: 55

Produser Drama Terpaksa Pinjam Ah Long Kerana Syarat ‘Patuh Syariah’

[Copy link]
Post time 4-6-2014 12:27 AM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 12:01 AM

Niezam Abdullah  
Oleh: NIEZAM ABDULLAH
niezam@thestar.com.my



Dari kiri A. Aida, Jurey Latiff dan Yusof Kelana memperkatakan mengenai syarat pinjaman yang menekan penerbit-penerbit drama.


KUALA LUMPUR: Syarat ‘patuh syariah’ yang ditetapkan oleh agensi dan syarikat kewangan telah membunuh sebahagaian besar penerbit-penerbit drama di negara ini sehingga ada diantara mereka terpaksa meminjam Ah Long.

Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia  (PTVM) Jurey Latiff Rosli berkata,  pihaknya kesal dengan syarat itu kerana peraturan berkenaan tidak selari dengan kehendak stesen-stesen televsiyen selaku pembekal program.

“Kami kecewa apabila syarikat kewangan dan agensi peminjam wang  meletakkan  syarat baharu iaitu syarat ‘patuh syariah’ sebelum meluluskan permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menyuarakan kekesalan  itu di pejabat PTVM di Taman Sri Rampai, Setapak di sini pada Selasa.

Hadir sama Naib Presiden PTVM, A. Aida, Setiausaha persatuan itu, Yusof Kelana dan juga beberapa ahli jawatankuasanya.

PTVM mempunyai kira-kira 100 orang ahli.

Dalam pada itu Jurey berkata, antara syarat patuh syariah ialah setiap drama yang bakal dihasilkan hendaklah mewajibkan para pelakon wanita memakai tudung, tidak boleh berpegangan tangan, tiada adegan di dalam disko serta beberapa peraturan lain yang tidak masuk akal.



Sebahagian daripada penerbit-penerbit drama.


Sedangkan katanya, konsep atau genre sesebuah drama ditentukan oleh stesen televsiyen termasuklah mereka juga yang memilih para pelakon sebelum ia diluluskan untuk siaran saluran masing-masing.

“Sesebuah drama itu harus mendapat kelulusan stesen tekevisyen sebelum pihak penerbit dapat melakukan penggambaran. Jadi, jika bank atau syarikat pinjaman wang seperti Mara mengenakan syarat yang tidak masuk akal, bagaiamana pula kami hendak menerbitkan drama?” soalnya.

Jelas Jurey, masalah berkenaan menyebabkan penerbit drama sudah putus harapan sehingga ada diantara mereka terpaksa meminjam daripada Ah Long bagi membolehkan  kerja-kerja penerbitan dilakukan.

Katanya, keluhan itu pernah dikemukakan kepada pihak Mara pada tahun lalu dalam satu taklimat yang diberikan malah agensi itu bersetuju untuk melonggarkan syarat berkenaan.

Namun katanya, syarat itu kembali berkuatkuasa apabila  Mara memanggil bakal peminjam untuk membentangkan sinopsis drama masing-masing dan sekiranya ia bercanggah dengan tuntutan Islam, permohonan mereka tidak akan diluluskan.

“Apa yang yang menyedihkan, panel syariah Mara pernah berkata perniagaan perfileman hukumnya haram,” katanya.



Wajah terbaharu A. Aida

Jelas Jurey, kadar pinjaman yang biasanya dipohon antara RM80,000 sehingga RM500,000 dan setakat ini pihak penerbit tiada masalah dalam membuat pembiayaan semula.

Tambahnya, setakat ini hanya syarikat Credit Guarantee Corporation (CGC) sahaja yang tidak memperketatkan syarat dan boleh bekerjasama dengan PTVM.

Sementara itu penerbit A. Aida Productions iaitu A. Aida berkata, syarat yang dikenakan oleh intstitusi kewangan dan juga Mara itu turut menyekat penerbit untuk bekerja dan menghasilkan lebih banyak drama.

Katanya, jika terlampau banyak babak atau adegan dilarang untuk dihasilkan, kualiti sesebuah drama itu akan hilang kerana setiap karya mestilah mempunyai pengajaran iaitu baik dan buruk yang harus ditonjolkan.

"Kalau pelakon nak pegang bahu antara lelaki dan perempuan pun tak boleh, macam mana nak tonjolkan pengajaran dalam drama? Adegan dalam disko pun kena sekat, susahlah untuk kita tonjolkan gambaran baik dan buruk untuk dijadikan pengajaran. Peraturan ini benar-benar menyekat produser," katanya yang mahu satu penyelesaian dalam masalah berkenaan dicapai.



Credits: mstar.com.my Last edited by achik2009 on 4-6-2014 12:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 12:41 AM | Show all posts
limited betul kreativiti orang2 seni ni
kena pegang2, masuk disko segala baru boleh tonjolkan pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua pelakon pompan harus pakai tudung.. ? ?  Hrmm.. harus watak jahat atau mak tiri dan datin2 sombong pon bertudung.. bezanya heroin pakai tudung bawal musuhnya pakai tudung paridah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 12:44 AM | Show all posts
tak semestinya kena masuk disko baru ada pengajaran... x fikir ke sebab selalu sangat tayangkan cerita macam tu lah yang pengaruhi kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
anishacute posted on 4-6-2014 12:44 AM
Semua pelakon pompan harus pakai tudung.. ? ?  Hrmm.. harus watak jahat atau mak tiri dan datin2 som ...

yea betui tu hahaha
pehtu muka mekap tebal, pkai paridah nmpk ketet, muka berbotox kalo yg tua
baju pun ketat
yg watak baik xmekap, tudung bawal bidang besar, baju longgar, muka natural beauty no botox
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 12:50 AM | Show all posts
hmm.. maknanya dorang ni x kreatifla nak buat drama..mesti nak ada pegang2, ke disko segala

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2014 12:50 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 4-6-2014 12:44 AM
tak semestinya kena masuk disko baru ada pengajaran... x fikir ke sebab selalu sangat tayangkan ceri ...

iya memang btol...
salah mendidik pakai pendekatan 'jangan buat itu jangan buat ini'
lumrah manusia ni lagi dilarang lagi dia nak buat
sepatutnya tonjolkan benda2 baik dan positif dlm drama...
insyaAllah dah orang nampak yg baik2 jah...itu lah yg dia ikut....tak ada lah nak buat benda2 tak elok ni


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 12:58 AM | Show all posts
parasitology posted on 4-6-2014 12:50 AM
iya memang btol...
salah mendidik pakai pendekatan 'jangan buat itu jangan buat ini'
lumrah manu ...

saya suka tengok drama yang di tayangkan tv alhijrah
pelakon pon yang bawa watak suami isteri
kat luar memang suami isteri
ada satu cerita tu Poskad Dari Switzerland
lakonan Vee n Shidi
semua pelakon pakai tudung
budak2 pon pakai tudung
so tak ada masalah lah kalau nak terbitkan filem berunsurkan keagamaan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 01:05 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 4-6-2014 12:58 AM
saya suka tengok drama yang di tayangkan tv alhijrah
pelakon pon yang bawa watak suami isteri
k ...

sepatutnya memang tak ada masalah bahkan wajib kot patuh syariah
tp banyak sungguh alasan penggiat seni ni....bg stetmen mcm tak ada agama pulak

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:07 AM | Show all posts
bodoh melantun2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:10 AM | Show all posts
Sesuatunya muka A Aida, mcm buat dagu ke
Pls la kalau nak alter muka pun pg buat elok2
Ni dh macam nyah tak siap je ni
Go microdermabrasion lepas tu g belaja mekap balik please
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:10 AM | Show all posts
Sesuatunya muka A Aida, mcm buat dagu ke
Pls la kalau nak alter muka pun pg buat elok2
Ni dh macam nyah tak siap je ni
Go microdermabrasion lepas tu g belaja mekap balik please
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarat patuh syariah yg tak masuk akal ke penerbit yg takdak akal...???
Susah ape nak ikut unless mmg ko takde selera bile tgk pompuan berlakon bertudung litup kan? Tersekat kreativiti ko kalau takde pompuan pakai mini skirt?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:16 AM | Show all posts
jgnkan drama, muka ko pn tak patuh syariah aida oii..gelembung cam hape
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
yg nak kasik duit pun nak saham sorga bukan naraka
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
semua bank ke wat syarat cmtu? pelik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 02:01 AM | Show all posts
Sukahati diorang la kan nak letak syarat apapun.. duit diorang..
klu tak mampu toksah pinjam dan toksah buat drama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:18 AM | Show all posts
btl la.....ko nk buat drama ikut suke ko guna la duit sendiri....hihi....org dh nk bg byk songeh plak.....guna kreativiti utk visualkan korang pnye pengajaran tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:38 AM | Show all posts
drama semua nak buat obersi. mana nak cukup budget? kalau buat kat obersi pun
citer mak ai macam kan ........... (fill in the blank)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:39 AM | Show all posts
Tu je la tahap kreativiti sampah.. masuk disco kasi pengajaran.. kualiti drama tetap gred ummah2 caprut PPRT walaupun ko tonjolkan byk mane adengan masuk disco pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.926719 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list